DLM : 1

JENAZAH Intan selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Aman. Setelah segala urusan selesai, Putra Raiyan memandu kereta ke hospital untuk menjaga anaknya yang masih dirawat kerana kecederaan di bahagian kepala.

Dia terus memandu. Keadaan jalan raya lengang di waktu ini. Tatkala dia memandu, wajah serta suara Intan menjengah fikirannya. Secara tiba-tiba mengungkit kenangan dahulu bersama insan yang membuatnya diulit perasaan cinta.

Dia khayal. Dia benar-benar rindu mendengar setiap celoteh, setiap kata manja, setiap butir bicara yang keluar dari bibir Intan.

Putra Raiyan terpempan. Matanya terbuka luas, dia tersedar apabila sinaran cahaya terang sebuah treler menyambar matanya. Hanya beberapa jarak sahaja treler itu bakal merempuh keretanya.

Dia menggelabah. Dia berusaha menukar lorong namun treler tersebut laju merempuh. Keretanya dihentam treler itu. Remuk teruk apabila tiang besi pada treler itu menusuk keretanya.

Beberapa saat kemudian, penuh darah mula memancut kusyen kereta. Lengannya tertusuk besi. Dia mengerang kesakitan.

Beberapa kereta lalu-lalang di kawasan itu segera memperlahankan kereta mereka apabila menyaksikan kemalangan dahsyat berlaku di depan mata. Mereka segera berhenti. Ramai yang keluar daripada kereta dan menghampiri.

Salah seorang daripada mereka menghayun langkah pantas menuju ke kereta Putra Raiyan. Lelaki itu berusaha untuk membuka pintu kereta Putra Raiyan namun terbatas kerana pintu kereta itu sudahpun remuk.

"Astaghfirullah..."

Terdengar suara Putra Raiyan mengerang. Rupanya Putra Raiyan masih sedarkan diri. Lelaki itu terasa jarinya perlahan dipaut.

Dia segera menggenggam jemari Putra Raiyan yang terjuntai keluar. Ingin memberi kekuatan kepada Putra Raiyan untuk terus bertahan sementara menunggu bantuan kecemasan tiba.

Badan Putra Raiyan sudah berlumuran dengan darah. Kakinya juga tidak mampu lagi untuk bergerak. Dadanya sesak.

"Intan..." Saat-saat bersama arwah isterinya berlegar-legar di ingatan.

Tidak lama selepas itu, wajah anaknya terlakar di fikiran.

"Anak ayah..." Sekali lagi Putra Raiyan menyebut, semakin lemah.

Ya Allah... Anak ayah. Dia mesti kuat. Demi anaknya.

Namun kesakitan yang menjalar membuatkan dia tidak mampu lagi bertahan.

"Sabar, bang. Mengucap. Ikut bacaan saya, saya bantu abang." Lelaki itu berpesan.

Mata Putra Raiyan semakin mengecil. Akhirnya dia mengangguk. Maafkan ayah Daneen Inara, ayah tak mampu lagi bertahan.

Terkumat-kamit mulut Putra Raiyan mengucapkan dua kalimah syahadah dengan bantuan lelaki itu.

Matanya semakin mengecil. Nafas juga tersekat-sekat. Selesai sahaja mengucap kalimah Allah itu, Putra Raiyan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Lelaki itu memandang Putra Raiyan yang terkulai layu. Perlahan-lahan dia melepaskan genggaman tangan Putra Raiyan. Dia menundukkan kepalanya ke bawah, air matanya menitis. Dia menangis menyaksikan kematian di depan mata.

"Innalillahi wainnaillahirojiun."

"KESIANNYA budak tu. Dia tak ada mak ayah." Mereka berbisik sama sendiri. Bisikan itu jelas didengari oleh Daneen.

Budak gelandangan. Itu yang mereka gelarkan pada Daneen.

Daneen geram. Mak ayah? Mereka yang meninggalkannya. Ditinggalkan? Bukan keinginannya. Tambahan pula diusia 9 tahun begini, siapa yang mahu ditinggalkan?

"Cubalah rasa ditinggalkan. Baru korang rasa terhinanya aku!"

Daneen dibebaskan daripada digelar gelandangan. Dia gembira apabila dia dijumpai oleh penjaga taska kanak-kanak itu. Dia tahu wanita itu tidak mempunyai anak. Dia tidak kisah jika dijadikan anak angkat. Hanya yang dia mahukan adalah perhatian dan kasih sayang.

Namun semua impiannya musnah apabila wanita itu memberinya kepada rumah anak-anak yatim. Kasih sayang yang didambakannya tinggal angan-angan.

Tempat tinggal anak-anak yatim? Ya Allah. Dia tak mahu. Lagi hina dirinya berada di pusat itu.

Doanya di suatu ketika.

"Ya Allah, Daneen sayang ibu, Daneen sayang ayah. Tuhan, temukanlah Daneen dengan diaorang. Daneen nak ibu, Daneen nak ayah.

Semua kawan-kawan Daneen ada kenangan dorang dengan mak ayah, Daneen pun nak ada kenangan dengan mak ayah Daneen.

Umi cakap Tuhan dah ambil dorang. Tuhan, ambil la Daneen sekali. Daneen nak duduk dengan mak ayah. Daneen tak nak duduk sini.

Kawan-kawan Daneen tak semua sukakan Daneen. Dorang suka buli Daneen, malam bila Daneen tidur dorang curah air dekat katil Daneen. Bila Daneen mengadu dekat umi, umi tak percaya.

Umi rotan tangan Daneen sebab umi cakap Daneen tipu. Tangan Daneen sakit. Tuhan, ambil la Daneen. Daneen nak mati. Daneen tak nak tinggal sini lagi." Teresak-esak Daneen menangis.

Bunyi pintu dikuak.

Umi Aesya yang mendengar setiap coretan kata-kata anak perempuannya itu terus sebak menguruni dada.

Air matanya semakin laju menuruni pipi. Umi Aesya mendekati Daneen. Terkejut Daneen melihat uminya muncul dihadapannya.

Umi Aesya duduk bersimpuh depan Daneen, dia mengelap perlahan air mata anaknya.

"Daneen maafkan umi sayang. Umi percayakan Daneen, mari sini sayang. Mari umi sapu ubat kat tangan anak umi ni."

"Daneen tak nak! Umi tak sayang Daneen!"

"Umi sayang Daneen. Maafkan umi sayang. Mari dekat umi sayang. Jangan nangis, umi salah. Umi buat anak umi sedih." Umi Aesya memujuk sambil tersedu-sedan. Pilu hatinya melihat Daneen tidak mahu dengannya.

"Umi janji sayang. Umi takkan rotan anak umi ni dah ya sayang."

"Umi bukan ibu Daneen. Umi cakap umi tak nak pun kalau jadi ibu Daneen. Daneen tahu Daneen degil, Daneen susahkan umi." Daneen menangis lagi.

"Tak sayang. Daneen anak umi. Anggap umi ibu Daneen, mulai harini Daneen anak umi, anak umi." Tubuh Daneen dipeluk erat.

Sepuluh tahun kemudian...

"KAU dah tak sayang umi ke? Umi jaga kau dari kecil, beri kau kasih sayang lebih daripada kitaorang tau."

"Umi tipu. Dia tak pernah pun sayangkan aku. Aku dengar dia cakap yang aku ni menyusahkan dia je. Kau ingat aku pekak ke?" Daneen memberi alasan lain. Air matanya tidak henti-henti tumpah. Hatinya sakit mengenangkan disebalik kasih sayang Umi Aesya padanya. Ternyata semua itu hanya pura-pura.

"Daneen Inara! Kalau kau pergi jugak, aku beritahu dekat umi!" ugut Maisara.

Daneen tetap tidak kalih. Dia nekad.

"Beritahulah Maisara. Kalau kau jadi aku kau pun akan pergi dari sini. Umi bukan ikhlas sayangkan aku, umi sayangkan aku pun disebabkan inginkan wang ringgit."

"Astaghfirullahalazim Daneen, tergamak kau tuduh umi macam tu!" Tubuh Daneen ditolak ke dinding. Maisara bengang.

"Kau ingat aku senang ke nak tuduh tanpa bukti? Dahlah Maisara, biar aku pergi. Tempat ni tak bermakna dah bagi aku."

"Pergi! Pergilah Daneen! Kau tanggunglah azab membuatkan seorang ibu menitiskan air mata."

"Air mata penipuan! Dia yang patut terima azab sebab sakitkan hati anak yatim seperti aku!"

Hujan semakin lebat, Daneen tetap meredahnya. Dia tetap dengan keputusannya. Untuk apa lagi tinggal di situ? Hanya menyakitkan hati dan diri sendiri.

Daneen terhenti. Dia perasan sebuah kereta kancil membelah jalan terpencil yang beradanya sekarang itu. Lampu kereta itu menyuluh jalan. Dia menangkap nombor plat. Itu nombor plat kereta umi!

Daneen pantas menjarakkan diri. Dia berlari bersembunyi di belakang sebuah bangunan di lorong sunyi itu.

"Daneen, keluarlah sayang. Umi tahu Daneen merajuk dengan umi tapi janganlah lari macam ni sayang. Umi sayangkan Daneen. Sayangkan Daneen sepenuh hati umi."

Daneen kecewa. Umi tipu. Akhirnya dia tahu, Umi Aesya membesarkannya hanya untuk mendapatkan harta daripada wasiat yang ditinggalkan oleh arwah ibu dan ayah.

Hari ini baru dia tahu, arwah mak dan ayah telahpun meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sakit hatinya. Perasaannya disakiti. Kesakitan ini sukar untuk pulih. Hatinya benar-benar berdarah parah.

Tergamak wanita yang dianggap sebagai ibu itu menipunya hidup-hidup. Kenapa perlu menyiksanya sehingga begini?

Ya Allah, hati aku sakit. Benar-benar sakit.

Hujan lebat yang turun membasahi bumi membuatkan Daneen menggigil kesejukan. Dia takut. Semua jalan gelap.

Tatkala dia menapak ke simpang lorong, beberapa tangan menariknya.

"Nak pergi mana ni cik adik manis?" Seorang lelaki mengepungnya.

"Lepaskanlah!" Daneen mula gelabah.

Dia menendang lelaki mabuk itu kemudian membuka langkah seribu. Dia perlu menyelamatkan diri. Kalau tidak, pasti masa depannya akan berakhir.

"Tunggu, jangan lari!" Lelaki mabuk itu juga pantas membuka langkah seribu.

Daneen semakin cuak. Semakin pecut lariannya, semakin pantas lelaki mabuk plus jahat itu mengejar dia.

"Jangan lari!"

Berpeluh-peluh Daneen. Dia cuba memecut dengan kadar paling laju, namun semakin berganda kelajuan lelaki yang cuba merogolnya itu.

Ya Allah... nafasnya sudah tercungap-cungap. Langkah kakinya pula semakin perlahan. Dia sudah kepenatan. Namun apabila dia menoleh ke belakang, dua orang lelaki tadi masih tidak berputus asa mengejar dia.

Dengan langkah yang semakin hilang kawalan, Daneen menghampiri sebuah kereta Vios yang sedang terparkir di tepi lorong itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka pintu belakang kereta itu lalu memboloskan diri ke dalamnya.

Dia menunduk, bimbang dua orang lelaki tadi sedar tempat persembunyiannya.

Daneen mula perasan ada seorang lelaki dan perempuan sedang duduk di tempat duduk di hadapan. Dia kalih dan tengok depan. Sekali lagi matanya membuntang.

Daneen terus pucat lesi. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah teman wanita si lelaki yang sudah tidak seperti orang. Habislah! Macam mana boleh termasuk kereta pasangan bercinta ni! Daneen menjerit-jerit di dalam hati.

Cepat-cepat dia keluar dari kereta itu. Lelaki mabuk itu berjaya mengesannya semula, pantas dia membuka langkah seribu sekali lagi.

"Tepi! Ke tepi!" Daneen menjerit kuat kepada seorang lelaki yang menghalang laluannya dalam kira-kira satu meter itu.

Lelaki itu segera mengelak, namun entah bagaimana silapnya, dia terlanggar lelaki tersebut. Mujur tidak seberapa kuat rempuhannya. Kalau tidak, mahunya tergolek mereka di situ.

"Sorry... sorry..." Daneen semakin pucat.

Daneen menunduk sambil bertubi-tubi ucapan maaf meniti di bibirnya. Dia salah.

"Kau nak lari dari siapa?" Tangannya diraih.

Daneen sedikit terkejut. Dia mendekat dan mendongak memandang wajah itu.

"Ada orang kejar saya, dia nak rogol saya," jelas Daneen bersama mimik muka kerisauan.

Tatkala memandang wajah itu, Daneen merasakan seolah satu cahaya menyinarinya. Dia berasa tenang merenung wajah itu biarpun hanya seketika.

"Jangan bersuara. Diam." Lelaki itu terus memeluk Daneen.

Daneen tidak menolak bahkan dia masih berkhayal. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Lagi-lagi bau maskulin ini benar-benar memukaunya.

"Mereka dah pergi. Pergilah balik rumah, lainkali jangan berkeliaran malam-malam buta macam ni." Lelaki itu melepaskannya.

Daneen merengus kasar. Dia mahu dipeluk lagi. Rasa ketenangan itu serta merta hilang apabila pelukan tidak dirasakan lagi. Tiba-tiba belum sempat kaki lelaki itu melangkah pergi, idea bernas muncul di kepalanya.

"Ayah, Daneen nak ikut ayah." Lantang suaranya.

Bulat mata lelaki itu. Dia terus kalih.

Tak ada orang. Biar betul? Habis siapa dia tolong tadi?

"Ayah, Daneen sinilah!" Serentak itu, jantung lelaki itu berombak laju. Terus jadi tidak normal.

"Arghh!" Kuat jeritan itu. Lelaki itu terkejut besar, terkejut melihat gadis yang menggelarkan diri 'Daneen' itu memeluk kakinya. Dia terdorong sehingga terjatuh di atas jalan tar.

"Kenapa jerit-jerit ni ayah? Nasib orang jahat tu tak dengar." Daneen bercangkung di sisi lelaki itu sambil meletakkan jari di mulut.

"Arghh!" Lelaki itu terus pengsan.

"Ayah pengsan? Kenapa pengsan ni?"

________________

Writer Comment: Habislah hero pengsan.

12 Jun 2020, edit.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top