Aftermath

Time Skip: 1 Week after the War
.
.
.

Disebabkan kerosakan yang teruk pada bandar Cyberraya akibat dari perperangan tersebut,mereka terpaksa setuju apabila peneraju mereka terangkan pada penduduk Cyberraya yang mereka akan ke Planet Rimbara untuk berteduh sementara pihak TAPOPS menghantar pekerja untuk membaiki kerosakan.

Ya,mereka yang baiki sebab datuk tak guna tu dah lari.

Mereka nampak semuanya yang berlaku semasa perang itu berlangsung dan dapat tahu yang datuk bandar kononnya kesayangan mereka hantar peluru berpandu untuk musnahkan pusat bandar.

Itu menyebabkan mereka kecewa dan bertegas untuk Othman lucut jawatan dari jadi Datuk Bandar.

Atas permintaan ramai dan waktu terdesak,penduduk Cyberraya setuju untuk jadikan Dr.Ghazali sebagai datuk bandar sementara untuk bantu mereka sesuaikan diri di planet asing sementara menunggu Cyberraya siap dibaiki semula.

Pada mulanya,adalah beberapa kelompok orang yang masih percayakan Datuk Othman tapi selepas mereka lihat apa yang dia buat,mereka akhirnya terima hakikat.

Sepanjang Kaizo berada di MATA,dia telah mendapatkan fail rahsia tetang experiment yang telah dijalankan atas BoBoiBoy. Selepas satu video itu ditujukan pada orang ramai dan penerangan dari pihak TAPOPS atas apa yang berlaku,mereka akhirnya faham.

Datuk Othman masih lagi tak dijumpai sampai sekarang. Agaknya manalah dia lari ya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di Stesen TAPOPS,dimana geng Kokotiam dan ahli TAPOPS yang lain rehatkan diri,mereka berkumpul ramai² untuk berehat dan berbual.

Gopal: Fuh,nasib baik kita menang kan?

Fang; Heh,mestilah. Mereka tak ada peluang pun.

Yaya: Alhamdullilah,semuanya dah selesai.

Ying: Eh, Ali dengan BoBoiBoy mana? Aku tak tau pulak mana mereka pergi lepas perang tu tamat.

Fang: Ouh, BoBoiBoy masih dirawat di pusat intensif dan General Mechamato yang jaga dia. Ali pulak,dia ada dengan Lady Iris.

Gopal: Lady Iris? Siapa tu?

...: Itu ibu kepada Ali.

Geng Kokotiam tersentak apabila Kaizo memasuki kawasan mereka sambil membawa makanan dan minuman sebelum duduk disebelah Fang.

Kaizo: Lady Iris adalah pembantu Mechamato. Memang tak ada data apa² pasal dia dalam database sebab tu korang tak tau.

Fang; Dah tu macam mana kau tau dia mak Ali?*makan donut lobak merah*

Kaizo: Muka diaorang sama. Bila aku tanya General Mechamato,dia kata ya.

Geng Kokotiam mengangguk faham.

Yaya:*minum koko*  Mesti banyak yang Ali nak cerita dengan mak dia kan? Yelah,dari kecik lagi dia ingat mak dia dah tak ada.

Ying: Hm,tulah tu. Harap semua berjalan lancar.

Kaizo: Tak payah nak risau sangat. Ouh,dan aku ucapkan tahniah atas pemikiran pantas korang untuk terbangkan ejen muda keudara masa peluru berpandu tu hampir letupkan bandar walaupun korang kehabisan masa. Korang memang hebat.

Mereka tersipu-sipu dapat pujian.

Ying: Tapi kan Kapten? Adik Kapten ni hah yang bagi arahan~

Gopal: Ha'ah! Dia suruh kitaorang buat dan boom! Idea dia menjadi! Terbaiklah adik Kapten!*usik Fang*

Yaya: Ha'ah! Dia tetap usahakan kitaorang untuk kuatkan diri untuk selamatkan yang lain. Terbaik~

Muka Fang dah merah macam tomato bila kena puji depan abang sendiri macam tu. Kalau abang dia tak ada mungkin dia kembang hidung sikit tapi ni habis. Jatuh maruah dia.

Tapi Kaizo hanya tergelak kecil.

Kaizo: Tengoklah adik siapa~ Adik kepada bekas pemberontak galaksi kan?~ *join mengusik*

Fang: *sorok muka* Aku benci kau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersama Ali dan Aliya,the mother and son duo,lepas Ali tersedar dari pengsan dia,ambil masa setengah minit jugaklah dia nak proses yang kenyataan mama dia masih hidup dan berdiri hadapan dia.

Ali tak lepas peluk selepas tu,sumpah.

Jadi Aliya bawa Ali ke sofa supaya lebih selesa.

Ali: Kenapa mama pergi?

Aliya: *sigh* Banyak sebab Ali. Tapi percayalah,mama tak pergi sebab mama tak sayang kamu atau ayah.*urai rambut Ali*

Ali: Hm...Uncle Amato terlibat ke?

Aliya: Ya sayang. Malah, Uncle Amato lah yang dah selamatkan mama. Kalau tak sebab dia,mama mungkin dah tak ada.

Ali menguatkan pegangan dia pada Aliya,takut kehilangan lagi.

Aliya; Ali,macam mana kamu boleh kawal Override?

Ali: Ouh...masa tu bila Ali fokus,Ali termasuk dalam satu tempat ni dan Ali nampak semua gerakan mama. Masa tulah Ali tahu yang mama dulu ejen. Kemudian,ada....suara ni cakap.. Kalau Ali yang kawal Override,semua data mama akan dipadamkan..

Aliya hanya diam.

Ali: Tapi...itu satu-satunya cara untuk selamatkan BoBoiBoy dan menang perperangan tu kan? Jadi Ali...buat jugak pengorbanan tu....Tapi tak apalah! Sebab mama yang sebenar ada dekat sini!

Aliya tersenyum kecil sebelum mengusap perlahan kepala Ali.

Aliya: Nak pergi tengok Uncle Amato dengan BoBoiBoy tak?

Ali cepat² mengangguk.

Jadi Aliya dan Ali berjalan keluar dari bilik berehat dan pergi ke wad BoBoiBoy.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Amato: BoBoiBoy...Tak apa...Ini bukan salah kamu..Okay?

BoBoiBoy: T-Tapi...

Sekarang ni mereka berada di wad privasi khas milik BoBoiBoy. Dia masih belum dapat jumpa kawan-kawan dia lagi.

Sekarang ni,Amatolah yang memantau keadaan dia. Dari segi pemakanan,mental dan fizikal.

Sekarang ni,Amato tengah cuba untuk  tenangkan BoBoiBoy lepas dia kena panic attack tadi.

BoBoiBoy takut nak sentuh Amato sebab terbayang Tangan Tanah tajam yang berdarah tu.

Amato menghela nafas lemah sebelum mengangkat tangannya kehadapan BoBoiBoy.

Amato: Tengok,tangan ayah je. Diaorang dah tak ada. Kamu selamat.

BoBoiBoy: Tapi...D-Dat-

Amato: *potong* Ap ap! Kita tak sebut nama tu dekat sini,okay? Sekarang,cuma kamu dengan ayah je.

Mechabot:*menyampuk**dengan sepiring karipap* Oi,aku pun kat sini.

Amato: Shut-

BoBoiBoy melihat tangan ayahnya sebelum perlahan-lahan angkat dan letak tangan dia bersentuhan dengan Amato.

BoBoiBoy:.....Boleh ke... BoBoiBoy pulih macam ni ayah..? Mimpi ngeri tu akan sentiasa ada... BoBoiBoy dah...b-bunuh orang ayah.. Walaupun samar... Bila elemen Gempa dah dapat balik memori dia,pasti semua memori yang 'Elemental' pernah buat dulu akan....lengkap.

Amato hanya diam sambil memerhatikan BoBoiBoy. Amato dapat rasa tangan BoBoiBoy menggigil.

BoBoiBoy:Isk... B-BoBoiBoy tak yakin.... BoBoiBoy kuat u-untuk tengok semua tu l-lagi...

Amato menghela nafas perlahan...

Dah banyak yang anak dia lalui..

Matanya dikerling pada leher BoBoiBoy yang berbalut dengan kain pembalut tu. Doktor kata tak ada cara untuk hilangkan kesan parut dekat leher tu.

Parut tu akan kekal sampai bila-bila.

Renjatan kolar tu betul² kuat nampak gayanya.

Amato mengukir senyuman kecil sebelum mengenggam tangan BoBoiBoy dan sebelah lagi mengusap pipi BoBoiBoy.

Amato: Ayah akan bersama kamu bila kamu lalui benda tu. Bukan ayah saja. Ada Mechabot,Tok Aba,Mama pun ada. Kawan-kawan kamu pun ada. Kami semua akan tolong kamu lalui semua ni,okay sayang?

BoBoiBoy diam untuk beberapa minit sebelum mengangguk perlahan. Amato tersenyum lagi sebelum menarik BoBoiBoy kedalam pelukannya.

Sian Boy dah banyak yang dia lalui...

Tiba²,mereka terdengar bunyi ketukan di pintu bilik BoBoiBoy.

Amato: Ya,masuk?

Pintu itu terbuka dan mereka boleh nampak kepala Aliya tengah meninjau kedalam.

Aliya: Assalamualaikum.

Amato: Waalaikumsalam. Ada apa?

Aliya: Kau rasa sekarang masa yang sesuai ke untuk ceritakan perkara sebenar? Ke kau nak tunggu BoBoiBoy pulih dulu?

Amato terdiam sekejap tapi tak sempat dia nak balas BoBoiBoy membalas.

BoBoiBoy: Sekarang. Cerita sekarang.

Aliya dan Amato melihat BoBoiBoy.

Amato: Kamu yakin?

BoBoiBoy mengangguk.

Aliya:*angguk* Baiklah kalau macam tu. Amato,kau tau mana nak pergi. Aku pergi siapkan sesuatu sekejap.

Amato: Ye,ye aku tau.

Aliya menutup pintu bilik tersebut meninggalkan Amato, BoBoiBoy dan Mechabot.

Amato:*bangun dari duduk* Dah,jom pergi. Kamu boleh jalan?

BoBoiBoy tengok kaki dia sebelum tengok Mechabot yang tengah jilat pinggan karipap.

BoBoiBoy: Nak naik Mecha Wheely boleh tak ayah?*unintentionally cute face*

Amato tengok kerusi roda yang ada dekat dengan Mechabot yang masih tak sedar diri dia diperhatikan dua beranak tu.

Permintaan BoBoiBoy tak boleh ditolak!

Amato: *smirk* Baik anak ayah. Apa saja untuk kamu. Mechabot,
mechanize!

Tak sempat nak makan karipap terakhir,Mechabot dah mechanizing dengan kerusi roda.

Mechabot:*sigh* Haih,ko nasib baik ko ni comel.

Amato: Eh,anak aku. Biasalah kan~

Mechabot: Dia nampak lebih kepada bini kau daripada kau.

Amato: *le gasp* Robot tak kenang budi.

Perbalahan Amato dan Mechabot membuatkan BoBoiBoy tersenyum kecil.

Amato memapah BoBoiBoy naik atas Mechabot dan Amato berdiri dibelakangnya. Ada tempat untuk Amato berdiri dekat belakang.

Mechabot: Okay,dah ready?

BoBoiBoy: Ready...*small voice*

Amato: Pegang kuat² tau BoBoiBoy. Mechabot ni bukannya betul sangat.

Mechabot: Aku tak betul dengan kau je. Dengan BoBoiBoy aku baik.

Amato: *le gasp version 2* Selepas bertahun-tahun,aku terasa dikhianati.

Mechabot: Biasalah, BoBoiBoy kan anak sedara kesayangan aku mestilah aku lagi sayang dia.

Amato: *fake mengadu* Tengok tu BoBoiBoy. Mechabot tak nak kawan ayah. Marah dia.

Kali ni, BoBoiBoy tergelak kecil walaupun perlahan.

Itu sudah cukup bagi Mechabot dan Amato.

Jadi,dengan kelajuan biasa, Mechabot membawa mereka ke bilik perbincangan.

Dimana mereka akan bagitahu perkara yang terjadi satu masa dahulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Okayyy one moree to ganti balik yang semalam punya.

And thank you for ingatkan Ez untuk jaga kesihatan. Awww korang ni comel lah-

It's okay I'm totally fine now so thank you💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top