BAB 49

"Aisy... Aisy..." panggil Ummi mengejutkan Aisy yang masih lagi mengingau. Mata Aisy terbuka luas saat tersedar dari tidurnya. Dia segera mendakap erat tubuh Puan Alisa dan menangis semahu-mahunya.

"Ummi... mana Wafiy? Aisy nak minta maaf dengan dia. Aisy dah banyak buat silap dengan dia. Ummi... Aisy nak Wafiy."

"Kenapa ni nak? Wafiy ada dekat sebelah Aisy tu," ujar Puan Alisa dengan nada lembut.

Aisy segera menolehkan pandangannya pada Wafiy. Suaminya yang dia cintai, dia segera memeluk tubuh Wafiy. Walaupun sudah jelas reaksi wajah Wafiy berubah pelik dengan kelakuan Aisy.

"Abang maafkan Aisy, jangan tinggalkan Aisy lagi. Aisy cintakan abang. Abang, kali ini Aisy merayu sangat-sangat tolong jangan kahwin dengan Adelia. Aisy tak sanggup bermadu. Aisy mengaku segala kesilapan Aisy. Tolong jangan tinggalkan Aisy. Aisy janji akan mulakan hidup baru dengan Abang. Kita tutup buku lama dan buka buku baru." Aisy masih mendakap erat tubuh Wafiy. Hangatnya pelukkan ini sungguh Aisy rindui.

Wafiy membalas semula pelukan Aisy.
"Abang janji takkan menduakan Aisy. Abang akui salah abang. Janji kita bina hidup baru. Abang minta maaf sebab buat keputusan terburu-buru tak fikir perasaan isteri abang."

"Aisy takut, terlalu takut untuk kehilangan Abang. Aisy terlalu ego sampai tak mahu nak memaafkan kesalahan abang."

"Sudahlah jangan menangis lagi, semua orang ada buat salah. Ummi rasa bahagia sangat Aisy dengan Wafiy dah bersatu kembali." Puan Alisa tersenyum bahagia melihat kedua pasangan ini akhirnya bersatu semula.

Wafiy membelai rambut isterinya kemudian dia mengucup kening Aisy. Aisy bersyukur kerana apa yang dia alami tadi adalah mimpi. Tak dapat dibayangkan jika perkara itu benar-benar terjadi.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top