¹⁰ into you

Lusanya , sebelum Jay memasuki kawasan sekolah , dia berpelukan dulu dengan kedua orang tuanya well memandangkan mereka akan berlepas ke Brunei kejap lagi .

"Sekolah elok elok tau . Nanti mesej atau chat mama kalau duit tak cukup ke apa"

Bagus sungguhlah mak begini , Jay cuma tersenyum manis saja . Maka , mereka berdua mula berlalu pergi .

"JAY-AH !"

Jerit Surin seiring berlari merangkul leher Jay . Hampir je tercekik air liur budak tu . Pepagi da nampak wajah cik crush , bersemangat terus member .

"Da tak sakit perut kau ?"

"Isy ! Mestilah da tak sakit , kau nak ke aku sakit 24 jam ?"

"Sakitlah , aku boleh jaga"

Ujar Jay tanpa berkias dan rangkulan di leher diturunkan kepada tangan kiri Jay . Suka pula Surin mendengar ayat yang keluar dari mulut Jay

"Srs lah boleh jaga ? Heee"

Jay mampu tersenyum melihat Surin yang seakan budak kecik . Tetiber je tangan lelaki itu mengusap lembut kepala Surin tapi Jay tak pandang pun muka gadis disebelahnya .

"Mantapp ! Garis cinta keras ni"

Sunghoon berkata ketika dia mengelap tingkap kelas lalu bertepuk tangan . Malu jadinya Jay bila Sunghoon kata begitu .

"Sorry eh , aku tak approved garis cinta ni"

Nara membantah kata kata Sunghoon seakan ibu mertua dalam drama pukul 7 . Sudah dikata , dia bertanggungjawab dalam menjaga Surin hmm memang betul dia buat .

"Dude , are you lesbo ?"

Soal Sunghoon kepada Nara . Sekali gadis itu memukul lengan lelaki tu kuat sekali , mengerang dia .

"Aku takde masa lah nak jadi lesbEHEM cukuplah ada Heeseung sorang , tu pun banyak cekadak"

"Then kenapa nak halang lak ? Kau takde hak okay ?"

Nara terus berpaling dari terus berlawan mulut dengan Sunghoon di pagi yang indah .

Sakit hati gadis itu kalau berdebat dengan lelaki tu aigoo . Jay mendiamkan diri melihat perangai mereka berdua .

Jay be like : babe im not here , im hallucination .

Jake pula tiba berdiri di sebelah Surin , dia tertawa melihat mereka seakan menonton rancangan kanak kanak je .

"Eo ? Jake ! Good morning"

Surin menyapa Jake sebaik saja mendengar gelakan dari lelaki tu . Start lah tangan kirinya merangkul lengan kanan Jake tanpa segan silu .

"Morning our sunshine Surin"

Balas Jake membuatkan Jay rasa cringe . Bagi lelaki memanglah rasa gitu tapi pada para gadis , confirm sudah cair .

"Surinnnn , asal duk situ je ? Taknak masuk kelas ke ?"

Soal Nara apabila melihat Surin bersama Jake dan Jay yang merupakan pelajar kelas sebelah . Kalau tak ditarik Surin , takdenya dua lelaki tu masuk kelas .

———

Mereka berlima seperti biasa berehat di meja yang sama . Masing masing makan dengan senyap , tu pun bunyi kunyahan je yang dapat didengari .

"Oh ya ! Aku lupa nak bagitahu . Mak ayah aku takde rumah untuk 2 minggu . Korang datanglah rumah aku , boleh lepak"

Ujar Jay sambil mencucuk straw ke air kotak yogurt nya . Tersenyum ke telinga mereka mendengar ajakan daripada Jay .

Akhirnya , ada jugak peluang mereka datang ke rumah Jay setelah bertahun berkawan dengan lelaki tu .

"Wait ? Kau nak kitorang datang dan stay kat rumah kau selama 2 minggu ke ?"

Soal Jake yang kelihatan bingung dengan ayat Jay . Even Jake da menetap di Korea sudah beberapa tahun tapi dia masih keliru dengan bahasa Korea . Aussie boy guys :)

"Pfft comelnya muka confused kau ! Ok ok , maksud Jay dalam tempoh 2 minggu , datanglah rumah dia time kau free je"

Surin menterjemahkan ayat Jay kepada Jake yang keliru . Lelaki tu pun mengangguk faham , senyuman malu ditayangkan di wajah Jake membuatkan pelajar yang perhatikan dia terpukau termasuklah yang jante jante . Meresahkan hm .

"Buatlah sleepover"

Ujar Nara yang sedang mengunyah kentang gorengnya . Sunghoon , Jake dan Surin turut setuju dengan pernyataan Nara .

"Ok , fine . Memandangkan hari khamis ni ada festival Lantern , korang datanglah hari rabu"

"Berapa hari sleepover tu ?"

Bersinar mata Sunghoon bertanyakan soalan tersebut disebabkan dia tak pernah tidur rumah kawannya .

"3 hari cukuplah . Kang lama lama , boleh jadi longkang pecah rumah Jay . Bukan aku taktahu yang korang berdua ni malas nak mengemas"

Nara menunjuk Sunghoon dan Jake , mereka mampu tersenyum manis dan menerima fakta tersebut . Dorang bukan malas sangat pun , ada je rajinnya .

"Tak sabarnya nak pergi festival Lantern"

Kata Surin yang sudah membayangkan kemeriahan festival itu nanti . Jay yang berada di sebelah Surin cuma tersenyum melihat wajah teruja Surin .

Loceng mula berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat , cepat saja mereka mengangkat dulang masing masing lalu diletakkan secara tersusun di bakul sebelah singki .

Kelas 18-1 , ketika ini subjek sejarah sedang berlangsung di perpustakaan , Sir Kim bagi latihan di kertas dan suruh pelajarnya cari jawapan di buku yang berada di sana .

"Susahnya soalan ni"

Tergaru jugalah Surin melihat soalan sejarah tu , memang jawapannya tiada dalam buku teks .

Surin berdiri lalu menuju ke rak buku yang bertanda Sejarah . Dia melihat satu persatu tajuk buku dari rak bawah hingga atas .

Tangga mini yang disediakan ditarik olehnya . Baru saja dia nak pijak , Sunghoon yang nampak segera datang membantu Surin . Dia takut kalau Surin jatuh ke apa .

"Mehh aku panjat untuk kau . Buku mana kau nak ambik ?"

"Tu buku warna merah sebelah buku warna biru"

Sunghoon angguk lalu mencapai buku tersebut dan agaknya ada bidadari cinta yang kacau keseimbangan Sunghoon sehingga dia tergelincir jatuh ke arah Surin .

Dengan tindakan refleks yang pantas , Sunghoon managed memegang kepala Surin supaya tidak terhentak di atas lantai lalu mereka jatuh bersebelahan .

"Sunghoon . Lamanya kau ambik...."

Membutang mata Nara melihat posisi Surin dan Sunghoon di atas lantai secara bersebelahan . Lantas , lelaki itu berdiri sebelum ada yang menimbulkan fitnah .

Surin pun berdiri lalu memeriksa tangan Sunghoon yang menghalang kepalanya dari hentak lantai perpustakaan . Gadis itu membelek belek tangan lelaki itu dengan risau .

"Korang berdua ok ke ? Ni macam mana boleh jatuh tho ? Kata bekas atlet ice skates aigoo"

Dalam kerisauan , ada juga perlian yang terselit . Nara membantu Surin membetulkan pakaiannya yang kelihatan sedikit messy .

"Jangan tanya aku macam mana boleh jatuh . Tu tanya tangga tu isy"

"Enough is enough ye kekawan . Ni tangan kau sakit ke ?"

Pertuturan Surin pun da kedengaran seperti Jay , terkaku sekejap mereka berdua mendengar gaya pertuturan Surin .

"Ok je . Lelaki kenalah kuat"

Nara memandang Sunghoon dengan jijik , dalam kepala gadis itu da membayangkan wajah hampir menangis Sunghoon ketika kena tackle ketika main bola sepak haritu .

Panjang betul chap ni huhu enjoy kekawan ❤️

+vote+comment+

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top