IHB : DUA

Pintu rumah dibuka. Langkahnya perlahan dan tenang. Penat seharian bekerja di pejabat. Mata pun kian kabur, mengantuk. Untung sahaja dia selamat sampai ke rumah.

" awak dah balik? dah makan?" soalan yang dilemparkan oleh seseorang yang cukup dia kenali itu hanya dibiarkan tidak dijawab.

Dia melangkah melepasi Jungkook seperti lelaki itu langsung tidak berdiri dihadapannya.

Kehadirannya langsung tidak diendahkan.

" Aera , i'm talking to you. " tangan gadis itu ditahan membuatkan tangannya ditepis kasar. Matanya tajam mencerlung ke arah Jungkook.

" jangan sentuh aku, sampah. " kedengaran dengusan daripada Aera membuatkan Jungkook terdiam. Langkah Aera hanya diperhatikan.

Sampah?

" jangan sentuh aku sampah! " tubuh Aera ditolak agar menjauhinya. Sungguh hatinya tawar untuk perempuan yang pernah disayangi itu.

Namun perasaan tawar itu menjadikan dirinya benci. Benci dengan perempuan yang pernah menjadi isterinya hanya kerana kehadiran permaisuri baru yang sedang bertakhta dihati .

" m-maaf " Aera melangkah secara mengundur beberapa tapak kebelakang . Pandangan kekal ditundukkan.

Mataku tiba-tiba terasa sedikit panas apabila terkenang kisah lama. Layanan teruk yang aku berikan pada Aera.

Sekarang, aku tahu.

Bagaimana rasanya dilayan dengan layanan teruk.

Digelar sampah.

Aku minta maaf ,
Jeon Aera ...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top