IHB : DUA PULUH DUA
2 minggu kemudian.
" sayang , balik nanti saya tunggu dekat tempat biasa. " pesan Aera dan Jungkook mengangguk sambil tersenyum. Sebelum isterinya keluar dari perut kereta , dahi isterinya dicium.
Aera terkelu buat seketika, kenapa hatinya rasa tidak sedap tiba-tiba. Pipi Jungkook dicium lalu badan suaminya dipeluk lama.
" hati-hati tahu? " pesan Aera
" Ye sayang "
" Jangan pernah tutup location okay? "
•••
Tamat office hour , aku terus mengemas meja kerjaku dan terus beg diambil.
" aku balik dulu " kata aku kepada Soyoung dan dia mengangguk.
" hati-hati "
Aku terus melangkah keluar , menuruni bangunan besar ini dengan menggunakan kemudahan yang disediakan ; lif.
Seusai sampai di tingkat bawah , aku duduk di bench dan menunggu kedatangan Jungkook seperti biasa. Telefon diambil dan mesej dari lelaki itu aku buka.
-balik pakai taxi harini , boleh?
-sorry. harini ada dinner. pukul 7 macam tu saya balik okay? saya balik awal.
-take care. ❤
Aku mengeluh perlahan.
Tepat pada waktunya , mata aku terpandang satu taxi yang datang menuju ke jalan dimana aku duduk. Lantas aku berdiri dan melambai.
Pintu belakang dibuka dan aku masuk tanpa mengeluarkan suara.
Setelah pintu ditutup , taxi itu meluncur laju. Aik? Tak cakap lagi destinasi dan jalan?
" hantar saya ke kediaman taman blablabla lot blablabla di blablabla "
Dia mengangguk tanpa mengeluarkan suara. Kerana separuh wajahnya ditutup dengan mask hitam dan topi jadi ia menimbulkan aura yang tidak friendly pemandu ini. Kekok rasanya. Jadi aku hanya mendiamkan diri dan melemparkan pandangan ke luar.
Mataku mula berat dan aku mula menguap. Ngantuk. Seharian bekerja tanpa rehat. Makan pun tak sempat. Hanya air kosong yang menjadi alas perut hari ini.
Lama kelamaan , aku tertidur.
•••
krekk
Brek kereta ditekan , sejurus itu kereta terhenti di depan rumah yang megah dan mewah. Gate automatik tertutup dengan sendirinya.
Lantas tubuh kecil yang sedang lena dibelakang diangkat perlahan dan dibawa masuk. Tidak mahu mengganggu tidur wanita yang lena itu.
Setelah tubuhnya diletakkan ke atas katil , wanita itu mula menunjukkan jejak bahawa dia akan bangun. Lelaki itu membuka mask dan topinya dengan bersahaja.
Rambut yang sedikit kusut mula diatur.
Dia hanya memerhatikan wanita yang sedang berbaring dikatil itu dengan pandangan kosong.
Wanita itu mula menggosok matanya. Lalu mata dicelikkan namun sedikit sepet kerana efek daripada cahaya terang di bilik ini.
Wajah lelaki yang berdiri tidak jauh daripada jarak katil ini dipandang dan diamati.
" kenapa sayang? " lelaki itu bersuara dan wanita yang bernama Aera itu terkedu.
" m-macam mana k-kau-- "
" aku yang bawa taxi tadi. lena kau ya? " dia tersenyum.
" jangan risaulah , aku pun dah tak ada nafsu dengan kau. aku dengar kau dengan suami kau dah berbaik? "
" itu bukan urusan kau. " kata Aera dengan nada yang kedengaran sombong ditelinga Sehun.
" by the way , nanti madu kau datang "
Aera berkerut dahi. Apa maksud dia?
" maksud aku , Raena . "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top