Help

°**********°

Ali tersedar apabila kereta api tersebut berhenti.Dia melihat papan tanda diluar menandakan yang dia dah sampai Pulau Rintis.

Ali mengambil begnya dan melangkah keluar dari kereta api.Jam menunjukkan sekarang pukul 8.30 pagi.

"Jauh jugak Pulau Rintis ni dari Cyberraya."kata Ali seorang diri.

Setelah membersihkan diri dibilik air dan menukar bajunya kepada hoodie yang lain,dia pergi ke kedai untuk bersarapan.Sementara itu,dia terfikir sesuatu.

Dia tak tahu mana rumah kawan  dia.

Ali mengeluh sebelum mengetuk perlahan kepalanya.

"Macam mana kalau dia tak balik lagi?Aduh...aku pun sengal jugak tak tanya dia dulu.Aduh...Kad SIM aku dah buang..Aku tak ingat nombor telefon dia.Alahai pandainya kau ni Ali..."Ali memarahi dirinya sendiri.

Dia tak boleh buka telefon sebab takut polis akan dapat kesan dia kalau ada yang cari.

IRIS pulak,walaupun dia dah ubahsuai IRIS supaya tak dapat dikesan,MATA masih boleh kesan dia kalau dia tengah memakai IRIS.

"Nampaknya aku kena cari dia sendirilah.."

Setelah membayar sarapannya,dia memakai topi hoodienya dan terus berjalan.

°*********°

"Kau ni dah kenapa BoBoiBoy?Termenung jer?Tak terbanglah telefon kau tu kalau kau tengok banyak kali BoBoiBoy."sindir Ochobot.

Mereka berada di kedai Tok Aba dan BoBoiBoy tak habis² tengok telefon dia sejak malam semalam sampailah petang ni.

"Aku cuba call dia,tapi dia tak angkat.Mesej pun tak reply.Aku risau je ni."keluh BoBoiBoy.Dia simpan kembali telefonnya.

"Alah,dia sibuklah tu.Nanti² jelah kau buat surprise dekat dia.Meh tolong aku angkat barang ni."kata Ochobot.BoBoiBoy mengangguk sebelum memandang langit.

"Wooo...Macam nak hujan jer."komen BoBoiBoy.

"Ha,tolong atok tutup kedai.Nak hujan lebat ni."kata Tok Aba.BoBoiBoy mengangguk sebelum segera membantu Tok Aba mengemas kedainya sebelum hujan turun.

°*********°

Hari sudah larut malam dan hujan masih turun dengan lebat,tapi Ali masih lagi tak jumpa rumah dia.
Dia dah tanya orang sekeliling tapi dia jadi sesat dan tak tau mana dia sekarang.Dia ingat rupa rumah kawannya itu,tapi dia tak ingat jalan apa dan dimana.

Satu badan Ali basah sebab air hujan.Tak ada tempat nak berlindung so alang² basah,dia teruskan sahaja.Udara malam sejuk menerukkan lagi keadaan dan Ali dapat rasa yang dia dah nak demam.

'Tak aku memang dah demam pun.'

Dia masih lagi gagahkan diri untuk berjalan.Sampailah disampai dipenghujung jalan,dia ternampak rumah kawannya.

"D-Dah sampai!"Ali cuba untuk mempercepatkan langkahnya tapi dengan keadaan sekarang dan badannya semakin sejuk,membuatkan dia lagi lambat.

"Lagi.....sikit...."
.
.
.
.
.
.
.

.
.
Sementara itu..
.
.
.
.
.
.

BoBoiBoy melihat telefonnya lagi.Masih tak ada maklum balas dari Ali.Tok Aba melihat cucunya itu menjadi pelik.

"BoBoiBoy?Kau kenapa?Dari tadi asyik tenung telefon tu?"tanya Tok Aba sebelum duduk disebelahnya.

"Tak adalah atok.BoBoiBoy risaukan kawan BoBoiBoy ni hah.Dia tak balas mesej BoBoiBoy,tak call.BoBoiBoy risau."terang BoBoiBoy.Tok Aba mengusap perlahan kepala BoBoiBoy.

"Dia tengah sibuklah tu.Nanti bila dia dah free,dia call lah balik."kata Tok Aba.

"Tapi atok tak tahu hidup dia macam ma-

TOK!TOK!TOK!

Bunyi ketukan pintu mengejutkan dua orang itu.

"Siapa yang datang malam² buta masa tengah hujan ni?"tanya Tok Aba.BoBoiBoy mengangkat bahu sebelum pergi kepintu depan diikuti oleh Tok Aba.

Apabila BoBoiBoy membuka pintu,dia ternampak ada sesorang dimuka pintu,bajunya basah kuyup dan memandang kebawah.Tangannya menahan diri daripada terjatuh.
Apabila dia mengangkat kepalanya....

"ALI?!"

"B-BoBoiBoy..."

Itu sahaja yang Ali kata sebelum dia jatuh pengsan dihadapan BoBoiBoy

°*********°

BoBoiBoy tak pernah rasa panik macam ni.

Well,maybe ya masa dia jalankan misi tapi ni?

Kawan baik dia tiba² muncul depan mata.

Masa hujan lebat.Pada WAKTU MALAM.

Dan bila dia jatuh,BoBoiBoy cepat² menangkap badannya.Dia tak kisah bila bajunya kena tempias hujan dari baju Ali.

"Ali!Wey,Ali!Bangun!Jangan takutkan aku macam ni!"BoBoiBoy menepuk muka Ali berkali² tapi tak ada hasil.

"Panasnya badan dia."kata BoBoiBoy.

"Dah,dah!Bawak dia masuk cepat!"gesa Tok Aba.BoBoiBoy perlahan² mengangkat Ali naik kebiliknya.

Sebaik sahaja menukar pakaian Ali kepada yang kering,dia selimutkan Ali dan kemudian bertukar menjadi BoBoiBoy Blaze dan mula memanaskan suhu bilik tidur itu secara perlahan.

"Apa yang dia buat dekat sini BoBoiBoy?Bukan kau kata dia duduk jauh ke?"tanya Tok Aba.BoBoiBoy menggeleng kepala.

"Entahlah atok.BoBoiBoy pun tak tahu.Ni kena tunggu dia bangun dululah ni."kata BoBoiBoy

"Kau nak tidur mana malam ni BoBoiBoy?"tanya Ochobot.

"Tak apa.Aku akan teman dia dekat sini.Takut² kalau dia sedar."balas BoBoiBoy.Tok Aba menggosok kepala BoBoiBoy perlahan.

"Bertuah kawan kau dapat kawan macam kau BoBoiBoy."BoBoiBoy hanya tersenyum.

°*********°

Di Cyberraya

"Ya,ya.Terima kasih."En.Ghazali menutup telefonnya dan mengeluh.Tak ada sesiapa yang nampak Ali sejak dari semalam.

Sebaik sahaja dia bangun tidur,dia tengok Ali dah tak ada dalam bilik jadi dia beranggapan yang Ali dah pergi sekolah.

Tapi bila dia balik rumah dan Ali masih tak ada dia jadi risau.Ali tak angkat telefonnya walaupun berkali² ditelefon.Kalau Ali tak balik jugak esok,dia akan buat laporan polis.

Dia juga ada berjumpa dengan Bakar tapi dia pun tak tahu.

En.Ghazali mengurut kepalanya perlahan.Pening.

Dimana Ali bin Ghazali sekarang?

°*********°

Pulau Rintis

Keesokan harinya,Ali terbangun.Kepalanya kurang sakit dari semalam dan dia rasa sihat.Dia lihat sekeliling dan perasan sesuatu.

'Ni bukan bilik aku..'

Dia memandang sekeliling dan akhirnya dia terpandang seseorang yang tertidur di atas lantai.

"B-BoBoiBoy?"panggil Ali.BoBoiBoy terbangun bila Ali memanggil namanya.Dia mengeliat.Apabila melihat Ali dah sedar dan sedang memandangnya,dia terus duduk di sisi katil.

"Ali!Kau dah sedar!Kau tau tak kau buat aku risau?!Macam mana kau ada dekat Pulau Rintis ni?Kenapa kau bawak banyak barang?Kenapa kau datang rumah aku masa hujan?Kenapa Ali?"tanya BoBoiBoy bertubi-tubi.

Ali just tunduk memandang tangannya.Tak sanggup nak tengok muka risau BoBoiBoy.

"Aku....lari..."

"APA?!"

Ali menarik nafas sebelum menceritakan segalanya.Dari mula sampai habis.

"J-Jadi...d-disebabkan d-diaorang s-seronok b-bila aku dah t-tak ada.a-aku ambik keputusan untuk lari...Please...Jangan marah aku..."kata Ali sambil tersedu-sedu.

Segala rasa,perasaanya yang dia pendam selama ini dia luahkan pada BoBoiBoy.Hanya dia sahaja yang faham perasaan dia dan selalu ada untuknya.

BoBoiBoy mengepal tangannya.Cuba tahan amarahnya.Tapi bukan pada Ali.Tapi pada ejen² MATA yang tak guna yang buat Ali menangis.

Dia dapat dengar ugutan membunuh Solar,Gempa,Halilintar dan Ice dalam kepalanya.Blaze,Taufan dan Thorn pula nak keluar sebab nak peluk Ali.

Pantas dia memeluk Ali.Mendakap erat badan kawannya itu.Ali tak dapat nak tahan tangisnya dan terus memeluk BoBoiBoy erat.

"Aku...aku dah tak tahan BoBoiBoy..Isk..Isk...A-Apa salah aku?Aku c-cuma nak hidup yang normal....Banyak sangat ke yang kua minta...??A-Aku.."

"Shhh...Tak Ali.Kau tak ada salah apa².Yang bersalah tu diaorang.Diaorang tak nampak betapa istimewanya kau.Tak apa kalau kau nak nangis.Aku akan sentiasa ada untuk kau."pujuk BoBoiBoy.Ali masih lagi menangis dibahunya.

"Kau nak aku panggil Upin dengan Ipin?Kau kan suka main dengan diaorang?"pujuk BoBoiBoy.Ali menggeleng.

"Aku tak nak diaorang tengok aku macam ni...Cukuplah aku dah susahkan kau dengan masalah hidup aku...Diaorang budak kecik lagi,so diaorang tak kan faham."kata Ali.BoBoiBoy mengangguk.

BoBoiBoy melepaskan pelukannya dan mengangkat muka Ali perlahan.

"Dengar ni Ali.Kau tak pernah menyusahkan aku.Plus,aku suka tolong orang.Itu memang tanggungjawab aku.So,apa jenis kawan aku ni kalau aku tak boleh tolong kau?Kau kawan terbaik aku.So,jangan kau berani nak kata yang kau ni tak guna lah,apalah.Semua yang ejen² tak guna tu cakap tak betul.Kau sempurna seadannya,dan diaorang tak tau betapa bertuahnya aku sebab jadi kawan kau.So,stop crying ok?" kata BoBoiBoy lagi sambil mengesat air mata Ali.

Ali berhenti menangis dan mengesat air matanya sambil tersenyum.BoBoiBoy selalu ambil berat tentang semua orang.

Selalu jadi abang untuk sokong dan lindungi dia

Dan itu sahaja yang dia perlukan sekarang.

"Oh,Ali..Aku..nampak parut kau."kata BoBoiBoy perlahan. Ali mengetap bibirnya kuat dan lihat tangan dia yang dibaluti pembalut baru.

"Kau...kecewa dengan aku ke..?"tanya Ali perlahan.

BoBoiBoy tahu yang Ali self-harm diri dia. Tapi BoBoiBoy selalu ada untuk Ali bila² masa macam tu berlaku.

BoBoiBoy menarik Ali dalam pelukannya sekali lagi.

"Tak Ali...Aku tak kecewa..Aku bangga dengan kau...Tengok dari parut kau...semuanya dah lama..betul kan?"

Ali mengangguk perlahan.

"Itu maksudnya kau dah cuba untuk jauhkan diri kau dari benda tu. Kau masih mencuba dan berjaya. Aku bangga dengan kau."

BoBoiBoy teruskan mengusap belakang Ali dan memberikannya kata-kata semangat.

Ali perlukan dia sekarang.

Ali membalas pelukan BoBoiBoy. Dia rasa tenang dalam pelukan orang yang dianggap sebagai abangnya.

Dia rasa selamat dan disayangi.

"Terima kasih... BoBoiBoy.."

°*********°
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Hello~ Hi!

Harap anda suka chapter ni. OwO

Jaga diri!💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top