Sedar
Masih di medbay Stesen TAPOPS,geng Kokotiam masih lagi bersama dengan Kaizo untuk bertanya tentang apa yang jadi dekat sana.
Kaizo:*minum teh* Sejujurnya Ali,aku pun tak faham lah kenapa kau setuju jadi ejen dekat sana dulu. Membosankan.
Ali:*gosok belakang kepala* Err...Haha...Terpaksa sebenarnya.
Yaya: Jadi macam mana dengan penduduk Pinggiran yang lain?
Kaizo: Aku dah pindahkan sebahagian dari mereka ke Pulau Rintis. Sekurangnya mereka selamat disana. Cuma ada beberapa lagi yang tinggal dan aku dah hubungi Lahap untuk uruskannya.
Fang: Jadi kalau nak perang mereka tak kan diapa-apakan.
Kaizo:*tersembur teh* Apa?! Perang?!
Geng Kokotiam memandang sesama sendiri.
Gopal: Err...General Amato yang cakap. Cakap baik tak jalan,kita perang je.
Ying: Logik lah jugak. BoBoiBoy tu kan anak dia?
Kaizo: General Mechamato tu ayah BoBoiBoy?
All but Kaizo: *angguk*
Kaizo:*worried face* Uuu...Bukan Pinggiran je kena pindah ni...Orang Cyberraya pun kena pindah jugak...
Fang: Kenapa Kapten?
Kaizo: General Mechamato ni,dia terkenal dengan misi sempurna dia tau tak? Dia tak pernah gagal setakat apa yang aku tahu dan sangat ditakuti ramai. Ada khabar angin cerita dia musnahkan armada lanun hanya dengan satu serangan Mechanizer dia.
Gopal: Hmph,bapak borek anak rintik.*teringat episode BoBoiBoy Galaxy episode 24*
Kaizo: Kalau dia nak perang,kita kena bagi amaran dulu. Orang Cyberraya kena berpindah.
Yaya: Kalau tak,apa akan jadi?*risau*
Kaizo:*deep exhale* Cyberraya akan jadi padang jarak padang tekukur.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di Cyberraya,Akademi MATA,ejen² muda sedang berehat selepas berlatih.
Lepas kejadian di hutan Cyberraya haritu,mereka diarahkan untuk berlatih sebagai persiapan kalau² MATA jumpa jejak dua elemen tu nanti.
Jet: Ceh,ni semua salah budak tu. Tak memasal kita yang kena buat latihan banyak.
Roza: Tulah tu. Sakit jari aku betulkan alat tu.
Rudy: Itu pun nak merungut. Memang patut pun kita berlatih. Kalau tak,macam mana kita nak balas dendam dekat budak tak guna tu.
Haish,tak insaf lagi landak Inviso ni...
Mika: Alah,mentor kau ketua teras kut boleh lah cakap.
Rudy: Heh,kau jealous lah tu ketua teras Inviso latih aku secara peribadi.
*smirk*
Moon: Eleh,tak heran pun.
Perbualan mereka terhenti apabila terdengar bunyi pintu masuk utama terbuka. Perhatian mereka terus beralih kepada gerangan yang memasuki Akademi itu.
Seorang remaja familiar dengan suit hitam.
Khai: Kejap,itu bukan ke...
Alicia: BoBoiBoy?
Sike, that's Elemental.
Elemental hanya memerhatikan sekeliling dengan pandangan datar sebelum berjalan melepasi ejen² muda yang duduk berkumpul tu.
Kemudian,Jet pergi kepada Elemental, menghalang laluan dia.
Jet: Weh,weh! Kau ingat kau nak pergi mana hah? Suka hati je masuk-
Elemental hanya senyap dengan pandangan kosong sebelum mengeluarkan identity holocard dia.
Elemental: Saya Elemental. Datuk Othman tugaskan saya untuk ambil bekalan senjata di Akademi untuk dibawa ke agensi MATA.
Rudy: Kejap, Elemental? Kau ni BoBoiBoy kan?!
Elemental hanya diam.
Elemental: Tolong beredar dari laluan saya. Saya ada jadual yang perlu diikuti dengan ketat.
Elemental berjalan melepasi Jet.
Rudy: Jangan ingat kau boleh-
Rudy buat silap yang besar dengan menarik bahu Elemental secara kasar.
Dengan sekelip mata, Elemental memulas tangan Rudy dan menahannya kedinding dengan kuat.
Ejen muda: Rudy!
Elemental: Maaf,tapi kau dah silap langkah. Aku hanya buat apa yang ditugaskan,bukan untuk cari masalah dengan ejen dalam latihan macam kau.
Rudy: Tch-*struggle*
Elemental: Tolong jangan ganggu aku lagi. Ianya agak sedih kalau aku terpaksa bunuh mentee kepada Ejen Djin.
Elemental melepaskan Rudy dan terus menghilang dari pandangan mereka.
Jet: Rudy,kau okay tak?
Rudy:*urut tangan* Tch,aku okay. Apa yang tak kena dengan dia tu?
Moon: Dia nampak lain...
Iman: Tak macam kali terakhir kita nampak dia.
Alicia:*thinking face* Tunggu...Kamu semua ingat tak apa yang Thorn cakap masa kita berlawan dulu?
Semua ejen muda terdiam sebelum cuba mengingat perlawanan dulu bersama Thorn di hutan.
Thorn:Aku tak nak masuk tempat jahanam tu lagi. Heh,kau tahu ke apa yang ketua teras kononya hebat kau tu dah buat?
Thorn:Heh,mentor muka terbakar kau tu pengecut,gunakan kolar renjatan hanya untuk pastikan yang kami akur dengan arahan dia. Bukan hanya tu,ketua teras tak bermaruah tu jugak biarkan seseorang hampir mati depan mata mereka!
Thorn: Tapi korang semua masih bodoh ikut cakap mereka.
Mereka semua terfikir sejenak.
Bulat: T-Tak kan lah apa yang si hijau tu cakap...betul?
Khai: Tapi tak mustahil. Kau nampak tak betapa terdesaknya dia berlawan walaupun dia tahu dia tak ada bantuan.
Moon: Dia terdesak sangat nak lari...
Jet: Ah,itu semua helah je! Jangan nak jadi naif sangat!
Roza:*geleng kepala* Betul tu. Ingat,kita ni ejen muda MATA, pelindung Cyberraya.
Mika: Kesah apa kalau betul pun? Bukan masalah kita.
Iman: Tapi korang...t-tak takut ke dengan apa yang S-Solar cakap haritu?
Solar:Satu masa nanti..kau akan tahu kebenarannya...Dan masa tu,tak ada tempat lagi yang kau boleh bersembunyi.
Roza: Alah,dia saja nak takutkan kita lah Iman! Beranilah sikit!
Iman: *snap* Dia boleh bunuh kita,faham tak?! Walaupun kita ramai,lawan dengan Thorn saja kita tak boleh nak menang. Cuba bayangkan kalau dia memang serius masa dia lawan kita dulu,tak ke habis kita semua ni dikerjakan?!
Semua ejen muda terkejut apabila Iman lantang bersuara macam tu.
Ada betul juga apa yang dia cakap.
Mereka selama ni berlagak hanya sebab nak sedapkan hati masing².
Iman:*deep breath* Aku tau,apa yang kita buat,ada juga salahnya. Kita tak tahu apa yang jadi dekat HQ MATA. Ingat tak masa ribut salji melanda Cyberraya secara tiba² tu? Aku yakin itu sebab kuasa BoBoiBoy juga.
Mereka semua masih diam mendengarkan Iman.
Iman: Jadi,bagitau aku. Apa yang buat kita ni yakin sangat untuk menang kalau berlawan dengan dia? Kalau dengan satu kuasa dia saja boleh menjejaskan Cyberraya?
Chris: Bakpe mu baru khabor benda gini?
Iman: *sigh* Sebab aku dah penat nak tengok yang korang cakap besar macam tu.
Iman bangun dari tempat duduk dia.
Moon:K-Kau nak pergi mana?
Iman: Aku berhenti dari latihan MATA buat sementara waktu sebab pertandingan wushu antarabangsa dah nak mula. Aku kena berlatih.
Rudy: Jadi apa tujuan kau cakap semua tu tadi?
Iman: Tak ada sebab. Aku cuma nak hilangkan rasa bersalah dan gelisah aku sebelum aku keluar dari bandar Cyberraya untuk berlatih.
Iman meninggalkan mereka semua yang masih terdiam dengan luahan dia.
Moon:....Ada betul jugak apa yang Iman cakap..Kalau kita lawan BoBoiBoy ramai2 pun,dia tetap akan menang.
Khai: Tak,persoalannya sekarang ni adalah apa yang dah jadi pada dia. Kau nampak? Cara percakapan,gaya even rambut dia pun dah berubah!
Alicia: Dan kenapa dia ada dekat sini dan bukan Ali? Ada sesuatu yang tak kena disini...
Jet: Weh,korang ni dipihak mana hah?
Mika: Beranilah sikit! Kita ni ejen MATA!
Bulat: Ya,aku tau. Tapi-
Perbualan mereka terhenti apabila terdengar bunyi tapak kaki dari boot combat tebal itu.
Elemental kembali dengan membawa kotak yang besar.
Sikit pun dia tak pandang ejen muda yang lain. Dia terus berjalan keluar. Lining oren pada suit dia berubah kepada biru gelap dan hoverboard hitam biru muncul dari bawah kakinya.
Dengan sekelip mata,dia hilang macam tu saja.
Alicia: Memang aneh...Aku akan tanya General pasal ni.
Khai: Jangan lupa inform nanti.
Moon: Hm,betul tu.
Alicia: Baiklah,aku akan bagitahu kalau aku dapat apa². Oh,dan korang-*pandang geng Rudy* Tolong jaga cara korang bercakap kalau BoBo-Elemental datang lagi. Kita tak tahu apa yang tengah jadi sekarang.
Jet: Jadi? Kita kena takut?*berlagak*
Alicia: Jaga mulut. Kau tak nampak macam mana Elemental tahan diri dia dari cuba tikam Rudy dengan pisau yang ada dekat pinggang dia tadi.
Alicia meninggalkan mereka semua lepas cakap macam tu. Dia kena berbincang dengan General pasal hal ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembali ke Stesen TAPOPS,geng Kokotiam masih berbincang dengan Kaizo tentang apa persediaan yang patut mereka buat.
Ali mengundurkan diri dulu dan biarkan mereka berbincang sebab dia nak pergi tengok keadaan Thorn dan Solar dibilik sebelah.
Solar masih lagi tidur dengan tenang dan luka Thorn pula dah dibalut. Harap Health-Bot boleh sembuhkan tulang Thorn yang retak tu.
Ali mengeluh perlahan sebelum mengambil kerusi dan duduk disebelah Thorn.
Ali:*sigh* ...Apa yang dah jadi dekat korang sampai korang berpecah macam ni?
Dia boleh nampak yang badan Thorn dan Solar susut dari kali terakhir dia nampak BoBoiBoy.
Ini maksudnya yang BoBoiBoy tak cukup makan dekat sana,kan..?
Ali: Kesian kau kan? Dah berapa lama kau dekat sana. Badan kau nampak susut,macam sakit pun ada..*sigh*
Ali mengambil tangan Thorn dan letak atas kepala dia.
Dia rindu BoBoiBoy usap kepala dia macam selalu. Feel dia lain kalau Fang atau Gopal yang buat.
Ali:*tutup mata**letak kepala atas katil Thorn* Cepatlah bangun...Ada banyak aku nak tanya kau ni..
Masih tak ada tanda untuk Thorn atau Solar bangun membuatkan Ali kecewa sikit.
Pintu bilik terbuka dan Ali terus mengangkat kepala dia.
Amato masuk dalam wad medbay itu dengan pakaian biasa dan Mechabot dengan pinggang karipap dia.
Ali:*soft smile* Uncle dah habis cakap dengan kawan Uncle ke?
Amato:*ambil kerusi**duduk* Dah,semua dah selesai.
Ali: Jadi .. Uncle memang betul² nak perang..?
Ada sebahagian dari Ali berharap yang Amato ni saja main² sebab tengah marah.
Tapi sebahagian diri dia rasa masa untuk berperang-
Amato: Dah semestinya. Tapi bukannya teruk sangat pun. Saja nak ugut mereka untuk serahkan BoBoiBoy.*sigh**ramas kepala*
Ali: Uncle,macam mana Uncle tahu pasal MATA?
Ha,ni dia dah banyak kali nak tanya tapi asyik kena pooootong je.
Amato: Oh,soalan tu. Okay,macam ni ceritanya. Uncle-
Sudah datang idea creator untuk buat Ali dan reader bengang dan sakit hati.
Ayat Amato tergantung lagi apabila mereka terdengar suara Thorn dan Solar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
Hoho,hye my beloved potatoes~
Please enjoy this chapter first while I finishing the war arc-*evil laugh*
Anyway,jaga diri baik²! Jaga kesihatan jangan lupa~ Belajar elok² tau!
Do vote and comment~
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top