DLM : 11

DANEEN berlari sana kemudian sini. Semua butik diredahnya, sakit kepala Aidan melihatnya. Dia kesian pula tengok Daneen bimbit barang-barang. Nak tolong tak kasi.

Degil betul!

Aidan masuk ke dalam butik itu. Kelibat Daneen dicari. Dia tahu, mesti Daneen tengah cuba cari pakaian.

Kakinya diatur ke ruang menunggu yang terdapat di situ. Baru sahaja telefonnya dibawa keluar, satu suara menegur.

“Aidan,” tegur seorang wanita berpakaian baju kurus bunga matahari.

Aidan spontan berdiri. Dia tak menyangka Aisyah turut ada di sini.

“Aisyah...” Nama itu meniti di bibir.

“Aidan buat apa di sini?” tanya Aisyah.

“Saya tengah menunggu kawan. Eh, tak! Saya ambil tempahan baju untuk mama saya.” Aidan berbohong.

“Awak pulak?” soal Aidan pula. Sama-sama membaling soalan bentuk yang sama.

“Saya ambil tempahan jugak,” balas Aisyah dalam intonasi yang sama dengan Aidan. Aisyah mengangkat plastik yang berisi baju dan digoyangkan depan Aidan.

Aidan mengangguk. Dia senyum.

“Kalau Aidan tak sibuk, saya nak ajak teman saya lunch, boleh?”

Lunch?”

Argh, Daneen!

“Boleh, boleh. Awak tunggu luar dulu, saya nak ke kaunter sign tempahan.” Aidan memberi ruang Aisyah keluar terlebih dahulu.

“Okey baiklah. Saya tunggu luar ye?”

“Cik, tumpang tanya. Cik ada nampak tak seorang perempuan berpakaian baju berwarna pink dan seluar hitam?”

Daneen nak nangis. Merata dia mencari Aidan. Mana ayah ni?

Ramai orang yang tengok dia mundar-mandir, namun dia langsung tak heran. Tapi pandangan mereka menakutkan.

“Ayah mana ayah? Daneen takut, ayah...” rintih Daneen ketakutan sambil melilau matanya mencari kelibat Aidan.

“Kita makan sini okey ke?”

Aidan sekadar mengangguk. Fikirannya hanya menerawang pada Daneen seorang. Matanya juga memaksa melilau mencari Daneen.

“Daneen, mana kau?” Aidan semakin panik. Hatinya sengsara. Sakit sangat memikirkan di mana keberadaan Daneen.

Perasaannya bercampur baur. Dia risau. Tambahan lagi, Daneen tak mempunyai telefon untuk dihubungi. Oleh itu masalah ini menjadi rumit. Hargh! Daneen! Mana kau?

“Jom Aidan, saya dah tempah tempat duduk di situ.”

Aidan tersentak. Dia memandang Aisyah mahukan penjelasan semula. Dia betul-betul tak boleh fokus. Daneen, Daneen dan Daneen sahaja dalam fikirannya tika ini.

“Kita duduk situ, saya baru je lepas tempah.”

Sekali lagi Aidan mengangguk. Dia ikut sahaja.

Aidan melabuhkan punggung. Mereka mengambil tempat duduk hujung di bahagian tepi cermin kaca yang menembusi pandangan di luar.

Aidan menghembus nafas lega. Kalau ditengah atau tempat tersorok, dia takkan dapat tahu sekiranya Daneen lalu di situ.

So, macam mana dengan kedai buku? Jualan meningkat naik tak?”

“Alhamdulillah meningkat, rezeki dari Allah,” jawab Aidan seraya mengucap syukur.

Pandangannya masih tertumpu di luar manakala telinga peka sekiranya Aisyah mengajukan soalan.

“Awak tengok apa kat luar tu?” tegur Aisyah memecahkan lamunan Aidan.

Pelbagai fikiran negatif mula merasuk akal dan fikirannya. Merebak ke seluruh ruang. Dia lantas menggeleng. Dia tak mahu berlaku apa-apa yang buruk pada Daneen. Ya Allah, tolonglah lindungi dia.

“Saya tengah cari seseorang Aisyah, sebelum saya masuk tadi. Dia hilang, dia tak pernah datang sini dan ni kali pertama. Saya risau, saya terleka tadi sampai saya cuai. Saya hilang dia,” terang Aidan laju bersama wajah yang resah.

Hargh! Dia tidak sanggup mahu menghamburkan keresahannya. Kata-kata tadi hanya berterabur di dalam hati. Matanya sudah berkaca. Dia sangat-sangat risau.

“Tak ada apa-apa. Saya cuma pening sikit. Maaf sebab saya tak boleh bercakap banyak,” bohong Aidan sambil memohon maaf. 

Dia melarikan matanya dari terus memandang Aisyah. Matanya berkaca. Air mata penuh di empangan mata, tunggu masa untuk tumpah. Dia rasa risau sehingga terasa hendak meraung dan nangis. Itulah sifat keperibadiannya. Dia tidak betah sekiranya berlaku kehilangan. Lagi-lagi melibatkan orang yang dia sayang.

Tika itu matanya menyingah satu susuk tubuh di luar. Aidan terpempan. Itu Daneen.

Jantungnya bagai dipalu keluar tatkala melihat setitis air mata jatuh dari mata Daneen. Lagi-lagi mata Daneen tepat ke arahnya.

Aidan tidak membuang masa. Dia terus bangun dan berlari keluar. Aisyah yang memanggilnya tidak dihiraukan.

Aidan berlari demi mengejar langkah Daneen yang jauh di hadapan. Bila dah sampai di sisi Daneen. Dia memperlahankan langkahnya kembali dan menahan Daneen.

“Daneen, mana kau pergi?”

“Patutnya soalan tu Daneen yang tanya pada ayah! Mana ayah? Ayah tahu tak Daneen takut, merata Daneen cari ayah! Macam budak kecil yang tak tahu malu cuba meraih simpati orang untuk cari jalan keluar! Ramai tengok Daneen nangis. Daneen macam orang tak tentu arah cari ayah, sampai hati ayah tinggalkan Daneen!”  Air mata Daneen mengalir laju seiring dengan butir bicaranya.

“Daneen, jangan nangis macam ni.” Sebak dan sedih menyapa melihat Daneen menangis ketakutan.

Barang-barang yang penuh ditangan, dibuang pada Aidan. Daneen terduduk, dia memeluk lutut dan nangis teresak-esak.

“Aku minta maaf, aku tahu aku salah.” Dadanya bagai dilontar dengan batu yang amat besar sehingga menghimpit perasaan.

“Daneen takut, Daneen lupa jalan masuk tadi, tempat ni besar. Rata-rata Daneen cari tapi tak jumpa. Daneen sorang-sorang je, tak ada sorang pun nak tolong Daneen. Semua tengok je Daneen nangis. Daneen cari ayah satu ke satu tingkat, langsung tak jumpa.”

“Daneen, maafkan aku. Aku minta maaf sangat-sangat Daneen.” Hanya itu mampu terucap. Ya Allah kasihannya Daneen.

“Ayah jahat, ayah tinggalkan Daneen. Ayah boleh duduk makan dengan senang hati kat restoran tu, Daneen pulak tercari-cari ayah. Ayah memang jahat! Ayah tak sayang Daneen.” Matanya dipejamkan, hanya kelihatan air matanya mengalir di pipi tanpa sebarang suara atau esak tangis lagi.

“Daneen aku sayang kau. Aku cari kau Daneen. Aku ingat kau tengah cuba pakaian tapi bila aku tanya pekerja kat butik tingkat 3 tadi, kau tak masuk pun kedai tu. Aku terserempak dengan Aisyah, dia ajak aku makan. Aku tak sampai hati nak tolak, aku ikut dia tapi sumpah... hati aku tak tenang.”

Daneen menggigit bawah bibir menahan tangis. Daneen tetap menafikan di dalam hati. Dia dah kecewa sangat. Dalam esaknya, dia mengelap air mata di pipi dengan belakang tapak tangannya, dia menggelengkan kepalanya.

“Tak baik ayah menipu, ayah pergilah makan. Kejaplagi Daneen datang, Daneen nak pergi tandas.” Daneen bersuara perlahan. Dia benar-benar jauh hati.

Dia tidak mahu bertengkar lagi. Terbukti Aidan tak suka atau sayang padanya. Ya Allah, dia memang sakit hati dengan sikap Aidan. Kejap tunjuk macam suka, kejap dingin dan kejap baik. Split personality ke apa?

“Aku pun tercari-cari kau tadi, Daneen.” Aidan tegas untuk menjelaskan. Dia tak mahu Daneen salah faham.

“Cukuplah tipu Daneen!” Daneen membantah. Dia tak mahu penjelasan lagi. Matanya dah cukup sarat dengan air mata. Bila-bila sahaja akan mengalir lagi.

Tak sempat dia menangkap tangan Daneen. Daneen terlebih dahulu memboloskan diri ke dalam bilik air. Bagai cuba menangkap angin je. Haisy!

Aidan sandar di dinding lalu meraup rambutnya dengan kasar. Aku tak lupakan kau walaupun sesaat pun Daneen, kalaulah kau tahu betapa risaunya aku bila kau hilang dari pandangan mata aku.

Aidan sanggup menunggu kalau empat jam sekalipun Daneen merajuk di dalam tandas. Aidan tahu dirinya salah. Dia tak sepatutnya menerima ajakan Aisyah makan sedangkan dia sepatutnya mencari Daneen.

Aidan jenguk sedikit ke dalam tandas. Dia nampak belakang tubuh Daneen. Daneen membongkokkan badan. Tubuh itu dipandang penuh sayu. Walaupun tiada suara yang kedengaran tapi dia tahu Daneen sedang menangis. Tubuh Daneen terhinjut-hinjut seakan dia sedang menahan esak tangis.

“Kenapa Daneen perlu nangis? Ayah tak suka Daneen, ayah suka Aisyah.”

Libu hati Aidan. Hatinya sebak mendengar kata-kata itu. Daneen, janganlah nangis. Aku salah. Dalam hati aku sekarang ni, hanya sukakan kau. Kau je Daneen. Luah Aidan namun hanya mampu diluahkan di dalam lubuk hati. Kalaulah dia tak cuai tadi sehingga Daneen sesat dan boleh mengaku depan Daneen macam ini sudah tentu Daneen takkan sedih seperti ini.

Aidan tarik nafas. Dia cuba mengawal rasa sebak. Dia perlu berdepan dengan Aisyah untuk meminta diri dan kembali ke sini semula.

Dia menapak kembali ke restoran tadi kemudian mengambil tempat berhadapan Aisyah.

Sorry Aisyah sebab excuse macam tu je.”

“Tak apa, saya tahu awak mesti ada hal tadi. Erm kenapa tak pergi je?”

“Sekejap je... ada orang call tadi. Cust call,” balas Aidan gagap. Dia tak berani jujur. Kasihan pula mendengar suara Aisyah. Tapi Daneen lebih penting. Aku lebih sukakan Daneen, perasaan ni dah beralih sepenuhnya kepada Daneen.

Hargh! Kenapa tak boleh jujur ni? Aidan meraung kuat di dalam hati. Sakit hati dengan mulut sendiri. Mulut mendahului tuan.

Dia tak senang duduk semula. Dia cuba menyusun ayat di dalam hati untuk meminta diri.

Saat dia mahu berdiri dan ingin menyatakan keinginannya menarik diri, Daneen menghampiri dan terus melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa berkata apa-apa. Tindakan itu membuatkan dia menelan ayat yang difikirkan tadi dan menghenyakkan punggung semula.

Pandangan Daneen jatuh pada wanita bertudung litup itu, jauh di sudut hatinya terhiris sembilu apabila melihat Aidan memandang lama wajah Hasnah a.k.a Aisyah tadi.

“Eh, awak yang Aidan bawa pergi hospital tu, kan?”

“Oh? Ha, ya.”

Daneen tidak menghiraukan pandangan Aidan. Sakit. Sakit sangat tengok muka ayah dia sekarang ni. Rasa nak cincang dengan parang.

Apa yang dirasainya ketika ini adalah mahu menghadiahkan tumbukan bertubi-tubi di muka perempuan itu sekali. Tahu tak aku cemburu dengan kau sekarang ni? Haisy, dasar!

“Awak dah baik? Dah sihat?” Wanita itu bertanya lagi. Makin menggeledak cemburu yang menikam di hati ni.

“Saya dah baik, cuma selesema sikit sebab tu muka dan mata merah.” Daneen menjawab dengan perasaan terpaksa.

Rasa nak bangun dan jerit biar satu restoran dengar dan rasai apa yang dilaluinya ketika ini. Dia jujur, dia memang nak halau wanita bernama Aisyah itu daripada pandangan mata.

Senyuman manis yang di lemparkan wanita itu membuat Daneen betul-betul diamuk cemburu. Bertuahlah mempunyai kecantikan yang terpesona sehingga ayah terpaut dan sanggup meninggalkan aku sesat tadi!

SELESAI menikmati hidangan, Daneen berbisik di telinga Aidan, dia mahu mencuci tangan dan terus keluar. Aidan mengangguk kemudian dia bangun serentak dengan Daneen. Dia mahu ikut Daneen cuci tangan.

Daneen duduk semula memberi Aidan mencuci dulu. Tidak betah pula berjalan sekali. Bertambah sakit kalau paksa. Baik dia bagi ruang untuk hatinya pulih.

“Kenapa tak basuh...”

Daneen berjalan cepat meninggalkan meja makan. Dia tak mahu bercakap mahupun berbalas kata dengan perempuan itu. Cukuplah menyeksa hati yang lara dengan duduk semeja. Kalini dia tak rela berbicara walaupun sepatah sama ada dengan perempuan itu mahupun si ayah.

Daneen berselisih dengan Aidan. Tidak sikit dia mengangkat muka melihat seraut wajah milik Aidan. Rasa geram masih ada. Tunggulah reda baru dia sudi melihat seperti selalu. Selagi tidak reda, tunggulah.

Dari tempat basuh tangan bunyi suara Aidan dan Aisyah kedengaran. Hal itu membuatkan cemburunya makin meluap-luap. Dengan langkah yang lemah, dia melangkah dengan semangat yang cuba dibangkitkan semula. Air mata yang cuba dia tahan jatuh juga namun Daneen segera mengesat khuatir ada yang melihat.

“Daneen tu macam tak ada mood je?”

Siapa nak ada mood kalau kau sesat dalam tempat kau tak pernah jejak? Kau mesti gilalah jadinya. Lagi-lagi orang yang tunjuk macam dia suka dan sayang kau tapi sedangkan dia ada perasaan dekat orang lain. Tambahan pula, kalau kau kat tempat aku dalam situasi aku tadi. Agaknya kau meroyan macam hilang anak. Daneen menghamburkan amarah di dalam hati. Puas juga sikit. Kalau tidak rasa nak tikam je orang!

“Saya nak nombor awak, Aisyah. At least free nanti saya boleh ganti lunch harini dengan awak secara berduaan di kemudian hari.” Kedengaran suara Aidan mengutarakan kata-kata. Daneen mendengar dengan jelas.

Hargh! Makin sakit!

“Berduaan?” Daneen betul-betul rasa nak nangis sekarang ini. Tergamak Aidan melukakan hatinya sampai ke tahap ini.

“Kenapa duduk sini?”

“Daneen tunggu ayah,” jawab Daneen mendatar. Dia cuba mengawal perasaan. Kenyataan Aidan tadi memang tipu!

Depan mata dia nampak mereka bertentangan mata. Hampir gugur jantungnya kerana tidak percaya dengan apa yang berlaku depan mata. Jika ikutkan perasaan ni, dia ingin sahaja menjawab, Daneen tengah tunggu ayah yang kejam! 

“Tolong maafkan aku, aku terpaksa. Aku tak sampai hati nak tolak pelawaan Aisyah,” rayu Aidan lembut sambil memegang kedua-dua tangan Daneen.

Daneen mendongak memandang Aidan.

Tell me, kenapa nak tipu lagi? Tak payah berdalih, ayah. Ayah memang rancang nak lunch dengan dia. Lagipun hak ayah nak terima. Daneen tak penting pun sampai ayah perlu pujuk Daneen,” kata Daneen sambil memalingkan wajah. Dia sebak, teramat sebak.

“Tolong maafkan aku, aku salah.”

“Berapa kali ayah nak minta maaf? Daneen bencilah dengar!” Mata sudah berkaca-kaca menahan air mata.

Daneen sedaya upaya menahan perasaan yang mencengkam lubuk hati. Sakit, pedih dan terluka perit hatinya.

Hatinya kian terluka dengan pujukan Aidan. Pujukan Aidan langsung tidak dapat mengubat hatinya yang lara ketika ini.

Kenapa ayah buat Daneen macam ni sedangkan ayah cintakan orang lain? Daneen pun ada perasaan.

“Daneen, kalau kau marah cakap! At least aku boleh betulkan salah aku!” tengking Aidan. Naik seoktaf suaranya.

Aidan tak dapat mengawal perasaan. Dia sakit hati dengan layanan dingin Daneen. Dia tahu dia salah tapi janganlah macam ni.

Daneen geram. Senangnya tinggikan suara. Fine! Nak tahu sangat, kan?

Daneen pusing. Matanya merah memandang Aidan.

Mukanya yang basah dengan air mata, menggamit Aidan mendekat. Dia tak sengaja meninggikan suara.

“Aku...”

You know what, I hate you! You didn't show your effort to find me! Puas sekarang?” Daneen terus melangkah pergi tanpa memandang belakang lagi.

Air mata sudah turun laju. Puas dia mengesat air mata dengan belakang telapak tangan namun air mata tetap berdegil keluar juga.

Aidan terus berhenti. Herdikan Daneen sudah cukup jelas Daneen marah kepadanya. Daneen, aku betul-betul minta maaf.

______________
Writer Comment: Bab ni agak sensetif sikit. Dari pengalaman sebenar, aku pernah ditinggalkan. Dahlah shopping besar. Hengko gile? Mestilah over weh! Tadi masa tu aku tak terbayanglah si Aidan. Masa tu aku terbayang hero dalam cerita Avengers tolong aku, maklumlah aku paling suka captain amerika. Dia punya aura tu Masya Allah!

Seperti yang diterangkan di bab baru aye update malam tadi, aye akan tukar tajuk rasmi cerita Dia Lelaki Misteri ni kepada Isteri Teristimewa. Saksikanlah pengorbanan seorang isteri. Cerita ni takdelah lebih kepada ego seorang lelaki. Dorang ni tak ego cuba lebih kepada pengorbanan. Saling mengorban perasaan demi kebahagiaan insan tercinta. Ceh! Aye akan buat cite ni jadi gempak. Acewah! Jangan lupa ikuti setiap bab! Komen dan vote ❤️ sorry baru sempat balas, wattpad kasi limit. Tokleh balas komen smlm. So harini merathon balas komen😍🤭I love you you all💕


Promote:

Cover Shop - nshrien

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top