BAB 26

" Sebenarnya memang lepas I kahwin, I rasa menyesal sangat. Barulah I terfikir kenapalah I tak fikir panjang sebelum I nak kahwin dengan Aisy. "

Suara itu masih tergiang-ngiang ditelinga Aisy. "Kenapa mesti sekarang kau nak menyesal kahwin dengan aku? kenapa sekarang?" rintih Aisy. Hatinya memendam seribu kelukaan.

Salah apa telah Aisy lakukan sehingga diuji sebegini. Setelah kata-kata dan janji manis ditaburi pada dirinya. Jujur saja hati Aisy jadi tawar untuk mempercayai Wafiy lagi. Barulah Aisy sedar bahawa lelaki yang dia percaya selama ini sebenarnya telah berubah hati dengannya.

Air mata yang berguguran dikesat. Jika Qhaira nampak lagi susah mesti dia ingin tahu tentang halnya.

Telefon pintar Aisy yang berada ditangan kanannya berbunyi tanda panggilan masuk. Jelas tertera di skrin pemilik nama itu ialah Ashfan. Tiba-tiba terdetik dihati Aisy, rindu juga dia pada lelaki ini.

" Assalamulaikum Abang."

" Walaikumussalam Adik, kenapa Abang dengar suara Adik macam lepas menangis je? " suara garau Ashfan menerpa gegendang telinga Aisy.

" Hmm, Aisy selesema Abang maklumlah sekarang ni cuaca tak menentu." Bohong Aisy.

" Betul ni? bukan sebab apa-apa kan?" tanya Ashfan lagi inginkan kepastian.

" Betul Abang, pernah ke Aisy nak tipu Abang? kenapa call Aisy ni?"

" Abang sebenarnya ada benda nak beritahu ni tapi Aisy jangan terkejut ya." Ashfan memicit dahinya pening.

" Terkejut sebab apa pulak Bang? cakap je lah cepat!" desak Aisy ingin tahu.

" Ummi masuk Hospital."

" Hah! kenapa Ummi masuk Hospital? Abang cakaplah!" dada Aisy berdebar dengan kencang.

" Ummi jatuh." Ujar Ashfan dengan berat hati sekali.

" Nanti Aisy on the way pergi Hospital, Abang tunggu tau kat situ." Aisy mulai bergegas bersiap-siap.

" Nantilah dulu Aisy!" Ashfan ingin menahan tetapi belum apa-apa lagi talian sudah dimatikan.

" Bertuah punya Adik, sebaik Abang sayangkan kau Dik." Ngomel Ashfan sendirian. Kepalanya juga masih pening memikirkan keadaan Umminya yang masih terlantar sakit walaupun sudah sedar.


✿✿✿✿✿

" Assalamulaikum Abang mana Ummi?" tanya Aisy tercungap-cungap gaya tak ubah seperti dikejar hantu.

" Walaikumusalam Adik kau tenang dulu, tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus." Tangan Ashfan bergerak mengikut rentak dada naik keatas sebagai menarik nafas dan dada mengempis menunnjukkan menghembuskan nafas.

" Okey Adik dah buat sekarang mana Ummi." Desak Aisy ingin berjumpa dengan Puan Alisa.

" Ummi ada je kat dalam, janganlah kalut sangat." Ngomel Ashfan.

Tanpa berfikir panjang Aisy segera melanggar tubuh Ashfan yang menghalang pintu masuk ke dalam bilik pesakit.

" Aduhai kau ni kenapalah ganas sangat sampai aku kau langgar!" Ashfan menggosok bahunya akibat dilanggar oleh Adiknya tadi.

" Ummi okey ke?" tanya Aisy setelah melihat Ummi yang terlantar diatas katil.

Mata Ummi terus memandang ke arah Aisy. Bertapa rindunya dia pada Aisy anak perempuan tunggalnya.

" Ummi, Aisy tanya jawablah. Ummi okey ke tak? Ummi tau tak Aisy risau sangat pasal Ummi." tanya Aisy sambil membelai manja tangan Puan Alisa.

" Ummi okey, Aisy sihat?" soal Puan Alisa.

" Aisy sihat je Ummi Alhamdullilah. Ummi macam mana Ummi boleh jatuh ni? Ummi jatuh kat mana?" tanya Aisy risau.

" Ummi jatuh dekat bilik mandi, Aisy tak perlulah risau tangan kanan Ummi bahagian siku ni je yang retak sikit."

" Sikit Ummi kata? ini dah tahap teruklah ni berbalut sampai macam ni. Ya Allah lepas ni Aisy nak ambil cutilah."

" Aipp tak boleh, Ummi tak nak dengar Aisy ambil cuti. Aisy tu dah nak exam kenalah selalu study. Hal Ummi ni, pandailah Ummi nak selesaikan."

" Tak boleh, siapa nanti nak jaga Ummi?" tanya Aisy.

" Ayah ada kan." Balas Puan Alisa.

Lidah Aisy menjadi kelu dia tak sanggup melihat Umminya terlantar begini. Walaupun bagi Ummi benda ini adalah tidak serius tetapi baginya ini adalah serius.

" Wafiy mana?" soal Puan Alisa tiba-tiba mematikan lamunan Aisy.

"Kenapalah nama dia mesti disebut? Hati aku ni masih sakit dengan kata-kata dalam rakaman Adelia hantar tengahari tadi." monolog hati Aisy sambil mengetap bibir geram.

" Aisy, Ummi tanya ni?" Puan Alisa menguatkan sedikit suaranya.

" Wafiy sibuk dengan exam juga Ummi, hari ni dia study dengan kawan-kawan dia. Jadi kuranglah sikit masa Aisy dengan dia." Aisy terpaksa berbohong demi menjaga hati Umminya.

" Ummi faham kamu berdua masing-masing sibuk dengan belajar tapi Ummi nak pesan satu aje, Kalau satu hari Aisy bergaduh besar dengan suami jangan sampai bercerai okey. Kalau boleh jadikan perkahwinan ini sebagai yang pertama dan terakhir." Pesan Ummi dengan senyuman yang paling ikhlas buat anaknya.

Hati Aisy menjadi sebak dengan kata-kata Umminya sendiri. Mampukah rumah tangganya yang dingin ini bertahan kerana sikap Wafiy yang berubah seratus peratus tanpa sebab.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top