BAB 12
"Hai Assalamulaikum Aisy, buat apa tu?" tegur Wafiy tiba-tiba saja datang dari belakangnya. Mata Qhaira juga turut melirik pada Wafiy. Pelik juga tiba-tiba Wafiy nampak mesra menyapa Aisy. Selalunya nak bertegur pun nampak macam kena fikir berkali-kali.
"Hai Walaikumussalam," balas Aisy sambil tersenyum simpul. Mungkin malu dengan Wafiy. "Dua orang ni tengah dilamun cinta ke?" Qhaira menjongketkan sebelah keningnya.
"Qhaira boleh aku join sekali?," tanya Wafiy mesra.
"Of course boleh, silakan." balas Qhaira.
Aisy dan Wafiy bergurau dihadapan mata Qhaira sendiri. Sebijik macam sedang dalam percintaan. Qhaira menongkat dagunya. Matanya langsung tak terkalih memandang dua pasangan dihadapannya.
"Wafiy, sejak bila kau bercinta dengan kawan aku ni?" soal Qhaira sambil merenung tajam anak mata Wafiy. Gayanya tak ubah seperti sedang disoal siasat.
"Err, mana ada kami bercinta. Kami cuma berkawan saja." balas Wafiy gugup. Macamlah tak kenal dengan Qhaira ni suka sangat ingin tahu hal orang lain.
"Kawan ke? tapi kenapa aku tengok korang berdua macam bercinta?."
"Qhaira kami cuma berkawan je takkanlah nak bercinta agak-agaklah, kami pun baru saja kenal." celah Aisy.
"Tak adalah aku tanya ni bukan sebab aku dengki ke cemburu ke, cuma aku tak nak lah korang berdua bergaduh besar suatu hari nanti." balas Qhaira selamba.
"Maksud kau?" soal Aisy ingin tahu.
"Wafiy, kau tahukan yang Adelia tu macam mana. Dia tu terlalu obses dengan kau sejak dari dulu lagi. Wafiy aku harap sangat kau selesaikan masalah kau dengan Adelia. Kang tak pasal-pasal Aisy jadi mangsa busuk hati Adelia tu." kata nasihat Qhaira sememangnya terkesan dihati Wafiy.
"Kenapa Adelia tu terlalu obses dengan Wafiy?" soal Aisy lagi ingin tahu.
"Entahlah kat minah psiko tu, cuma aku nak kau berhati-hati tu aje. Hati orang manalah kita tahu kan. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain." ujar Qhaira.
Terkebil-kebil Wafiy dibuatnya setelah mendengar kata dari mulut sepupunya. Wafiy sendiri pun tidak tahu bagaimana mahu selesaikan masalahnya dengan Adelia.
"Insyallah aku akan selesaikan masalah ni." ujar Wafiy. Adelia memang pantang kalau lihat Wafiy mulai berkawan dengan perempuan lain. Mesti akan ada caranya untuk merenggangkan hubungan itu. Bertapa busuknya hati Adelia.
✿✿✿✿✿
"Ada apa You nak jumpa I?" soal Adelia teruja. Iyalah bukan selalu Wafiy mengajak dia keluar jadi alang-alang dia dah ajak apa salahnya kalau gembira sebentar.
"Adell, You tahukan kita ni kan dah kenal memang cukup lama?" Wafiy memulakan bicara dengan berat hatinya.
"Of course, kenapa? Mama You suruh You masuk meminang I ke?," Adelia menunjukkan riak wajah ceria.
"Adell bukan itu maksud I, sebenarnya I dah lama nak cakap kat You..."
"Cakap apa??"
"I langsung tak pernah sukakan You, I harap You faham Adell. I dah lama sangat anggap You sebagai kawan." luah Wafiy walau berat hati.
Tercengang Adelia dengan pengakuan yang baru saja keluar dari mulut Wafiy sendiri. Lelaki yang selalu dianggap First Love rupanya menganggapnya tak lebih dari seorang kawan.
Mata Adelia mulai berkaca. Malu terasa manakan tidak selama ini dia yang sering terkejar-kejarkan Wafiy. Tapi Wafiy tak pernah peduli langsung.
"Adell I mintak maaf, I memang pernah cuba untuk jatuh cinta dengan You tapi tetap tak boleh. Cinta tak boleh dipaksa Adell." balas Wafiy lagi.
"Dah cukup I tak nak dengar, I faham apa maksud You, Wafiy. Kalau tak ada apa-apa I minta diri dulu." Adelia bangun dari duduknya lalu meninggalkan Wafiy dikafe itu.
Remuk hati wanita Adelia. "Aku tak boleh mengalah, mungkin aku kena usaha lebih lagi untuk dapatkan Wafiy, kau tunggulah nanti Wafiy." Adelia tekad untuk terus memikat hati Wafiy.
✿✿✿✿✿
vote & komen yea♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top