IHB : TIGA
KIM AERA's
Aku duduk di atas sofa lalu tangan aku mencapai alat kawalan jauh. Satu persatu punat kecil pada alat kawalan jauh itu ditekan; mencari siaran yang menarik.
Namun tiada satu pun rancangan yang menarik perhatian aku. Akhirnya hanya running man yang aku tonton.
" ehem "
Aku tidak menoleh. Tiada sebarang respon yang aku berikan.
Siapa dia?
Dia Jeon Jungkook.
Tanpa berkata apa, terus sahaja aku bangun dari duduk. Baru sahaja aku hendak melangkah, tanganku ditarik.
Segera aku menepis kasar tangannya daripada terus memegang tangan aku. Jijik.
" we really need to talk. "
Ketawa halus serta sinis sengaja aku keluarkan.
" i thought you're going to marry Lee Raena? "
Tanpa menunggu Jungkook membalas, terus sahaja aku melangkah pergi.
---
tring . tring . tring .
Bertubi-tubi notifikasi masuk, semakin aku abaikan semakin bising jadinya.
Aku mendengus geram lalu mencapai telefon pintar aku.
Skrin telefon pintar aku dipenuhi dengan nama Soyoung.
Satu persatu mesej dibaca namun tidak aku balas.
Malas.
It's a party invitation actually and i'm not interested with that.
Tidak sampai beberapa saat, telefon aku berbunyi lagi.
urgh great. Soyoung telefon.
Panggilan daripada Soyoung diangkat namun aku tidak bersuara.
' hello?masih hidup tak ni?'
Jelas kedengaran intonasi Soyoung cuba bergurau dengan aku. Namun aku langsung tidak cuba untuk membalas gurauannya.
' okay okay gurau. jomla pergi. aku minta sekali ni je. jom teman aku '
" malas "
' ala jomla. sekali ni je aku minta kau teman aaa sepupu aku tu! '
" minta teman orang lain "
' semua busy tak nak teman aku. jomla '
" malas "
' jomla Aera, kau tak kesian ke dengan kawan kau ni AAAAAA '
Kini Soyoung menjerit pula, ish. Sakit telinga aku.
" okay! aku pergi. boleh stop memekak tak? bingit "
' serious?! okay kau siap sekarang, nanti aku bagi kau alamat rumah dia YEYYYYYY '
Tanpa membalas apa-apa, panggilan terus ditamatkan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top