⁵ rumour
Semakin teruk pula Sunghoon memujuk Surin untuk menyuapnya dan semakin naik anginlah Jay melihatnya .
"Geumanhae geumanhaera !"
Marah Jay kepada Sunghoon , terkejut juga mereka berempat mendengar jeritan Jay . Surin pula tetiber senyum lalu mencucuk cucuk lengan Jay .
"Kyaaaa nak aku suap kau sekali ke ? Aku memang nak suap Sunghoon sebenarnya"
Usik Surin yang sudah gembira melihat reaksi Jay yang menjadi semakin tenang . Tangan gadis itu mengangkat bekal tersebut lalu menyenduk nasi menggunakan sudu .
"Nahh , makan . Nasib aku ni baik tau . Even kaki kau yang luka , tangan kau lak yang sakit , aku tetap suapkan kau tau sebab kau tu bff aku"
Start lah Surin membebel kepada Sunghoon dengan tangannya menyuapkan 'lelaki tangan sakit' .
Pantas saja Surin menyuakan sudu kepada Jay sehingga membuatkan lelaki tu tersentak sedikit . Dia ingat Surin nak tumbuk agaknya .
"Tak nak buka mulut ke ? Tangan aku ni da sakit , kalau tak nak aku suap Sunghoon"
Baru saja tangan kanan Surin ingin bergerak ke mulut Sunghoon , cepat je Jay menyambar sudu tersebut dengan kuat .
"HAHAHAHA lawak tho . Nara , kau tengok muka cold Jay menyambar sudu tu ? Da macam eagle pfft"
Kata Jake kepada Nara yang sudah mengangguk setuju dengan kata katanya . Sunghoon pun turut sama tergelak melihat kelakuan comel Jay .
Pada ketika itu , pintu bilik rawatan pula terbuka luas oleh doktor wanita tadi , Dr. Sarah . Sudu tu masih tak lepas dari mulut Jay dan itu membuatkan Dr. Sarah tersenyum manis .
"Aikk yang sakit Sunghoon , kenapa suap orang lain ?"
Soalan Dr. Sarah tertuju kepada Surin . Jay pun melepaskan sudu tersebut tanpa banyak suara , ada gak rasa malu ni .
"Aniyaaa , saya suap dua manusia ni"
Jawap Surin membuatkan Dr. Sarah semakin melebar senyumannya . Sejujurnya , doktor tu da salah faham .
"Ohh dia boyf awak ke ?"
Dr. Sarah menunjukkan Jay , hampir saja makanan yang tengah lelaki itu tengah kunyah tersembur keluar .
Nara , Jake dan Sunghoon sudah tergelak melihat Jay yang kelihatan seperti mahu tercekik . Biasalah kawan baik akan gelakkan dulu , baru tanya keadaan .
"Eh doktor ni , bukanlah . Aigooo saya suapkan Jay sekali sebab dia terlalu comel"
"Kyaaa sejak bila pula aku comel ??"
Jay menanyakan soalan sambil menenangkan hatinya yang sudah bergelora . Surin anggap dirinya comel ???
Seakan tidak percaya je dengan ayat Surin dan tetiber mukanya berubah menjadi merah padam . Blushing yall .
"Oh gosh . Are you blushing , Jay ?"
Soal Jake membuatkan Jay menutup wajahnya dari terus dipandang oleh Dr.Sarah dan Surin .
Lagi 5 minit sebelum waktu rehat berakhir , mereka berlima mula bergerak pulang ke kelas masing masing .
Jake dan Jay tolong memberi sokongan kepada Sunghoon ketika balik ke kelas . Surin dan Nara cume perhati je mereka dari belakang .
Tiba di kelas , terlihat sekumpulan pelajar kelas berkerumun di depan kelas Surin , Nara dan Sunghoon .
Apa lagi , menjerit mereka melihat Sunghoon ditambah pula ada Jake dan Jay , lagilah mengilai ngilai jeritnya .
"Korang ni tak biasa tengok orang tercedera ke ?"
Tegur Nara kepada sekumpulan pelajar itu . Dia kesah apa dengan fanclub or whatever , yang penting takde menyemak kat kelas dia .
Setelah selesai meletakkan Sunghoon di kerusinya , Jake dan Jay membetulkan baju mereka yang kelihatan tidak berapa kemas .
"Kitorang pergi dulu . Nanti balik sama sama kalau takde siapa ambik korang lah"
Pamit Jay dengan matanya melirik kepada Surin . Nara perasan je sebab sudah terang lagi bersuluh dengan kelakuan Jay tu . Tergelak juga dia dibuatnya .
Maka , mereka berdua membuka langkah untuk pulang ke kelas mereka yang jarak 2 buah kelas dari kelas Surin .
"Surin , ambikkan tuala dalam beg aku boleh tak ?"
"Lahaiii luka tu bukan teruk nau pun"
Pedas saja kata kata Nara , terhenti juga pergerakan Surin nak ambik beg Sunghoon yang berada di sisi meja .
"Nara , sudahlah tu"
Surin berkata sambil tangannya mengangkat beg Sunghoon lalu mengeluarkan tuala kecil .
Tuala tu dihulurkan kepada Sunghoon dan dia sambut lalu mengelap wajahnya yang berpeluh sedikit . Orang lap peluh je , sekumpulan pelajar perempuan di depan kelas mereka kemain fangirl teruk .
"Sunghoon , aku kekadang pelik . Kau tak rimas ke dengan fangirls kau ni ?"
Bisik Surin kepada Sunghoon yang masih melakukan aktivitinya sebentar tadi . Dia memberikan senyuman kepada Surin sebelum menjawap pertanyaan gadis disebelahnya itu .
"Aku malas nak layan dorang . Kalau aku cakap jangan , macamlah dorang nak ikut . Budak budak en susah nak dengar kata"
Surin memberikan pandangan jijik kepada Sunghoon . Tf ? Cakap jelah dia suka , bagi alasan pula . Lelaki tu segera baling tualanya tepat ke muka Surin dengan gelakan .
"Kyaaa Park Sunghoon !"
Marah Surin sambil memukul bahu Sunghoon dengan tuala tersebut . Da lah ada peluh pastu baling kat muka Surin , manalah dia tak marah .
"SELEKEH BELO KAU"
Kini , giliran Nara pula memarahi Sunghoon . Selekeh je perangai , taktahulah macam mana ada ramai peminat kalau begini rupa perangai .
Keadaan kelas Jake dan Jay tenang saja , tidak seperti kelas mereka bertiga . Kecoh dan huru hara , tak tenang langsung .
"Jay , kau tahu tak..."
"Tak tahu"
Pantas saja Jay memotong ayat Jake , nasiblah Jake bukan jenis panas baran . Dia memukul lembut lengan kanan Jay dengan senyuman manis . Agak sus tapi tidak .
"Eyy dengarlerrr . Aku dengar Park Jisung suka Surin , aku tak rasa si Jisung tu pernah jumpa Surin or maybe aku salah . Kau kenalkan Park Jisung ?"
"Tak"
Orang cakap kemain panjang , dia jawap sepatah je . Tambahan pula , muka takde emosi macam orang malas nak dengar je but dalaman , dia tengah bertarung taknak tunjuk kemarahannya .
"Takkan tak kenal ? Dia pelajar sekolah sebelah dan terkenal dalam sekolah kita sebab dia atlet olahraga"
Jay masih menidakkan kata kata Jake . Dia tak ambik kesah sangat pasal Jisung tapi yang dia kesah kenapa Jisung suka Surin .
"Kau ni betul tak ambik tahu hal orang aigooo hm btw aku ada perasan jugak yang dia selalu jalan depan sekolah kita time balik sekolah . Setahu aku rumah dia , jalan bertentangan tau"
Belum tamat cerita Jake , Jay terlebih memberhentikan percakapan Jake dengan menghadapkan badan Jake kepada dirinya .
"Aku rasa kau ni banyak layan drama . Cukuplah dengan imaginasi kdrama kau ye ? Yang penting , dia tak kacau Surin"
Jay menepuk bahu Jake lalu menghadap ke depan semula . Buku dibuka lalu ditenung , nampak macam baca buku tapi tak pun . Hati dia macam tak tenang je dengar khabar tersebut tapi perlu ke dia kesah ? Jay kelihatan kunfused ye dengan perasaan sendiri .
Eyy bebudak ni , orang pergi sekolah belajar bukan sibuk dengan kisah percintaan monyet , raksasa semua tu .
Btw im back setelah beberapa hari meninggalkan dunia oyen ;)
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top