BAB 25
" Kenapa Aisy tak nak jumpa aku?" panas pula hati Wafiy apabila ada orang cuba ingkar katanya.
" Manalah aku tahu, Aisy sibuklah dengan study. Kau kenalah faham dia pun akan exam tak lama lagi. Kau tak payahlah nak marah dia sampai macam tu sekali kasihan dekat dia." Qhaira membela sahabat baiknya dari terus dimarahi oleh sepupunya.
" Dah lah kau cakap kat perempuan tu, lepas ni tak payah terhegeh-hegeh cari aku." Talian segera dimatikan.
" Biadap kau Wafiy, apa nak jadi dengan kau ni hah! kalau Aisy salah sekalipun janganlah hukum dia sampai macam tu. Macamlah kau tu betul sangat." Dengus Qhaira geram. Telefon pintarnya diletakkan diatas meja ulangkaji.
Qhaira menarik nafas panjang bagi melegakan api kemarahannya yang hampir menjulang kerana sikap Wafiy yang berubah secara tiba-tiba. " Ikutkan hati aku ni nak je aku rejam kau dalam lumpur baru kau tahu siapa Qhaira Ryhana sebenarnya." Qhaira mengurut dadanya.
" You call siapa tu?" soal Adelia sibuk ingin tahu.
" Sepupu I si Qhaira tu lah." balas Wafiy panas dihatinya masih bersisa.
" Kenapa sepupu You tu buat You marah ke?" tanya Adelia mengorek rahsia.
" Bukan, I sebenarnya marahkan sahabat baik dialah." Ujar Wafiy tanpa rasa serba salah.
" Maksud You Aisy? Isteri You sendiri kan?" Adelia mengerakkan sebelah keningnya.
" Habis tu takkan si Helmi pulak!" suara kasar Wafiy keluar. Helmi adalah teman baik Qhaira. Lelaki itu jugalah yang banyak bantu Qhaira dalam apa jua keadaan.
" Okey, You sabar sudahlah jangan marah macam ni pagi-pagi. Tak baik untuk kesihatan You nanti You sakit I jugak yang susah." Ujar Adelia dengan nada yang mengada.
Wafiy hanya mendiamkan dirinya melihat kelakuan Adelia padanya.
Secawan air kopi yang dipesan tadi Wafiy teguk sedikit.
✿✿✿✿✿
Telefon pintar Aisy berbunyi menandakan mesej masuk. Perlahan-lahan jari Aisy menyapu skrin untuk melihat mesej yang masuk.
"Nombor telefon siapa pulak ni?" Aisy kehairanan takkanlah suaminya pula. Tapi tak mustahil juga kalau tiba-tiba suaminya tukar nombor telefon lagipun sudah lama dia tak bertegur dengan suaminya sendiri.
' Hai Assalamualaikum Aisy' - Unknown
' Hai Walaikumussalam, boleh saya tahu ini siapa?.'
' Takkan tak kenal ini I lah Adelia'- Unknown
' Ouh Adelia rupanya, awak nak apa tiba-tiba mesej saya ni, ada hal penting ke?'
' Memang penting ini soal masa depan awak Aisy'- Unknown
' Maksud Awak?'
Satu rakaman telah Adelia hantar kepada Aisy.
' Rakaman apa tu Adelia?'
' Kalau awak nak tahu kenalah dengar dan hadam. Saya hantar benda tu pun bukan niat nak rosakkan rumah tangga awak tapi nak beri awak kesedaran tentang perangai Wafiy yang sebenarnya. Harap awak tak ambil hati'- Unknown
Hati Aisy mulai berdebar-debar dengan ayat Adelia tadi. Apa maksud Adelia dengan bukan niat nak rosakkan rumah tangga tu. Apa yang terkandung dalam rakaman suara tu?
Mesej Adelia dibiarkan tidak berjawab. Berat jarinya untuk menekan bagi mendengar isi rakaman suara itu. Mungkinkah disitu akan terbongkarnya sebab Wafiy melayannya dengan begitu dingin sekali?
Aisy tekan lalu telefon pintar itu didekatkan dengan telinganya. Kalau pasang kuat-kuat nanti ada orang dengar malu pula jadinya. Setiap kata-kata dari rakaman itu didengari dengan teliti tapi apa memeritkan hati Aisy suara itu memang sah adalah suara Wafiy sendiri. Terasa senak dada Aisy tak mampu teruskan lagi mendengar rakaman yang seterusnya. Kini segalanya telah terbongkar.
✿✿✿✿✿
vote & komen♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top