Kuasa
Disebuah tempat jauh dari Akademi MATA,BoBoiBoy masih lagi cuba lepaskan diri dari sel tahanan dia.
Selepas ditangkap oleh Rizwan tadi,dia sedar dengan agak awal. Tapi dia sudah pun ditempatkan disebuah pusat tahanan yang baru.
Walaupun dengan kuasa,dia tak boleh nak pecahkan pintu kaca tu. Even dengan penumbuk Gempa sekalipun.
Dan sekarang dia dah tak ada tenaga nak bergerak pun. Jadi dia baring atas lantai sambil pada syiling putih itu.
BoBoiBoy:*sigh* Macam mana aku nak keluar ni..?
Dia dah cuba hubungi kawan-kawan dia melalui jam kuasa,tapi ada sesuatu dekat sini yang halang isyarat dia untuk sampai.
Tak lama kemudian,kedengaran pintu terbuka menarik perhatian BoBoiBoy. Dia toleh kepala untuk lihat sepasang boot kelabu didepan pintunya.
BoBoiBoy:Apa lagi yang kau nak? Tak puas nak menyakitkan mata aku?
Tapi itu bukan Rizwan.
Pintu itu terbuka dan BoBoiBoy paksakan diri dia untuk duduk dan pandang tetamu tak diingini tu.
Suit Inviso yang sama,tapi bukan Rizwan. Dia lelaki yang lebih tinggi,berusia dan mempunyai parut terbakar pada muka dia.
BoBoiBoy terus bangun dan jauhkan diri dia daripada orang baru itu.
BoBoiBoy:Siapa kau?
E.Djin:Aku Djin,ketua teras Inviso.
BoBoiBoy:Ah,jadi kaulah antara ketua agensi tak berguna tu.*roll eyes*
Ejen Djin hanya tergelak sinis.
E.Djin:Kau ni memang menarik...Macam seseorang yang aku pernah kenal dulu.
BoBoiBoy:Entahlah,aku tak kenal sesape dari sini yang setua macam kau.
Ejen Djin menggelengkan kepalanya sebelum mengeluarkan pedangnya dan melibasnya pada BoBoiBoy.
Terkejut,BoBoiBoy cepat-cepat tunduk dan tendang pedang itu supaya terlepas dari tangan Ejen Djin.
BoBoiBoy:Kau dah gila ke apa?! Nak gila gilalah sorang tak payahlah tebas aku!
Ejen Djin tersenyum sinis sebelum mengambil pedangnya yang tercacak didinding akibat ditendang BoBoiBoy.
E.Djin: Refleks yang pantas,berani.
BoBoiBoy dah pandang serong dah dekat ketua teras Inviso ni.
Memang semua dalam MATA ni gila ke apa?
Patutlah Ali lari awal-awal.
E.Djin:Aku nak kau tunjukkan semua yang kau boleh buat. Termasuk dengan kuasa unik kau sekali.
BoBoiBoy:Kau memang dah gila kalau kau fikir aku akan ikut cakap kau.*glare*
Ejen Djin hanya tersenyum sinis sebelum membuka hologram dari sut dia.
Hologram itu menunjukkan Ali yang berada di Akademi bersama dengan ejen² muda yang lain.
BoBoiBoy: *terkejut* M-Macam mana-
E.Djin: Dia tahu kau kena tangkap dan dia datang untuk selamatkan kau. Tapi dia tak tahu yang kau tak ada pun dekat Akademi.
BoBoiBoy mengetap bibirnya perlahan.
Apa rancangan MATA sebenarnya ni?
BoBoiBoy: *sigh* Kalau aku tunjuk,kau janji kau akan berhenti ganggu Ali dan lepaskan aku?
E.Djin: *smirk* Boleh dipertimbangkan-.
BoBoiBoy mengeluh perlahan sebelum mengikuti Djin keluar dari sel itu.
Tempat ni nampak macam sarang penjenayah. Macam dalam gua.
Kalau diikutkan BoBoiBoy,dia nak je tembak si Uno Sampai matahari.
Tapi...
Ali ada dekat Akademi MATA dengan ejen muda yang lain. Tak mustahil mereka ada rancangan untuk dapatkan IRIS dan cederakan Ali.
.
.
.
Kembali ke Akademi MATA,semua ejen muda MATA tergamam apabila Ali dapat mengawal semua robot pertahanan itu.
Alicia:A-Ali...Macam mana kau boleh-?
Ali:Ini bukannya Override penuh. Ini cuma stage pertama dimana aku masih lagi boleh kawal IRIS. Override penuh baru IRIS kawal semua.*bored voice*
Mereka semua masih lagi tergamam. Ada jugak rasa takut.
Beberapa bulan kehilangan Ali memang betul-betul mengubah dia jadi seseorang yang baru.
Ali:*sigh**hulur tangan* Aku cuma nak telefon BoBoiBoy dengan dia sekali..Tolonglah...Aku penat nak lawan. Bagilah aku hidup dengan cara aku sendiri...
Semua ejen muda dapat dengar suara perlahan Ali betul-betul....ikhlas minta untuk berhenti. Kedengaran macam dia pun tak nak lawan.
Rudy: Kau tahu peraturan dia. Serahkan IRIS tu.
Ali:Aku tak boleh bagi IRIS ni semula. Ada sebab kenapa hanya aku yang boleh sync dengan IRIS Rudy. Kalau orang lain pakai,kemungkinan untuk mereka hilang nyawa tu tinggi. Daripada orang lain yang hilang nyawa,aku lagi rela pakai IRIS ni.
Pengetahuan yang baru kepada ejen-ejen muda MATA itu membuatkan mereka terkejut.
Bahaya sangat ke IRIS ni?
Sebab itu ke ia jadi satu senjata berbahaya MATA?
Cakera Gravity akhirnya berhenti berfungsi dan kembali semula pada Ali. Semua yang terperangkap didalamnya akhirnya dapat bergerak.
Rudy:*mula rasa was-was* Kau reka cerita je kan supaya kau dapat lepas dengan IRIS tu?
Ali hanya memandang Rudy dengan pandangan kosong.
Lifeless.
Ali: Kau fikir kenapa aku lagi rela pakai IRIS ni walaupun aku tahu ia boleh bunuh aku sendiri?
Semua orang yang ada disitu hanya diam. Ali menghentikan Override dan semua robot pertahanan jatuh tak aktif. Dia menapak perlahan-lahan kearah Rudy dan akhirnya berdepan dengan dia.
Ali:*hulur tangan* Bagi aku telefon BoBoiBoy,sekarang.
Suasana masih lagi tegang disitu. Rudy mengeluarkan telefon dan tayangnya dihadapan Ali.
Rudy:Kau nak ni?
Ali:*poker face**hulur tangan* Ya.
Rudy:*smirk* Ambik sendiri.
Rudy membaling telefon BoBoiBoy tinggi keudara membuatkan Ali panik buat seketika sebelum menggunakan Yoyo Blastnya sebagai anjakan supaya dia dapat capai telefon BoBoiBoy.
Dia dapat menangkap telefon BoBoiBoy diudara,tapi pada masa itulah dia dengar bunyi lastik Alicia.
Rudy:Kalahlah kau!
Peluru Alicia mengenai sesuatu menyebabkan ia meletup dan asap menutupi Ali. Bila asap itu beransur-ansur hilang,mereka nampak Ali dilindungi dalam Bebola Pelindung.
Alicia:Apa yang-?!*terkejut*
Bebola Pelindung itu berubah menjadi hoverboard dan Ali mendarat dengan selamat. Dia simpan telefon BoBoiBoy dalam poket dia sebelum memandang tajam kearah Alicia.
Ali:Aku dah agak aku tak boleh percayakan kau lagi Alicia..*glare*
Dengan sekelip mata,satu penjara besi mengelilingi geng MATA dan mengurung mereka.
Khai:Apa yang jadi ni?!
Moon:Macam mana dia buat?!
Mereka boleh nampak sebelah tangan Ali menghala pada mereka.
Rudy:Apa yang kau dah buat?
Ali:*smirk* Inilah salah satu kelebihan aku sekarang. Aku boleh cipta apa sahaja yang bermain dalam fikiran aku.*petik jari*
Bila Ali petik jari,ada sesuatu yang mencengkam kaki Rudy membuatkan dia terjatuh dan dia ditarik kedalam tanah sehingga paras pinggang.
Ali:*senget kepala* Jangan cabar aku.
Rudy dan yang lain cuba sedaya upaya mereka untuk lepaskan diri.
Rudy: M-Macam mana-
Ali: Kuasa yang aku guna sekejap sebab dah tolong selamatkan Power Sphera. Otak kecik kau tu tak kan faham.
Ali berdiri dihadapan Rudy dan halakan tangan padanya. Terbentuk sebuah Blaster pada tangannya.
Alicia:*nampak* Ali,apa yang kau nak buat-?!
Ali hanya tersenyum sinis riak wajah semua ejen muda berubah menjadi ketakutan.Termasuklah Rudy.
Jet:W-Weh,Ali...T-Tak kan kau nak bunuh kitaorang kut?
Ali:*senget kepala**creepy wide smile* Kenapa? Korang pun nak aku mati kan? Kenapa aku tak boleh buat yang sama?
Bulat:Aku tak nak mati!!
Rudy memandang hujung Blaster yang betul-betul ada dekat depan muka dia.
Betul ke Ali memang nak bunuh mereka..?
Mainly..dia?
Ali hanya tersenyum sinis sebelum menarik picu Blaster dia.
Ali:Selamat malam~
.
.
.
.
BoBoiBoy:Argh-!
Untuk sekian kalinya,BoBoiBoy gagal untuk larikan diri. Lepas dia tunjuk lima kuasa dia pada Djin,Djin paksa dia untuk lawan.
Markas ni memang betul-betul dah power proof kuasa dia.
E.Djin: Cuba nak lari lagi? Heh,berapa kali aku nak cakap yang kau tak kan terlepas?
BoBoiBoy:*bangun perlahan-lahan**pegang perut* Dan berapa kali jugak aku cakap yang aku akan cuba sampai aku berjaya?*glare*
E.Djin:Kenapa kau tak nak mengalah saja dan ikut apa yang aku minta? Benda tu tak menyusahkan kau.*smirk*
BoBoiBoy:*deepened glare* AKU.TAK.KAN.JADI.EJEN.KAU!
Semasa berlawan tadi,Ejen Djin ada usulkan yang kalau BoBoiBoy nak semua ni berakhir,dia kena berkhidmat untuk MATA.
Which means memang tak lah BoBoiBoy nak setuju.
Djin menyimpan pedangnya dan mula hidupkan hologram itu semula.
E.Djin:Kau pasti?Aku boleh suruh mereka untuk hapuskan si pencuri IRIS tu kalau kau tak setuju.*smirk*
Tapi bila Djin buka hologram tersebut,ia menunjukkan Ali dah berjaya untuk kalahkan semua ejen-ejen muda dan sekarang dikelilingi oleh robot pertahanan yang menghalakan senjata kepada Rudy.
E.Djin:Apa yang berlaku?!
BoBoiBoy:*mumble* Override..*tengok Djin*
Melihatkan Djin tengah terganggu dengan hologram itu BoBoiBoy terus mengambil peluang dia.BoBoiBoy jatuhkan Jin dan tahan dia menggunakan Tanah Pencengkam.
E.Djin:*terperangkap* Kenapa kau-?!
BoBoiBoy terus bertukar menjadi Halilintar dan larikan diri dari markas Djin tu.
Buat masa sekarang,dia selamat.
Tapi sempat ke dia nak lari sampai dapat berjumpa semula dengan Ali?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
Hello,hai my potatoes~
Nampak gayanya ramai yang geram dengan MATA sekarang-😂
Sabar wahai potatoes ini baru permulaan~
Anyway,harap korang suka chapter ni!
Do vote and comment~
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top