Desak
⚠️Trigger Warning: Blood⚠️
BoBoiBoy terjaga dari lelap dia apabila terasa kain hitam yang membaluti matanya terbuka.
Sekarang ni dia berada dekat satu ruangan yang besar,malap dan ada satu meja hologram disitu.
Kaki dan tangannya ditahan pada kerusi automatik supaya tak lepas.
BoBoiBoy: Tch-*struggle*
Djin muncul dari belakang dan menepuk kepala BoBoiBoy perlahan,macam nak mengejek.
Djin: Tak payah nak meronta. Kerusi tu memang dibuat khas untuk tahan semua kuasa kau.
BoBoiBoy:*roll eyes* Wah,rasa bertuahnya aku dapat kerusi special.
Semua ketua teras berdiri dihadapannya dan BoBoiBoy hanya menjeling mereka tajam.
BoBoiBoy: Dah? Boleh kita bincang sekarang? Ke nak tunggu VVIP kayangan langit ke-tujuh dulu baru nak mula?
Ganz: Haish aku memang betul² nak selotip mulut budak ni-
Zain: Sabar Ganz,dia tu baru bangun tidur. Biasalah tu budak².
Amboi kau ingat BoBoiBoy ni baby ke apa?
Dayang: Kita tengah tunggu Datuk untuk tiba. Tapi alang² tu, saya ada beberapa soalan untuk kamu BoBoiBoy.
BoBoiBoy:*judgemental face* Dan apa yang buat kau fikir aku akan jawab soalan kau?
Djin: Kalau kau tipu,kerusi tu akan renjat kau serta merta.
BoBoiBoy:*groan* Ahhhhh korang ni memang betul² annoying lah! Aku nak tido! Aku ada kerja lagi nak buat! Kau fikir kau je ke ada kerja besar? Aku ada kerja lagi besar dari kau tau tak? *membebel*
Sian Boi..
Zain: Kalau kamu beri kerjasama,sekejap sajalah kamu disini.
Dayang: Betul tu.
BoBoiBoy:*pout* Baiklah. Apa soalannya? Jangan personal.
Dayang:*geleng kepala* Baiklah,pertama sekali. Sebutkan semua kuasa yang kamu ada.
Diam sekejap....
BoBoiBoy:*ragu²* L-Lima...Gempa,Halilintar,Taufan, Blaze dan Ice.
Serta merta kerusi itu merenjat dia.
BoBoiBoy: Argh-!
Djin: Hm..Jadi dia menipu bila dia tunjuk lima kuasa saja.*smirk*
Djin berjalan mendekati BoBoiBoy dan memegang kuat dagunya supaya dia boleh bertentang mata dengan BoBoiBoy.
Djin: Apa lagi kuasa kau?
BoBoiBoy:*panting* Aku...Ha..Tak kan bagitau!
Djin: Terpulanglah pada kamu.
BoBoiBoy cuba kawal pernafasan dia. Renjatan elektrik tu memang betul² menyakitkan...
Dayang: *tak rasa bersalah langsung* Tak apalah,kita ke soalan seterusnya.
Kamu boleh berlawan?
BoBoiBoy hanya angguk.
Dayang:*tulis sesuatu* Menarik.
Kemudian,Zain pula masuk campur.
Zain: Kenapa kamu culik Ali?
BoBoiBoy: Aku tak culik dia. Dia yang datang Pulau Rintis cari aku...
Kemudian BoBoiBoy pandang ketua teras tajam.
BoBoiBoy: Sebab korang semua hanya gunakan dia!
Kerusi itu tak berikan renjatan pada BoBoiBoy.
Jadi betullah...
MATA memang hanya gunakan Ali untuk IRIS.
Ganz:*gelak besar* Dia yang setuju untuk semua ni. Tak kan tu kau tak tau?
BoBoiBoy: Agensi keselamatan apa kau ni kalau sanggup korbankan budak? Budak yang masih ada ayah yang sayangkan dia?! Aku yakin kalau Ali tu tak ada IRIS,korang memang tak kan cari pun kan?!
Sekali lagi,kerusi itu tak berikan renjatan pada BoBoiBoy.
BoBoiBoy mengetap bibirnya kuat sampai dia rasa pahit darah dalam mulut dia.
MATA ni memang dah melampau.
Zain: MATA dah bersumpah untuk lindungi Cyberraya tak kira apa. Tak kiralah berapa banyak ejen yang berkorban,itu memang tujuan MATA diwujudkan.
Kalau tangan BoBoiBoy tak terikat,dah lama dia tarik rambut sebab frust.
BoBoiBoy: Eiiii....Geramnya aku dengan korang ni dah tua² pun benak jugak-
Sabar Boi, sabarrrr..
Ketua teras langsung tak nampak reaksi apa² dari bebelan BoBoiBoy.
BoBoiBoy menghela nafas berat sebelum memandang ketua teras semula dengan pandangan yang bosan.
BoBoiBoy:Apa lagi soalan kau?
Ketua teras memandang satu sama lain.
Ganz:Macam mana kau boleh dapat kuasa?
BoBoiBoy:Itu soalan personal aku tak kan jawab. Dari mana aku dapat kuasa,itu hal peribadi aku.
Ganz:*hentak tangan kat meja* BAGITAU CEPAT!
BoBoiBoy:*unbothered face* Kau ingat kau hentak macam tu aku takut?Tolonglah,kau tu nak dibandingkan dengan alien yang aku dah lawan selama ni langsung tak setanding.
Ganz:Kau nak lawan ke hah si kecik?!
BoBoiBoy:*smirk* Marilah kalau berani.Pilih cara macam mana kau nak dimalukan.
Zain terpaksa tarik Ganz kebelakang sebelum dia cederakan BoBoiBoy.
BoBoiBoy menghela nafas kecil. Penatlah layan orang tak betul nih.
Tak lama kemudian,pintu utama disitu terbuka dan muncullah orang kayangan VVIP yang ditunggu tu.
BoBoiBoy memerhatikan orang yang baru masuk tu.
Datuk Othman bersama dengan dua bodyguard berkaca mata hitam.
D.Othman:*pandang BoBoiBoy* Bila dah gersak baru boleh buat kerja. Heh.
Datuk Othman berjalan mendekati BoBoiBoy dan dia terpaksa mendongak untuk bertentang mata dengan Datuk Bandar itu.
D.Othman:Hm...Boleh tahan. Kamu dah tanya dia soalan?
Dayang:Dah tuan. Dia ada semua kriteria yang tuan nak.
Datuk Othman tersenyum sinis sebelum menjauhi BoBoiBoy sedikit.
D.Othman:Baguslah kalau macam tu.Saya nak dia bersedia untuk bertugas sebelum Isnin-
BoBoiBoy terus masuk campur.
BoBoiBoy:Woi cop,cop! Kriteria? Bertugas?! Apa yang kau merepek ni hah?!
Datuk Othman memandang ketua teras.
D.Othman:Kamu tak bagitahu dia?
Zain:Kami tak sempat nak bagitahu sebelum tuan datang. Dia...agak susah nak diajak berbual.
Datuk Othman mengeluh sebelum berpusing kepada BoBoiBoy.
D.Othman:Kamu akan mula berkhidmat untuk Cyberraya mulai Isnin ni. Itu saja yang kamu perllu tahu.
Aih...ni yang Blaze dengan Halilintar pakat rasa nak keluar ni-
BoBoiBoy:Okay dengar sini. First off,kau siapa nak arahkan aku? Second,aku tak setuju pun untuk berkhidmat untuk apa-apa! Kau ingat aku ni apa? Robot ke !?
Semua dalam bilik itu boleh nampak mata BoBoiBoy bercahaya merah ke jingga dankemudian kembali pada asal.
D.Othman: Kamu tak ada pilihan...Elemental. Sama ada kau ikut saja arahan aku,ataupun orang lain yang akan terima akibatnya.
BoBoiBoy:*pissed off* Ouhhh sekarang kau ada nama panggilan pulak untuk aku? Apa masalah kau ni sebenarnya? Tak cukup ke aku pertahankan Bumi ni dari luar untuk korang semua ni hidup? Arghhh!!! Korang ni semua annoying!!!
Sementara BoBoiBoy membebel,semua orang dalam bilik itu boleh nampak pengikat yang menahan BoBoiBoy menjadi semakin longgar. Bodyguard Datuk Othman terus kedepan untuk melindunginya.
Ganz: Aku dah cakap kan budak ni bahaya.
Zain: Ya,tapi kalau....dididik dengan cara yang betul,dia boleh jadi berguna untuk Cyberraya.
Datuk Othman menolak bodyguardnya ketepi.
Senyuman sinis terukir diwajahnya.
D.Othman: Baiklah kalau kamu dah cakap macam tu.
Bunyi letupan kuat berdentum menguasai ruang itu apabila Datuk Othman menembak salah seorang dari bodyguard dia tepat di abdomen.
BoBoiBoy tak dapat nak cakap apa². Bunyi tembakan itu buat dia terlalu terkejut.
BoBoiBoy:*start hyperventilating* A-Apa..Apa yang kau buat ni?!*struggle*
D.Othman:*no feeling* Macam yang aku cakap,kalau kau tak setuju,orang lain yang akan jadi mangsa.
Datuk Othman melepaskan satu lagi tembakan pada bodyguardnya yang sekarang ni dah terbaring menahan darah yang membuak-buak keluar dari perutnya.
BG: T-Tuan....k-kenapa..
Datuk Othman tak membalas. Dia hanya perhatikan reaksi BoBoiBoy yang sekarang dah tercungap-cungap dan meronta daripada kerusi tahanan.
BoBoiBoy: Kau dah gila! Hah..Ha..Kau...sanggup nak bunuh orang tak bersalah hanya untuk aku ikut arahan kau?!
D.Othman: *jeling dekat bodyguard dia* Dia ni tak penting dibandingkan dengan apa yang kamu boleh buat untuk Cyberraya.
BoBoiBoy desperately pandang ketua teras untuk tolong.
Tapi tak ada.
Mereka hanya berdiri ditepi melihat semua itu berlaku.
BoBoiBoy tak sedar yang kaki dia dipegang oleh bodyguard yang dah nyawa² ikan itu.
BG: T-Tolong...Aku tak nak mati....A-Aku ada i-isteri- I-Isteri aku tengah sarat m-mengandung-...
T-Tolong aku...
Penahan yang menahan BoBoiBoy terbuka dan dia terus bertukar menjadi Ice.
Ice menggunakan tangannya untuk hentikan aliran darah yang banyak itu.
Ice: Hah..Kau kena bertahan-! A-Aku akan selamatkan kau-
BANG!
Satu lagi tembakan berlaku yang pelurunya kena lagi pada bodyguard malang itu. Percikan darahnya terkena pada muka Ice.
BG:T-Tak apalah b-budak...A-Aku terima t-takdir aku....
Nafas bodyguard itu mula perlahan dan Ice masih lagi menekan lukanya untuk perlahankan pendarahannya.
Tiga tembakan pada badan dan semua peluru terbenam dalam badannya.
Air mata Ice terus mengalir.
Dia terdesak.
Seseorang akan mati dah semuanya salah dia.
Orang yang ada keluarga baru yang tunggu dirumah....
Ice: OKAY! OKAY AKU SETUJU! A-Aku setuju untuk berkhidmat untuk kau! Tolong....t-tolong jangan buat macam ni lagi!!
Mendengarkan BoBoiBoy akhirnya mengalah dah cukup buat Datuk Othman tersenyum sinis. Dia kemudian memandang ketua teras.
D.Othman: Dapatkan rawatan untuk dia. Dia dah tak berguna untuk aku.
Ice tak menghiraukan apa yang si tua jahil tu cakap. Dia fokus untuk bekukan luka lelaki dihadapannya sekarang.
Lelaki tak bersalah yang hampir mati
disebabkan dia.
Mata Ice masih kabur dengan airmata dan nafasnya masih tersekat-sekat.
Ice: Kau kena hidup....Hah..Untuk i-isteri dan anak kau yang akan lahir nanti..Hah..*panting*
Selepas memastikan luka yang terakhir dibekukan,badan lelaki tersebut ditarik oleh Ganz dengan kasar.
Ganz: Tak payah nak berharap sangatlah dey. Tak ada orang yang boleh tahan tembakan macam tu.
BoBoiBoy masih lagi terduduk ditempat dia.
Betul² dihadapan lopak berdarah lelaki tadi.
Djin tersenyum sinis sebelum berjalan kebelakang BoBoiBoy.
Djin: Seseorang hampir mati sebab kau. Heh,hero apa kau ni? Sanggup nak tengok orang mati?
BoBoiBoy: A-Aku...
Djin: Kalau kau ikut saja apa yang aku cakap tempoh hari,semua ni tak kan terjadi. Orang tadi mungkin bersama dengan isteri dia sekarang.*smirk**genggam bahu BoBoiBoy kuat* Kau yang nak bunuh dia dengan tindakan melulu kau sendiri.
Kata-kata Djin terngiang-ngiang dalam kepala BoBoiBoy. Badan dia menggigil kuat. Tangannya diangkat dan dia boleh nampak darah merah pekat mengalir dari tangan dia.
Darah lelaki yang hampir mati hanya sebab dia tak reti nak jaga mulut.
Darah orang yang tak bersalah..
Nafas dia mula terasa sesak semula.
Ini semua salah aku...
Disebabkan shock yang melampau, BoBoiBoy akhirnya pengsan. Badannya disambut oleh Djin yang berdiri dibelakangnya dari tadi.
Djin:*smirk**pandang Zain* Tengok,cara macam ni selalu berkesan.
Zain: *sigh* Walaupun aku tak berapa setuju,selagi ia berjaya aku tak kisah.
Zain kemudian memandang Dayang yang masih lagi dengan tabletnya.
Dayang: Aku akan siapkan yang lain. Sekarang ni,macam mana dengan IRIS?
Djin: Heh,dengan adanya budak ni,IRIS tu dah tak penting.
Zain: Tapi kita masih perlukannya.
Djin berfikir sebentar sebelum memandang BoBoiBoy.
Djin: Tengoklah apa yang aku boleh buat. Aku akan suruh anak murid aku uruskan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
Hello? Hai my beloved potatoes~
Muehehe~ Macam mana part yang ni? Okay? Hehehe,Ez dah cakap dah haritu hanya permulaan~
Well now,*start typing* Masa untuk upgrade kesusahan hidup Oren Boi dan adiknya-
Anyway,harap korang suka chapter ni!
Do vote and comment~
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top