IHB : DUA PULUH TIGA
Jungkook membuka pintu rumah dengan kunci yang dibawanya. Masih gelap.
mana Aera.
Hatinya rasa kurang enak, briefcase terus dilepaskan dan telefon diambil. Nombor isterinya didail lalu skrin telefon dilekapkan ke telinga.
Tiada sahutan.
Call lagi , tiada sahutan. Lebih dari tiga kali panggilan dilakukan namun tetap tiada sahutan.
Kali ini lokasi isterinya di check. Dahinya berkerut. Kenapa dia pergi ______ ? ( fikir sendirila nama tempat hahaha )
Nombor kawannya Yoongi didail. Mujur sahaja kawannya itu sebahagian daripada pegawai polis. Mana tahu sebarang kemungkinan bakal berlaku ?
" Yoongi , sediakan dua tiga orang yang dibawah pimpinan kau dan pergi ke ______ , aku otw. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. " katanya straight forward apabila panggilannya itu diangkat.
" kenapa tiba-tiba? " soal Yoongi
" aku curiga dengan lokasi yang isteri aku pergi ni. sebelum ini pun dia diculik , mana tahu ini kali kedua. kau tahu kan apa kau perlu bawa? "
" baik-- "
tuttt...
Panggilan terus ditamatkan. Kunci kereta diambil semula dan enjin dihidupkan.
•••
" kenapa susah sangkat kau nak mampus? " suara yang penuh kebencian itu bersuara. kemarahannya masih belum puas dilepaskan setelah sekian lama menyimpan dendam terhadap Aera.
Aera yang diikat dengan rantai besi itu mula tertunduk lemah. Kalau sebelum ini dia boleh melarikan diri , kali ini tidak. Tangannya diikat kebelakang . Hampir kesemua badannya dililit dengan rantai besi itu dengan ketat sehingga menyukarkan pergerakannya.
Kesakitan pada wajahnya , perutnya , belakang badannya , semua terasa. Sungguh perit namun ditahan sekuat mungkin. Darah mula meneritik setitis demi setitis ke lantai.
Dia berharap yang Jungkook akan datang secepat mungkin walaupun harapannya kian pudar.
" teruk betul kau kerjakan dia ? " Sehun yang dari tadi menjadi pemerhati mula bersuara.
" aku tak puas lagi sampai dia mati! " Jawab Raena kasar.
" kau nak dia mati ditangan kau ? tak risau tangan kau tercemar? " soal Sehun beserta dengan keluhan sinis dihujung ayatnya.
Raena terdiam dan melepaskan kayu baseball yang dipegangnya tadi.
Nafasnya naik turun dengan kasar menahan amarah yang sudah terkubur lama di dalam hati.
•••
" kalau dalam masa lebih daripada 15 minit aku tak keluar. kau dengan diaorang , masuk " kata Jungkook dan Yoongi hanya sekadar mengangguk.
Jungkook tanpa melengahkan masa terus keluar dari perut kereta. Gate yang tertutup rapat tidak menjadi penghalang. Dia terus memanjatnya dan mula memecah masuk ke dalam.
Tombol pintu utama rumah tersebut cuba dipulas perlahan. Ah tidak berkunci. Bagus.
Dia dengan perlahan mula melangkah masuk dengan perlahan-lahan. Kedengaran bunyi bising yang datang dari bilik hujung. Bunyi tersebut menarik perhatian Jungkook.
Dia berjalan dengan perlahan.
1
2
3
4
5
. . ... .
Dia mengintai daripada celah pintu tersebut. Matanya terbuntang luas. Melihat keadaan isterinya yang diikat dan dipenuhi dengan darah. Calar di wajah.
Wajah Jungkook mula memerah menahan marah , mungkin? Bekas kekasihnya turut ada disitu ; Raena.
Sebaik sahaja Raena menampar kuat wajah isteri kesayangannya , dia mula menerjah masuk.
" RAENA! " lantang suara Jungkook membuatkan Raena terhenti daripada meneruskan apa yang dilakukannya.
Seorang lelaki yang tidak Jungkook kenali berdiri tidak jauh dari dia hanya memerhati.
" y-you buat apa sini "
" aku cari isteri akulah! aku tak sangka kau macam ni Raena! " herdik Jungkook membuatkan Raena menelan ludahnya. Terasa perit untuk ditelan. Takut? Ya. Ini pertama kali dia melihat Jungkook berang sebegini dihadapannya.
" i-i boleh explain , Jungkook dengar-- "
" diamlah betina " potong Jungkook dan sebaik sahaja Jungkook ingin membuka ikatan isterinya , Sehun mula menolak kasar.
" kau ingat semudah itu? " Sehun menyoal sinis.
" disebabkan kau ada disini , kau pun patut mati juga " kata Sehun bersahaja dan tidak semena-mena wajah putih mulus Sehun ditumbuk kuat hingga menyebabkan badan lelaki itu tersungkur kebelakang sedikit.
" kau sial! " kata kesat itu meluncur laju dengan mudah daripada mulut Jungkook . Geram dirinya apabila melihat isterinya diperlakukan sebegitu. Wajah Sehun ditumbuk berkali-kali tanpa henti hingga berdarah.
Sehun mula membalas , kini posisi mereka bertukar. Jungkook pula yang ditumbuk.
Mereka bergelut dan Raena pula tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menjerit ; cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Namun tindakan Raena tidak diendahkan.
Aera pula tidak berdaya, apatah lagi menghalang.
" Jungkook! You berhenti sebelum i tembak y-you! " ugut Raena yang sudah memegang pistol tersebut. Jungkook lansung tidak tergugat dengan ugutan Raena.
Sehun yang sudah terkulai lemah dilantai dibiarkan begitu sahaja.
Ikatan Aera dibuka dan tubuh wanita itu jatuh didalam pelukan Jungkook.
" tahan sayang " bisik Jungkook dan Jungkook cuba keluar dari bilik tersebut namun Raena menghalang keras sambil pistol tersebut dihalakan pada Aera.
" you tolak cinta i disebabkan perempuan bodoh ni?! "
" dia isteri aku , kau sedar kedudukan kau sekarang dimana ? "
Raena tercabar.
" kalau you tak terima i , i tembak dia! " ugut Raena namun Jungkook langsung tidak terkesan.
" berhentilah Raena , semuanya tidak ada guna lagi "
" kau cari kebahagiaan kau, aku dah ada kebahagiaan aku sendiri. lupakan sejarah lama. "
" NO "
" RAENA! "
Akibat terkejut dengan herdikan Jungkook , Raena dengan tidak sengajanya tertarik picu pistol tersebut.
Jungkook yang terkejut lantas memeluk erat tubuh Aera bagi tujuan melindungi isterinya tersebut.
Raena terkelu, terpaku. Matanya mula berair. Pistol terlepas dari tangan..
Dup.
Detakan jantung terasa seperti terhenti. Kesakitan yang dirasa oleh Jungkook kini tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Matanya mula terkulai lemah. Telinganya terasa berdesing. Tubuhnya rebah.
" Jangan bergerak! Polis! "
Itu perkara terakhir yang didengari oleh Jungkook dan sebelum dia memejam mata , dia dapat merasakan bahawa tangannya masih setia memeluk isterinya yang dari tadi tidak sedarkan diri.
sayang ,
jika ini kali terakhir ,
jangan kau tangisi pemergianku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top