- part 2 -

Chen masuk ke bilik lepas baca artikel dan jurnal yang dia print out petang tadi. Aku pun sebenarnya nak masuk ke bilik sebab hari dah larut malam. Tapi mengenang dia baru aje masuk, biar dulu la. Karang 20 minit begitu, dia dah tidur, aku masuklah.

Kalau tak mesti awkward gila. Aku la yang awkward, dia muka tak ada perasaan.

Lepas 20 minit, aku buka pintu bilik berhati-hati. Kut la dia terganggu dan terbangun, tak ke naya telinga menerima perlian dari tuan raja seorang ni.

Wei, dia tak tidur. Dia duk sambung baca artikel kat atas katil. Tadi tak nampak pula dia bawa kertas masuk ke bilik.

Aku pun senyap-senyap pergi ke meja solek. Ambil toner dan kesat kat muka.

Aku pandang juga dia melalui cermin. Teringat masa mula-mula kenal Chen.

Dia Cina Muslim. Jadi masa aku praktikal kat hospital dia, Chen ni nampak glamour gila sampai aku sudi jadi stalker.

Aku jadi berani confess yang aku suka kat dia sebab kawan-kawan yang lain pakat gerun nak tegur Chen. Chen tu ditegur bukan reti pun tegur balik. Nak kata hidup dia ni busy sebab dia doktor, orang lain pun doktor juga. Tapi elok pun bergurau senda dengan kami walaupun takat pangkat MA.

Mungkin sebab aku seorang je yang berani mengurat Chen, dia terima tanpa fikir panjang.

Tapikan... Bertahun kahwin, aku still rasa masih asing dengan Chen. Kadang-kadang aku ingat Chen tu roomate aku je. Bukan suami.

Dan sebenarnya, aku ni jenis periang, ramah mesra dan suka menegur orang. Tapi sejak-sejak ke belakangan ni, aku perasan yang aku berubah. Kadang-kadang jadi macam Chen juga. Anti sosial.

"Chen." Aku try try panggil nama dia. Suara pun pelan je.  Tak tahu kenapa mulut ni gatal nak sebut nama baginda. 

Chen dongak. Dia tenung aku dari belakang. Aku pun menoleh sebab nak bagi dia tengok muka frust aku ni.

Frust tertonggeng tahu tak? Setahun dua boleh la tahan, dah lama gini rasa nak memberontak. Hari-hari pula tu jiwaku memberontak. Aku doa-doa je jantungku tak meletup mengamuk kat dia.

"Lama tak tengok awak study." Ayat macam aku kenal dia baru tiga hari.

"Saya tak ada masa nak sembang."

Aku mencebir. "Sebenarnya awak tak nak sembang, bukan tak ada masa nak sembang. Kan?"

Agaknya kalau aku keluar dari rumah malam ni, dia tak kisah pun. Lagi seronok la kot.

Chen selak artikel dia. "Give me a break."

Aik? Bagi dia masa rehat, maknanya aku ni satu gangguan la bagi dia? "Pelik cara break awak tu." Aku mengguman. Antara kerja dan isteri, dia rasa kerja lagi penting dan enjoyable. Kenapa dia tak sama dengan lelaki lain eh? Lelaki lain nampak bini je dah tentu cair. Tapi Chen, dengan kertas tu dia cair, dengan aku dia tak mahu.

Aku bangun dan menghampirinya. Baring kat tempat aku biasa baring. Chen pandang aku semacam.

"Kenapa?" Soalku menyembunyikan rasa berdebar.

"Are you stress?"

Tiba-tiba rasa terharu pula dia soal begitu. Tak jadila nak cerai dengan dia...

"Chen, saya stress sangat," ujarku separuh mengadu.

"No wonder muka banyak jerawat." Dia tersenyum kecil seperti tengah gelakkan aku.

Aku terus duduk dan raba kulit muka. Perlu ke dia komen begitu? Aku pedih betul dibuatnya.

"Awak suka buat bini awak kecik hati, kan?" Aku perli dia sambil jeling tajam-tajam.

"Jujur je, muka awak teruk. Berat awak pun dah naik. Dalam jangka dua bulan, cara makan dan kalori yang awak ambil, berat awak akan naik 60kg."

Aku pandang badan sendiri. Sampai hati betul baginda mengata aku kat depan muka.

"Tahulah awak handsome, badan fit, bebas jerawat, tapi tak payah la hina-hina wife awak yang ugly ni." Sejak bila entah aku jadi rendah self esteem... Sebab dulu aku jenis yang tak rasa diriku kurang berbanding model majalah.

"No men will like you."

Aku rasa nak menangis weh. Merah dah biji mata. Sampai hati betul dia.

Chen baca balik artikel lepas gilis aku dengan ayat-ayat berbisa.  Betul ke dia ni doktor sebab aku lebih percaya kalau dia ni penyangak.

"I hate you," ucapku. Sebenarnya aku tak bencikan dia, aku benci dengan perkataan dia yang tak pernah manis di telingaku. Tapi sebab perkataan kejam Chen, aku rasa aku dah mula bencikan Chen. Padahal dulu aku la paling suka dekat Chen.

Kawan-kawan, lelaki kacak ni indah khabar dari rupa. Tak de nya dia jaga hati kita sebab dia tahu saham dia tinggi.

"Kalau tak ada lelaki suka kat saya tak apa. No men no cry. Janji I happy." Aku ucap sambil baring membelakanginya.

Lantak kaulah labu. Nak berbini badan bak model pun aku tak peduli. Kahwin la lagi, aku nak tengok juga bagaimana perempuan lain handle perangai baginda Chen ni. Dia ingat dia hebat, dia tak tahu ada banyak lelaki hebat kat luar sana.  Huh.

Aku tak dengar bunyi Chen selak kertas. Sepi aje dia sampailah 30 minit kemudian, dia off lampu dan baring kat sebelah aku.

#shortstory
#chen
#rinsyaChasiani

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top