IHB : LIMA BELAS
Dua bulan berlalu. Aera rasa pelbagai emosi dalam tempoh masa yang singkat itu. Pelbagai perkara juga telah berlaku sejak kebelakangan ini. Aera rasa serba tidak kena.
Dia rasa diperhatikan dan di ekori. Break kereta terganggulah , tayar pancitlah itulah inilah. Mujur sahaja Aera bernasib baik , tidak terlibat dalam apa-apa kemalangan jalan raya namun dia hanya perlu membayar ganti rugi pada kereta kepunyaan orang yang dilanggarnya. Itu tidak jadi masalah.
Oh ya! Lupa aku mention bahawa Jungkook sudah sihat. Sudah menjalani harinya seperti biasa. Hubungan Aera dengan Jungkook pula masih lagi seperti biasa namun lebih mesra. Thought?
Jujurnya , Aera masih tersepit dengan dilemma perasaan sendiri. Dia tidak pasti. Apakah benar dia mencintai Kim Taehyung? Atau Taehyung adalah alat untuk dia melupakan kehadiran dan perasaan dia pada Jungkook?
Atau dia masih menyayangi dan mencintai Jungkook cuma dia terlalu ego untuk mengakui perasaan sebenar?
Ya, Aera benar-benar keliru.
Keluhan dilepaskan. Entah keluhan kekesalan atau keluhan kepenatan.
Dia menyarung kasut putih yang baru dibelinya semalam. Dia hendak membeli barang rumah , sendirian. Jungkook mahu teman dia menolak. Buat apa nak teman? Beli barang ja pun ; kata Aera menjawab Jungkook tadi.
" aku pergi dulu "
Katanya bersahaja lalu enjin kereta dihidupkan. Seusai enjin kereta telah panas , dia terus menekan minyak , meninggalkan perkarangan rumah dia dan Jungkook.
Malam ni , kena masak. Ibu bapa Jungkook nak datang makan malam. Tiba-tiba je.
•••
Setelah selesai membeli barang yang diperlukan , dia terus mempercepatkan langkahnya. Takut lambat. Ibu bapa Jungkook akan datang pukul enam petang.
Sedang Aera masih sibuk mengejar masa , kereta hitam memecut laju dari belakang dan berhenti tepat pada Aera. Aera tidak mengendahkan malah tidak ada sangkaan buruk sebaliknya dia terus ke tempat parking.
Namun , malang tidak berbau. Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam keluar dari tempat duduk belakang dan menekup sapu tangan pada paras hidung dan mulut Aera. Wanita muda itu meronta-ronta sehingga barangan yang dipegangnya terjatuh dari pegangan dan bertaburan di tar jalan.
Akhirnya matanya terkulai lemah , dia cuba melawan namun tidak terdaya. Matanya terlalu berat. Perkara terakhir yang dapat Aera rasa, tubuhnya ditolak masuk dengan kasar ke dalam kereta.
•••
Jam hampir berdetik masuk ke pukul enam namun kelibat Aera masih tidak kelihatan. Jungkook mula risau dan marah. Perasaannya bercampur. Fikirannya kini 10% risau dan selebihnya marah.
" Aera ni cuba memberontak ke? Dia nak buktikan apa dekat mak bapak aku " monolog Jungkook dan perasaan marah cuba dikawal sebaik mungkin.
Call tidak dijawab , mesej langsung tidak dibalas.
Namun kenapa hatinya rasa tidak tenang?
Sekali lagi , nombor Aera didail dan masih lagi tidak dijawab. Hanya suara operator yang berbunyi.
Sudahlah Ibu bapa Jungkook akan sampai tidak lama lagi. Aera masih tidak munculkan diri. Masakan beli barang dari pukul 1 sampai sekarang masih tidak balik-balik lagi?
•••
Kim Aera P.O.V
ur..gh... Terasa sakit kepala aku , tubuh aku pun rasa seperti lebam-lebam. Aku membuka mata dengan perlahan , cahaya daripada lampu memedihkan mata aku.
Kat mana aku ni? Aku memandang sekeliling. Bilik cantik. Dipenuhi dengan pelbagai hiasan ternama dan mahal. Namun , apa motif pemilik ini culik aku?
Tangan dan kaki aku diikat. Aku dengan bersusah payah cuba untuk bangun dan duduk. Ikatan ketat pada tangan aku ini juga aku cuba buka dengan menggerakkan kedua belah pergelangan tangan aku tanpa henti.
Ikatan di tangan semakin kendur, ada harapan.
Tidak lama selepas itu , aku terdengar suara. Jantung aku berdegup kencang. Terus sahaja aku baring dan berpura-pura tidur.
Kedengaran pintu bilik dimana aku berada ini dikuak dari luar.
" kau buatlah sesuka hati kau, lepastu kau bunuh dia. " kedengaran suara perempuan berbicara. Apa yang mengejutkan Aera ialah perkataan bunuh itu.
" Okay boss. Janji ganjarannya lumayan. "
" nah "
" ini bayaran pertama. bayaran kedua bila kau selesai buat kerja kau. ingat , lepas semua ni selesai anggap kau tidak kenal aku dan jangan sesekali babitkan nama aku kalau kau kena tangkap. " kedengaran seperti suara perempuan itu mengugut keras.
" dahlah , aku pergi dulu "
Dan kedengaran seperti pintu ditutup semula.
Lama aku menutup mata. Lama juga sunyi sepi. Tiada satu suara pun kecuali bunyi yang datangnya daripada penghawa dingin.
Dah tak ada orang ke?
Aku terus membuka perlahan mata aku dan memandang sekeliling.
Aku terkedu, dia berdiri betul-betul dihadapan katil aku sambil senyuman sinis ditayangkan.
" mesti kau ingat aku dah keluar kan? " dia tertawa kecil dan sinis.
" kau!? "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top