Pergi

Rumah Ali.

Pagi itu Ali bangun dari tidur, menggeliat atas katilnya. Comot masih lagi tidur dekat katil kucing dia.

Ali: *menguap* Hoam...Lenanya aku tidur.*tengok jam*

Sekarang ni dah pukul 9 pagi.

Ali bangun dari katil dia dan buat regang sedikit.

Ali: Ni mesti BoBoiBoy dah bangun dulu sebelum aku.

Selepas membasuh muka,gosok gigi dan tak mandi,Ali turun keruang tamu.

Hanya untuk lihat BoBoiBoy duduk termenung dekat sofa. Bantal dan selimut semua dah tersusun rapi dan ada beg dekat sebelah dia.

Ali:*pelik* BoBoiBoy? Kau kenapa?

Mendengarkan suara Ali,baru BoBoiBoy angkat muka. Ali boleh nampak yang mata BoBoiBoy sedikit lebam.

BoBoiBoy:*soft smile* Selamat pagi Ali? Kau lapar? Aku ada beli nasi lemak tempoyak udang untuk kau.

Ali berjalan kedapur untuk lihat sarapan diatas meja. Ada nasi lemak tempoyak udang kegemaran dia dengan air koko panas.

Ali: Wah,terima kasih BoBoiBoy! Eh,kau tak nak makan ke?

BoBoiBoy pusing menghadap Ali dan rehatkan kepala dia pada kerusi.

BoBoiBoy; Aku dah makan tadi. Kau makanlah dulu. Lepas tu nanti pergi siap. Aku nak bawak kau jalan².

Ali: Yay! Jalan²!

Ali dengan happynya makan sarapan dia.

Dia tak perasan langsung dengan perubahan suara BoBoiBoy.

Dan juga pemakaiannya harini.
.
.
.
.
.
Time Skip from our hurting LobakBoi
.
.
.
.
.
Selepas makan,Ali terus naik atas untuk bersiap-siap. Dia selalu teruja kalau BoBoiBoy nak bawa dia jalan².

Ali memakai seluar hitam dengan T-shirt merah. Tak lupa juga dengan hoodie hijau dia. Lepas pastikan makanan untuk Comot ada,dia terus pergi ke BoBoiBoy.

Ali: BoBoiBoy~ Aku dah siap! Jomlah pergi jalan²!*excited bean*

BoBoiBoy hanya tersenyum kecil. Dia bangun dan berdiri dihadapannya Ali. Tangannya membetulkan sedikit hoodie Ali.

BoBoiBoy: Baguslah kau pakai hoodie. Dekat luar sejuk sikit harini. Baru lepas hujan.

Ali: Ouh...sebab tu ke kau pakai baju turtleneck tu?

BoBoiBoy memakai baju turtleneck hitam lengan panjang yang dilipat separas siku bersama dengan jaket oren dia.

Perlahan,dia mengangguk dengan senyuman kecil.

BoBoiBoy: Jomlah,kita tak cukup masa ni.

BoBoiBoy mengambil beg yang ada dekat atas sofa dan terus keluar rumah, mengeluarkan motobike dia.

Ali:*curious* Ada apa dalam beg tu BoBoiBoy?

BoBoiBoy: Ouh,tak ada apa². Cuma baju yang aku nak bawa pergi dobi je nanti. Mesin basuh kau rosak.

Ali: Ouh..nantilah aku guna IRIS betulkan apa yang patut.

BoBoiBoy diam dan memberikan helmet pada Ali.

Selepas memastikan pintu rumah dikunci,mereka terus bergerak pergi dari rumah itu.
.
.
.
.
.
.
.
Ali: Err... BoBoiBoy? Kenapa kita ke stesen kereta api ni?

Ali tak bergerak dari tempat dia bila BoBoiBoy berhenti di stesen kereta api Cyberraya tapi BoBoiBoy menarik tangan dia untuk masuk dalam stesen itu.

Genggaman tangan BoBoiBoy agak kuat tapi Ali boleh rasa yang tangan BoBoiBoy menggigil.

Dan dia tak rasa tu sebab sejuk.

Mereka berjalan sampailah ditempat menunggu. BoBoiBoy meletakkan beg yang dia bawa tadi betul² dikerusi paling hadapan.

Ali: BoBoiBoy,kau okay ke tak?*dah mula risau*

BoBoiBoy mengeluh perlahan sebelum memegang kedua-dua belah bahu Ali supaya mereka menatap satu sama lain.

BoBoiBoy: Dengar sini,aku cuma akan cakap ni sekali saja. Kau kena pergi dari Cyberraya.

Ali tercengang sekejap.

Ali: K-Kenapa? Kita kena lari sekarang? Mereka dah bertindak ke?!

BoBoiBoy:*geleng kepala* Bukan kita Ali. Kau.

Ali menolak tangan BoBoiBoy daripada bahunya.

Ali: K-Kau merepek apa ni BoBoiBoy? K-Kan kita dah janji akan bersama tak kira apa MATA cuba buat? Kita sama² dalam hal ni! Kau lindungi aku dan aku lindungi kau! Apa yang dah jadi sekarang?!

Nasib baik tak ada orang dekat tempat tu.

Macam dah ditempah awal² supaya tak ada orang langsung.

BoBoiBoy tak menjawab. Matanya memandang lantai dan tangannya mengaru pada lehernya.

Melihatkan kelakuan pelik BoBoiBoy, Ali terus menarik kolar baju turtleneck BoBoiBoy kebawah.

Pada leher BoBoiBoy ada kolar hitam dengan lambang MATA padanya.

Dan ia sedang berkelip,menandakan ia aktif.

Ali menapak kebelakang,menutup mulutnya.

Ali:*horror* B-BoBoiBoy...Apa semua ni...?

BoBoiBoy menarik semula turtleneck itu supaya menutup kolar dilehernya.

Tiada respon dari BoBoiBoy buat Ali bengang.

Ali:*cekak baju BoBoiBoy* Bagitau aku! Apa yang jadi sekarang ni?!

BoBoiBoy hanya memandang Ali dengan pandangan yang.....lifeless. Perlahan,dia melepaskan tangan Ali darinya.

BoBoiBoy: Untuk pastikan kau selamat....tanpa gangguan..Aku terpaksa buat semua ni..

Tangan BoBoiBoy kejap memegang tangan Ali. Ali menggeleng kepalanya perlahan. Tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Ali: T-Tak kan lah kau...

BoBoiBoy: Untuk kau hidup aman tanpa perlu risau dengan gangguan lagi...aku....gantikan tempat kau...

Maklumat yang disampaikan BoBoiBoy cukup untuk buat Ali terkejut.

Dia merentap tangannya dari BoBoiBoy.

Ali; Kenapa kau buat macam tu?! Kau ni dah gila ke apa?!

Ali mula mundar-mandir dihadapan BoBoiBoy. BoBoiBoy melihat jam digital yang terpampang disitu.

Dah tak ada masa....

BoBoiBoy: Aku terpaksa. Sekarang,kau kena pergi jauh dari Cyberraya. Pergi galaxy pun jadilah. Dan jangan balik semula ke Cyberraya.

Ali ramas kepalanya kasar.

Kenapa BoBoiBoy ni-

Ali: Apa yang MATA dah cakap dekat kau sampai kau sanggup tukar tempat dengan aku?! Diaorang ugut nak bunuh aku ke?! Sebab itu ke kau buat tindakan bodoh ni hah?!

Suara Ali bergema disegenap ruang itu.

Again,tak ada sesiapa disana kecuali mereka.

BoBoiBoy masih lagi memandang Ali dengan pandangan yang lifeless.

Dia yang buat keputusan ni.

Bukan hanya untuk Ali.

BoBoiBoy: Kereta api akan sampai tak lama lagi. Kau kena pergi juga-

BoBoiBoy menapak kebelakang apabila penumbuk Ali hampir² mengenai mukanya.

Ali: Tsk-....Kenapa...?

Apabila Ali mengangkat muka dia, BoBoiBoy boleh nampak yang matanya basah.

Ali: Kenapa kau buat semua ni BoBoiBoy..? A-Apa jadi dengan janji kita? Kau dengan aku...K-Kita akan atasi semuanya bersama tak kira apa? Kau lindungi aku dan aku lindungi kau? Isk...Kenapa....

KENAPA KAU KENA BERKORBAN DEMI AKU?!
.
.
.
.
Jeritan Ali bergema dalam stesen itu. Tangisan dia sekarang jelas kedengaran dan jujur BoBoiBoy rasa.

Dia tak sanggup nak tengok Ali sekarang.

BoBoiBoy terus memeluk Ali kuat, kepalanya diletakkan atas kepala Ali walaupun Ali meronta.

BoBoiBoy: Shushh...Tak apa Ali....Semuanya akan okay...

Lama-kelamaan,Ali berhenti meronta. Dia hanya menangis dan menyembunyikan wajahnya pada dada BoBoiBoy manakala si oren itu mengusap perlahan kepala Ali,cuba untuk tenangkan dia.

Ali: Kenapa....kenapa kau selalu korbankan diri kau untuk aku..?

BoBoiBoy; *soft smile* Kau kan dah macam adik aku sendiri? Mestilah aku akan buat apa saja untuk pastikan kau gembira dan selamat..

Ali: Tapi aku tak gembira sekarang....Kau... buat benda bodoh ni..

BoBoiBoy mengeluh perlahan sebelum mengerling jam digital diatas.

Kereta api dah sampai dan sudah membuka pintu walaupun tak ada orang yang keluar ataupun masuk.

BoBoiBoy: *low voice* Ini...keputusan aku. Pilihan aku,jadi aku kena terima. Kalau ini satu-satunya cara untuk pastikan yang kau okay,aku tak teragak-agak untuk buat.

BoBoiBoy kemudian dengan kasar melepaskan pelukan mereka dan menarik Ali dari hoodienya.

Dia mengheret Ali sampai depan pintu kereta api tersebut bersama dengan beg itu.

Dengan kasar,dia menolak Ali masuk dan mencampak beg itu sekali.

Disebabkan impak itu,Ali jatuh terduduk. Ali menopang dirinya guna siku.

Kali ni, BoBoiBoy pandang dia tanpa perasaan langsung.

BoBoiBoy: Aku dah tak nak tengok muka kau dekat sini lagi.*suara dingin*

Ali bangun dan pintu itu tertutup. Ali menghentak pintu itu dari dalam.

Ali: BoBoiBoy! I-Ini bukan caranya! Kita boleh-

Ada seseorang meletakkan tangan pada bahu BoBoiBoy dan tersenyum sinis pada Ali apabila kereta api itu mula bergerak.

Ejen Djin.

Sebelum kereta api itu bergerak sepenuhnya keluar dari stesen itu,Ali boleh nampak senyuman kecil terakhir dari BoBoiBoy sebelum kereta api itu bergerak meninggalkan Stesen Kereta Api Cyberraya sepenuhnya.

Djin: *smirk**genggam bahu BoBoiBoy kuat* Bagus,kau tak mungkir janji kau, Elemental.

BoBoiBoy:*glare* Dan aku harap kau pun sama,Djin.

Djin: Janji ditepati. Sekarang,mari. Aku dan Zain akan bagitahu apa tugas kau.

BoBoiBoy:*roll eyes* Untuk persediaan hari pertama. Ya,aku faham.

Djin hanya tersenyum sinis sebelum menarik BoBoiBoy untuk pergi dari stesen itu.

Aku minta maaf,Ali..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Didalam kereta api,Ali duduk termenung sendiri. Kakinya dipeluk rapat dan matanya masih berair.

Apa yang dia patut buat sekarang?

Ali: Lembab....Dia memang suka buat benda bodoh untuk orang lain...Oren tak guna...

Ali terbayang masa dia marah BoBoiBoy yang cedera masa misi dekat galaxy dulu.

BoBoiBoy hanya tersengih manakala Ali membalut luka dia sambil membebel masa tu.

Tak semena air matanya bergenang lagi.

Ali: Isk...Kenapa...Kenapa kau selalu korbankan diri kau untuk aku BoBoiBoy...?

Ali mengelap airmatanya pada lengan baju dia. Kemudian,dia tengok beg yang BoBoiBoy dah campak masuk dengan dia tadi.

Ali: Dia dah kemas semua barang aku ke dalam ni?

Ali membuka zip beg galas tersebut. Dia boleh nampak baju² dia terlipat rapi didalam,dengan sedikit makanan macam cekedis,roti dan air.

Tapi semua benda basic tu tak dihiraukan Ali.

Dia lebih tertarik pada sampul surat berwarna oren yang terletak elok diatas barang-barang dia.

Ali mengambil sampul surat tersebut. Ada tanda tangan BoBoiBoy padanya.

Dengan berhati-hati,Ali membuka sampul surat tersebut dan mengeluarkan surat yang ada didalamnya.

Tulisan BoBoiBoy dan Ali boleh nampak dakwat yang dah comot sikit macam terkena air.

Or lebih tepat lagi airmata BoBoiBoy masa dia tulis surat ni.

Ali menarik nafas dalam sebelum membaca surat tersebut.

Kepada Ali,

Aku yakin kau mesti akan baca ni masa kau dalam kereta api.... Dan aku yakin kau mesti marah dan bingung dengan apa yang jadi sekarang.

Sebab aku tak bagitahu kau dekat stesen tadi, adalah sebab stesen tu penuh dengan ejen MATA kelas A. Mereka nak pastikan aku tak cakap lebih² pada kau. Tentang kenapa aku buat semua ni.

Sejujurnya Ali,aku tak rela pun nak buat semua ni. Kau betul. MATA dah corrupt. Memang dah tak ada harapan lagi untuk kita ubah MATA. Ketua teras semua dah corrupt disebabkan datuk bandar Cyberraya ni.

Dia gila kuasa Ali. Dia akan buat apa saja untuk pastikan Cyberraya sentiasa maju dihadapan dan digeruni. Dan dia dah tahu pasal kuasa aku. Jadi dia nak aku jadi ejen yang lindungi Cyberraya.

Dia nak gunakan aku kalau ada bandar canggih lain yang cuba nak takluk Cyberraya. Ejen MATA tak cukup untuk dia. Dia nak kuasa aku.

Kau mesti terfikir,kenapa aku tak tolak? Kenapa aku tak lawan? Kenapa aku masih buat macam ni?

Aku terpaksa Ali. Datuk Othman tak teragak untuk bunuh orang hanya untuk pastikan aku patuh dengan arahan dia. Aku takut Ali.....Aku takut sangat²....Banyak sangat darah malam semalam dan ada orang hampir mati disebabkan aku... Aku...tak tau nak buat apa melainkan setuju pada masa tu.

Bila aku dah setuju,baru mereka tolong orang tadi. Bodyguard Datuk Othman, Rizal tak silap namanya. Dia merayu pada aku untuk selamatkan dia...Dia ada isteri yang sarat mengandung anak pertama mereka....Dan MATA langsung tak peduli pun bila Datuk Othman tembak dia....Tiga kali Ali...Dia ditembak tiga kali depan mata aku....

Aku terdesak dan akhirnya aku setuju untuk ikut cakap Datuk Othman...Aku setuju untuk jadi ejen sekaligus askar rahsia untuk Cyberraya. Selagi aku berkhidmat untuk dia,semua orang akan selamat.

Dia tahu pasal Pinggiran dan tak teragak untuk guna satelit MATA untuk musnahkan orang² dekat situ...

Pasal IRIS pula....Aku buat perjanjian dengan MATA,ketua teras. Perjanjiannya adalah selagi aku berkhidmat dalam MATA,mereka tak akan hantar ejen untuk cari kau dan rampas IRIS tu. Kau dah bebas. IRIS tu milik kau sepenuhnya sekarang..

Kalau kau fikir nak selamatkan,baik tak payah. Jangan selamatkan aku. Ini bukan masanya. Masih terlalu awal dan kau tak boleh nak serang seorang. Satu lagi, kolar yang kau nampak dekat leher aku tu akan halang aku untuk jejak keluar dari Cyberraya. MATA boleh jejak aku dengan kolar ni..

Tolong...jaga diri kau baik²... Tolong jagakan Tok Aba sekali...Kawan² kita...Aku percayakan kau...Aku percaya yang satu hari nanti kau akan selamatkan aku pulak...Tapi sekarang bukan masanya....

Aku takut Ali....Aku takut akan ada yang akan hilang nyawa disebabkan aku...Aku tak boleh biarkan semua tu terjadi....

Jadi..Aku bukan buat semua ni hanya untuk kau...Aku buat demi semua orang yang ada dekat sini...

Tapi aku gembira... sekurangnya sekarang kau dah bebas dari MATA. Dan kau dengan yang lain boleh buat rancangan cara untuk hentikan MATA.
Tapi pada masa tu,aku tak ada....Aku akan tunggu kau selamatkan aku.

Aku tahu kau boleh...

Aku dah tak ada banyak masa,Djin dah ketuk pintu dah tu.

Aku harap kau faham semua ni Ali. Aku akan bertahan sampailah kau dah ada rancangan dengan kawan² kita. Tapi bukan dalam masa terdekat. Sebab kita kena jatuhkan MATA serta merta.

Stay strong Ali. Aku percayakan kau.

-BoBoiBoy-

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Ah,people's misery for breakfast is da best~//plakk//

Hehe,hello potatoes~
I came here to drop,some chapter.
Dropping all my ideas yeah~

Hehehehe,sian Lobakboi. So now korang tau kenapa dia tak lawan balik.

Manalah bapak si Oyen ni tak mari² dari tadi?

Okeh,hope you guys enjoy chapter yang ni~

Do vote and comment~

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top