BAB 41

"Sayang buat apa tu? Dari tadi Abang tengok asyik main dengan nasi goreng tu, makanlah. Okey kalau macam tu biarlah Abang yang suap nak?" Wafiy segera mengambil sudu dari tangan Aisy lalu mengambil alih tanpa persetujuan dari Aisy.

"Tak naklah." Jeling Aisy geram.

Mata Wafiy melirik ke arah Ummi dan Mama sebagai isyarat kepada Aisy. Bibir Aisy diketap perlahan.

"Janganlah masam muka pagi-pagi ni Aisy. Senyum sikit dekat suami tu. Sepatutnya bila dah lama tak berjumpa kenalah banyak bergurau senda dengan suami. Maklumlah nak lepaskan rindu dulu kan?" Ummi mencelah setelah sedar dengan tingkah laku Aisy yang bermasam muka.

Aisy cuba mengukirkan senyuman palsunya kemudian kembali kepada muka masamnya kembali. Terkilan juga hati Wafiy apabila dilayan sedingin itu oleh isteri sendiri.

"Buka mulut sayang," arah Wafiy yang sudah menghala sudu dekat dengan mulut Aisy dan tanpa banyak kata dia menurut sahaja.

"Dah kenyang." Aisy menolak sudu yang berisi nasi itu ke tepi. Kemudian bangun dan berlalu pergi. Wafiy hanya memandang. Pedih hatinya terasa apabila diperlakukan sebegitu, terasa diri telah dipersendakan.

"Wafiy naik dulu." Kini giliran dia pula meninggalkan meja makan setelah pandangan Mama dan Ummi terhadapnya seolah-olah telah berubah. Apa pulak dah jadi dengan anak menantu aku ni, rungut Puan Herlina dalam hati.

✿✿✿✿✿

"Aisy ... Aisy! Tunggulah, kenapa buat perangai sampai macam tu? Sengaja nak bagi ummi dengan mama syak yang bukan-bukan tentang kita ke? Tolonglah Aisy jangan buat perangai macam ni, Aisy kata dah boleh terima abang tapi kenapa buat abang macam ni?" Wafiy berkata dengan nada yang sedikit perlahan takut-takut jika ada yang mendengar. Naya dia nanti!

Aisy segera menoleh. Matanya merenung tajam anak mata Wafiy. Mulutnya sedia mengeluarkan apa yang terbuku di hati.

"Apa, awak nak saya berlakon depan mama dengan ummi yang kita ni pasangan yang bahagia? Tak ada pergaduhan, sweet aje memanjang gitu? Wafiy Afwan, awak kena tau satu perkara tentang saya. Saya tak pandai berlakon macam awak berlakon dan berpura-pura mencintai saya sedangkan awak tak ada langsung perasaan tu pada saya. Saya sebenarnya malas nak ungkit perkara yang lama. Awak dah besar, dah boleh fikir mana baik dan mana yang buruk. Iya, memang saya dah terima awak dalam hidup saya tapi hati saya tetap mengatakan tak boleh. Sakit tu, sampai sekarang masih rasa. Kalau awak tak tahan dengan kehidupan macam ni... lepaskan saya dan awak boleh cari kebahagiaan awak bersama Adelia dan saya cari kebahagiaan saya sendiri."

"Berapa kali untuk Abang minta maaf dengan Aisy? Aisy ada lelaki lain kan?" tiba-tiba soalan itu terpacul di bibir Wafiy.

"Tak perlu nak minta maaf beratus kali. Saya dah maafkan cuma hati ni aje dah tak boleh nak terima. Lagi satu, jangan nak menuduh dengan sesuka hati. Saya bukan macam awak dalam diam sebenarnya ada hati dekat sepupu sendiri. Adelia, perempuan tu... kenapa tak kahwin dengan dia aje?" Hatinya cukup terguris tatkala dituduh sebegitu. Mempunyai lelaki lain? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Aisy untuk menduakan suami. Dia masih sedar dengan status terkini walaupun badai sedang melanda rumah tangganya.

"Abang cuma tanya aje, manalah tau ada lelaki lain. Orang perempuan zaman sekarang kadang-kadang bukan boleh dipercayai sangat." Wafiy seperti sedang cuba untuk menuduh Aisy bahawa isterinya sedang mempunyai hubungan mesra dengan lelaki lain.

"Baguslah kalau macam tu tanggapan awak pada saya. Kalau macam tu lah awak anggap saya, lagi cepat kita bercerai. Awak ingat saya ni perempuan jenis apa? Saya masih ada maruah. Selama awak keluar bersama berdua-duaan dengan Adelia, saya tak pernah anggap bukan-bukan pun. Tapi awak! Dengan tak ada bukti yang kukuh, sesedap mulut awak fitnah saya! Apa, masalah awak sebenarnya?" Oleh kerana hatinya terlampau panas dengan kata-kata Wafiy tadi dengan tidak sengaja dia telah meninggikan suara sehingga Darwisy adik Wafiy tersentak kerana mendengar pertelingkah mereka berdua.

'Fuh! Kecik jantung aku dengar suara garang Kak Aisy. Tapi, apa masalah diorang ni sampai nak bercerai-berai ni. Macam mana kalau mama tau? Mesti mama kecewa dengan hal ni. Tak boleh jadi ni, aku kena hentikan pergaduhan ni. Makin lama makin kuat suara. Silap-silap boleh jadi gempa bumi pulak dekat kawasan perumahan ni dengan suara tinggi diorang ni. Aduh susah jugak kahwin ni, aku ingat senang aje semudah ABC. Apa aku merepek ni?' monolog hati Darwisy yang sudah merapu. Dia segera menepuk dahinya.

Darwisy mulai menghampiri pasangan itu. "Kak Aisy dengan Abang Wafiy okey ke?" soal Darwisy dengan nada lembut.

Wafiy segera tertunduk malu apabila Darwisy muncul di situ.

"Akak, masuk bilik dulu." Aisy segera beredar daripada situ. Wafiy merenung wajah adiknya Darwisy.

"Abang Wafiy, maafkan adik. Bukannya adik sengaja nak tegur Abang tadi..." belum sempat Darwish menghabiskan kata-kata. Wafiy mendekatkan jari telunjuknya ke bibir Darwisy sebagai isyarat supaya mendiamkan diri.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top