BAB 27

Lama Aisy merenung ke luar jendela melihat langit malam yang hitam kepekatan sambil memikirkan keputusan yang terlintas difikirannya tadi. Sukarnya untuk Aisy membuat keputusan tambahan pula hal ini melibatkan keizinan suami dan keluarganya.

" Ya Allah betul ke keputusan aku ni? tapi takkan aku nak setia dengan Wafiy yang sentiasa sakitkan hati aku?" Aisy memicit kepalanya pening.

" Jauh termenung Dik, kenapa dah ada 'isi' ke?" soal Ashfan yang tiba-tiba muncul dibelakangnya.

" Isi? apa maksud Abang?"

" Maksud Abang, dah ada ke baby dalam perut tu." Usik Ashfan.

" Apa Abang merepek ni, Aisy pun tengah sibuk study. Insyallah kalau ada rezeki nanti adalah tu." Aisy memuncungkan bibirnya.

" Iyalah Aisy, Ummi mana? dah tidur ke?"

" Dah lepas makan ubat Ummi terus tidur" balas Aisy.

" Baguslah tu harap-harap Ummi cepat sihat Amin.." Ashfan berdoa supaya diberikan kesihatan yang sempurna buat Umminya.

" Abang kalau Aisy buat keputusan ni, Abang rasa Ummi setuju tak?" tanya Aisy gementar.

" Keputusan apa? kau jangan cakap kau nak bercerai berai pulak." Perli Ashfan seolah-olah tahu masalah yang ditanggung oleh adiknya.

" Apa Abang merepek ni? tak ada sebab pun Aisy nak bercerai. Aisy dah buat keputusan yang tepat, Aisy nak sambung belajar kat luar negara." Ujar Aisy dengan keputusan nekadnya.

" Hah? kenapa pulak kau nak pergi sana? kau tak kesian ke dekat Ummi nanti rindukan kau."

" Abang, Aisy pergi bersebab. Aisy harap sangat Abang hormatkan keputusan Aisy ni. Sekarang ni Aisy cuma nak minta izin dari suami Aisy dan keluarga kita."

" Cuba Aisy ceritakan kat Abang apa masalah Aisy sekarang ni? Mana tau Abang boleh bantu." Tangan kiri Ashfan memegang bahu Aisy.

" Abang akan tahu jugak suatu hari nanti." balas Aisy ingin merahsiakan. Kalau boleh biar dia sendiri yang tanggung tanpa ada orang tahu.

" Janganlah macam ni, kalau macam ni lah perangai Aisy. Lagilah buat Abang jadi risaukan keadaan Aisy" pujuk Ashfan.

" Abang please faham hati Aisy." Air mata Aisy mulai menakung tunggu untuk gugur saja.

" Okey Abang hormatkan keputusan Aisy tapi please jangan simpan sangat sakit tu luahkan nanti kat Abang. Abang sayangkan Aisy sangat. Abang takkan biarkan orang sakitkan hati adik perempuan Abang ni." Ashfan mengukirkan senyumannya lalu mengelus pipi milik Aisy.

" Terima kasih Abang sebab selalu ada dengan Aisy dari kecil sampai sekarang."

" Abang mana yang tak sayangkan Adiknya sendiri. Kita keluar dari rahim yang sama takkan Abang nak benci Aisy pulak." Ashfan turut merasai sebak hatinya.

" Abang jom keluar makan, Aisy belanja nak?" Aisy menukar topik dengan segera.

" Ada ke duit?" soal Ashfan.

" Mestilah ada orang nak belanja mestilah ada duit takkan pokai pulak." Aisy tertawa kecil.

" Tak payah, Aisy simpan je duit tu biar Abang yang belanja. Abang dah kerja kau tu masih student faham?" sebelah kening Ashfan dijongketkan sedikit.

" Kalau Abang nak belanja, Aisy lagi suka nanti Aisy nak order makanan banyak-banyak."

" Eloklah tu makan aje nanti dah gemuk susah Abang nak kenal antara Aisy dengan tong drum rasa macam tak ada beza je" seloroh Ashfan.

" Mak aii sampai macam tu sekali Abang bezakan Aisy" jeling Aisy geram.

" Okey Abang gurau je lah jangan merajuk. Jom lah gerak nanti Abang hilang mood makan susah pulak." kata Ashfan.

" Abang tunggulah sekejap, Aisy nak ambil beg." Aisy bergegas mengambil beg tangannya.

" Cepat sikit!" arah Ashfan.

✿✿✿✿✿

Bergetar- getar jari Aisy untuk mendail nombor telefon milik Wafiy. Entah mengapa hatinya takut bercampur dengan marah. Tapi kalau marah pun sudah tak ada gunanya bukan boleh buat apa pun sebab semua ini terjadi berpunca dari dirinya juga.

" Assalamulaikum." Aisy memberi salam.

" Walaikumussalam, kau rupanya ingatkan dah lupa suami. Maklumlah dah jarang jumpa dengan kau kan." balas Wafiy dengan nada sinis ingin menyakitkan hati Aisy.

" Aisy nak jumpa Abang." Ujar Aisy mencuba menahan tangisnya tak mahu didengari oleh Wafiy.

" Nak buat apa? penting sangat ke sampai tak boleh cakap terus je?" tanya Wafiy.

" Benda ni memang penting, Aisy harap Abang dapat beri masa sekejap je untuk kita berjumpa." pinta Aisy.

" Tak sekarang ni aku nak tahu kenapa kau nak jumpa aku? boleh tak kalau aku tanya ni kau jawab." paksa Wafiy ingin tahu.

" Aisy nak sambung belajar kat luar negara, Aisy nak minta izin dari Abang tu aje lepas tu baru Aisy cakap dengan family pasal hal ni."

" Yang kau tiba-tiba nak pergi sana kenapa? dah benci sangat ke tengok muka aku ni? dulu kau jugak yang tergila-gilakan aku." Selamba saja Wafiy menyindir Aisy tanpa memikirkan langsung hati dan perasaan isterinya.

Aisy segera matikan talian tadi. Makin dibiarkan Wafiy berbicara makin sakit hatinya. "Kalau iya pun dah tak suka dengan aku tak payahlah tunjuk sangat."

" Biadap punya pompuan, kau yang call aku kau yang tutup. Malaslah aku layan perangai mengada-ngada kau ni." dengus Wafiy sambil memandang skrin telefonnya.


✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top