BAB 6
Setelah selesai dengan pendaftaran sebentar tadi. Qhaira ingin mengajak Aisy untuk minum di Kafe bersama tapi apabila diingatkan semula dia datang bersama dengan Ashfan dan Ummi. Aisy pun mengambil keputusan supaya Qhaira mengikutinya kebetulan bilik hostelnya sama dengan Qhaira.
"Qhaira awak nak tahu tak sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kat awak sangat-sangat" ujar Aisy tersenyum.
"Kenapa pula?" tanya Qhaira hairan.
"Kalau awak tak beritahu saya mesti saya dah sesat maklumlah macam rusa masuk kampung kan." Aisy tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih.
"Ouh, kalau pasal tu tak ada apalah saya okey je lah bukannya susah sangat pun. Lagipun saya dengan sepupu saya memang daftar tadi." ujar Qhaira bersahaja.
"Sepupu? siapa sepupu awak?"
"Tak apalah nanti awak akan kenal juga sebab saya nampak dia memang dari tadi cuba nak curi pandang awak." Qhaira mahu merahsiakan pula.
"Aik? bila masa ada orang nak pandang aku? takkan hantu pulak! Hisy tak mungkin, aku ni punya cun boleh pulak hantu nak kat aku. Aisy kau gila ke apa takkan hantu nak kat kau." Aisy mulai merapu-rapu dalam fikirannya.
"Dah lah tak payah fikir sangat, dia tu lah mungkin akan menjadi jejaka paling hot. Kalau awak tak percaya kita tengoklah nanti ya." tokok Qhaira setelah melihat Aisy jauh termenung.
Tiba-tiba sahaja tak ada angin dan ribut seorang perempuan telah melanggar Aisy. Aduhai masuk ni dah dua kali aku terlanggar apalah nasib aku hari ni. Apa yang paling menyedihkan kopi yang dipegang oleh perempuan itu tertumpah pada Aisy sedikit dan semestinya yang paling banyak kena perempuan itulah.
"Hei perempuan! kau tak nampak ke aku?" amuk Adelia.
"Apa pulak aku yang kena? kau yang buta main redah je langgar aku. Mata kau letak kat mana? kat telefon tu ke?" Aisy mempertahankan dirinya sempat juga memperli perempuan kekwat ni.
"Amboi biadapnya kau ni, kau tau tak sekarang baju aku dah basah kena kopi ni! nasib baik kopi yang dah sejuk kalau kopi panas mesti aku dah melecur!"
"Ehh.. ehh baju aku yang kena kopi ni aku tak bising pulak! kira adil lah kau kena sekali tau tak!" Aisy bercekak pinggang.
"Perempuan gila!" dengus Adelia sambil menjeling dan berlalu pergi meninggalkan Qhaira dan Aisy.
"Hei aku cekik jugaklah budak ni kang!" Aisy sudah membuat gaya ingin mencekik orang. Qhaira tercengang melihat Aisy tak sangka Aisy boleh jadi garang macam tu sekali padahal masa kenal tadi kemain lemah lembut.
"Err, sorry Qhaira saya betul-betul tak boleh nak control marah tadi." kata Aisy sebaik pandangannya dikalih kepada Qhaira.
"Tak apa saya faham, jomlah pergi tandas sekejap bersihkan tumpahan kopi tu." ajak Qhaira.
"Tunggu saya nak ambil bekas kopi ni kejap, perempuan ni pandai minum tapi tak pandai nak buang entah apa-apa punya perangailah!" omel Aisy mengutip bekas air kopi yang terjatuh dilantai.
"Aisy ni memang jenis pembersih." puji Qhaira dalam hatinya syukurlah dapat kawan macam ni walaupun garang dia masa tengah marah tu lain macam.
✿✿✿✿✿
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top