BAB 28
Kaki Aisy melangkah masuk kedalam bilik tidur Umminya. Sejak dua menjak ini kepalanya makin sakit semuanya gara-gara memikirkan masalah yang menimpa dirinya. Mata Aisy memandang Puan Alisa yang sedang nyenyak dibuai mimpi.
Lantas Aisy berbaring bersebelahan Puan Alisa dan memeluk tubuh insan yang bermakna dalam hidupnya. Puan Alisa tersedar dari tidurnya pabila terasa ada orang yang memeluk.
" Aisy bila sampai ?" tegur Ummi.
" Baru je Ummi."
" Aisy, Ummi nak tanya boleh?"
" Tanyalah Aisy okey je."
" Betul ke keputusan yang Aisy buat untuk pergi luar negara tu? Aisy tak kesian ke dekat Ummi?" tanya Puan Alisa ingin kepastian.
" Macam mana Ummi boleh tau ni? Aisy tak cakap dengan sesiapa pun lagi."
" Abang Ashfan yang ceritakan sendiri dengan Ummi. Kenapa Aisy? Aisy ada masalah ke?"
" Tak ada, Aisy nak pergi belajar Ummi bukan nak pergi melancong. Lagipun Aisy dah cakap dengan Mak Da yang Aisy nak pergi sana nanti."
" Mak Da yang kahwin dengan Mat Salih tu ke?" soal Puan Alisa.
" Iyalah Mak Da adik Ummi tu lah, Siapa lagi Mak Da yang Aisy ada?" Aisy menjongketkan sebelah keningnya.
" Ummi ni kalau ikutkan hati memang Ummi tak nak lepaskan Aisy. Tapi lepas Abah dengan Abang kamu pujuk barulah hati Ummi ni terbuka sikit tapi Aisy suami kamu izinkan ke?"
" Err dia izinkan Ummi, dia kata tak apa lagipun Aisy pergi sambung belajar bukan cari suami lain." bohong Aisy sambil berseloroh.
" Baguslah kalau ada izin suami lagi baik, tak baik tau kalau kita pergi keluar mana-mana tak ada izin suami." Nasihat Puan Alisa.
" Perlu ke izin dia? kalau aku baru nak minta izin dia dah sindir macam-macam." Monolog hati Aisy sambil mengetap bibirnya.
✿✿✿✿✿
" Kenapalah aku ni bodoh sangat! kalau betul aku tak sukakan dia sekalipun kenapa aku tak boleh layan dia sebaik yang mungkin?" Wafiy meraup wajah seakan baru tersedar dari mimpi.
" Aku kena minta maaf dengan dia dan jelaskan semuanya pada dia." Monolog Wafiy sendirian.
" Tapi kenapa tiba-tiba dia buat keputusan nak sambung belajar sampai ke luar negara? Tak boleh jadi aku kena tahu jugak sebab aku masih suami dia yang sah."
" Wafiy buat apa tu? termenung jauh nampak." tegur Puan Herlina mematikan lamunan Wafiy.
" Wafiy tengah fikirkan Aisy." Ujar Wafiy sambil tersenyum lebar.
" Mama faham kamu sibuk dengan belajar tapi kenapa Mama dapat tahu yang kamu berdua ni bergaduh? Apa masalahnya? Mama tak ada niat pun nak masuk campur tapi tak salah Mama untuk tahu sekadar memberi pendapat." kata Puan Herlina.
Wafiy menelan air liurnya macam mana Puan Herlina boleh tahu? Mustahil kalau Aisy sendiri yang ceritakan hal ini kerana Aisy jenis yang suka memendam.
" Macam mana Mama boleh tahu ni?" tanya Wafiy.
" Dari mana Mama tahu tu tak penting, yang penting sekarang ni Mama nak tahu apa masalahnya? dah lama Mama diamkan perkara ni tapi makin lama makin teruk jadinya." bebel Puan Herlina.
" Mama, Wafiy dengan Aisy bukan bergaduh cuma hubungan kami yang dingin. Insyallah Wafiy akan cuba redakan masalah ni janganlah risau sangat."
" Jangan risau Wafiy cakap? Wafiy... Mama tahu yang memang Mama tak nak kehilangan Aisy bagi Mama Aisy adalah menantu Mama yang pertama dan terakhir tak ada yang kedua. Mama nak kamu berdua berbaik dengan secepat yang mungkin faham?"
"Fa..Faham" tergagap Wafiy membalas.
Puan Herlina melangkah pergi meninggalkan Wafiy sendirian diruang tamu. Puan Herlina memang seorang yang amat tegas dalam menyelesaikan masalah.
" Aduh ni semua salah aku! kalau aku tak mulakan mesti semua ni takkan jadi!" gumam hatinya.
✿✿✿✿✿
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top