IHB : SATU
" jangan sentuh aku. " lelaki yang digelar sebagai Jeon Jungkook itu menjeling tajam ke arah isterinya sendiri. Tangan perempuan itu ditepisnya kasar.
" hina sangat ke saya Jungkook? dulu awak juga yang lamar saya jadi isteri awak dan sekarang awak yang membenci? kenapa? " perempuan yang 'hina' dimata Jungkook itu menyoal. Menyoal dan tidak tahu dimana salah dan silapnya selama ini. Kim Aera atau patut aku gelar sebagai Jeon Aera selepas sah menjadi isteri kepada Jeon Jungkook.
" kalau saya ada salah. maafkan saya. sampai bila kita nak jadi macam ni? " tambahnya lagi. Meminta maaf atas sesuatu yang dia juga tidak tahu apa kesilapan yang telah dia lakukan.
" kau tidak sebagus Lee Raena . perasaan aku pada kau sekarang? langsung tidak ada. " kata Jungkook bersahaja dan crack. Bagaikan kaca pecah hati Aera kini hancur berderai. Seperti dipijak-pijak dan tiada nilainya.
" siapa Lee Raena?! A-awak duakan s-saya... " dia cuba menahan air matanya selama yang mungkin namun tidak bertahan lama , air matanya terus melimpah membasahi pipi. Kalau sahaja tubir matanya seluas lautan, pasti air matanya dapat ditakung lama.
" siapa dia? for your information, she is my future wife. kami akan berkahwin tidak lama lagi. " sekali lagi, Aera terkelu. Terkelu dengan pengakuan suaminya sendiri.
" dan kau bakal diceraikan. "
Kim Aera tertawa kecil apabila terkenang akan sedikit sebanyak memori pahitnya bersama Jeon Jungkook. Ketawa dengan kebodohan lelaki itu sendiri.
kau bakal diceraikan.
Sekali lagi, dia tertawa. Walaupun sebenarnya tiada satupun kisah itu terselit kenangan manis mahupun lucu. Namun kenangan pahit itu membuatkan dia menjadi seorang yang seperti tidak mempunyai perasaan. Langsung tidak tahu apa itu erti belas kasihan. Tidak tahu dimana perangai Kim Aera yang lama sudah dikuburkan.
Yang dia tahu hanya keperitan yang pernah dia rasa selama dia menjadi isteri kepada Jeon Jungkook dan dengan sikap Kim Aera yang lama; terlalu lembut dan pemaaf. meminta maaf walaupun bukan dia yang bersalah. Menangis seperti orang bodoh kerana kekejaman seorang lelaki yang dia sayang.
Kesedihan yang dia rasa, terus membuat dia berubah seribu kali ganda menjadi seorang yang tiada siapapun yang mengenali dia lagi. Termasuk keluarga dia. Terlalu banyak perubahan.
kau bakal diceraikan.
Sekali lagi, ayat yang pernah dilafazkan oleh Jungkook empat tahun lepas berlegar dan bermain difikirannya.
" ceraikan konon . " dia ketawa kecil dengan kebodohan lelaki itu sendiri.
" sekarang kau juga orang yang mahu mempertahankan hubungan bodoh ini. tch " Dia bangun dan mengambil beg dari atas katil. Bersedia untuk turun ke tempat kerja.
Dia turun ke bawah dan jelas kelihatan Jungkook sedang bersarapan pagi seorang diri. Mata mereka tepat bertikam antara satu sama lain dan kewujudan lelaki itu hanya diendahkan.
Jungkook sudah tersarung dengan baju kerja dan tali leher belum diatur kemas.
" tak sarapan dulu? " soalan pertama yang disoal apabila melihat Aera langsung tidak melangkah mendekati meja makan. Bukannya tidak biasa dengan situasi itu, sudah lali sebenarnya. Tapi baru hari ini mulutnya ringan untuk memberanikan diri bertanya.
Namun soalan Jungkook hanya dibiarkan tidak berjawab dan dia melangkah keluar dari rumah.
Jungkook mengeluh selepas kelibat Aera tidak kelihatan. Deruman enjin kereta juga sudah kedengaran jelas.
Sudah bertahun hubungan mereka tidak seperti yang dia harapkan. Aera juga berkelakuan dingin dengan dia. Bila dia cuba berkomunikasi, hanya sepatah dua sahaja yang menjadi jawapan.
Dia tahu, sikap Aera berubah seratus peratus ini juga disebabkan oleh kelakuan dia sendiri. Menyesal? Semestinya rasa menyesal itu masih terasa.
" Aera, tolong kembali semula pada diri kau yang lama . aku rindu.. "
---
" Kim Aera! " Aera yang sedang sibuk menyusun baju di dalam almari terkejut apabila mendengar suara lantang Jungkook memanggilnya.
Laju sahaja dia berdiri dan berlari ke tingkat bawah.
Wajah bengis Jungkook dipandang sekilas lalu dia menundukkan pandangannya ke lantai. Takut.
" kau memang sengaja kan? "
" k-kenapa dengan saya... " bergetar suaranya cuba menjawab Jungkook.
" kau bagitahu Namjoon pasal kita? Perlu ke libatkan abang kau dalam masalah rumah tangga kita?! " diherdiknya Aera membuatkan bahu gadis itu terhinjut. Terkejut. Tambahan pula , nada Jungkook kian meninggi.
" t-tak. saya tak bagitahu dia apa-apa Jungkook. dia sendiri yang tahu. b-b-betul "
" ei! "
Rambut Aera ditariknya kuat hingga membuatkan gadis itu jatuh terduduk . Punggungnya menghentak lantai.
Rambut Aera ditarik hingga menyebabkan tubuh gadis itu terheret sedikit.
" jungkook, sakit! " sedaya upaya dia cuba melepaskan rambutnya daripada terus ditarik. Rasanya beberapa helai rambut dia juga sudah tercabut dari akar dek kerana tarikan kuat Jungkook.
Rambutnya dilepas kasar oleh Jungkook.
Kini lelaki itu memandang wajahnya dengan penuh kebencian. Seolah-olah Aera ialah musuhnya.
" kau jangan sesekali buka mulut pasal kita. disebabkan kau, aku ditumbuk. tahu?! "
Kini, perut Aera ditendang kuat membuatkan gadis itu terbatuk sedikit.
Belum habis kesakitan pada bahagian kepala dan punggung. Kini ditambah pula kesakitan pada perut.
Tanpa rasa belas kasihan, Jungkook meninggalkan Aera bersendirian di ruang tamu. Berbaring di atas lantai yang sejuk dan ditemani dengan segala kesakitan. Kesakitan pada kepala, kesakitan pada perut dan juga
Kesakitan pada hati. Hati yang tabah kini perlahan-lahan menjadi lemah.
Hati yang dipelihara dengan baik, dipijak seperti tiada nilainya.
Aku tidak layak bahagia ?
" Aera? "
" Aera! " suara kuat itu menyentak lamunannya. Terkejut.
" ada apa? " soal Aera dan mengalihkan pandangannya pada computer.
" Soyoung, kalau kau nak bermain-main baik kau diam. Jangan kacau aku. Aku tengah buat kerja " kata Aera tanpa memandang wajah Soyoung; merangkap kepada kawan sepejabat yang selalu bersama dia.
" kau kenapa termenung? "
" kau fikir pasal perkara tu lagi? huh... " kini Soyoung mengeluh. Ya, Soyoung tahu tentang hubungan dia dengan Jungkook dahulu. Mereka sudah berkawan lebih dari enam tahun.
Sebelum ini, Aera tidaklah berkelakuan begitu serius sepanjang masa. Tetapi disebabkan layanan teruk Jungkook pada Aera empat tahun lepas, gadis bernama Kim Aera yang duduk dihadapannya kini seolah-olah bukan kawannya lagi.
Tidak seperti Kim Aera yang dia kenal sebelum ini.
" im not. "
" aku tahu Aera. Aku tahu kau terkenangkan kisah lama dan aku juga tahu pengalaman lama buat kau sakit. Lupakan kisah lama dan mulakan kehidupan baru. "
" Soyoung, aku kata tidak maknanya tidak. Kau tidak faham? "
" jadi kalau tidak ada apa-apa yang penting mengenai kerja, baik kau keluar sekarang. "
Soyoung mengeluh sebelum mengangkat punggungnya dari kerusi.
" baiklah. kalau ada apa-apa, panggil aku "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top