DLM : 15

IDEA YANG MENCURAH-CURAH MENGHALANG SAYA DARIPADA BEREHAT😂DAN SAYA MEMPERSEMBAHKAN BAB BARU IAUTU BAB 15💕ENJOY READ❤️🤭

AIR mata Daneen jatuh menitik di atas telapak tangannya yang menadah tangan berdoa. Terkumat-kamit mulutnya membaca doa. Air matanya mengalir bersama gerimis yang turun ketika menjengah antara malam dan pagi.

Selesai bacaan doa, dia melipat semula tikar sejadah dan menanggalkan telekung. Almari tepi meja alat solek dihampirinya. Penyangkut dicapai kemudian kain telekungnya disangkut kembali. Sejadah dihamparkan di tempat sangkut yang tersedia di dalam almari itu.

Matanya melirik jam di dinding, jarum jam baru menunjukkan pukul 5 pagi. Masih terlalu awal untuk turun. Huh! Hampir semalaman, dia tidak bisa tidur dengan nyenyak. Setiap kali matanya terpejam, selalu saja wajah lelaki itu menjadi bayangan dan igauan.

Ungkapan semalam masih terngiang-ngiang di gegendang telinga. Suara Aidan ketika melafazkan ungkapan itu benar-benar membuatkan dia angau.

Dia merasa tak sabar menanti matahari terbit. Dia nak turun dan bertentangan mata dengan lelaki yang mula didambakan itu. Biarpun hanya bertembung mata dan bergaduh seperti biasa namun dia tetap merasa tak sabar. Rasa macam melangkah hari baru, hari yang sangat menerujakan.

Daneen menghampiri beranda. Pintu gelongsor ditolak lalu memboloskan dirinya ke luar. Matanya berlari ke dada langit yang membiru. Senyuman bahagia terlukis di bibirnya.

Langit semakin cerah biarpun matahari belum kelihatan. Sesekali, tiupan angin meresap kesejukan sehingga ke tulang. Terasa deruan angin menampar lembut pipinya. Daneen menghembus udara perlahan. 

“Agak-agak ayah dah bangun ke belum?” tanya Daneen sambil melirik ke beranda sebelah. Dia tertanya-tanya sama ada Aidan turut berjaga semalaman ataupun tidak.

Daneen tersentak. Lampu di bilik Aidan terbuka. Daneen mula teruja. Lebar senyuman terhias di bibirnya. Rasa nak lari pergi terjah bilik Aidan.

Nak terjah! Daneen berlari keluar dari beranda dan menuju ke pintu biliknya untuk ke luar. Daneen berhenti tepat di pintu, dia mengatur nafas agar terkawal. Riak wajahnya dibiar tampak seperti biasa. Dia tidak mahu terlalu menonjol rasa teruja.

Rambutnya yang tiba-tiba menutupi mata mengingatkan bahawa dia belum mengemas rambutnya dengan rapi. Bulat matanya, tak sangka boleh terlupa. Daneen berlari ke meja alat solek, sikat rambutnya dicari.

“Mana kau ni sikat?”

Dia ingat! Kakinya diatur ke katil. Dia tunduk ke bawah katil dan menarik keluar beg yang terisi barang-barangnya. Zip beg dibuka lalu tangannya meraba-raba di serata tempat mencari sikat. Jumpa! Yeay dah jumpa!

Dia menutup zip beg. Sementara itu, dia menyikat hujung rambutnya. Begnya ditolak masuk semula ke bawah katil. Dia bangun kemudian mendekati meja alat solek.

Daneen menyisir rambut ikal miliknya dengan rapi. Rambutnya dihias ikatan dendan. Buat seketika, dia menilik wajahnya di cermin. Matanya menyapu ke segenap wajah, memastikan tiada satu pun tercela. Dia mahu nampak sempurna di depan mata Aidan.

Gemuruh! Dadanya diurut perlahan. Dia cuba mengawal gemuruh yang sudahpun menguasai. Degupan jantungnya berdetak  berikutan nadinya yang turut berdenyut dengan laju. Laju kalah jaguh larian.

Daneen bangun dari duduknya. Kerusi yang didudukinya ditolak masuk ke bawah meja solek. Langkahnya diatur keluar dari bilik. Kakinya dihayun menuju destinasi yang dihajati.

Tatkala Daneen ingin mengetuk pintu bilik Aidan, sayup-sayup suara seseorang mengalunkan ayat Al-Quran.

Daneen terperasan pintu terbuka sedikit. Dia meluaskan pandangan dengan menolak sedikit pintu itu. Saat dia mengelipkan mata, sepasang matanya menangkap kelibat Aidan yang sedang duduk di tikar sejadah sambil memegang Al-Quran.

Senyum menghiasi wajahnya tatkala menyaksikan Aidan yang masih khusyuk membaca.

“Merdunya suara...” desis Daneen. Masih tersisa senyuman di bibir merah gadis itu.

“Sodaqallahula’zim…”

Kedengaran suara Aidan mengakhiri bacaan apabila habis satu surah Al-Quran dibacanya.

Biasanya selepas selesai membaca Al-Quran, dia akan menunaikan solat tahajjud dan solat-solat sunat yang lain. Biarpun tidak dilakukan setiap hari kerana sibuk dengan urusan di restoran dan kedai buku, Aidan tetap memastikan dia akan bangun menunaikan ibadat sunat pada waktu malam setiap minggu.

Terdetik di hati Daneen mahu mengikuti Aidan membaca Al-Quran namun apabila Aidan seperti sudah selesai membaca, dia lantas membatalkan niatnya.

“Lama dah ke bangun?”

Aidan memandang wajah Daneen. Mata Daneen pula terkebil-kebil membalas pandangan Aidan.

“Huh?”

“Datanglah sini,” panggil Aidan bernada lembut. Tangannya dilambai, menggamit Daneen agar mendekat.

“Boleh ke Daneen masuk ni?”

“Boleh. Masuk je,” pelawa Aidan lagi.

Jantungnya berdebar menggila. Melihat Aidan lengkap berpakaian baju Melayu bersama kain pelekat dan songkok di kepala  membuatkan hatinya tercuit suka.

Aidan mengintai dan memerhati wajah Daneen yang sedikit kemerahan. Cantik betul! Wahai hati. Takutlah pada Allah.  Bisik hati kecil Aidan. Dalam debaran jantungnya masih tidak menentu, pasti akan mengundang bahaya.

Aidan menoleh ke arah Daneen semula. Gadis itu masih kekal membisu dan memandang wajahnya.

“Ayah nampak hensem, hensem macam hero kampung.” 

Aidan tersenyum memanjang mendengar pujian itu. Tapi, ada sedikit menganggu. Hero kampung? Dia hero bandar, kacak, tampan dan bergaya. Cef pulak tu!

Aidan pantas berpaling. Wajah Daneen yang sedang tersenyum riang dipandang tajam.

“Aku hero kampung, kau pula macam heroin high class, macam tu?”

“Yup, ayah pandai teka.”

Ada saja Daneen cara untuk mengembalikan mood baiknya. Sekali mendengar suara Daneen, marahnya seakan hilang menjadi abu.

“Kau tunggu kejap, aku nak solat tahajjud.”

“Ayah...” Meleret suara Daneen menyeru Aidan.

Aidan paling wajah. Daneen yang menyeru namanya dipandang. Daneen bangun dan menapak selangkah merapati Aidan.

“Kenapa?” Aidan angkat kening.

“Boleh Daneen ikut ayah solat sekali?”

“Boleh. Pergilah ambil wuduk, aku tunggu.”

Daneen pandang dengan muka tak percaya. Aidan izinkan!

Aidan perasan Daneen yang masih tak percaya dengan jawapannya. Dia tersenyum melihat gelagat Daneen.

Dia memberi bahasa isyarat depan mata Daneen dengan anggukan. Daneen menekup mulut tanda terharu. Dia angguk dan memusingkan tubuhnya kemudian berlari keluar.

DANEEN diam. Tak kuasa melayan karenah Aidan itu ini. Dia mengubah kedudukannya ke tempat Aidan berdiri dan tolak Aidan ke tempat dia berdiri.

“Masaklah chef.” Daneen menyindir dengan muka tebal. Tahan berang dengan sikap Aidan bila di dapur. Itu tak kena, ini tak kena. Skru kat otak dia tertanggal satu ke macam mana?

“Aku bukannya marah kau, tapi tengoklah cara kau potong lobak ni. Besar-besar, tak tersusun dan tebal. Biar aku soal kau, kau boleh ke makan lobak seperti ciri-ciri yang aku sebutkan tadi?”

“Kalau lapar makan apa pun boleh la!” Daneen teguh berlawan. Geram betul, mentang-mentang la dia cef semua benda nak ikut gaya dia.

“Memanglah tapi kalau dah besar, tak tersusun dan tebal macam ni, lambat masak anakku Daneen,” terang Aidan lagi. Dia masih menetapkan pendiriannya bahawa cara pemotongan Daneen salah.

Fine, Daneen surrender.”

“Nak pergi mana tu?” laung Aidan kemudian tangkas menutup api dapur.

Dia mengejar langkah Daneen.

“Ayah buatlah macam ayah nak sangat tu. Daneen tunggu siap, Daneen makan. Tak payahlah ajar. Senang kan? Daneen mana reti masak. Iyelah... potong itu senget, potong ini senget, tebal lepastu besar. Ayah cef, jadi buatlah ye cef.”

“Sayang...” Meleret suara Aidan ingin memujuk Daneen. Dia mahu memberi penjelasan agar Daneen tidak berjauh hati.

“Pergilah buat, tak perlu ajar...” Butir bicara Danern terhenti di pertengahan jalan apabila tersedar panggilan Aidan kepadanya sebentar tadi.

“Sayang?”

Tingtong!

Huh! Kacau line betul la! Daneen pantas membuang pandangan keluar dengan jarak dari meja makan ke jendela.

“Kejap, aku pergi tengok siapa.”

Daneen mengangguk. Sebal dia tika ini. Entah siapalah menganggunya ketika sedang dalam mood romantik. Bukan senang Aidan nak dapat mood romantik ketika hari pertama dalam hubungan percintaan.

Melihat Aidan sampai ke luar, menandakan sesuatu yang buruk. Siapa yang datang? Pejabat agama ke? Oh my god! Kahwin free? Wo, memanglah nak! Tapi memalukan kerabat la. Nak lari mana ni?

Baru sahaja Daneen ingin lari menyorok, matanya sekilas perasan susuk tubuh perempuan di pagar. Walaupun jarak jauh, pandangan Daneen benar-benar tajam.

Dia mula berapi. Perempuan mana tiba-tiba datang waktu pagi begini?

Daneen cepat keluar dan menyarungkan kasut. Cuaca yang panas serta matahari yang terik mengecilkan sedikit mata Daneen, ianya telah membataskan penglihatan Daneen untuk lihat lebih jelas.

Daneen mengambil tempat berdiri di sebelah Aidan. Aidan masih terpaku. Kelihatan seorang gadis yang tercegat di pagar sambil memegang mangkuk tingkat berwarna kelabu bersama kotak rawatan kecemasan. Siapa lagi kalau bukan gadis jiran sebelah, si Hasnah musuh utamanya.

“Aisyah, marilah masuk. Kita cerita dalam, cuaca panas terik ni.” Aidan laju mempelawa.

Daneen rasa sedikit kecewa apabila Aidan menjemput Aisyah masuk. Terasa haba panas mula meresap ke tubuh. Lagi-lagi melihat Aisyah berhias cantik, lebih cantik dari dia berhias.

“Assalamualaikum, lupa pula nak beri salam.” Aisyah ukir senyuman seraya memberi salam.

“Waalaikumussalam. Aisyah, kenapa datang?” Aidan bertanya sebaik sahaja Aisyah menanggalkan kasut dan menapak masuk.

“Sebenarnya saya bawa sikit bubur dan ubat rawatan untuk adik awak, Daneen. Daneen, awak dah okey?” terangnya seraya mengukir senyuman sebelum mengajukan pertanyaan tentang kesihatan Daneen.

“Saya okey dah. Cuma pening sikit,” balas Daneen dengan nada kurang senang. Namun Daneen tetap mengawal ekpresinya agar tidak diketahui Aidan.

Aidan menarik kerusi untuk Aisyah. Hati Daneen terus terusik rasa cemburu. Layanannya yang baik terhadap Aisyah, tidak seperti layanan yang diberikan kepada dia seawal perkenalan. Dengan dia asyik gaduh je dan kasar je. Aisyah pula, baik je.

Daneen yang sejak tadi memerhati terasa seolah dia orang ketiga menggangu sedangkan Aisyah yang mula mencelah.

Daneen cuba menghalau rasa cemburu yang sibuk sahaja bertamu. Dia kalau boleh nak lari je naik atas.

“Awak dah makan? Actually saya ada bawakan nasi goreng sikit untuk awak.”

Ada sesuatu dengan gadis ini sehingga membuatkan hati Daneen syak sesuatu. Dia suka Aidan ke? Siap bekal lagi! Haisy!

“Saya dah masak, ruginya awak bawak ni Aisyah. Tapi tak apa, saya boleh simpan dalam peti sejuk, bila lapar boleh saya tolong panaskan untuk abang saya.” Daneen laju mencelah. Hey, sorrylah kalau niat kau nak rampas ayah dari aku. Kau takkan dapat! Booo!

“Daneen, apa cakap macam tu?” Aidan meninggikan suara.

Daneen terkedu mendengar nada suara Aidan yang tiba-tiba melonjak tinggi. Seraya itu, Daneen mengesan riak wajah Aisyah berubah kelat. Huh! Dia buat salah! Mesti Aisyah berkecil hati. Tapi... salah Aisyah tu jugak sebab Aidan dia cop dulu.

Daneen terdiam. Lama Daneen diam seribu bahasa tetapi Aisyah ketawa agar dapat meriangkan suasana.

“Tak apalah Aidan, saya tahu Daneen bergurau je.”

Hanya ketawa palsu Daneen girangkan. Dia mula rasa tergugat. Dia takut. Dia benar-benar terkejut mendengar Aidan meninggikan suara demi menjaga hati Aisyah buat sekali lagi.

Tidak semena-mena Daneen merasakan akan ada jurang yang bakal mengaburkan cinta Aidan yang mula hadir untuknya.

Bagaimana kalau Aidan terpaut cinta semula pada Aisyah? Tak, tak! Soalan sebetulnya, adakah Aidan benar-benar suka dan mula cinta akan dirinya?

Ya Allah... Aku tak mengerti. Aku baru ingin merasa erti kebahagiaan. Apa sebenarnya maksud disebalik kehadiran gadis ini? Apa maksud pembelaan Aidan kali ini? Demi menjaga hati Aisyah? Jadi... dia hanya permainan hati Aidan?

______________
Writer's Comment: Adalah kekacauan ini menimbulkan kebosanan kepada anda? Maaflah aye baru nak up~~~~

Siapa yg nak masuk group ws Écrivain Diyaz sila pm nombor anda. Group ni khas untuk pembaca buku ni dan buku saya yang lain. Sila-sila. Jika anda mahu meninggalkan nombor telefon di ruangan komen juga boleh✨ Diya nak jugak berkenalan dengan korang😍group ni jugak berfungsi memaparkan update setiap bab baru💓

Nama:
Nombor Telefon:

CAST

AMMAR AIDAN

DANEEN INARA

COMEL KAN? INI CAST YANG DIYA BAYANGKAN WATAK DALAM CERITA NI. ERMM KORANG BAYANG SIAPA?

Promote:

Tajuk: El Es Mi Salvador  - billanajwa

Tajuk: 1) Author Experience - nshrien
2) Account Rate
3) Promote Shop
4) Eunoia :: Covershop

p/s - jemput baca, vote dan komen ya!

hanfiyaa - your greeen tea. Akk belanja💕

nz_drmrh - Inilah Lee Dong Wook

p/s - siapa screenshot aku tumbuk

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top