- part 3 -
Happy weekend! Alamak belum lagi siap edit #Dasuki dah gatal nak sambung Chen. Hihi...
PART 3
🌻
Hiba sekejap rasa hati pagi tadi melihat Aziera datang dengan baby dia yang lahir bulan lepas. Bukan cemburu ye. Cuma teringin la juga nak ada anak. Nak jaga anak, nak timang anak, nak menyaksikan anak membesar di depan mata...
"Termenung ingat laki ke ni?" Lani menegur.
Aku mengangkat muka.
"Tak da la. Terkenang kat baby Aziera tadi. Comel sangat." Aku senyum.
"Oooh... Aku ingat kau susah hati laki kau nak sambung study ke India."
Berderau jantungku buat beberapa saat. Wajahku jelas berubah.
"Mana kau dengar cerita ni?" Aku tanya.
Lani terkebil-kebil. "Sorry, kau tak tahu lagi ke?" Terbias riak bersalah di muka temanku itu.
"Mana kau dengar?" Aku mengetap bibir. Teringat borang yang Chen masukkan ke dalam fail apabila aku menghampirinya semalam, seperti dia sengaja menyembunyikan dari diriku. Walaupun aku tak nampak borang tu, tapi naluriku jadi begitu sensitif seperti ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.
"Dr Danny kata tadi, Dr Chen dah submit permohonan... Dia dan empat lagi doktor dari hospital..."
Tak sempatpun Lani sambung ayat, aku bangun dari duduk.
"Tolong bagitahu yang aku ambil half day hari ni." Sempat aku berpesan pada Lani walaupun aku rasa teruk sangat saat ni.
Dia apply tapi dia tak bagitahu aku satu apapun. Apa salah aku sebenarnya? Ke Chen sengaja melarikan diri dariku? Sebab aku membosankan? Atau sebab dia rasa aku membebankan?
Tiba-tiba rasa menyesal sangat sebab acah-acah minta cerai kat dia walhal sebenarnya aku memang masih sayang kat dia.
"Elok-elok, Sara." Lani terjerit kecil ketika aku membuka pintu dan melangkah laju keluar.
Sampaikan masuk ke dalam pintu teksi dan keluar kat depan hospital besar tu aku langsung tak sedar. Rasa diawang-awangan dengan andaian buruk bersimpang-siur. Jujur nak menangis call mak dn mengadu. Tapi aku rasa berat sangat. Nanti apa pula mak kata. Aku bukan budak kecil lagi, dah kahwin pun kan. Tak kan masih tak reti urus diri sendiri?
"Chen?" Aku menyoal nurse Diana apabila ternampak dia sedang mengisi borang-borang di kaunter.
Ramai kenalanku masih bekerja di sini sebab dulu sebelum masuk ke poliklinik, aku sempat bekerja kat sini dua tahun. Dan masing-masing pun tahu aku ni isteri Dr Chen.
"Tengah rehat. Kat kafetaria kot. Baru je I nampak dia tadi." Diana menjawab dengan air muka tanda tanya.
Mesti dia hairan sebab aku tiba-tiba aje muncul dengan pakaian seragam.
"Okay, thanks."
Aku macam menggigil je masa berjalan ke kafetaria. Tadi bukan main laju, sekarang dah jadi terlampau perlahan.
Nanti, kalau tiba-tibalah Chen tunjuk muka menyampah kat aku, atau perli aku depan kawan-kawan dia... Aku nak buat apa?
Sampai di kafetaria, aku pandang dia dari jauh. Kekuatanku hilang ditelan bumi. Aku tak dapat nak atur satu ayat pun untuk menghadapi Chen walau aku nak tanya sangat betul ke dia apply sambung belajar dan nak berpisah denganku.
Dia dengan dua orang doktor lain sedang berbual dan bergelak ketawa. Ketawa dia tu serius aku dah lama tak tengok. Dengan aku, dia tak tunjuk sisi semesra ini. Paling mesra yang pernah Chen tunjuk hanya ucapan hmmm, ya, okey...
Agaknya betullah, dia memang tak sayangkan aku. Hidup dengan aku pun terpaksa.
Seorang dari kawan dia tunjuk kat aku. Kawan dia yang perasan, dia langsung tak perasan. Apabila Chen pandang diriku, senyuman dia hilang. Dia bangun kemudian melangkah mendekatiku.
"Apa awak buat kat sini?" Dia tanya.
Aku tak mampu nak cakap apa kecuali tegak merenung kat dia. Satu benda pun tak mampu keluar dari mulut sebab aku rasa nak menangis sangat.
"Awak tak kerja?" Dia mengerut dahi. Aku menggeleng kepala.
"Kalau tak kerja, pergilah balik." Dia keluarkan dompet dari seluar dan serahkan not RM 100 kat aku.
Entahlah, kalau awal kahwin dulu aku seronok je dapat duit dari Chen, tapi sekarang ni, aku rasa Chen tengah halau aku dari sini.
"Kita cerai, Chen." Tiba-tiba aku cakap macam tu walaupun aku tak rancang. Tiba-tiba jadi sangat emosional.
Chen terpempan buat beberapa saat sebelum dia tayang muka ketat.
"You balik. Jangan buat drama tengah hari kat sini." Dia cakap dengan nada tegas.
"Saya serius, kita berpisah aje. Saya dah tak tahan." Air mata jatuh ke pipi.
Chen cepat-cepat menarik tanganku agar berdiri jauh dari orang lain.
"Ni kunci kereta, awak balik dulu." Dia tarik tanganku dan meletakkan kunci kat atas tapak tanganku.
Aku ingatkan dia nak pujuk, tapi dia pusing dan berjalan pergi.
"Chen," panggilku. Serius rasa helpless. Aku langsung tak ada peluang untuk tantrum atau memberontak kerana Chen lelaki yang tak punya hati perut.
"Betul awak ke India?" Aku tanya dengan suara bergegar-gegar.
Dia berhenti sekejap sebelum menyambung langkah tanpa menoleh je arahku.
Saat ni, aku hanya mampu menyalahkan diri sendiri. Kenapalah si bodoh Isara ni nak kahwin dengan Chen yang kejam tu? Tak boleh ke pilih suami baik-baik masa dulu?
#ShortStory
#Chen
#RinsyaChasiani
#isterimisterChen
Aku kesat air mata kat pipi dan berjalan balik menuju ke arah kafetaria. Kawan-kawan Chen masih kat situ, tapi Chen dah tak ada. Aku terus melangkah kat dia orang dan letakkan kunci kereta Chen depan dia orang.
"Chen tertinggal kunci dia. Nanti tolong bagi kat dia..." ucapku tanpa tenaga.
Mulai hari ni, aku takkan pakai barang Chen lagi. Aku tak nak paksa Chen untuk melayan perangai budak-budakku.
Aku tak balik pun. Aku singgah kat pejabat agama, duduk kat situ berjam-jam tanpa berbuat apa-apa. Orang yang kerja kat situ siap tanya apa tujuanku datang, tapi aku setakat gelengkan kepala.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top