Hunt

Beberapa jam selepas kejadian itu, BoBoiBoy menyorok didalam sebuah lombong terbiar dan cuba untuk tanggalkan kolar tak guna tu.

Dia gunakan gunting dan hentak dekat kolar itu berkali-kali,tak kisah langsung bila leher dia terkena sekali.

Habis calar balar berdarah leher dia sebab gunting tu.

Tapi dia tak kisah.

Tak rasa apa² pun.

Dia hanya duduk,termenung jauh dengan tangannya masih menghentak gunting tu ke kolar tak guna tu.

Aku dah buat masalah.

Habislah...

Orang lain akan kena akibatnya...

Kenapa aku buat macam tu...

Tapi ada sebahagian dalam diri dia rasa ada harapan sebesar zarah.

Kalau kolar ni tak ada,dia boleh lari dan bersembunyi sebelum selamatkan orang Pinggiran.

Lama² menghentak gunting tu,kolar itu akhirnya retak sedikit demi sedikit dan BoBoiBoy terus rentap kolar itu kuat walaupun lehernya sakit. Dia hancurkan terus kolar jahanam tu.

BoBoiBoy:*tergelak* Hehe...Dah tanggal...*pegang leher*

BoBoiBoy tengok balik gunting ditangannya.

Berguna jugak benda ni..

BoBoiBoy menoleh untuk tengok keadaan luar.

Gelap sebab nak hujan.

BoBoiBoy mengurut lehernya perlahan,rasa bebas dari kolar tak guna tu.

BoBoiBoy:*sigh* Apa patut aku buat sekarang..? Kalau aku lari sekalipun,mereka akan dapat jumpa aku dekat Pulau Rintis.

BoBoiBoy tengok balik jam kuasa dia. Dia tak boleh nak hantar apa² mesej untuk kawan² dia. Even Tok Aba sekalipun.

Lagi satu,kalau dia lari,habislah orang² dekat Pinggiran.

Suit ejen BoBoiBoy dia dah tanggalkan awal² dan campak ketempat lain untuk kelirukan mereka. Tak mungkin MATA dapat jejak dia sekarang tanpa kolar dan baju suit tu.

BoBoiBoy menutup matanya dan bersandar. Dia buntu,tak pasti apa patut dia buat sekarang.

Nak lari pergi Pulau Rintis tak boleh.

Nak lari dari Cyberraya pun tak boleh.

Nak contact kawan dia guna jam kuasa pun tak boleh dan dia tak tahu sebab apa.

BoBoiBoy mengeluh perlahan dan melihat parut dilengannya.

Parut bekas terkena cemeti masa dia kena kerja dekat tempat penggalian azurium.

BoBoiBoy menggenggam tangannya kuat.

Tak boleh...Dia kena lari juga.

BoBoiBoy kuatkan diri dia untuk bangun dan berjalan keluar dari lombong itu.

Cuaca diluar masih mendung dan hujan rintik.

BoBoiBoy:*sigh* Mungkin kalau aku ke Pinggiran mereka tak kan jumpa aku..

Dengan itu, BoBoiBoy berjalan keluar dari lombong terbiar tersebut dan berjalan laju untuk ke Pinggiran.

Nak guna kuasa dia dah tak ada tenaga.

ALERT.

BoBoiBoy tersentak apabila bunyi pengumuman kuat kedengaran. Dia yakin satu Cyberraya boleh dengar tu.

ALERT

Attention to all Cyberraya citizens,this is not a drill. Please go into instant lockdown. We have received the information of a criminal has escaped from facility and he is dangerous. Please go into instant lockdown. Do not let anyone without an CyberID to be in lockdown with you. Repeat,this is not a drill.

Bunyi alarm itu berbunyi berulang² kali dan BoBoiBoy nampak semua yang ada dijalanan berlari masuk dalam bangunan² dan pintunya ditutup rapat dengan perisai kalis peluru.

Tak sampai beberapa minit,bandar itu sunyi. Tak ada bunyi kenderaan,tak ada bunyi orang.

Senyap sunyi macam bandar tinggal.

BoBoiBoy: Apa tengah berlaku ni...?*pegang lengan*

BoBoiBoy berlari ketengah jalan.

Habis memang senyap sunyi bandar tu. Kenderaan semua ditinggal macam tu saja.

BoBoiBoy: Hah...MATA buat lockdown untuk cari aku...Aku kena menyorok-

Satu spotlight menghala pada dia dari atas. Darah BoBoiBoy terus membeku bila nampak lambang MATA pada helikopter yang sinarkan spotlight itu pada dia.

Ejen: Sasaran dijumpai. Diulang sasaran dijumpai.

BoBoiBoy tidak membuang masa dan terus larikan diri daripada helikopter tersebut.

Kemudian dia terdengar bunyi deruman kenderaan.

Ada ejen yang kejar dia guna motor-

Dari udara dan darat,dengan keadaan sekarang macam mana dia nak lari?

BoBoiBoy lari melalui bangunan tinggi itu untuk elak daripada ejen bermotor.

Tapi nampak gayanya MATA macam hantar semua ejen untuk tangkap dia.

BoBoiBoy:*panting hard* Tak boleh jadi ni! BoBoiBoy Ice!

Ice menggunakan Peluncur Ais untuk bergerak lebih pantas. Bila dah rasa agak jauh dari ejen bermotor yang kejar dia,Icer berpusing dan menghayunkan tangan kanannya.

Ice: Ais Pembeku!

Serangan Ice mengakibatkan sebahagian besar dari tempat yang dia berdiri sekarang diselaputi ais. Dari jalan raya sampailah bangunan.

Rasa macam Cyberraya sekarang dilanda musim salji.

BoBoiBoy tak dapat kawal perasaan dia. Dia tak fokus.

Dia hanya fokus untuk lari dan hidup.

Melihatkan semua tersangkut dan tergelincir atas ais itu,Ice teruskan dengan meluncur.

Luncuran dia mengakibatkan sekitar dia membeku sama

(A/N: You know the part yang macam Elsa lari atas laut tu? Yeah,macam tulah)

Helikopter masih lagi gigih menjejak dia supaya ejen yang lain boleh tahan dia dari darat.

Ejen: Berhenti Elemental!Ini adalah satu arahan!

Ice mengetap bibirnya kuat.

Ice:PERGI MATILAH DENGAN ARAHAN KAU!

Tanpa sedar, Ice menghayunkan tangan dia menyebabkan ceracak ais gergasi merentasi jalan dan terkena pada helikopter tersebut.

Helikopter itu hilang kawalan dan hilang dalam timbunan salji gergaji.

Tapi BoBoiBoy langsung tak kisah.

Semasa tak sedar meluncur,ada beberapa ejen Inviso menahan dia dengan mengikat Ice menggunakan tali masa dia sedang meluncur menyebabkan Ice terjatuh kejalan.

Ice:*struggle* Lepaskan aku!

Tali itu jadi makin ketat.

Ejen: Target sudah ditahan. Menunggu arahan.

Bila ejen Inviso tu semakin dekat mereka boleh nampak yang tali mereka membeku.

Ice: Aku....TAK NAK BALIK SANA!

Ice merentap tali itu kuat,disebabkan ianya sejuk beku,tali itu pecah dan semua ejen Inviso itu terpaksa berundur sebab tak tahan sejuk disekitar Ice.

Ice membekukan mereka semua sampai paras pinggang.

Bila semua dah tak boleh jalan,Ice sambung lari.

Dah buntu dia tak tau nak lari mana dah.

Cyberraya sekarang dah jadi macam kutup selatan.

Ice teruskan lari sampailah dia tiba di kawasan perairan Cyberraya.

Dia tengok belakang untuk lihat kerosakan yang dia dah buat.

Sejuk macam tundra.

Tapi sekurangnya orang² Cyberraya selamat dalam bangunan...kan?

Ice mengeluh perlahan dan cuba untuk fokus. Dia kena hilangkan musim sejuk ni.

Emblem kuasa dia muncul diatas Cyberraya dan perlahan-lahan,semua salji dan ais mula meruap naik.

Ice:*tergamam* Wow...Aku tak tau pun aku boleh buat macam ni..

Sedikit demi sedikit,semua ais dan salji itu hilang dan emblem kuasa Ice menghilang dan menyebabkan awan mendung hujan tadi hilang sama. Cahaya matahari kelihatan.

BoBoiBoy berubah menjadi biasa semula dan lihat apa yang dia dah buat tadi.

Kuasa dia jadi tak terkawal.

Tapi...

Entah kenapa,tengok partikel ais kecil yang jatuh sebab kuasa dia tadi buat BoBoiBoy rasa tenang.

Mungkin sebab dia tahu potensi kuasa dia masih jauh dan dia mesti cari lagi.

Haha...Penatlah macam ni...

BoBoiBoy panjat naik atas kontena yang tertinggi dan baring dekat situ.

Dia penat,dia nak rehat.

Kalau kena tangkap pun nasiblah.

BoBoiBoy tahu kalau dia kena tangkap,lagi teruk hukuman dia kena nanti.

Lari dari tugas dia.

Malukan Datuk.

Buat musim sejuk dekat Cyberraya.

BoBoiBoy:*gelak* Hahaha... Banyak betul masalah yang aku dah buat. Patutlah ayah tak nak jumpa aku ek? Aku ni tau buat masalah je..

BoBoiBoy mengeluh perlahan sebelum letak lengan dia atas mata. Cuba nak tenangkan diri.

Dia ada beberapa minit sebelum MATA dapat jumpa dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ali: Argh!*baling yoyo* Semua ni buang masa faham tak?!

Geng Kokotiam hanya mampu mengeluh dan Ali teruskan membebel.

Dari minggu lepas,mereka cuba untuk bantu Ali mengawal Override. Tapi setiap kali itu terjadi,habis tak menjadi.

Dia pernah termatikan sistem apungan Stesen TAPOPS dan semua dalam tu kena guna tangki gas kecemasan sementara tunggu back-up semula.

Fang:*sigh* Sekurangnya kau dah semakin baik daripada haritu.

Gopal: Ha'ah. Alah sikit je lagi.

Ali:*tumbuk angin sebab frust* Aku ni tak boleh sabar orangnya faham tak? Dah sebulan lebih BoBoiBoy dekat Cyberraya,aku tak ada idea,orang tertinggi TAPOPS nak datang melawat,ayah aku tak ada hubungi aku. Aku risau faham tak?!

Yaya:*sigh* Kitaorang faham,kau risau. Tapi-

Ali:*potong* Tapi apa Yaya? Aku tak sanggup nak biar BoBoiBoy lama² dekat sana faham tak? Dan sebab aku ni lembab sangat nak kawal Override lagi lama dia dekat sana. Tak boleh lari,kena deraan psikologi. Wey,aku tak faham macam mana dia tak musnahkan lagi Cyberraya tu.

Ying: Wei,kalau dia musnahkan Cyberraya,dia bukan superhero lagi meh.

Ali mengeluh lagi dan meraup mukanya kasar.

Dia buntu.

Entah apa jadi dekat BoBoiBoy sekarang.
.
.
.
.
.
.
.
BoBoiBoy membuka matanya bila terasa ada sesuatu menepuk mukanya perlahan.

Muka Ejen Zain ada dihadapannya.

BoBoiBoy:....Saya minta maaf sebab saya lari.

Lah,benda pertama yang dia cakap itu.

Aku ngisau ngan BoBoiBoy ni.

Ejen Zain menggeleng kepala perlahan.

E.Zain: Elemental,kamu tau kamu dalam masalah besar sekarang,betul kan?

BoBoiBoy hanya mengangguk.

BoBoiBoy: Saya tahu...dan saya akan terima hukuman tu seadanya.

Ejen Zain mengeluh perlahan sebelum membantu BoBoiBoy bangun.

Dia ada rasa sedikit risau dengan budak ni, tapi apa boleh buat.

Arahan tetap arahan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Hello? Hai my potatoes~

Okay so masa rehat BoBoiBoy dah tamat,masa untuk sambung kerja if u know I meant- -3-

Hehe,harap korang suka chapter ni~
Do vote and comment!

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top