BAB 10
Sudah hampir dua jam Aisy dan Qhaira didalam perpustakaan. Aisy sudah beberapa kali menguap kerana mengantuk manakala Qhaira masih dengan sesi pencarian maklumatnya. Aisy menongkat dagunya dan matanya dipejam.
"Qhai... kau lama lagi ke ni? perpustakaan pun dah tutup dah weh. Kau tak nak tidur ke?," tanya Aisy matanya masih terpejam.
"Sorry lah Aisy kau dah mengantuk sangat ke? kalau macam tu kau baliklah hostel dulu nanti aku balik," balas Qhaira. Kasihan pula melihat Aisy yang terpaksa menahan kantuk demi menemaninya.
"Tak naklah aku balik sorang-sorang, kang ada orang kacau aku macam mana? siapa nak tolong aku?," ujar Aisy kelopak matanya terbuka semula.
"Menyusahkan kau je, okey jom lah kita balik sama-sama. Kau kemaslah buku-buku berselerak ni dah macam kapal tongkang pecah je aku tengok." demi menjaga hati Aisy, Qhaira perlu bertolak ansur.
"Betul ni, kalau betul baguslah aku nak berjalan pun dah tak larat, penat sangat ni." tangan Aisy mengemas buku dan beberapa buah disumbat begitu sahaja kedalam beg galasnya. Malas pula mahu menyusun secara kemas.
"Aisy..Aisy penat sangat kau ni." Qhaira tersenyum.
✿✿✿✿✿
Puan Herlina melabuhkan punggung bersebelahan dengan suaminya yang sedang menonton televisyen. Begitu khusyuk suaminya melayan cerita seram, waktu malam macam ini. "Beraninya Abang layan filem seram ni." tegur Puan Herlina mencuit paha Encik Ikhwan.
"Saja suka-suka bosanlah asyik tengok cerita cinta aje." balas Encik Ikhwan matanya masih tidak terkalih.
"Abang ada nampak Darwisy tak sebab dari petang Lyn langsung tak nampak." soal Puan Herlina jika suaminya ada ternampak anak bongsunya itu.
"Aik, anak sendiri punyalah dah besar panjang takkan tak nampak? Darwisy ada aje dalam bilik tu. Wafiy pulak buat apa dari petang tadi tak keluar bilik?." Encik Ikhwan memandang keatas menunjukkan bilik Wafiy yang berada diatas.
"Wafiy tu... entahlah Abang sejak dua tiga hari ni dia macam tak kena tau. Macam perangai Abang dulu!" serta merta Puan Herlina menjegilkan matanya.
"Abang pulak yang kena, macam mana perangai pelik dia tu?," soal Encik Ikhwan ingin tahu.
"Dia suka sengih sorang-sorang macam..." Puan Herlina mengerakkan jarinya berhampiran kepalanya tanda seperti orang hilang akal.
"Hish, ada ke cakap anak dah gila!. Kalau Lyn nak tau, anak bujang kita tu sebenarnya tengah jatuh cinta." Encik Ikhwan menghela nafas panjang. Fikir ke situ pula.
"Anak kita jatuh cinta? dengan siapa? Adelia ke? macam mana Abang boleh tahu?." bertalu-talu pula soalan yang keluar dari bibir Puan Adelia ingin tahu.
"Abang ni lelaki dan Wafiy tu lelaki jadi Abang tahulah. Untuk pengetahuan Lyn, Abang tak tahu dia jatuh cinta dengan siapa, jadi pergilah tanya Wafiy ya. Dah la shuhh... pergi sana menganggu je Abang nak tengok cerita hantu ni." tangan Encik Ikhwan diangkat menandakan menyuruh isterinya pergi dari situ.
"Kita pulak dihalaunya, okey fine! malam ni biar Abang tidur kat sini. Jangan masuk bilik! nak sangatkan tengok cerita hantu." Puan Herlina sudah bangun sambil bercekak pinggang.
"Lyn janganlah marah Abang bergurau aje!" Encik Ikhwan cuba memujuk Isterinya.
"Tidur je situ!" Puan Herlina meninggalkan Suaminya disitu. Sengaja menarik perhatian Encik Ikhwan supaya memujuk dirinya.
"Haih macam-macam betullah perangai Mak Cik ni." Encik Ikhwan terpaksa menutup siaran televisyen itu kerana ingin memujuk Puan Herlina. Kalau tidak dipujuk nanti mesti esok bibir memuncung macam itik, lagi bahaya dan sukar untuk dipujuk. Sudah tua pun perangai masih kuat merajuk. Kuat merajuk pun manja-manja bukan serius sangat.
✿✿✿✿✿
vote & komen yea♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top