-part 6-
BAB 6 my Chen
🥰
AKU masih terbayang muka Chen masa aku melangkah pergi dengan Grab Car hari tu. Reaksi dia tak pernah aku saksikan sebelum ni. Seperti bingung. Seperti susah hati. Dan hati aku ni memang ada soft spot untuk lelaki bernama Benjamin Chen.
"Termenung lagi ke?" Diana bertanya. Dia duduk kat atas sofa, bersebelahan denganku. Seksi habis. Mujur la aku ni perempuan, kalau Chen yang nampak kut la esok juga dia jadi bini kedua. Apa yang aku merepek malam-malam buta ni!
"Tv tu yang pandang you, you pula tak tahu pergi ke mana. Sampai iklan pun mata tak berkelip." Diana menambah lagi.
Aku menarik nafas dalam. Biarlah. Dia belum kahwin, dia mana tahu masalah orang dah kahwin.
"Tengah fikir masa depan ni..." Aku memberi alasan.
Diana ketawa. "Masa depan ek? Tapi, Sara, I rasa you masih sayangkan Dr Chen. Boleh tak you berbaik dengan Dr Chen?" soal Diana. Tiba-tiba dia ungkit nama Chen.
"Kenapa? Dia silap bagi ubat dekat orang ke?" Aku tanya je mana la tau impak aku buat perangai ni sampai buat hidup Chen haru biru. Tapi dalam hati kecil, aku harap sangat Chen tak hilang fokus dalam kerja dia. Kalau kerja dia tak membabitkan nyawa tak apalah.
"Tak la sampai macam tu. Tapi ni first time kita orang tengok dia bad mood. Rest time pun dia kunci pintu duduk dalam bilik dia. Kadang-kadang dia duduk belakang hospital termenung macam tak tahu nak buat apa."
Oh, cara dia release tension lebih kurang dengan aku juga. Tak adalah teruk mana. Aku ingat dia menangis ke dalam bilik tu.
"Dia fikir masa depan la tu." Macam aku.
"Dia sayang kat you. Berapa ramai single miss doctor yang mengayat Dr Chen tapi tak jalan. I peliklah. You ada Dr Chen yang loyal, you nak break up dengan dia pula. Hey, kalau I, I tak akan lepaskan lelaki setia."
Itu point terbaik Chen setakat ni. Dia setia. Setia kerana dia malas nak fikir dan ambil pusing tentang orang wanita.
"You nak Chen eh?" Aku bertanya, sekadar mengusik. Tapi wajah Diana naik merah pula.
"You boleh tanya staff perempuan di hospital, siapa yang tak terfikir Dr Chen adalah lelaki yang hebat."
"Sebab you all pandang dia dari jauh, you all tak tahu bagaimana rasanya dekat dengan dia." Aku menggumam kecil. Tiba-tiba pula rasa bersalah pada lelaki 'hebat' itu.
"Jujur je, dulu you kejar dia sebab you suka dengan Dr Chen dalam imaginasi you, tapi apabila realitinya berbeza, you mula nak berpisah dengan dia."
Aku macam kena tampar je oleh Diana. Aku menundukkan kepala. Teruk sangat ke perangai aku ni?
"You tak rasa rugi ke melepaskan Dr Chen? I dan staff lain sangat hormatkan dia sebagai seorang doktor. Tapi dia ada isteri, yang tak menghargai Dr Chen."
Nak menangis boleh tak. Sampai hati betul si Diana ni. Aku bangun dari dudukku dan masuk menuju ke bilik.
Dalam bilik tu, aku sembam muka kat bantal. Sedih kena sound direct oleh Diana.
Aku punya mood dah upside down. Azab gila. Air mata ni keluar tak berhenti.
Sebab aku tahu akan ada wanita yang lebih menyayangi Chen lebih dari aku, sebab aku tahu Chen boleh dapat pengganti yang lebih memahami dan menerima dia seadanya, sebab tu la aku mengalah. Sebab aku tak mampu bahagia, apatah lagi memberi kebahagiaan. Ada je wanita yang sesuai dengan dia.
Tapi apabila mengenangkan Chen ada wanita lain, jiwaku semakin memberontak.
Pukul 2 pagi aku keluar dari rumah dengan grab car. Tak terfikir pasal bahaya walaupun aku sedar sangat bahaya bagi seorang perempuan untuk menumpang kereta orang waktu tengah malam. Demi Chen.
Memalukan sunggu kau ni, Isara. Sendiri yang pergi, sendiri juga balik. Tak ada pun yang mengalu-alukan kedatangan kau.
Sampai di depan pintu rumah Chen, aku tercegat lama. Separuh dari minda ni bertingkah menyumpah seranah tuannya.
Tadi masa keluar aku tak rasa sejuk sangat. Tapi tiba-tiba aku rasa sejuk. Nak request grab car balik ke rumah sewa nampak mustahil. Tapi nak berdiri kat depan rumah Chen sepanjang malam lebih mustahil.
Aku cuba kuatkan diri untuk bunyikan lonceng rumah. Aku tahu Chen tengah tidur. Tapi tak tahu dia boleh bangun ke tak untuk buka pintu rumah ni.
Apabila Chen tak buka pintu, aku segan nak tekan lonceng buat kali kedua. Aku rasa baik aku naik grab car untuk balik ke rumah sewa.
Itulah, Isara. Lain kali buat tindakan tu kena berfikir. Jangan main aci redah. Tak pasal-pasal kau blur kat depan rumah orang malam-malam ni.
Baru aje aku nak berjalan ke tepi pagar, pintu rumah berbunyi seperti dibuka. Keras terus badanku di situ.
"Isara?"
Suara Chen!
Macam mana ni? Tiba-tiba aku jadi malu. Shameless betul kau, Isara. Beria kata nak berpisah, last sekali kau datang ke sini sebab rindu. Tengah malam buta pula tu!
Sebab terlampau malu, aku meneruskan langkahku tanpa memandang ke arah Chen.
Terasa lenganku ditarik dari belakang tak sampai dua langkah aku berjalan.
Dua saat kemudian, tubuhku dirangkul dari belakang. Aku menggigit bibir menahan degupan jantung yang laju gila ni.
"Sorry, saya ganggu awak malam-malam ni." Aku bercakap dengan nada yang kecil. Wajahku bertukar menjadi merah.
"Terima kasih."
"Ha?" Aku tak faham.
"Thank you for coming back."
Mendengar bisikan Chen tu, mindaku mula berfungsi dengan baik. Eh, Chen tengah peluk aku. Tak pernah dia peluk aku dari belakang begini.
#IsteriMisterChen
#isterimrChen
#shortstory
#rinsyachasiani
#chen
#isara
Bersesuaian dengan tajuknya, 🌻
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top