IHB : EMPAT BELAS

Lee Raena mendengus geram. Jungkook nampaknya sudah berubah , tidak lagi seperti dulu ; getusnya dalam hati dengan perasaan geram yang membuak-buak.

Mindanya ligat memikirkan cara bagaimana dia hendak mengembalikan Jungkook ke pangkuannya. Sekarang , tidak fikir apa dah. Pelbagai idea yang tidak sepatutnya muncul di dalam mindanya.

Tanpa Jungkook , siapalah dia? Mahu-mahu sekarang duit di poket hampir kering. Dulu , dia dilayan seperti permaisuri kini kehadirannya sudah tidak diendahkan.

" urgh! "dengusnya melepaskan rasa geram dalam hati. Semalam di hospital pun , Jungkook hanya mengendahkan dia. Itu lebih membuatkan dia sakit hati.

Satu sahaja di fikirannya kini ,

" perempuan tu patut mati. "

Dia tersenyum sinis.

•••

" Dari semalam u ni? Kenapa tiba-tiba badmood ? " Soal Taehyung. Dia ada tersalah cakap ke sampai Aera badmood semacam?

" i don't know. .. "

" and i don't wanna talk about it. " katanya ringkas membuatkan Taehyung mengangguk faham.

Aera kembali fokus pada laptopnya , Taehyung pula datang untuk menemani teman wanitanya ; Aera. Tambahan pula , kafe ini memang sesuai untuk chilling kerana persekitarannya yang senyap , nyaman dan selesa.

Dalam masa mereka berdua senyap dan melakukan kerja masing-masing. Seorang lelaki yang memakai mask dan tidak dikenali datang dengan segelas coffeee. Pelayan kafe disini mungkin?

Coffee tersebut disuakan kepada Aera membuatkan gadis itu berkerut dahi. Taehyung pula hanya memerhatikan tingkah lakunya.

" saya tak pesan " katanya menolak lembut sambil tersenyum kecil.

" ada orang yang orderkan untuk cik. dia suruh saya bagi cik "

" ah no i'm okay , saya tak nak "

" tak apa , cik ambik je "

Puas beberapa kali menolak dan menolak entah bagaimana air kopi tersebut boleh terjatuh dan terkena paha Aera dan skirt nya membuatkan Aera menjerit.

Mana tak nya , air panas pula tu!

" Bro! " Taehyung mula bersuara dan secara automatik terbangun daripada duduknya yang selesa tadi. Terus sahaja dia meluru ke arah Aera.

" Maaf maaf ! " Pelayan kafe tersebut beberapa kali menunduk hormat sambil melafazkan kata maaf.

" lain kali , kalau orang tak nak , tak payah. faham?! "

" baiklah , maafkan saya ! " katanya sekali lagi dan terus meluru keluar dari kafe.

Taehyung mengerutkan dahi. Lelaki tadi bukan pekerja kafe?

Malas mahu berfikir banyak , dia terus mengambil tisu lalu membantu Aera mengelap pahanya yang sudah basah dengan air kopi. Gadis itu dengan wajah yang berkerut seperti marah mengelap skirt putihnya dengan kasar sekali.

" Nanti beli ubat , sapu kat paha ni. okay? Jom. Cukup dengan kerja harini "

Terus sahaja Taehyung menutup laptop kepunyaan Aera dan beg gadis itu diambil. Sebelah tangannya pula memimpin tangan Aera.

•••

" Nah " ubat krim sapu diberikan pada Aera dan gadis itu menyambut tanpa melihat wajah Taehyung.

Sudahlah hati dia yang sakit belum terubat daripada peristiwa Jungkook dan perempuan murah tu. Harini ada pula orang yang offerkan air , paling menyakitkan hati air tu terkena kat skirt kesayangannya !

" Taehyung , pergi hospital. His mom suruh i jaga dia harini. " Kata Aera dan Taehyung mengangguk tanpa sebarang protes.

" Tapi sayang , harini i tak boleh teman u kat hospital tau? I ada meeting. "

Aera mengangguk.

" Balik nanti i ambik okay ? "

Aera mengangguk lagi.

•••

" bayaran dikurangkan " katanya dalam nada yang tidak puas hati dan terselit satu kemarahan yang kian membara.

" kenapa pula ? perjanjian lain tapi harini lain?! " bantah lelaki itu keras membuatkan gadis tadi ketawa sinis.

Bahu lelaki itu ditolak keras. Melepaskan kemarahan mungkin?

" Kau tak sedar? Kau buat kerja pun macam s*al nak bayaran lumayan? "

" Kalau kerja bagus , aku bayar lagi tinggi. Ini kerja senang pun tak boleh buat?! "

" dah blah. " dia akhirnya mengalihkan pandangannya. Lelaki tadi pula sudah beredar.

Dia melepaskan keluhan yang kasar tangannya pula dilipatkan ke dada. Nafasnya kini naik turun dan semestinya dia cuba mengawal emosinya sebaik mungkin.

•••

Plastik yang berisi makanan itu diletakkan dengan kasar ke atas sofa.

Senyuman lebar mula menghiasi wajah Jungkook apabila melihat Aera menapak masuk ke dalam bilik yang didudukinya. Walaupun dia tahu mood Aera sekarang sangat tidak baik.

" Raena dah suap kau makan ke belum? " soal Aera sedikit kasar. Jungkook menggeleng dengan dahi yang berkerut.

" Apa awak merepek ni? Awak tahu tak saya tunggu awak dari pagi tadi? Saya lapar sangat tahu tak " Kata Jungkook lembut.

" Kenapa bagitahu aku pula , bagitahulah Raena "

Dan Jungkook semakin tersenyum apabila melihat skirt putih yang dipakai Aera sekarang. Namun matanya tertancap pada satu kotoran pada skirt Aera , namun hanya dia endahkan.

" Kau pakai lagi skirt yang aku bagi ni? " Jungkook tersenyum. Ia nya skirt pemberian Jungkook selepas perkahwinan mereka.

Patutlah Aera sayang sangat dengan skirt ni kan?

" aku ambil dan pakai apa yang aku nampak je. skirt buruk ni bukan ada speciality sangat pun "

Jungkook hanya diam namun yang pasti , dia masih tersenyum.

Baguslah kalau hari-hari sakit , atleast ada juga masa aku nak bersua muka dan berbual dengan Aera walaupun dia selalu datang lambat ; getus hati Jungkook sambil bibirnya dari tadi tidak lekang dari senyuman.

" Saya dari semalam tak makan tau , malam semalam pun saya tunggu awak "

" tak payah nak berawak saya lah dengan aku "

" okay "

" makanan hospital kan ada "

" tak sedap " kata Jungkook sambil membuat bunyi wekk .

" lantaklah , kau yang lapar. "

Makanan yang dibeli tadi diambil dan dibuka. Diberikan pada Jungkook.

Tanpa bersuara Aera terus duduk di atas sofa dan bermain dengan telefon pintar.

Jungkook yang dari semalam kebulur pun terus makan. Sebab dia memang lapar , harini tak boleh mengada. Kalau mengada , tak boleh makanlah dia jawabnya.

" Aera "

Tiada sahutan.

" Kau nampak cantiklah harini ehe " Puji Jungkook sambil tersenyum walaupun mulutnya kini dipenuhi makanan.

Setelah sekian lama Jungkook tidak memujinya.

" Maksud kau sebelum ni aku tak cantiklah? " Soal Aera dan mula mengalihkan pandangannya pada Jungkook yang duduk makan di atas katil.

" Bukan. Maksud aku , kau harini makin bertambah cantik. "

" mengada "

Keadaan semakin senyap semula.

" Sedap ke berpeluk dengan-- "

" hah?? berpeluk dengan siapa pulak? " belum habis ayat Aera , Jungkook terus memotong.

" Raena "

" Bila masa pulak? "

" Malam sem-- "

" Maknanya semalam kau datang tapi tak masuk ? " Soal Jungkook

" Kenapa? " Soalnya lagi

" tak mahu mengganggu " Jawab Aera ringkas dengan matanya masih tertumpu pada telefon pintarnya.

" Aku boleh jelaskan-- "

" buat apa? aku tak kisah punlah . Lagi kau rapat dengan Raena , makin cepatlah kita bercerai "

... . .. . Jungkook terdiam... . . .

Kunyahannya semakin perlahan , hatinya semakin gusar. Risau. Dia tidak mahu kehilangan isterinya walaupun dia tahu sebelum ini dia banyak berbuat salah kepada Aera.

" Aku minta maaf "

" Untuk ? " Aera mengangkat kening kanannya.

" Sebab semalamlah. Raena yang tiba-tiba datang lepastu-- "

" Kau makan jelah , siapa kisah dengan penjelasan kau? haha "

o u c h . . .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top