Izin

Dr.Ghazali masih lagi menunggu dengan sabar untuk Ali bercerita.

Ali menarik nafas dalam,cuba cari cara macam mana nak terangkan semua benda ni pada ayah dia.Dia menngerling kearah BoBoiBoy,tapi si oren itu hanya minum teh tanpa hiraukan apa-apa langsung.

Dia ada gaduh dengan BoBoiBoy tadi sebab tak nak pergi,tapi BoBoiBoy dah guna suara "Mama Gempa" dia. Jadi tak boleh kompromi.

Tak ada boleh dikatakan tidak kalau suara itu dah berbunyi.

Anyway,kembali ke alam yang nyata..

Ali bermain dengan balutan dekat tangan dia sebelum mengeluh kecil.

"Ayah...Ayah tahu yang Ali sayang ayah kan..?"mula Ali. Dr.Ghazali mengangguk.

Ali mengeluh lagi.Dr.Ghazali memegang tangan Ali perlahan.

"Ali...Bagitahu ayah kenapa..Ayah cuma nak tahu.."pujuk Dr.Ghazali perlahan. Ali mengeluh lagi.

Susahnya nak jujur...

Tak cakap apa-apa,Ali menurunkan sedikit lengan hoodie panjang dia dan biarkan Dr.Ghazali lihat semua parut dia.

"Ali...Kamu.."

"Ya ayah..Ali buat.. Ali terpaksa.. Ali tak ada cara untuk hentikannya,ayah...Ali tak kuat.."

Dr.Ghazali perlahan-lahan mengelus tangan Ali. Dia dapat rasa permukaan kasar parut itu.Tapi kesannya nampak dah lama.

"Ali tak buat sangat pun...Bila dah tak tahan sangat baru Ali buat..."tambah Ali lagi.Dr.Ghazali mengeluh.

"Kenapa kamu tak pernah bagitahu ayah?"

Ali mengetap bibirnya kuat.

"Ayah...selalu sibuk.Ali tak nak bebankan ayah macam budak-budak dekat sekolah cakap.."akhirnya Ali mengaku membuatkan Dr.Ghazali terkejut.

"Ya Allah,Ali.Ayah ni memang selalu kerja. Tapi tak ada lah sampai tahap ayah akan abaikan kamu kalau kamu cerita benda macam ni!"kata Dr.Ghazali membuatkan Ali menunduk.

"Ayah...marah ke?"tanya Ali. Dr.Ghazali menggeleng perlahan.

"Tak Ali,ayah tak marah. Tengok dari parut kamu pun,ayah dapat agak yang kamu jarang buat,betul tak?" teka Dr.Ghazali. Ali angguk membuatkan Dr.Ghazali tersenyum.

"Jadi kamu okay.."

Ali tersenyum sebelum melihatkan tangannya yang digenggam lembut oleh ayahnya.

"Ayah...Ali..nak minta izin.."kata Ali.

"Izin apa Ali?"

"Boleh tak...ayah izinkan Ali tinggal dengan BoBoiBoy?" tanya Ali perlahan. Dia nampak yang raut wajah ayah dia berubah.

"Ha? Kenapa? Kamu tak suka ke tinggal dekat sini dengan ayah?" tanya Dr.Ghazali risau.

Kau kena reject dengan anak sendiri sakit woo.

"T-tak ayah! Bukan macam tu..Cuma..Ali dah tak boleh tahan sekolah dekat sana. Sejak Viktor tak ada...Ali...selalu kena buli...Cikgu pun macam tak kisah malah mereka hina lagi Ali...Ali tak tahan..Sebab itu Ali nak pergi jauh dari sini..."

Penerangan Ali membuatkan Dr.Ghazali terkesima.

Anak dia kena buli selama ni dia langsung tak perasan.

Nampak sangat dia gagal jadi seorang ayah.

"Ali..ayah minta maaf sebab tak selalu ada untuk kamu.."kata Dr.Ghazali perlahan sambil mengusap lembut tangan Ali.

"Ayah..ayah tak salah. Ayah kerja untuk kebaikkan Ali juga. Ali tak pernah salahkan ayah." kata Ali sambil tersenyum sebelum bangun dan memeluk Dr.Ghazali.

"Ali sayang ayah."

"Ayah pun sayang Ali..."

Kedua anak beranak itu hanya memeluk satu sama lain penuh perasaan. Melihatkan suasana itu membuatkan hati BoBoiBoy sedikit terdetik.

Ali melepaskan pelukan dengan senyuman.

"Jadi,ayah izinkan tak Ali tinggal dengan BoBoiBoy?" tanya Ali penuh pengharapan. Dr.Ghazali memandang BoBoiBoy sebelum mengeluh kecil.

"Kalau itu yang kamu rasa terbaik,jadi ayah benarkan."kata Dr.Ghazali.

Mendengarkan izin Dr.Ghazali membuat Ali gembira. Dia terus peluk ayah dia.

"Terima kasih ayah!"kata Ali berulang kali. Dr.Ghazali hanga mengangguk dan memeluk erat anaknya itu.

"Jangan lupa hubungi ayah nanti ya?Jaga diri elok-elok.."kata Dr.Ghazali. Ali mengangguk laju.

"Ali janji! Er..Boleh Ali kemas barang Ali yang tinggal dekat sini?"tanya Ali.

Lah,rumah sendiri pun tanya lagi.

Dr.Ghazali mengangguk dan Ali terus naik kebiliknya.

Akhirnya dia boleh pergi jauh dari Cyberraya!

Jauh dari Cyberraya,jauh dari MATA!

Apabila Ali menghilang ke biliknya,Dr Ghazali berpusing menghadap BoBoiBoy.

"BoBoiBoy,kamu tahu ke semua ni?"tanya Dr.Ghazali. BoBoiBoy mengangguk.

"Uncle dah dengar dari dia sendiri. Sekarang,uncle nak dengar dari kamu."kata Dr.Ghazali.

BoBoiBoy agak tersentak sebenarnya.

Dr.Ghazali tak percaya Ali ke?

"Uncle kenal Ali. Dia memang pandai bohong untuk tutup cerita sebenar. Cerita yang dia dibuli itu betul,cuma yang tinggal dengan kamu saja uncle agak tak betul. Jadi,cerita dekat uncle. Apa sebenarnya terjadi?" terang Dr.Ghazali.

BoBoiBoy tergelak kecil.

Patutlah Dr.Ghazali ni salah seorang dari tiga peneraju utama Cyberraya.

"Cekaplah uncle ni. Saya ingat dah boleh lolos dah." kata BoBoiBoy.

"Okay,uncle ingat tak letupan besar yang berlaku dua bulan lepas?"

Dr.Ghazali mengangguk.

"Baik,ada...satu kumpulan budak ni...Argh! Cakap terus sajalah! Uncle,Ali tu ejen muda MATA."

BoBoiBoy cakap terus terang.

Dia tak sampai hati nak tipu Dr.Ghazali lepas tengok betapa sedihnya dia bila nak lepaskan Ali pergi.

"Ejen muda MATA? Mereka latih budak-budak jadi ejen ke?!"tanya Dr.Ghazali.

Lah,dia tahu pasal MATA rupanya?

"M-Mana uncle tahu?"

"BoBoiBoy,uncle ni kerja dekat Bangunan Peneraju. Mestilah uncle tahu!" balas Dr.Ghazali.

"Okay,senanglah sikit nak cerita. Baik,nak dipendekkan cerita, ejen-ejen muda MATA tak suka Ali atas satu kejadian yang Ali tak dapat nak kawal. Mereka layan Ali teruk. Pasal letupan tu,Ali tengah jalankan misi dekat sana dan ditinggalkan atas Protokol Gegas sebab dia terperangkap dalam sana tapi dia dapat lepaskan diri."

Dr.Ghazali hanya mampu mendengar sambil menahan geram.

"Selepas Ali dah dapat lepaskan diri dengan kecederaan,dia kembali ke Akademi MATA,tapi lepas dia dengar apa yang ejen-ejen muda MATA cakap,dia terus lari. Kalau diikutkan,Ali sepatutnya dah 'mati',tapi tak tahu kenapa MATA tak kata apa-apa."

"Jadi dia lari ke Pulau Rintis untuk cari kamu.."sambung Dr.Ghazali.
BoBoiBoy mengangguk.

Dr.Ghazali menggeleng kepalanya perlahan sebelum memandang BoBoiBoy. Tangannya dinaikkan pada bahu superhero muda itu.

Dr.Ghazali; Uncle berterima kasih sebab kamu dah tolong dia..

BoBoiBoy tersenyum kecil.

"Ali tu dah macam adik saya dah uncle."kata BoBoiBoy membuatkan Dr.Ghazali dan dia tergelak.

Tak lama kemudian,Ali turun dengan membawa beg galas dibelakangnya. BoBoiBoy melihat waktu di jam kuasanya.

"Okaylah uncle,kami dah nak kena bertolak."kata BoBoiBoy. Dr.Ghazali mengangguk.

Ali memeluk ayahnya semula kuat dan erat.

"Ayah jaga diri elok-elok tau? Ali janji Ali akan sentiasa hubungi ayah."kata Ali. BoBoiBoy memberikan sesuatu pada Dr.Ghazali.

"Ini holo- communicator. Dengan ni,uncle boleh hubungi Ali walaupun kita jauh."kata BoBoiBoy. Dr Ghazali menyimpan plat kecil itu pada poket bajunya.

"Terima kasih."

Dr.Ghazali mengiringi mereka berdua ke pintu hadapan. Comot dari tadi mengiau minta nak ikut.

"Tak boleh lah Comot. Kau kena duduk sini dengan ayah.. Siapa nak jaga ayah kalau kau tak ada? Aku janji aku balik,okay?"pujuk Ali.

Aaaa comelll...

"Eh,kejap. Macam mana dengan berita kehilangan kau Ali?"tanya BoBoiBoy. Ali terdiam sekejap.

Terlupa pulak status diri dia yang masih hilang.

"Itu kamu tak perlu risau. Ayah akan uruskan."kata Dr.Ghazali. Dia kemudian melutut dihadapan Ali.

"Ali..Jaga diri kamu baik² ya? Jangan lupa makan,tidur secukupnya. Jangan fikir yang bukan-bukan lagi,okay? Dengar cakap BoBoiBoy tau!"pesan Dr.Ghazali membuatkan Ali tergelak kecil dengan airmata yang bergenang pada kelopak matanya.

"Baik ayah..Ayah pun sama tau. Jangan kerja kuat sangat. Jangan lupa rehat."

Ali memeluk ayahnya buat kali terakhir.

"Ali sayang ayah..."

Dr.Ghazali memeluk anaknya kuat,terasa berat nak dilepaskan pergi. Tapi nak buat macam mana.

Dia dah buat keputusan.

Mereka melepaskan pelukan dan Dr.Ghazali mengelap airmata Ali.

"Jumpa lagi anak ayah."

"Bye ayah. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Dengan pelukan terakhir,Ali dan BoBoiBoy berjalan ke motobike BoBoiBoy. Selepas hidupkan enjin dan pakai helmet,mereka melambai kearah Dr.Ghazali buat kali terakhir sebelum memecut laju dan hilang.

Dr.Ghazali hanya tersenyum pahit.

"Kalau awak dapat tengok anak awak sekarang,mesti awak bangga...Aliya.."


Di lampu isyarat dimana lampu merah dan BoBoiBoy berhenti,dia menoleh kearah Ali.

"Aku bangga dengan kau. Kau buat yang terbaik."kata BoBoiBoy membuatkan Ali tersenyum.

Dia rasa bebas dari perasaan bersalah.

Sekarang,masa dia untuk bina kehidupan yang baru,jati diri yang baru.

Masa untuk bina Ali yang baru.

**********
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~


Hai,hello. OwO

Harap korang suka chapter ni.

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top