Heart to Heart Talk
Ali membantu BoBoiBoy untuk membawa barang dapur tersebut.Agak banyak barangnya so BoBoiBoy pecah tiga kepada Gempa,Halilintar dan Taufan.Original Trio.
"Gempa...Nak icecream~"minta Taufan sambil membuat muka comel.Halilintar menepuk muka Taufan pakai sayur saderi.
"Jangan kacau Gempa.Kau tak nampak macam nak terbakar ikan² dalam aquarium tu Gempa dok tengok dari tadi?Nak jadi macam tu jugak ke?"Ali dan Taufan memandang kearah Gempa yang masih lagi tekun merenung tangki aquarium yang ada banyak ikan hidup itu.
"Kalau kau nak icecream,aku boleh belikan.Aku pun nak makan icecream jugak ni."pelawa Ali membuatkan Taufan mengangguk.
"Nak²!Nak perisa vanila!Hali nak perisa strawberi!"
"Eh,pepandai je kau ni!"
"Hali,aku kembar Elemental selepas kau,aku taulah apa kau nak."
Halilintar tak membalas tapi menundukkan topinya.Elele,blushing lah tu!Ali mengambil itu sebagai ya.
"Okay,tunggu sini.Aku pergi beli sekejap."
Setelah Ali memberikan barangannya pada Halilintar,dia terus berjalan keluar dari kawasan bahan² basah itu dan terus keruangan manisan.
Dia sempat mengambil beberapa jenis biskut dan cekedis lain.Untuk movie night~
Lepas dah letak semua barang dia dalam bakul,dia pergi kehadapan kedai.Peti sejuk icecream terletak berhampiran dengan pintu masuk.
Masa dia tengah memilih icecream untuk kembar BoBoiBoy,Ali terasa tangannya ditarik dan hoodienya terjatuh.
"Aduh!Kenapa ni-"kata² Ali termati di situ.
Ejen Rizwan.
Orang yang tengah memegang tangannya sekarang adalah Ejen Rizwan.
"Kau ikut aku sekarang Ali."kata Rizwan sebelum menarik Ali kepintu keluar.Ali tersedar dari keadaan terkejutnya dan terus merentap tangannya.
"S-Siapa? Pakcik salah orang rasanya ni." kata Ali cepat sebelum cuba nak larikan diri,tapi tangannya dipegang kuat oleh Rizwan.
"Ali,kau kena ikut aku balik ke Cyberraya,sekarang!"
"Lepaslah!" jerit Ali dengan suara yang agak kuat.Ramai orang yang tengah memandang mereka.
"Ali!Ni satu arahan.Kau kena ikut aku balik sekarang!" Rizwan menarik Ali dengan lebih kuat membuatkan Ali terjatuhkan bakul dia.
"Eiii!Lepaslah!Gempa!Halilintar! Taufan!Tolong!!!!" Ali menjerit.
"Encik,saya rasa baik encik lepaskan budak ni. Dia ni adik pada hero kami-"
"Saya kenal dia.Keluarga dia suruh dia balik."
"WOI!"
Semua pengunjung kedai terkejut apabila melihat superhero bandar mereka tiba² muncul dengan senjata mereka ditangan.
"Baik kau lepaskan dia kalau tak nak kena dengan aku."kata Halilintar sambil menghayunkan Pedang Halilintarnya.
"Aku tak rasa yang kau semua faham apa yang aku cuba nak buat sekarang.Budak ni-"
"Gerakan Kilat!"
"Hembusan Angin!"
Dengan kepantasan Halilintar,dia menarik Ali dan memberikan dia kepadan Gempa dengan masa yang sama Taufan meniup keluar orang yang cuba culik Ali tu.
Halilintar dan Taufan berlari keluar kedai untuk mencari orang tersebut tapi dia dah tak ada.
"Cis!Mana pakcik tu pergi hah!?"dengus Halilintar.Dia menghilangkan pedang Halilintar dan Taufan turun dari hoverboardnya.
"Hali,Gempa tengah cuba tenangkan Ali sekarang."kata Taufan.Mereka berdua bergegas masuk semula kedalam pasaraya tersebut.
Gempa masih cuba untuk menenangkan Ali.
"A- Iris? Iris!Pandang aku!Kau dah selamat."
Tapi Ali tak dengar apa yang Gempa cakap.Dia mengenggam kuat tangan pada telinganya dan matanya tertutup rapat.
Aku tak boleh!Aku tak boleh!
"Lemah!"
Aku tak nak balik sana!
"Dia lebih baik tak ada."
Diaorang dah jumpa aku....
"Seorang ejen mesti peka!Bukan pekak macam kau!"
Aku tak nak tinggalkan BoBoiBoy...
Aku tak nak pergi...
"ALI!!"
Ali terus terbangun dari lamunannya.BoBoiBoy dah tak pecah tiga tapi dia berada dalam mode Ice.
"Ali,pandang aku.Kau selamat.Diaorang tak akan jumpa kau."Ali menarik nafas perlahan-lahan sambil matanya cuba difokuskan pada mata biru muda Ice.
"Ok,ha macam tulah.Bernafas elok².Bertenang...Kosongkan fikiran kau.Kau selamat dengan aku..Kau dah selamat.."bisik Ice lagi. Dia tak nak orang lain dengar yang dia panggil Ali dengan nama sebenar dia.
Ali kawal pernafasan dia sebelum dia memeluk Ice kuat.
Ice membalas pelukan dia.Cuba tenangkan Ali supaya dia tak panic attack lagi.Walaupun pelukan Ice agak sejuk,tapi pelukan dia menenangkan Ali.
Setelah Ali berjaya menenangkan diri,mereka berdua bangun dan Ice membayar barang² yang diaorang ambik tadi.Kemudian,dia berpecah tiga kepada Blaze,Taufan dan Thorn.
"Jangan risau Ali!Trio Troublemaker akan lindungi kau!"kata Blaze.
"Ya!Misi Lindungi Ali!"sahut Taufan dan Thorn.Jadi,sebab itulah sekarang ni dia berada ditengah² Trio Huru Hara,Taufan disebelah kiri dan Thorn disebelah kanan dan Blaze dihadapan.
Semua barang-barang dapur dibawa oleh Trio Troublemaker.
"Korang tak perlu nak lindungi aku sampai macam tu sekali."kata Ali.
"Nope!Ni arahan daripada Gempa!So,mesti dilaksanakan!"kata Taufan.Thorn dan Blaze mengangguk.
••••••••••••
Sampai sahaja mereka ke rumah,Ali terus naik kedalam bilik BoBoiBoy manakala Trio Troublemaker menyimpan barang dapur dan bercantum semula sebelum naik ke biliknya.
Bila dia buka saja pintu,Ali tengah pegang pisau lipat yang dia dah sorok selama ni dan diletakkan rapat pada tangannya
"Ali jangan!"
BoBoiBoy tak boleh nak kedepan. Dia takut kalau dia bertindak melulu,pisau tu akan lukakan Ali.
"Ali...Kau dah buat dengan baik.. Kau tak perlukan benda tu-. Hey..Hey! Tengok aku...Kau selamat.." pujuk BoBoiBoy perlahan-lahan mendekati Ali.
"Satu je BoBoiBoy..Aku hanya perlukan satu.."
"Ali,jangan..Kau dah bertahan lama...Kau dah buat dengan baik.. T-Tengok tangan kau..Dah tak ada lukisan..betul tak?"
Ali mengangguk dan tangannya menggigil pegang pisau tu.
"Itu tandanya kau dah buat yang terbaik...Kau tak perlukan benda tu..Bagi aku pisau tu.."
Tangan BoBoiBoy perlahan dipanjangkan untuk mengambil pisau itu dari Ali.
Ali memandang BoBoiBoy sebelum memandang semula pada pisau itu.
Perlahan-lahan,dia menyerahkan pisau itu kepada BoBoiBoy.
Bila pisau itu dah ada pada BoBoiBoy,dia terus bakar pisau itu sampailah pisau itu cair akibat kuasa Blaze dia.
Tiba-tiba, Ali bangun dan mula mengambil beg dan masukkan barang-barang dia dalam tu.
"Apa yang kau buat,Ali?" tanya BoBoiBoy.
"Diaorang dah jumpa aku BoBoiBoy!Diaorang jumpa aku!Kau tak selamat ada dengan aku!So,aku kena lari!"kata Ali dengan keadaannya yang kelam kabut.Bila dia nak ambik beg dia semula,BoBoiBoy dah rampas bekukan beg tersebut dekat atas silinh bilik dia.
"BoBoiBoy!!Aku serius ni!"marah Ali.
"Ali,kau lagi tak selamat kalau kau lari.Diaorang akan lagi dapat jumpa kau dan aku tak ada untuk lindungi kau.So,please bawak bertenang."kata BoBoiBoy cuba memujuk Ali.Ali terduduk diatas lantai sambil memeluk lututnya.
"Aku takut BoBoiBoy....Aku takut...Letupan tu...Semua makian tu...Aku....A-Aku tak kuat macam kau..."kata Ali.
Suasana didalam bilik itu hanya hening diiringi dengan suara tangisan Ali.
BoBoiBoy duduk disebelah Ali bersandarkan rak baju dia. Tangannya bermain dengan jam kuasa Elemental dia.
Tak lama lepas itu, BoBoiBoy mengeluh perlahan.
"Aku pun tak kuat Ali."
Kata-kata BoBoiBoy membuatkan Ali menoleh memandang BoBoiBoy. Dia membuka topinya dan membelek topi oren yang menjadi simbolnya itu.
"Kau mesti fikir..Aku ni bertuah sebab ada keluarga,ada kawan-kawan dan dapat kuasa kuat macam ni.."
Ali memasang telinga untuk mendengar cerita BoBoiBoy.
" Aku tak pernah cerita ni dekat sesiapa sebab aku tak nak bebankan mereka. Lepas....kejadian dengan Retakka tu..aku selalu dihantui dengan mimpi ngeri.. Yang aku gagal untuk lindungi kuasa ni dan orang-orang yang aku sayang...Semuanya macam..kaset rosak yang selalu bermain dalam kepala aku."
BoBoiBoy melihat tangannya.
"Aku takut..yang aku tak cukup kuat untuk jadi pemegang kuasa Elemental. Aku takut aku tak dapat nak lindungi mereka. Aku takut aku tak dapat nak selamatkan orang tepat pada masanya. Aku takut...."
Suara BoBoiBoy yang meleret itu membuatkan Ali tukar posisi dia untuk tengok BoBoiBoy sepenuhnya.
Dia tengah cuba untuk tak menangis.
"Aku takut kalau aku gagal jadi yang terbaik untuk ayah aku.."
BoBoiBoy mengesat airmatanya dan Ali meletakkan tangan pada bahu BoBoiBoy.
"Sepanjang aku hidup...aku cuma nak ayah aku bangga dengan aku..Tapi dia dan mak selalu sibuk sampaikan aku tinggal sini dengan Tok Aba pun mereka tahu sebab Tok Aba sendiri yang hubungi mereka. Jadi masa tu aku fikir, aku kena jadi yang terbaik tak kira apa."
BoBoiBoy tergelak kecil sebelum memakai semula topi dia dan lap semua airmata dia.
"...Macam mana kau sentiasa positif BoBoiBoy?" tanya Ali perlahan.
BoBoiBoy tersenyum dan spontan cubit pipi Ali sekilas.
"Dengan senyuman dan fikiran positif. Aku tolak semua yang negatif kebelakang sebagai pendorong aku untuk jadi lebih baik. Ia tak mudah...Tapi itu salah satu cabaran untuk kita."
Ali teruskan proses kata-kata BoBoiBoy tu.
Sungguh makan dalam.
"Aku teruskan sebab aku tahu aku mampu.Walaupun tak mudah,tapi aku cuba.Dan kalau aku boleh,kau mesti boleh. Aku percayakan kau."
Ali memalingkan mukanya kearah lain tapi BoBoiBoy memusingkan wajahnya semula supaya menghadap BoBoiBoy.
"Janji dengan aku.Kau tak akan pandang remeh atau fikir yang bukan² pasal diri kau lagi.Janji dengan aku."kata BoBoiBoy tegas.Ali memandang anak mata BoBoiBoy. Matanya tegas tapi pada masa yang sama...
Lembut.
"Aku janji."
BoBoiBoy kemudiannya memeluk Ali dan Ali membalasnya.
"Aku cuma nak lindungi kau Ali.Kau macam adik yang aku tak pernah ada.So,please....Jangan buat macam ni lagi..."
"Aku minta maaf BoBoiBoy..Aku janji
aku tak kan buat lagi perkara melulu macam ni...Maaf kan aku.."kata Ali.
"Tak apa Ali...Aku faham kau...Kau tak keseorangan .Kitaorang akan sentiasa ada untuk kau."kata BoBoiBoy.Ali tahu 'kitaorang' yang dimaksudkan oleh BoBoiBoy adalah kembar Elemental dia dan jugak kawan-kawan dia.
"Terima kasih BoBoiBoy.."
°**********°
Cyberraya
Akademi MATA
"Kita tak boleh serang melulu.Ali tak nak dengar arahan saya.Dan ada seseorang,tiga orang sebenarnya,dengan alatan yang sangat canggih dah halang saya dari cuba pujuk Ali balik.Kita perlukan lebih ramai ejen."
Rizwan kembali ke Akademi selepas cuba membawa Ali pulang.
Dan dia cedera sikit sebab serangan Taufan.
"Alatan canggih?Tak apa.Hantar kesemua ejen² muda kita ke sana.Kalau betul orang tu kawan Ali,dia tak kan cederakan ejen-ejen muda di sini."
°*********°
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Holla~
Last update from me tonight-
Good night hooman-
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top