BAB 4
Awal pagi sudah kelam kabut manakan tidak bersiap lambat sangat sudahlah jam dinding dalam bilik pun dah tintong. Sepatutnya jarum jam menunjukkan pukul 7 pagi tapi jam ni mereng pergi tunjuk pukul 6 setengah pagi. Sudahnya kena bebel dengan Ummi tu lah bersiap macam nak berjumpa putera diraja sekarang tanggunglah sendiri.
"Aisy, kenapa lambat sangat bersiap?" Ummi sudah menjegilkan matanya sambil bercekak pinggang.
"Sorry Ummi, jam dalam bilik dah Aisy rosak ingatkan awal lagi tapi bila tengok jam tangan rupanya dah..." Aisy tersenyum menayang sebaris giginya yang putih.
"Banyak betul alasan Aisy ni, mana Abang Ashfan? orang dah lambat ni tau tak! takkan dia pun bersolek macam Aisy." ayat Ummi bercampur perli khas ditujukan buat anak dara tunggalnya.
"Aisy jugak yang kena perli, Abang Ashfan yang buat hal!" omel Aisy dalam hati bibirnya sudah muncung ke hadapan tanda protes.
Ashfan tergesa-gesa keluar dari rumah dalam keadaan mengah dah macam kena kejar hantu pun ada. "Sorry Ummi, Abang Ashfan sakit perut tadi memulas sangat." Ashfan memegang perutnya yang masih bersisa sakit.
"Abang dah okey belum?" tanya Aisy prihatin terhadap Ashfan.
"Sikit" Ashfan mengerutkan dahinya.
"Aisy nak sediakan minyak wangi kejap." kata Aisy tangannya mengeluarkan sebotol minyak wangi yang kecil.
"Nak buat apa kau siap sedia minyak wangi tu?" pelik pula Ashfan.
"Takut Abang kentut, Abang kalau sakit perut mesti tak sah kalau tak lepaskan angin toksik Abang tu. Bau tu sampai boleh buat Aisy ni koma dua bulan." kata Aisy selamba.
"Kurang asam kau dik." jeling Ashfan.
"Ini adalah fakta, semua rahsia Abang ada dalam poket adik lah." Aisy menggerakkan keningnya.
"Dah! jomlah kita gerak, dah lambat ni Aisy pun satu cepatlah masuk." bebel Ummi tiba-tiba.
"Okey Ummi!" ujar Aisy dan Ashfan serentak.
"Abang mana kunci kereta?" Aisy memandang tangan Ashfan yang kosong.
"Err, Abang lupa nak ambik! kejap nak masuk dulu!" Ashfan terus masuk kedalam rumah mengambil kunci keretanya.
"Abang ni lambat laaa...." keluh Aisy.
✿✿✿✿✿
Seperti waktu yang ditetapkan Aisy selamat sampai ke kolej barunya. Jenuh Abang Ashfan bawa laju-laju mujurlah selamat. "Aisy nak pergi daftar diri dulu, Ummi dan Abang Ashfan boleh tunggu dekat Kafe kan?" tanya Aisy.
"Hmm.. Abang ikutkan je, Ummi jomlah tinggalkan Mak Cik ni sorang-sorang." Ashfan membuat mimik muka yang menyampah.
Aisy mengecilkan matanya bibir pun diketap geram melihat Abangnya tidak mahu mengalah asyik nak mengusik dirinya saja.
"Okey bye!" rajuk Aisy kemudian membawa diri ke tempat pendaftaran.
"Ummi tengoklah anak Ummi yang gedik tu, sikit-sikit nak merajuk." omel Ashfan.
"Ashfan pun sama dah tua pun masih nak mengusik orang. Dah tau si Aisy tu hati tisu yang diusik kenapa?" balas Ummi pula sambil memandang anak bujangnya yang segak itu.
"Ashfan suka-suka je salahkan?"
"Suka-suka? kalau macam tu pandai-pandailah pujuk balik anak dara Ummi tu ya?" Ummi menjeling Ashfan.
"Err, insyallah Ummi he..he..he.." balas Ashfan teragak-agak.
Aisy terus menerus melangkah mencari tempat pendaftaran. "Mana pulak ni? puas aku cari tapi tak jumpa pun! jangan sesat pulak dah." getus hati Aisy.
Kakinya terus melangkah mata pula tertancap pada jam tangan miliknya yang kecil molek itu. Tiba-tiba pappp!! tubuh kecilnya melanggar seseorang. Habis kedua-dua terjatuh kerana mahu cepat.
"Aduii! sakitlah mata kau tak nampak ke?" omel Wafiy kesakitan kakinya.
"Engkau yang langgar aku, aku pulak yang salah!" Aisy tak mahu kalah.
Saat mata mereka bertentangan jantung mereka berdua berdegup kencang terasa seperti tidak kena. Wafiy terpesona dengan kecantikan Aisy dan keayuan Aisy ketika menyarungkan baju kurung jaranglah tengok perempuan zaman sekarang nak pakai baju. Tapi sayangnya Wafiy tak tahu lagi perangai kasar Aisy macam mana.
Kira-kira hampir dua kali jugalah Aisy memejam lalu membuka matanya semula. Muka Mamat ni sebijik macam korea kot okey dengan gaya rambut dia, muka tak payah cakaplah memang sama tapi lain sikit, sikit je.
"Mata tu memang sepet sangat ke sampai tak nampak orang?" Aisy melupakan perkara tadi dan memerli Wafiy. Aisy bangun dari jatuh tadi.
"Amboi minah ni, muka dah lawo tapi mulut lancangnya." ujar Wafiy turut mula bangun dari jatuhnya.
"Dia yang langgar orang, aku jugak yang salah okey sekarang ni aku mintak maaf. Nama aku Wafiy Afwan." Wafiy menghulurkan tangannya tanda perkenalan.
"Mana boleh pegang! okey aku maafkan nama aku Aisy Ariana boleh panggil Aisy je." Aisy memandang wajah Wafiy.
"Ouh okey, sorry kau nak pergi tempat pendaftaran ke?" tanya Wafiy.
"Hmm, okey aku pergi dulu bye!" Aisy segera meninggalkan Wafiy malu pulak kena pandang macam tu. Malu tapi mahu adeh!
✿✿✿✿✿
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top