Malam
Pada malam itu,di kawasan pelabuhan Cyberraya, BoBoiBoy duduk pada satu crate tinggi yang pengawal tak mungkin boleh nampak dia.
Dia dah sampai Cyberraya dari siang tadi. Dia dah pergi dah pun rumah Ali. Tapi dia terdengar perbualan Ali dengan Viktor dan nampak mereka sedang berseronok main game bersama,jadi BoBoiBoy tak nak kacau.
Ali mesti rindu kan nak main game dengan kawan dia yang dah lama tak jumpa.
Jadi, BoBoiBoy habiskan masa dengan berjalan-jalan disekitar Cyberraya dan akhirnya sampai dekat sini sebab dia nak tengok pemandangan laut dari atas crate tinggi ni.
BoBoiBoy: *baring**tengok video dalam tablet* Hm..Waktu² macam ni mesti Ali dah tidur dah. Tak kan aku nak kacau dia? Tidur hotel lagi lah tampak gayanya.
BoBoiBoy menutup tabletnya dan simpan dalam beg. Alang² tu,dia pandang kelangit. Stargazing.
BoBoiBoy: Hm...
Baru saja nak lelapkan mata,dia terdengar bunyi deruman motor yang kuat melalui laluan bawah dia.
BoBoiBoy: *bangun* Motor apa pulak yang merempit dekat pelabuhan lewat malam macam ni?
BoBoiBoy menggalas beg dia dan melompat turun dari crate itu.
Ada sekumpulan geng bermotor mengiringi sebuah kereta mewah bertembung dengan satu lagi kumpulan.
BoBoiBoy menyembunyikan diri pada crate itu supaya tak kelihatan.
BoBoiBoy: Macam penjualan senjata haram je ni...
Seseorang keluar dari kereta itu. Berbadan gempal dan nampak macam ketua boss² mafia.
Cuma tak nampak hot macam yang dibayangkan dalam novel.
BoBoiBoy boleh nampak lelaki tu keluarkan sesuatu dari beg bimbit dia dan orang dari kereta yang lain pun keluarkan beg bimbit yang sama,tapi kali ni dalam beg tu ada duit.
BoBoiBoy; Hm...Memang betul jangkaan aku.
BoBoiBoy ada rasa serba salah sekarang.
Ada dia rasa dia patut tangkap penjenayah tu semua.
Tapi ada dia rasa tak payah sebab ni bukan kerja dia.
Selepas lama berperang dengan diri sendiri, akhirnya BoBoiBoy mengambil keputusan untuk hentikan mereka.
Dia superhero,dia patutnya membanteras jenayah.
Walaupun ni jenayah dekat Bumi bukannya kena lawan alien.
BoBoiBoy melompat turun dari crate tersebut dan berhenti satu crate tinggi dari mereka.
Salah seorang dari geng motorsikal itu nampak BoBoiBoy.
G.M: Woi! Kau buat apa hah dekat atas tu?!
Jerkahan dia membuatkan semua yang ada disitu memandang BoBoiBoy.
BoBoiBoy; Hehe,maaflah ganggu korang. Tapi aku saje je nak senangkan kerja polis.
Lelaki bersuit itu berdecit sebelum menyuruh kulinya untuk menembak BoBoiBoy.
BoBoiBoy dapat mengelak dari semua tembakan mereka dan terus menyerang mereka semua tanpa menggunakan kuasa.
Keadaan masih belum terdesak untuk dia gunakan kuasa.
BoBoiBoy berjaya menumbuk mereka semua dan alihkan semua tembaoan mereka supaya terkena antara satu sama lain sampai kuli terakhir habis.
Dia sekarang berhadapan dengan ketua itu.
BoBoiBoy: Orang² kau dah kalah. Serah diri sekarang. *stern voice*
Lelaki itu mengeluarkan blaster dari beg bimbit dia.
L.M: Argh! Agensi kau tak kan tangkap aku!
Dia menghalakan blaster itu pada BoBoiBoy membuatkan BoBoiBoy bersedia untuk guna kuasa.
Dia tak tau apa blaster tu boleh buat.
Pihak sebelah dah lama lari masa dia berlawan tadi.
Tapi sekurangnya BoBoiBoy dapat jatuhkan satu sindiket.
Lelaki itu menembak blaster pada BoBoiBoy tapi tersasar mengakibatkan tembakan itu terkena sebuah crate dan sebahagiannya mencair.
BoBoiBoy; Uh...Okay,bahaya.
Apabila lelaki itu cuba untuk menyerang lagi, BoBoiBoy bertukar menjadi Gempa dan menggenggam tangan lelaki itu kuat supaya dia tak lepaskan tembakan itu.
L.M: *terkejut* A-Apa yang-?! L-Lepaskan aku- Kau raksasa!
Gempa hanya menyengetkan kepalanya sebelum menjatuhkan lelaki tersebut. Blaster tadi ada pada tangan Gempa.
Gempa: Ouh,ya ke? Tapi kau silap.
Gempa melutut satu kaki dan mata emasnya bersinar membuatkan lelaki itu ketakutan.
Gempa: *dark voice* Aku mimpi ngeri kau...
Dengan itu,Gempa menghancurkan blaster itu dengan sebelah tangannya, membuatkan lelaki tersebut terketar-ketar ketakutan dan fuba lari,tapi Gempa dah buat Tanah Pencengkam untuk tak bagi dia terlepas.
Kemudian Gempa pergi pada kuli lelaki tersebut dan mengikat mereka setempat jadi bila mereka sedar mereka tak boleh nak lari. Kemudian,dia bertukar semula kepada yang asli.
BoBoiBoy:*sigh* Apa punya obvious lah korang buat jual beli haram kat sini. Memang sah-sah mencurigakan lah.
Lelaki tersebut hanya berdecit kasar.
L.M: Kau dan agensi kau tu tak kan dapat hentikan aku tak guna.
BoBoiBoy berhenti dari mengikat kuli ² itu dan terus mendekati lelaki tersebut.
BoBoiBoy: Agensi? Maksud kau MATA ke? Yang itu kau tak perlu risau. Aku bukannya kerja dengan agensi tu. Aku kerja sendiri.
L.M: Kau tahu kan mereka yang selalu uruskan semua ni. Kalau kau terlibat sama,kau akan terjebak.
BoBoiBoy: Kenapa kau bagitahu semua ni pada aku? Apa yang kau tahu pasal MATA?
Lelaki itu tergelak sinis membuatkan BoBoiBoy tiba² rasa semacam.
L.M: Mereka selalu ada cara untuk hilangkan jejak mereka..
BoBoiBoy mengeluh kecil.
Orang tua ni dah tak betul rasanya.
BoBoiBoy: Aku akan biarkan kau dekat sini biar pengawal saja yang hubungi polis nanti.
BoBoiBoy akhirnya berjalan meninggalkan lelaki itu menjerit² tak tentu pasal nak lepaskan diri dari Cengkaman Tanah tu.
Tapi tak kan boleh punya. Alien pun susah nak keluar apa lagi manusia biasa macam.
BoBoiBoy:*menguap**tengok jam* Dah lewat ni..Baik aku cari hotel terdekat untuk berehat.
BoBoiBoy membuka telefonnya untuk cari hotel yang berdekatan dengan dia. Tiba²,dia terdengar sesuatu menuju kearah dia laju.
BoBoiBoy cepat² mengelak.
Dikonkrit sekarang terdapat batang lollipop yang familiar.
Tak kan lah.
BoBoiBoy terus pusing untuk melihat arah dibaling tetapi orang tersebut lebih pantas menyerang BoBoiBoy dengan Pressure Point,membuatkan badan BoBoiBoy kaku dan terus jatuh ketanah.
BoBoiBoy:Tch-*grit teeth**cuba tengok orang yang serang dia*
Suit kelabu yang sama.
Rizwan.
Dia membuka plastik lollipop nya lagi sambil mencangkung disebelah BoBoiBoy.
E.Rizwan: Aku terkejut kau masih terjaga walaupun aku dah serang pressure point kau. Biasanya orang lain dah pengsan kalau diserang begitu.
BoBoiBoy: *grunt**cuba gerak* Macam mana kau jumpa aku?
E.Rizwan: Senang. Aku ekori kau sejak dari kau naik keretapi lagi.
BoBoiBoy teringat masa dia berada dikeretapi.
Jadi Rizwan memang ekori dia dari awal ke?
BoBoiBoy: Apa kau nak dengan aku?
E.Rizwan: Hm,soalan yang menarik. Mulanya MATA cuma nak Ali semula untuk dapatkan IRIS. Tapi lepas dah tengok apa yang kau boleh buat,mereka lebih tertarik untuk....kaji kau.
BoBoiBoy dapat rasakan satu badan dia jadi sejuk.
Kaji?
BoBoiBoy:*struggle* Aku ni bukan bahan kajian! Lepaskan aku!
Ejen Rizwan tak menghiraukan rontaan BoBoiBoy.
E.Rizwan: Apa² pun,aku berterima kasih sebab kau dah halang sindiket tadi. Kau memudahkan kerja aku.
Ejen Rizwan mengeluarkan jarum injection dari poketnya. Melihat hujung jarum tajam bersinar itu membuatkan BoBoiBoy pucat.
E.Rizwan: Jangan risau. Ini bukannya racun. Cuma sedatif untuk buat kau tidur.
BoBoiBoy terus meronta lebih kuat. Rizwan terus menyucuk jarum itu pada leher BoBoiBoy dan masukkan sedatif itu dalam badan dia.
BoBoiBoy:*mula pening* Ha..Kau memang tak guna...
Sebelum sedatif itu ambik alih badan dia, BoBoiBoy dengar kata-kata terakhir Rizwan sebelum dia pengsan.
E.Rizwan: Itu memang dah tugas aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
Hello,hai~
I'll leave you guys with cliffhanger because I have the feeling to be evil- *insert evil laugh*
So,yeah. BoBoiBoy kena ambush dengan Rizwan. So whatsoever yang akan berlaku korang tekalah sendiri~
Anyway,do vote and comment~
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top