Displin
Time Skip; A few weeks later>
.
.
.
BoBoiBoy terbaring dekat atas lantai,mengah.
Sekarang ni,dia tak ada misi tapi ada latihan dengan Djin.
Latihan apa lagi aku tak taulah.
E.Djin: Ceh,kamu dah makin lemah Elemental. Mana semangat kau yang awal² dulu?!
BoBoiBoy (in mind):Kau cubalah buat misi hari² tak rehat baru kau tau-!
BoBoiBoy kuatkan diri dia untuk bangun dan duduk melunjur.
BoBoiBoy: Maafkan saya Ejen Djin. Saya...tak fokus sekejap tadi.
Djin berjalan mendekati BoBoiBoy dan menyimpan pedangnya.
E.Djin: Seorang ejen mesti sentiasa fokus dan bersedia! Macam mana kau nak serang musuh kalau kau sendiri tak fokus?!
BoBoiBoy tertunduk sedikit bila ditengking macam tu. Sejak dua menjak ni,dia selalu mengelak kalau ada orang tinggikan suara pada dia.
BoBoiBoy; Maaf Ejen Djin. Ia tak kan berlaku lagi.
E.Djin: Maaf kau tak kan ubah kesilapan kau tadi!
BoBoiBoy menunduk lagi.
BoBoiBoy: Maafkan saya Ejen Djin. S-Saya akan buat lebih baik.
Ejen Djin mencekak kolar baju BoBoiBoy untuk buat dia berdiri.
E.Djin: Sekali lagi! Guna alat yang Dayang dah bagi pada kau.
BoBoiBoy: B-Baik!
.
.
.
.
.
.
.
.
Ali: What?! No! Kau gila ke?!
Ali menjauhkan diri dari kawan² dia bila Fang mengutarakan idea dia.
Yaya; Tak cuba tak tahu Ali.*cuba nak pujuk Ali*
Ying; Yalor,sekurangnya boleh juga kitaorang tolong kau.
Ali:*mundar mandir* Tak,tak,tak! Korang ni dah mereng eh? Aku bukan nak bangga diri tapi aku sendiri tak boleh nak kawal diri kalau aku masuk Override! Korang boleh cedera,faham tak?!
Okay,dia macam ni sebenarnya. Fang usulkan yang diaorang nak tolong Ali kawal Override sendiri.
Tapi Ali tak setuju sebab dia tak nak benda sama berulang.
Gopal: Alah,rilek lah Ali! Kitaorang kan ada kuasa?
Ying: Yalor. Kalau ada apa² jadi, kitaorang boleh hentikan kau.
Ali mengurut kepalanya yang sakit dengan rancangan tak berapa betul diaorang ni.
Ali: No means no! Aku tak ready dan aku tak nak cederakan korang lepas tu pengsan lama². Dan sekarang ni aku nak pergi bilik,nak rehat dan bersedia untuk misi seterusnya kalau² ada alien lain yang datang!
Geng Kokotiam hanya memerhatikan Ali yang membebel sambil berjalan ke pintu keluar untuk pergi kebiliknya.
Ying:*pandang yang lain* Awal sangat ke?
Fang:*sigh* Mungkin dia trauma lagi kut dengan Override.
Yaya: Tak apalah,kita bagi masa sikit lagi.
Gopal: Dey,bukan ke Komander dah pesan secepat mungkin? Atasan tertinggi kan nak datang melawat nanti?
Fang;*sigh**urut kepala* Ya,aku tahu. Abang aku ada ingatkan.
Ying: Sekarang macam mana? Nak brainstorm idea lagi ke?
Fang; Yep,jom pergi cafeteria.
Gopal: Yeah! Tempat terbaik untuk berbincang! Jom~
Ying:*face-palm* Haishhh dia ni. Makan je kerja!
Fang:*sweatdropped* Ha,dahlah. Jom. Lagi cepat kita brainstrom,lagi cepat kita selamatkan BoBoiBoy.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekali lagi BoBoiBoy dijatuhkan oleh Djin buat sekian kalinya.
Badan dia sakit...Sakit sangat.
Dan berhari² hadap misi dan kerja yang lain memang betul² buat dia tak cukup rehat.
E.Djin: Heh,menghampakan.
BoBoiBoy terbaring dan bernafas laju. Dia tak larat nak bangun.
Dah berjam-jam dia bersama dengan Djin dan dia langsung tak dapat nak rehat semalam.
E.Djin: Hm...Nampaknya kau ni perlukan sedikit....motivasi,ya kan?
BoBoiBoy tak membalas. Dia hanya fokus untuk bernafas dengan normal.
Tak mendapat jawapan dari BoBoiBoy,Djin terus mendekati dia dan menarik BoBoiBoy melalui rambut dia.
BoBoiBoy: *winced**pegang rambut cuba nak kurangkan sakit* Argh-! E-Ejen Djin! K-Kenapa-?!
E.Djin: Kau nak motivasi,aku bagi motivasi,Elemental. Kau dah hilang fokus dua kali dalam latihan aku harini. Dan aku rasa mungkin aku kena ingatkan kau tentang kenapa kau buat semua ni.
Badan BoBoiBoy terus jadi sejuk.
Fikirannya terimbas pada malam tu.
Malam berdarah tu.
BoBoiBoy:T-Tak- T-Tak nak! E-Ejen Djin! Saya minta maaf sangat²! S-Saya akan buat lebih baik saya janji!!*struggle*
Djin tak menghiraukan rayuan BoBoiBoy dan dia teruskan mengheret BoBoiBoy ke sebuah bilik yang dia panggil:
Bilik Displin.
Bilik itu putih,sama macam konsep White Room.
Cuma bezanya dalam bilik ni,ada banyak alat yang boleh hukum orang yang tak berdisplin.
In this case,macam cemeti, pistol and whatsoever.
Ketua teras tahu kelemahan BoBoiBoy dan mereka gunakannya supaya BoBoiBoy ikut apa saja yang mereka arahkan.
Psychological abuse as per say.
Sebaik sahaja memasuki bilik itu,Djin menolak BoBoiBoy ke kerusi dan penahan kerusi itu mengikat tangan dan kakinya serta merta.
BoBoiBoy:*mata dah berair* Ejen Djin,tolonglah!
E.Djin: Hukuman tetap hukuman, Elemental. Kau gagal,orang lain yang akan terima akibatnya.
BoBoiBoy: Tapi saya- Argh!!
Djin menekan alat kawalan yang ada pada tangannya yang menghantar isyarat untuk renjat BoBoiBoy.
BoBoiBoy: Hah...Ha...*panting* E-Ejen Djin...Tolonglah...
E.Djin: Sebagai seorang ejen,kau kena selalu cekap dalam kepantasan kau. Walau sebagai superhero pun,kau kena cepat.
Djin berjalan mengelilingi BoBoiBoy.
E.Djin: Macam mana kalau kau gagal nak selamatkan orang hanya kerana kau lambat?
BoBoiBoy menggenggam kuat lengan kerusi itu,menutup matanya rapat.
BoBoiBoy: Saya ada Halilintar. D-Dia laju dan-
E.Djin: *sampuk* Tapi macam mana kalau kamu tak boleh nak guna kuasa? Oh,jadi kau biarkan jelah mereka mati?
BoBoiBoy:*geleng kepala* T-Tak! Saya-
Arghh-!
Kolar itu memberikan renjatan lagi pada BoBoiBoy..
E.Djin: Kecuaian kau akan buat mereka yang lain hilang nyawa, Elemental. Apa yang kau akan buat?
BoBoiBoy mengetap bibirnya kuat.
Malam kejadian tu asyik bermain dalam fikiran dia.
BoBoiBoy: S-Saya...
PANG!
Kepala BoBoiBoy terteleng ketepi apabila dia ditampar oleh Djin dengan tangan robot dia.
E.Djin: Kau sendiri tak yakin dengan jawapan kau. Macam mana kau nak lindungi orang macam tu? Dengan teragak-agak?
BoBoiBoy dapat rasa yang dalam mulutnya berdarah.
BoBoiBoy:*ludah darah* Puh!Hah....
Ejen Djin hanya tersenyum sinis bila nampak mata BoBoiBoy.
Mata yang dah nak putus asa.
Tak ada harapan.
Ejen Djin berjalan kehadapan BoBoiBoy dan keluarkan sebuah alat VR.
Dia rasa baik hati harini.
E.Djin: Disebabkan kau dah minta maaf banyak kali,aku akan ringankan hukuman kau. Tapi kau kena tengok apa yang akan jadi kalau kau ingkar dan cuba lari.*smirk*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Malam itu,di hutan Cyberraya,seorang lelaki keluar dari celah pokok² tebal itu dan mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya.
Lelaki itu mengeluarkan skrin hologram dari jamnya.
...:Hello,Komander. Saya dah sampai ke Cyberraya.
Komander yang disebut itu adalah Komander Kokoci so I guess korang tahulah siapa lelaki yang hensem pujaan hati ramai ni.
K.Kokoci: Bagus Kaizo. Teruskan dengan misi kamu. Siasat kelemahan MATA supaya kita boleh serang nanti.
Kaizo:*tabik Tapops* Baik Komander.
Panggilan itu tamat dan Kaizo teruskan perjalanan dia.
Misi penyamaran.
Dia memang handal dalam misi² macam ni.
Dan cara untuk lemahkan MATA adalah dengan kaji kelemahan mereka dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BoBoiBoy: Ssst...Argh-..
BoBoiBoy menekan bibirnya yang luka dengan tisu.
Dah berapa banyak tisu yang dia pakai.
Lepas dah di displinkan oleh Djin,dia putuskan untuk berlatih dengan BoBoiBoy lagi untuk pastikan yang dia lebih fokus lagi.
Sekarang ni dia ada dekat dalam bilik air dia,tengah cuba untuk rawat luka yang dia dapat harini saja.
BoBoiBoy:*tengok cermin**letak handiplus dekat pipi**sigh*
BoBoiBoy tengok balik kecederaan dekat badan dia.
Badan dia ada kesan² lebam kebiruan lepas dah kena tumbuk banyak kali,luka dekat tepi abdomen sebab pedang Djin,nasib dia tak guna yang azurium punya kalau tak dia dah mati. Dan jugak badan dia dah susut sikit sebab kurang makan.
Yelah,asyik kerja dengan misi je nak makan pun payah.
BoBoiBoy dah balut luka berdarah dekat badan dia dan sekarang ni dia gunakan kuasa Ice untuk legakan sikit lebam dekat badan dia.
Wuish Amato tengok ni tak idop korang.
BoBoiBoy mengeluh lagi sebelum bersandar kedinding dan menutup matanya dan fokus dalam kurangkan rasa sakit lebam tu.
Esok dia ada misi penting jadi dia kena bersedia.
Lepas dah lama duduk dalam bilik air, BoBoiBoy akhirnya bangun dan pergi ke katil dia.
Tak kan lah nak tidur dalam bilik air kan?
Lepas dah tukar pada baju yang selesa, BoBoiBoy baring atas katil dia dan sambung tuam lebam dekat badan dia sambil termenung memandang siling putih itu.
Sejujurnya,dia dah nak naik gila.
Kemudian,fikiran dia terus teringat dekat ayah dia.
.
.
.
BabyBoy: Ayah...Bila ayah akan balik?
Amato:*smile* Hm...Tak tau lagi anak ayah...Ayah akan cuba balik secepat mungkin ya?
BabyBoy:*innocent hope* Balik cepat tau?*hug* BoBoiBoy rinnndu ayah!
Amato: Ayah pun akan rindu BoBoiBoy.
.
.
.
.
Tak semena-mena,air mata BoBoiBoy mengalir.
BoBoiBoy: Ayah....Ayah dekat mana...? Kenapa ayah tak selamatkan BoBoiBoy..? BoBoiBoy dah tak tahan ayah.... BoBoiBoy tak kuat..... BoBoiBoy nak balik....
Hanya esakan saja yang kedengaran dalam bilik itu.
.
.
.
.
.
.
.
Tunggu ayah BoBoiBoy. Ayah akan balik nanti.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
Hello? Hai my beloved potatoez~
So,macam mana part kali ni? Okay tak?? Ke korang tak okay?👀
Okaylah tu an Kaizo dah ada kat Cyberraya tu mungkin nasib BoBoiBoy baik sikit-
Or maybe lagi teruk-
*gelak jahat*
He he- so yeah,harap korang suka chapter yang ni~
Do vote and comment~
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top