Perang

Sebelum semua pengumuman itu berlaku,mari kita kembali ke galaxy.

Jangan lupa ya potatoes,masa Bumi dan masa galaxy berbeza~

Selepas Thorn dan Solar dirawat oleh Health-Bot sekali lagi dan berehat,mereka akhirnya bertenaga macam selalu.

Solar:*ketatkan sarung tangan* Aku dah siap sedia untuk main tembak tembak...*gelak jahat*

Thorn: *sama creepy macam Solar* Masa untuk jadikan bandar canggih tu kembali pada masa hutan tebal berleluasa dulu.

Thorn,Solar: Muehehehe-*gelak jahat dekat tepi*

Mereka yang ada dalam bilik per bincangan itu hanya bersweatdropped.

K.Kokoci: Apapun,kita akan berangkat sebentar lagi. Semua armada sudah bersedia di posisi masing².

L.Tarung: Aku masih kagum macam mana Amato boleh dapat armada sebanyak tu dalam masa terdekat..

Gopal: Alah,dah nama pun bapak BoBoiBoy. Kalau dengan BoBoiBoy tu pun semua benda boleh jadi apa lagi bapak dia?

...: Yeah,betul tu.

Mereka semua terperanjat bila Amato tiba² masuk dalam bilik perbincangan itu,siap dengan suit dia,Thorn ada dekat belakang ayah dia manakala Solar dekat tepi.

Thorn: Woahh...tinggi...*pegang kepala Amato supaya tak jatuh*

Mechabot: Lepas ni kau pulak eh Solar?*usik*

Solar:*blush* T-Tak payah!

Amato: Semuanya dah selesai. Aku dah hubungi semua cawangan yang kita ada dan mereka setuju untuk sediakan askar backup.

L.Tarung: Kita dah terlebih askar dah ni..*sweatdropped*

Amato:*main dengan tangan Thorn atas kepala dia* Sudah tentu. Ini kan kod oren. Lagi satu, BoBoiBoy tu bahaya kalau emosi dia tak stabil. Kau dah lupa dia hampir letupkan Planet Volcania hanya sebab Roktaroka tak sengaja rosakkan pondok kecil dia?

Semua yang ada dekat situ kecuali meremang bila teringat balik kes Planet Volcania tu.

Pergh,seram. Nasib baik dapat pujuk dengan ayam goreng.

Ali: Er.. Uncle Amato?

Amato:*turunkan Thorn**angkat Solar pula* Ya Ali?

Ali: Kita akan beri amaran dulu pada Cyberraya kan?

Amato: Kenapa pula? Kita serang jelah terus.

Ali: Errr...Saya...memang nak perang. Tapi ayah saya dan Uncle Bakar masih ada dekat sana. Jadi...Saya terfikir...boleh tak kalau saya buat pengumuman untuk Cyberraya dulu untuk berkompromi secara damai?

Mereka semua memandang Ali.

L.Tarung: Kompromi?

Ali:*gugup* Yelah,macam...Bagi mereka pilihan terakhir untuk serahkan BoBoiBoy sebelum kita serang. Kalau Datuk tak nak bagi juga,baru perang. Penduduk Cyberraya pula kita guna armada yang lebih untuk angkut mereka semua jauh dari Cyberraya.

Kaizo: Heh,bernas juga idea kau.

Fang: Orang Pinggiran macam mana Kapten?

Kaizo: Lahap dan pastikan ia kosong sepenuhnya. Sekarang ia cuma tempat tinggal yang terbiar. Mereka semua ada di petempatan Pulau Rintis. Sekitar rumah lama kau dekat Bumi tu.

Fang: *angguk* Ouh...

Amato menggeleng kecil dan tersenyum. Lepas dia turunkan Solar,dia bongkok sedikit dan mengusap kepala Ali.

Amato: Kamu dah membesar dengan baik Ali. Ayah dengan Mama kamu mesti bangga tengok kamu sekarang.*soft smile*

Ali tersenyum kecil.

Tiba²,Nut memasuki bilik perbincangan tersebut.

Nut: Tenaga Ochobot sudah dicas 100%! Bersiap sedia untuk bergerak Komander!

Ali: *smirk* Baiklah,mari kita selamatkan BoBoiBoy!

YEAHH!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadi itulah yang berlaku sebelum pengumuman Ali disiarkan di Cyberraya.

Kesemua penduduk Cyberraya mengikut apa yang disuruh oleh Ali apabila mereka nampak ada beberapa kapal muncul dari langit dan berlabuh di perlabuhan Cyberraya.

Ada orang bermaskot pelik dan asyik cakap Mop Mop saja suruh mereka semua naik kapal tersebut.

Disebabkan khidmat mereka, Cyberraya akhirnya kosong dengan sepenuhnya.

Kapal² perlepasan itu terbang jauh keudara dan ada skrin besar di setiap kapal supaya semua penduduk Cyberraya dapat lihat kejadian bersejarah akan berlaku.

Sekarang ni,hanya Datuk Othman,droid,dron, dan kesemua ejen MATA ada disana.

Bersiap sedia untuk berlawan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kita tinggalkan yang diatas sekejap untuk kembali bersama Djin dan Halilintar.

Selepas sahaja siaran itu tamat, Halilintar ketawa.

Halilintar: Hahahaha! Habislah korang~ Cyberraya akan musnah!

Djin mengetap giginya kuat. Telefon dia dah berdering panggilan daripada ketua teras yang lain.

Djin: Kawan kau nak perang,kita perang. Lagipun...*smirk*

Halilintar terdiam sekejap apabila Djin mendekati dia.

Djin: Kau lupa? Kau adalah askar terhebat Cyberraya. Elemental. Kau akan lawan peperangan ni di pihak kami.*smirk*

Halilintar mula meronta dari kerusi tersebut dan Djin berjalan kearah Cinco.

Djin: Macam mana kolar tu?

Cinco: K-Kami tak sempat nak ubah apa² jadi ia sama macam dulu!

Djin: Tch- Tak boleh pakai! Pasangkan saja kolar lama pada dia! Dalam situasi sekarang kita terdesak. Peperangan akan berlaku nanti. Aku kena bersedia di Bangunan Perdana. Inilah peluang aku untuk hapuskan si tua tu.

Djin memakai semula topeng dan kembali pada Halilintar yang tengah menjeling dia.

Djin: Jumpa di medan perang nanti.... Elemental. *Dark evil chuckle* Aku tak sabar nak tengok tangan tanah kau tu mengalir dengan darah merah lagi.

Halilintar: Ergh! Kau tak guna!

Djin tidak menghiraukan rontaan Halilintar dan terus keluar. Aaron memegang kuat kepala Halilintar dan Cinco terus pasangkan kolar tersebut dan aktifkannya.

Mata merah Halilintar tertutup sebelum bertukar kepada coklat kelam tak berperasaan itu. Penahan dikerusi terbuka dan Elemental terus bangun dan membuka hologram dia.

Elemental: Aku dah lambat 2 jam. Apa yang Djin dah buat? *pandang Cinco dan Aaron*

Cinco: Tak ada apa². Dan kamu diperlukan di Bangunan Perdana sekarang.

Elemental mengangguk dan lining baju dia berubah merah. Dengan percikan kilat,dia terus menghilang dari gua tersebut.

Aaron: Habis tu kita ni macam mana?

Cinco: Sediakan kapal pelarian di perlabuhan. Kita pun kena keluar dari sini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Masa penentuan.

Sudah tiba masa yang dijanjikan.

Kesemua ejen MATA bersedia di pusat bandar.

Termasuklah ejen muda.

Moon: Weh...Aku rasa tak sedap hatilah...

Rudy: Ceh,kita dilatih untuk ni. Beranilah sikit.

Suasana senyap sunyi.

Tiba²,satu beam muncul dari udara dan seseorang dengan hoodie hijau muncul.

Ali.

Dia tersenyum manis sambil melihat semua yang ada dekat situ. Dia dah siap sedia memakai IRIS.

Ali: Hai semua. *lambai* Jumpa lagi ek kita? Walaupun aku harap semua ni boleh dielakkan.*soft smile*

Ali berjalan mendekati mereka.

E.Leon: Ini semua tak kan berlaku kalau kamu tak lari Ali.

Ali: Lah,*tangan dekat dada* Salah saya? Siapa yang tinggal saya untuk terkubur masa misi berbulan lepas? Siapa yang cakap lebih baik kalau saya tak ada,mereka boleh cari pengganti IRIS yang baru?

Ejen yang tahu pasal kes itu hanya diam.

Ali: Aku keluar sendiri,selamat,cedera tapi apa yang aku dapat? Hanya umpatan sebab korang semua fikir aku dah tak ada. Sekarang kenapa? Aku dah jumpa orang yang lebih baik untuk aku. Dan IRIS ni,hak milik aku. Tak akan ada sesiapa yang boleh sync kalau aku mati sekalipun.

Ali makin mendekati mereka.

Rudy: Ah sudahlah kau! Mana askar kau yang kononnya hebat tu?!

Ali: *smirk* Lah,lupa lah tu. Lupa ke aku sorang boleh kalahkan korang semua masa kita berlawan dekat Akademi dulu? Makan habuk je.

Mika: Heh,kali tak. Kami dah bersedia!

Roza: Tunggu kau dengan member kau kalah jelah.

E.Rizwan: Tak kan kau sorang je? Lawak karut apa ni?

Ali hanya senyum dan tengok jam dia.

Ali: Siapa kata aku sorang?

On cue,lebih banyak beam yang muncul dibelakang Ali.

Hah,tu kan! Takde pasal jangan cari hal!

Lebih ramai orang dan alien keluar dari beam tersebut.

Ada geng Kokotiam.

Laksamana Tarung.

RamenMan.

Kapten Kaizo.

Kapten Papa dengan Mod Papayam!

Dan tak dilupa juga,Adudu dan Probe!

Oish,best friend Blaze jangan dilupa si Roktaroka!

Dan lebih banyak askar perang Mop Mop dibelakang.

Semua ejen MATA dekat situ mula kabut apabila melihat semua alien dan manusia yang keluar dari beam tersebut.

Mereka semua siap sedia keluarkan senjata,sedia untuk berperang.

Geng Kokotiam dan semua yang menggunakan kuasa mengaktifkan kuasa masing².

Ali mengangkat satu tangannya,tanda sedia.

Amato dah berikan tanggungjawab ni pada dia. Semua kuasa ada ditangan dia sekarang.

Dengan senyuman sinis diwajahnya,dia mengenggam tangan dia.

Ali: SERANG!!

Dengan itu,perperangan pun bermula.

Mereka semua mendapat  musuh setiap satu. Ejen muda MATA dengan geng Kokotiam. Kapten Kaizo dengan Ejen Rizwan manakala yang lain memusnahkan semua pertahanan dan droid MATA.

Fang:*elak serangan dari Rudy* Heh,tak adalah hebat sangat kau kan?

Rudy: Kau diam!

Ying dan Yaya membuat Combo terkenal mereka dan memusnahkan lebih banyak droid dan Mecha-Buster.

Yaya: Itu apa yang korang dapat lepas dah apa-apakan kawan kitaorang!*elak penumbuk Mika*

Mika: Ah! kau dengan sama sajalah!

Ying pula lawan dengan Zass sebah mereka sama² laju. Zass nak jatuhkan pertahanan mereka tapi nak lawan penguasa masa? Lambat lagi boss~

Ying; Haha! Lambat~

Gopal: Inilah akibat merampas kawan baik aku, BoBoiBoy! Tukaran Jalan Jeli!

Gopal menghentak tangannya kejalan dan serta merta,jalan yang dipijak dibahagian geng MATA berubah menjadi jeli membuat mereka tersangkut di situ.

Bulat: K-Kuasa apa ni?!

Fang: Heh,kitaorang baru je nak mula! Separa beruang bayang!

Fang aktifkan kuasa tahap kedua dia dan mula menyerang Busterdroid yang ada.

Gopal: Ali! Kitaorang boleh handle yang dekat sini. Kau pergi cari BoBoiBoy!

Ali:*angguk* Baik! *Aktifkan Creaty*

Dengan satu hayunan tangan, hoverboard dia muncul dan Ali terus terbang melepasi perlawanan sengit tersebut dan terus ke Bangunan Perdana.

Dia yakin BoBoiBoy ada dekat sana bersama dengan ketua teras dan Datuk Othman.

Dan kali ni....dia yang akan tamatkan semuanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ali tiba di Bangunan Perdana tak lama lepas itu. Ada banyak Busterdroid dan Mecha-Buster di kawasan lapang Bangunan Perdana tu. Walaupun Ali memasuki kawasan itu,semua teknologi dekat situ tak bergerak.

Ali: *scan guna IRIS* Apa yang mereka rancangkan ni...?

Kemudian,dia terdengar bunyi tapak kaki. Ali berpusing dan nampak semua ketua teras ada dengan mereka.

Dengan seseorang yang berbaju hitam dengan hoodnya tertutup.

Ali: *pandang tajam* Mana BoBoiBoy?

Djin: Kau tak patut kembali ke sini. Kau dah langgar perjanjian.

Ali: Eh,itu janji paksa kau dengan BoBoiBoy. Bukannya aku.

E.Zain: *sigh* Ali,kita tak perlu buat semua ni.

Ali: Ouh,dah terlambat sebenarnya. Saya dah minta benda tu tapi Datuk Othman kan yang tak nak? Merasalah.
Sekarang, BoBoiBoy mana?

Dayang hanya menggerakkan kepala dia kepada orang berbaju hitam disebelahnya.

On cue,orang itu membuka hood dia.

Ali tergamam.

Apa dah jadi dekat BoBoiBoy..?

E.Ganz: Heh,cubalah lawan dia kalau kau hebat sangat.

Ali: Kau..A-Apa yang kau dah buat pada dia?! Dengan rambutnya- Aduh....masalah ni.....*gigit kuku*

Ketua teras tak dapat nak agak yang Ali ni tengah serius atau main².

E.Djin: Kenapa? Tak nak lawan kawan baik kau sendiri?*smirk*

Ali mundar mandir dekat tempat dia.

Ali: Weh,kalau dia luka² sikit aku mungkin akan belasah kau tapi sampai kau potong rambut fluffy dia? Kau tau tak rambut tu berharga? Uuu...ni memang mintak maut nampaknya ni...

E.Ganz: Ah! Kau mengarut apa?! Nak lawan marilah!

E.Djin: Tunggu Ganz. Apa kata kita biarkan Elemental yang lawan?*smirk* Mereka kan kawan,betul tak Elemental?

Elemental hanya mengangguk,faham dengan arahan. Dia mula mengeluarkan TechnoBlade dia dan berjalan mendekati Ali.

Ali: *mula undur* B-BoBoiBoy...

Elemental nampak triggered dengan nama tu.

Elemental: JANGAN PANGGIL AKU DENGAN NAMA TU!

Elemental menghentak tanah dan ceracak tanah muncul dan hampir mengenai Ali

Ali: *gasp* Hah..hah..Okay...Kolar tu kawal dia semestinya- Wargh-!*elak pedang Elemental*

Ali hanya mengelak semua serangan dari Elemental. Nasib baik,dalam banyak² kuasa dia ada,dia hanya guna kuasa Gempa dan bukan yang lain.

Ali: *pusing yoyo* BoBoiBoy! Kau kena sedar!Mereka gunakan kau!

Elemental: Kau diam!

Elemental dapat menangkap balingan yoyo Ali dan menariknya dekat. Apabila Ali tertarik dekat padanya,dia menumbuk Ali menyebabkan dia terpelating jauh dari Elemental.

Ali: *terhempas**batuk* Uhuk- Argh sakit...Patutnya aku buat perisai tadi...Hah-!*bergolek*

Kasut boot tebal Elemental hampir buat kepala dia berkecai. Kawasan yang tempat dia terbaring tadi habis retak.

Elemental tak berhenti,dia terus libas pedang dia hampir mengenai Ali.

Dia sempat cipta satu pedang dari Creaty untuk balas balik serangan Elemental.

E.Ganz: Dari mana dia dapat pedang tu?!

E.Dayang: Mungkin dia pun diberi kuasa oleh pihak TAPOPS...

Djin masih fokus memandang perlawanan Ali dan Elemental.

Dia perasan yang gerakan Elemental lambat sedikit dari kebiasaan.

E.Djin(in mind): Tak kan lah sebab aku tanggalkan kolar tadi..?

Kembali ke perlawanan Elemental vs Ali,dia tak berapa mahir dan sekejap sahaja Elemental boleh campak pedang dia dari tangan.

Bila Ali cuba nak cipta sesuatu,tangan Elemental menggenggam kuat tangan dia dan sekarang Ali terperangkap

Elemental mencabut dan membaling Creaty jauh sehingga hilang dari pemandangan dia. Pedang Elemental terletak elok atas leher Ali.

Tapi dia tak nak putus asa. Dia nak kawan baik dia semula.

Hero dia.

Ali: BoBoiBoy tolonglah sedar- Tch-*grit teeth*

Elemental menggenggam tangan Ali dengan lebih kuat to the point tangan Ali tu boleh patah.

Elemental: Aku....akan bunuh kau...Itu..arahan..

Ali: Kau tak hidup untuk arahan Datuk,BoBoiBoy. Tolonglah sedar! Kitaorang dah datang untuk selamatkan kau! Untuk dapatkan kawan kitaorang balik! Untuk dapatkan superhero yang dah selamatkan aku dulu!

Setiap kata² Ali meninggalkan kesan kepada Elemental apabila Ali rasa genggaman dia dah mula melonggar.

Ali: Tolonglah.....Aku nak kawan baik aku semula....Pulangkan dia...

Kalini,Ali tahan airmata dia dari tumpah. Dia kena teruskan juga.

Ali: Aku perlukan kawan terbaik aku semula...

Pegangan Elemental terlepas.

Elemental: Kolar.....Tanggal....Bebas.... Argh!!!

Elemental meronta atas tanah apabila kolar itu merenjat dia.

Ali: *bangun* BoBoiBoy!

Ali tak boleh nak dekat bila Elemental meronta macam tu. Perhatian dia beralih pada ketua teras.

Ali: Hentikan semua ni!

Tapi satu pun dari mereka tak bergerak.

Lama kemudian,baru renjatan itu berhenti. Baru saja Ali dekat sebab nak tengok keadaan Elemental, Elemental mula menyerang dia semula.

Ali: Ergh-! *Halang serangan*

E.Djin: Heh,dia tak boleh nak lepas pun. Kalau dia ingkar arahan yang dah ditetapkan untuk dia,renjatan tu akan buat dia ingat balik pada siapa dia berkhidmat.*gelak jahat*

Ali: *tendang Elemental ketepi* Kau memang tak guna!

Ali memusing yoyo dan berlari kearah ketua teras.

Tak guna.

Ali nyah-aktifkan teknologi Ejen Dayang dan mengelak serangan Ejen Ganz pada masa yang sama. Melompat di belakang Ejen Ganz, pusingan yoyo dia menjadi perisau dari tembakan Ejen Zain dan kemudian impak yoyo tersebut membuat mereka terpisah.

E.Djin: Heh,boleh tahan.*keluarkan pedang dia* Tunjuk apa lagi yang kau ada budak IRIS.

Ali:*pusing yoyo**snort* Penakut sangat ke kau sampai nak kena empat lawan satu dengan aku

E.Djin: Cubalah gerak kalau kau hebat sangat.

Ali dah bersedia tapi dia terlupa Elemental masih lagi dalam mod menyerang dia.

Dia hampir² tak dapat nak elak tangan tanah gergasi yang hampir² penyekkan dia.

Disebabkan pertahanan dia dah tak stabil,dia tak sempat nak elak apabila pedang Djin membelah yoyo-dia dan Ganz menumbuk dia menyebabkan Ali terpelating beberapa meter jauh.

Ali: *groan* A-Argh...

E.Zain: Ini peluang kita. Active kan BusterDroid,Dayang!

Ejen Dayang dapat akses semula kepada semua teknologi yang ada dan terus aktifkan Busterdroid. Semua tangan Busterdroid menghala disasarkan kearah Ali.

Alamak....

Apabila semua tangan itu menuju kearahnya,ia menghasilkan asap putih yang tebal.

Mereka yang ada disana boleh dengar bunyi dentuman kuat tu.

E.Djin: Heh,semuanya dah tamat.

E.Ganz: Sekarang macam mana nak uruskan perang di pusat bandar? Rama kata mereka dah hampir kalah.

E.Zain: Kita akan hantar roket nuklear. Lagipun penduduk Cyberraya tak ada.

E.Dayang: Tunggu...Kamu semua..

Panggilan Dayang membuatkan perhatian mereka tertumpu pada dia.

E.Ganz: Kenapa Dayang?

Dayang tak berkata apa² tapi dia tunjuk pada kawasan asap putih tadi.

Asap² tu dah tak kelihatan dan mereka semua boleh nampak sesuatu berwarna merah bersinar.

E.Zain: Tak mungkin...*berundur*

E.Djin: Jadi memang betul dia masih hidup..

Berdiri dihadapan mereka sekarang dan berperisai adalah 'kawan' lama mereka,Amato.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Uhuk- Perang- Uhuk-

Dah sampai part macam ni baru best nak cliffhanger hohoho-

Okey,tata~

Ez ada darelah untuk korang. Sesape dapat jumpa my other social media account,tak termasuk IG and Facebook okeh-

I will update more after that hoho- Itupun kalau jumpalah ehek- *kena tampar*

Anyway,harap korang suka chapter ni~
Do vote and comment!

Stay safe! 💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top