BAB 2
"Anak dara Ummi ni masak apa? bau harum sampai dalam bilik Ummi." tegur Puan Alisa.
"Masak nasi lemak je Ummi." Aisy meletakkan sebuah mangkuk yang terisi sambal ikan bilis diatas meja.
"Pandai anak Ummi masak." puji Puan Alisa.
"Pandai ke? tak adalah Aisy masak sebab hari ni Aisy bangun awal jadi Aisy masakkan sarapan." balas Aisy mengukirkan senyumannya buat Ummi.
"Macam ni lah anak dara Ummi, jadi bolehlah lepas ni anak Ummi jadi isteri orang." usik Puan Alisa.
"Hmm, Aisy tak nak kahwin lah Ummi."
"Sebab apa pulak Aisy tak nak kahwin?." hairan pula tiba-tiba anaknya tak mahu berkahwin.
"Sebab, Aisy nak sambung belajar!"sorak Aisy.
"Lega Ummi bila Aisy cakap macam tu, Ummi ingatkan Aisy nak jadi anak dara tua." Puan Alisa menghembus nafas lega.
"Ummi ni fikir jauh sangat, takkanlah Aisy nak jadi anak dara tua."
"Ehh, kejap tiba-tiba Aisy cakap nak sambung belajar ni ada apa-apa ke?"soal Puan Alisa.
"Aisy dah dapat surat!" sorak Aisy lagi.
"Betul ke? Alhamdullilah anak aku nak sambung belajar." Puan Alisa menadah tangan sebagai tanda kesyukuran.
"Yeay, lepas ni Aisy sambung belajar! tak adalah Abang nak tengok muka Aisy lagi." celah Ashfan yang datang dari belakang.
"Abang ni! sibuk je la." Aisy mencebik bibirnya.
Tangan Ashfan segera mencubit pipi Aisy.
"Abang sakitlah!" Aisy menepis tangan Ashfan.
"Asyik nak bergaduh je tak penat ke?."bebel Puan Alisa.
"Tak penat langsung pun Ummi, sebab Abang nak buli Adik cukup-cukup lepas ni kan dia akan sambung belajar." kata Ashfan tanpa rasa serba salah.
"Orang nak sambung belajar kut bukannya tak balik terus!." jeling Aisy sambil mengosok pipinya yang masih sakit.
"Cik Aisy Ariana, lepas ni kau jangan nak layan drama korea sangat ehh. Ingat belajar ada faham? kau tu dah la suka berangan kononnya nak kahwin dengan lelaki korea. Abang dengar pun nak tergelak tau." ejek Ashfan lagi.
"Ehh, biarlah Aisy nak berangan pun bukannya kena bayar pun. Sibuk je hal orang." Aisy memuncungkan bibirnya.
"Dah!!! stop! pergi panggil Abah kamu makan. Takkan nak tunggu lauk sejuk baru nak makan. Kamu berdua kalau bergaduh memang sampai besok takkan habis asyik nak bertekak je!" Puan Alisa mencelah sambil menjegilkan matanya.
"Abang pergilah panggil Abah makan." arah Aisy tangannya diangkat tanda menyuruh Abangnya pergi.
"Aku yang kau halau !." ucap Ashfan keningnya di jongketkan sebelah.
"Mana ada, Ummi yang suruh kan."
"Eh, budak ni la aku cubit pipi kau lagi sekali nak tak!" ugut Ashfan lagi.
Aisy segera memegang kedua belah pipinya takut pula dicubit lagi sekali. "Suka hati Abang je nak cubit pipi aku, pipi aku mahal okey." gumam Aisy dalam hatinya.
✿✿✿✿✿
Puan Herlina duduk bersebelahan dengan anak bujangnya seorang itu, kelihatan sibuk menonton televisyen. "Wafiy, tak keluar dengan Adelia ke?."soal Puan Herlina.
"Malaslah Mummy, baik duduk rumah lagi baikkan." balas Wafiy.
"Ke...Wafiy bergaduh dengan Adelia ?." teka Puan Herlina sambil menatap wajahnya anaknya yang begitu tampan.
Wafiy hanya memberikan senyuman manis buat Mummy. "Betullah ni Wafiy bergaduh dengan Adelia kan?." soal Puan Herlina lagi.
Hanya anggukkan kecil diberikan. "Mummy dah agak. Cepatlah berbaik dah berkawan baik lama pun nak bergaduh ke?."
"Nantilah Mummy, lagipun dia mulakan dulu. Wafiy nak biarkan dia sejuk dulu." ujar Wafiy.
"Suka hati Wafiy la ya, Mummy nak tanya ni Wafiy dah tahu sesuatu perkara penting ni tak?." soal Puan Herlina.
"Tak tahu, kenapa Mummy? Daddy nak kahwin lagi ke?." seloroh Wafiy.
Laju sahaja Puan Herlina mencubit peha Wafiy. "Daddy kahwin lain dengan Wafiy sekali kena dengan Mummy tau tak!." Puan Herlina menjegilkan matanya.
"Okey sorry, sorry Mummy. Wafiy bergurau je. Takkan Daddy nak cari yang lain Mummy kan dah cukup cantik dimata Daddy." puji Wafiy.
"Tahu tak apa, okeylah sebenarnya Mummy ada terjumpa satu surat ni." Puan Herlina menukar topik.
"Surat apa Mummy ?." tanya Wafiy seakan teruja.
"Surat tawaran sambung belajar. Wafiy akan sambung belajar !." kata Puan Herlina.
"Serius ke Mummy, yes!! finally aku dapat pun !" Wafiy bersorak gembira.
"Wafiy, Mummy nak pesan ni dah masuk sana jangan nak ingat bercinta sangat faham!. Mummy tak halang pun kalau Wafiy nak ada teman wanita tapi kena ingat batasannya Wafiy." nasihat Puan Herlina.
"Baik Mummy!." jawab Wafiy.
"Kalau Wafiy ada hati dekat Adelia pun tak apa, sebab Mummy dah lama kenal dengan dia lagipun Adelia tu cantik."
Wafiy segera menunjukkan riak wajah yang masam apabila Puan Herlina menyebut nama Adelia.
"Dia buat muka masam pulak, suka hati Wafiy lah. Mummy nak sambung kerja dan Wafiy bolehlah melayan perasaan Wafiy sendiri ya." Puan Herlina bingkas bangun lalu meninggalkan Wafiy pergi.
"Adelia." nama itu meniti dibibir Wafiy lantas dia mengusir nama perempuan itu dari fikirannya bukan atas dasar benci tetapi geram.
✿✿✿✿✿
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top