Prolog
Setahun setelah kematian Iezzi (Setahun selepas pengembaraan si kembar bermula)
Sekumpulan ahli sejarahwan memasuki sebuah hutan yang terletak di hujung Kerajaan Shadow.
Hutan itu merupakan hutan larangan dan tiada manusia pun dibenarkan masuk.
Khabar angin ada mengatakan bahawa hutan itu pernah dihuni oleh makhluk seperti pari-pari dan elf. Namun, disebabkan pencerobohan manusia pada puluhan tahun lepas, dua puak itu terus pupus dan tidak lagi kelihatan.
Disebabkan kejadian itu juga, hutan itu telah disumpah oleh dua puak itu dengan kegelapan. Mereka yang mencerobohi hutan sumpahan itu tidak akan dapat keluar dan mati secara perlahan di dalamnya.
Namun, semuanya berubah selepas Arean membangkitkan kuasanya pada perlawanan sebelum ini.
Sumpahan hutan itu menghilang dan ia diselubungi oleh kabus yang tebal.
Ada juga khabar angin mengatakan bahawa terdapat satu pancaran cahaya hitam muncul dari hutan itu semasa kebangkitan itu berlaku.
Disebabkan fenomena itu, satu kumpulan arkeologi dan pakar sejarahwan memberanikan diri memasuki hutan itu, cuba mencari rahsia yang tersembunyi di dalam hutan penuh misteri.
Kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli itu, telah berada di dalam hutan itu sudah hampir dua hari. Mereka memasuki hutan tanpa panduan dan hanya mengikut cahaya aura yang berada di dalam hutan.
"Ah! Penatnya. Kita berehatlah sekejap," kata Merry lalu terus duduk di atas tanah sambil melunjurkan kakinya ke depan.
"Kita jalan beberapa meter lagi. Nanti kita berhenti dan pacak khemah untuk bermalam dekat depan sana," pujuk si lelaki bernama Hugo selaku ketua kumpulan itu.
Merry mengeluh kepenatan.
"Bertahan dulu, Merry." kata rakannya, Wade, memujuk si wanita.
Merry menghulurkan tangannya dan Wade segera menarik perempuan itu berdiri semula.
Mereka meneruskan perjalanan buat beberapa ketika.
Ternyata nasib berpihak kepada mereka. Mereka akhirnya menemui apa yang dicari.
Di depan mata kini berdirinya sebuah istana yang masih teguh berdiri. Dinding istana dipenuhi dengan lumut dan pokok menjalar.
"Wow. Besarnya istana ni." Luciel mengeluarkan kamera dan menangkap gambar istana itu.
"Seram la istana ni," kata Grace sambil menggosok lengannya yang sudah tegak bulu romanya.
Hugo mengangguk setuju dengan kenyataan rakan kumpulannya itu. Dia dapat merasakan satu aura yang kuat datang dari dalam istana itu.
"Dari sini ke cahaya tu muncul?" tanya Joel, salah seorang dari mereka dengan rasa tertarik.
"Tempat ni nampak lama sangat. Mesti banyak rahsia yang tersembunyi dalam ni."
Semua mengangguk setuju.
Dari seni bina saja, mereka dapat menganggar usia istana yang kemungkinan sudah beratus tahun lamanya.
"Kita nak masuk dalam ke macam mana ni?" Hugo bertanya sambil memandang ahli kumpulannya.
Belum sempat mereka membuat keputusan, hujan tiba-tiba turun dengan lebat diiringi dengan kilat dan guruh.
Mereka semua terus berlari masuk ke dalam istana tanpa berfikir panjang.
"Gila! Tiba-tiba je hujan lebat macam ni." Inaz merungut.
"Macam mana ni Hugo?"
Hugo memandang sekelilingnya yang gelap.
"Kita terpaksa bermalam dekat sini dulu nampaknya. Dalam keadaan gelap macam ni, tak mungkin kita dapat teruskan pencarian kita," kata Hugo.
Semua mengangguk setuju.
Mereka akhirnya membuat unggun api di kawasan itu dan menyediakan tempat tidur masing-masing.
Dum! Dum!
Pancaran kilat dan dentuman guruh yang kuat kedengaran sangat menakutkan. Ia kedengaran seperti ngauman raksasa yang mampu menggegarkan tanah.
"Ah! Seramnya hujan ni," kata Lace sambil menekup telinganya dengan erat.
Belle yang duduk disebelah Lace, memeluk erat rakan kumpulannya itu.
"Kita akan ambil giliran berjaga. Aku, Blair dengan Belle akan berjaga dalam 4 ke 5 jam dan kita akan tukar giliran lepas tu." Cadang Hugo dan dipersetujui oleh Blair dan Belle.
Mereka yang lain terus berbaring untuk berehat. Disebabkan hujan, suasana terasa sangat sejuk dan kabus nipis dapat kelihatan.
Belle berdiri dan kembali duduk di sebelah abangnya, Blair.
"Sejuk?" Blair bertanya setelah melihat tubuh kecil adiknya menggigil sedikit.
Belle mengangguk sambil menggosok kedua-dua belah tangannya.
Blair menyelimutkan Belle dan dirinya. Dia menggenggam erat tangan adiknya itu untuk berkongsi haba.
"Hugo, agak-agak kau, ni tempat apa?" Blair bertanya kepada si ketua kumpulan.
"Aku pun tak tahu. Istana macam ni terlalu besar dan ia mustahil dibina oleh elf mahupun pari-pari memandangkan dua jenis mahkluk tu cuma buat rumah dekat pokok," kata Hugo, memberikan pandangannya.
Blair mengangguk setuju.
"Seni bina istana ni nampak macam binaan manusia. Pernah ada manusia ke yang tinggal dekat hutan ni agaknya?" Kali ini, Belle pula yang bertanya apa yang ada di dalam fikirannya.
Hugo dan Blair diam tidak menjawab. Mereka pun tidak tahu jawapan kepada soalan itu.
Suasana kembali senyap.
Wade tiba-tiba bangun dari pembaringannya. Wajahnya berkerut dan masam.
"Kau kenapa?" Blair bertanya.
"Aku tak boleh tidur. Aku rasa tak senang duduk dan tak sedap hati dengan istana ni." Kali ini, Wade pula yang menyuarakan apa yang bermain di dalam fikirannya.
Tiga rakannya yang lain tidak mampu berkata apa memandangkan mereka turut berkongsi rasa yang sama.
"Kita nak tengok kawasan ni ke esok pagi?" Wade bertanya kepada Hugo.
"Boleh juga. Mana tahu kita akan dapat maklumat berkenaan istana ni dan siapa penghuninya."
Wade mengangguk faham. Lagipula, memang itu tujuan mereka masuk ke hutan larangan itu. Untuk mengkaji dan melakukan penyelidikan.
"Tapi, selalunya istana lama macam ni akan ada perangkap."
Tiga lelaki itu terus memandang pada Belle.
Mereka kemudiannya tertunduk dan mengeluh.
Ada benarnya kata Belle itu, memandangkan istana itu adalah istana lama dan mungkin menyimpan seribu satu rahsia dan sejarah yang lama di dalamnya.
Malam itu, perbualan mereka terhenti begitu saja.
*****
Keesokan paginya, mereka semua bersiap untuk melihat suasana istana tinggal itu.
Mereka semua bergerak secara berpasangan.
Merry bersama Hugo naik ke tingkat teratas.
Belle dan Blair akan mencari laluan rahsia yang mungkin ada di dalam kawasan itu.
Lace, Wade Grace dan Joel melihat bangunan sebelah dan akhir sekali, Inaz dan Luciel pula melihat di kawasan luar istana.
*****
Hugo dan Merry's POV
"Tingkat ni banyak bilik. Kita nak tengok satu persatu ke?" Merry bertanya tika mereka tiba di tingkat itu.
"Nampaknya macam tu la. Jom."
Mereka masuk satu persatu bilik yang berada di tingkat itu. Kebanyakkan bilik yang ada di tingkat itu adalah bilik tidur.
Tetapi apa yang menghairankan adalah, keadaan setiap bilik yang ada di aras itu.
Semua perabot di dalam mana-mana bilik yang mereka masuki kelihatan dalam keadaan yang sangat elok. Cumanya ia agak berhabuk. Bukan itu saja, jika ada buku di dalam bilik itu, buku itu juga kelihatan masih elok. Langsung tiada kesan koyak mahupun kesan rosak.
"Kau rasa semua ni dilindung magik ke? Semuanya nampak dalam keadaan elok." tanya Merry yang sedang menyelak sebuah buku yang tertulis dengan bahasa yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
"Rasanya." balas Hugo singkat. Dia sendiri pun tertanya-tanya sendiri.
"Buku-buku dekat sini gunakan bahasa dan tulisan yang pelik."
Kata-kata Merry itu menarik perhatian Hugo.
Hugo segera menghampiri Merry dan melihat buku yang berada di tangan wanita itu.
Ternyata Hugo sendiri pun tidak pernah melihat tulisan itu.
"Apa kata kita suruh Belle terjemahkan? Mana tahu dia boleh baca tulisan ni." cadang Merry.
Hugo mengangguk setuju memandangkan Belle sangat dikenali dengan kebolehannya yang mampu menterjemahkan pelbagai bahasa dan tulisan.
"Jom kita ke tingkat bawah pula." Hugo mengajak setelah memastikan yang mereka telah masuk ke dalam semua bilik yang berada di tingkat itu.
Merry mengangguk setuju. Buku yang dipegangnya itu dimasukkan ke dalam beg untuk ditunjukkan kepada Belle nanti.
Mereka berdua berlalu pergi.
Dalam pada itu, satu susuk muncul dan mengekori dalam diam.
*****
Luciel dan Inaz's POV
Luciel dan Inaz diarahkan untuk melihat-lihat keadaan di bahagian luar istana.
"Wah, pagi-pagi baru nampak bertapa luasnya kawasan istana ni," kata Inaz dengan rasa terujanya.
Mereka berajalan di laman istana.
Sementara Inaz mengelilingi kawasan laman itu dengan rasa terujanya, Luciel pula memerhatikan sekeliling. Dia merasakan ada sesuatu yang pelik pada pandangannya.
"Inaz." Luciel memanggil.
Inaz segera menoleh dan Luciel melambai tangannya, menyuruh Inaz untuk datang kepadanya.
Inaz akur.
"Kenapa?" Inaz bertanya dengan riak hairan.
"Kau perasan sesuatu tak?"
Inaz memandang sekeliling dan ternyata dia langsung tidak tahu apa yang Luciel maksudkan.
"Tak. Kenapa?"
"Kawasan ni terlalu bersih. Kawasan lantai mungkin dipenuhi dengan daun gugur, tapi pokok-pokok yang ada dekat kawasan ni semuanya kemas," kata Luciel.
Inaz terus memandang sekelilingnya dan baru perasan apa yang dimaksudkan oleh Luciel.
Betul kata Luciel itu. Semua pokok yang ada dikawasan itu kelihatan sangat kemas. Bentuknya masih kekal seperti masih dijaga.
Rasa teruja Inaz tadi terus menghilang dan digantikan dengan rasa seram.
"Nak tengok kawasan taman?" Luciel bertanya.
"Boleh juga."
Mereka berlalu ke kawasan taman.
Seperti yang diduga, kawasan taman juga kelihatan sangat kemas seperti dijaga elok. Bunga-bunga dikawasan itu berkembang dengan mekar dan kelihatan sangat cantik.
"Okey, ini menakutkan. Jom kita masuk dan beritahu yang lain."
Luciel mengangguk setuju.
Mereka segera berlalu masuk untuk mendapatkan rakan-rakan yang lain.
Dalam pada itu, mereka diekori oleh satu susuk serba hitam.
*****
Joel, Wade, Grace dan Lace POV
Mereka berempat diarahkan untuk melihat-lihat bangunan yang bersambung dengan istana.
Ternyata, bangunan itu adalah ruang kerja memandangkan semua bilik yang ada dilengkapi dengan perabot-perabot seperti meja, kerusi, rak buku dan sebagainya.
Joel dan Lace memasuki sebuah makmal yang kelihatan seperti makmal kajian.
Di dalam makmal itu dilengkapi dengan pelbagai alat radas yang tersusun elok di atas meja dan di dalam almari.
Bukan itu saja, terdapat juga beberapa balang yang mana di dalamnya tersimpan makhluk yang diawet tersusun di dalam sebuah almari besar.
Namun, makhluk yang berada di dalam balang itu langsung tidak pernah dilihat dan rupanya sangat aneh dan menyeramkan.
"Ah, aku rasa sejuk ni. Tengok bulu roma aku!" kata Lace sambil menggosok lengannya.
"Pelik. Semua benda dekat dalam ni masih elok. Tak ada satu pun yang pecah," kata Joel sambil meneliti satu persatu radas yang berada di atas meja.
"Tempat ni misteri betul."
Sementara itu, Grace dan Wade pula memasuki sebuah perpustakaan.
"Ini cuma khayalan aku ke apa?"
"Kenapa tu?" Wade bertanya pada Grace.
"Perpustakaan ni cerah."
Mereka berdua melihat sekeliling, mencari punca cahaya yang menerangi perpustakaan itu.
Punca cahaya langsung tidak ditemui dan mereka mengambil keputusan untuk melihat buku-buku yang ada pula.
"Ah! Bahasa apa ni? Satu apa pun tak faham."
Ternyata, Wade dan Grace juga langsung tidak faham dengan bahasa yang digunakan di dalam buku itu.
"Tengok ni, Grace." Wade menunjukkan sebuah buku yang dilihatnya.
"Makhluk apa ni? Seramnya rupa dia." Grace terkejut melihat gambaran makhluk pelik yang ditunjukkan.
"Dalam ni semua ada gambaran makhluk yang pelik-pelik. Dan aku yakin apa yang tertulis di dalam ni mesti maklumat tentang semua ni," kata Wade sambil menyelak satu demi satu muka surat yang ada.
"Ah! Dah jangan tunjukkan gambar tu dekat aku! Semuanya menyeramkan." Grace menolak buku itu menjauh darinya.
Gambaran makhluk itu memang pelik dan menakutkan jika dilihat dengan lama.
Sesiapa yang tidak kuat melihatnya, pasti akan dihantui dengan gambaran makluk-makhluk itu.
"Aku akan bawa buku ni untuk tunjukkan dekat yang lain." cadang Wade.
"Belle mungkin boleh terjemahkan buku tu."
Wade mengangguk.
Setelah melihat-lihat suasana di situ, keempat-empat mereka berlalu ke tempat berkumpul.
Dalam diam, dua susuk serba hitam mengekori mereka berempat.
*****
Setelah beberapa jam melihat kawasan sekeliling, mereka semua berkumpul di tempat mereka berehat malam tadi.
"Jadi, macam mana?" Hugo bertanya sambil memandang ahli kumpulannya yang lain.
"Tempat ni pelik." Lace berkata laju.
"Betul tu. Semua benda dekat kawasan ni nampak elok dan terjaga," kata Luciel.
"Betul. Kawasan taman nampak elok sangat. Bunga-bunga dekat sana macam terjangan sangat," kata Inaz pula lalu menunjukkan sekuntum bunga yang sempat dipetiknya sebelum mereka berkumpul.
"Aku dengan Grace jumpa ni." Wade menunjukkan buku yang ditemuinya dan membukanya
"Ergh! Makluk apa semua ni." Merry berkata dengan jijik.
"Bahasa dan tulisan ni sama dengan buku yang aku dengan Merry jumpa." Hugo berkata dan mengarahkan Merry untuk menujukkan buku yang ditemui mereka.
Ternyata, bahasa dan tulisan yang ada pada kedua-dua buku itu adalah benda yang sama.
"Oh, ya! Mana Blair dengan Belle?" Lace bertanya kepada semua.
Tika itu, barulah mereka perasan yang dua beradik itu tidak ada bersama mereka.
"Maaf kami lambat." Blair dan Belle muncul.
"Ada jumpa apa-apa ke?" Hugo bertanya.
Blair dan Belle berpandangan sesama sendiri.
"Kami jumpa sesuatu, tapi kami tak boleh dekat dengan kawasan tu memandangkan aku rasa tempat tu dipenuhi dengan perangkap." Blair berkata.
"Tak apa, kita akan pergi tengok sekejap lagi. Belle, kami nak minta tolong kau terjemahkan buku ni kalau kau boleh." Hugo menunjukkan buku yang dipegangnya kepada Belle.
"Bahasa apa ni?" Belle berkerut dahi melihat bahasa pelik itu.
"Kau tak boleh terjemah ke?" Hugo bertanya.
"Sekejap aku cuba."
Belle memfokuskan pandangannya pada tulisan di muka depan buku itu.
Mata Belle tiba-tiba bercahaya dan di sekeliling anak matanya dikelilingi dengan pelbagai huruf yang terdiri daripada pelbagai bahasa.
"Hmm. 'Shadow's Descendant'. Tu apa yang tertulis pada muka depan buku ni," kata Belle sambil melihat-lihat isi buku itu.
"Shadow? Bukan ke tu nama puak yang dah lama pupus tu?" tanya Luciel kepada semua.
"Buku ni menceritkan susur galur keturunan Shadow. Tapi, nama setiap pewaris langsung tak dinyatakan. Kalau ada pun, ia dah dihitamkan." Belle menunjukkan kesan hitam yang menutupi beberapa perkataan yang ada di dalam buku itu.
"Kesan hitam ni macam sengaja dibuat. Ada yang cuba sembunyikan kewujudan mereka ke?" Hugo berkata selepas dia menggosokkan jarinya pada kesan hitam yang ada.
"Macam mana dengan buku ni pula?" Wade menghulurkan buku yang dibawanya.
"Pandora Creatures."
Belle membuka buku itu.
"Makhluk apa ni?!" Belle dan Blair terkejut melihat rupa makhluk yang ada di dalam buku itu. Berkerut dahi mereka melihat gambaran itu.
"Apa maksud pandora?" Inaz bertanya.
"Hmm. Kalau tak silap aku, ia macam sebuah kotak yang tersimpan banyak benda," kata Blair.
"Kotak?"
Blair mengangguk.
"Makluk-makhluk dalam ni semuanya berbahaya. Kalau betullah semua makhluk ni ada di dalam Pandora, ia akan membawa kemusnahan kalau dibuka," kata Belle dengan nada serius.
Semua berpandangan sesama sendiri.
"Tapi, wujud ke benda macam tu?"
"Mungkin ada. Kalau tak, macam mana semua ni boleh dinyatakan dalam buku macam ni dengan sangat teliti."
"Maksudnyakan, kotak ni mesti dimilik oleh salah seorang dari keturunan Shadow, kan?"
"Ada apa dengan puak ni sebenarnya?"
Mereka semua diam, cuma menghadam apa yang mereka temui dalam masa sehari itu.
"Apa kata kita tengok tempat yang Blair dengan Belle jumpa? Mana tahu kita jumpa sesuatu ke?" Inaz tiba-tiba bersuara, mematikan suasana diam itu.
Semua mengangguk setuju.
Blair dan Belle mendahului mereka yang lain.
*****
Dua beradik itu membawa rakan-rakannya masuk ke dalam satu hutan kecil yang ada di belakang istana.
Setelah beberapa minit berjalan, mereka akhirnya berhenti di hadapan sebuah pokok yang besar.
"Wow! Pokok apa ni? Besar gila."
Semua terlopong melihat pokok itu.
Pokok itu tidaklah tinggi mana pun. Ia kelihatan besar disebabkan saiz akar dan batang pokoknya yang luar biasa besarnya.
"Dekat sini ada satu laluan masuk." Blair berkata lalu menunjukkan satu pintu masuk yang termbunyi pada satu akar yang besar.
"Tempat apa yang tersembunyi dekat tempat macam ni?"
Mereka memasuki ruang rahsia itu.
"Ah! Tangga!" Merry suda merungut apabila melihat anak tangga menurun ke bawah.
Mereka semua bergerak menuruni anak tangga yang banyak itu.
Setelah beberapa minit kemudian, mereka akhirnya tiba di tempat yang dikatakan oleh Blair.
"Pintu apa ni? Besar gila." Luciel mendekati pintu yang kelihatan seperti diperbuat daripada batu.
"Kami tak tahu macam mana nak buka pintu ni. Tapi, aku dapat rasakan beberapa perangkap yang mungkin ada dekat dalam," kata Blair yang sememangnya mahir dalam hal yang melibatkan perangkap.
Hugo mendekati pintu itu. Dia memerhatikan reka bentuk pintu yang aneh itu.
Ia dipenuhi dengan pelbagai lakaran aneh dan juga perkataan yang tidak difahami.
"Belle, kau ada cuba baca perkataan dekat sini ke?"
"Tu cuma abjad je."
"Abjad ni ada kena-mengena ke dengan cara untuk buka pintu ni?" Grace turut memerhatikan abjad yang dikatakan itu.
"Ini satu teka-teki ke?"
Semua diam dan berfikir.
Dalam masa yang sama, lima susuk manusia kelihatan bersembunyi di balik kegelapan.
"Wah~ Tak sangka mereka akan sampai ke sini juga," kata seorang perempuan.
"Apa kita nak buat dengan mereka semua? Kita tak boleh biarkan je mereka terus mencerobohi kawasan raja kita." Si lelaki bertanya kepada seorang rakannya yang merupakan ketua kumpulan kecil itu.
"Biarkan mereka masuk. Perkara ni akan menjadi sesuatu yang menarik." Si ketua tersenyum sinis.
Seorang perempuan mengangguk akur.
Dia membuka sebuah grimore miliknya.
Satu bayang hitam keluar dari buku itu dan menyusur menghampiri pintu.
Dengan tiba-tiba, abjad yang ada pada pintu itu begerak dengan sendirinya.
Hugo dan Grace yang terkejut terus berundur menjauhkan diri.
Abjad itu tersusun dan membentuk satu perkataan.
"Shadow." Belle membisik perlahan.
Pintu itu tiba-tiba bergegar dan terbuka dengan sendirinya.
"Apa yang korang dah buat?" Inaz bertanya dengan nada cuak.
"Kami tak buat apa-apa pun," kata Grace yang turut sama cuak melihat situasi itu.
"Kita nak masuk ke?" Joel bertanya kepada Hugo.
Hugo menggeleng.
"Tempat ni berbahaya. Kita kena keluar dari sini sebelum sesuatu yang buruk terjadi." Hugo membuat kata putus demi keselamatan semua.
Semua setuju dengan keputusan itu.
"Ha~ jangan pergi dulu. Keseronokkan baru nak bermula."
Mata Lace tiba-tiba berubah menjadi hitam. Wanita itu berlari masuk melepasi pintu yang terbuka luas itu.
"Lace!" Luciel tidak sempat menarik tangan si wanita.
"Apa kita nak buat ni?" Luciel bertanya dengan riak cemas.
Dalam situasi itu, mereka terpaksa masuk ke dalam dan mendapatkan Lace semula.
Semua berlari masuk ke dalam.
"Hihihi."
Pintu terus tertutup dengan sendirinya.
*****
⚠️WARNING! Blood and gore trigger⚠️
Suasana yang gelap tiba-tiba diterangi dengan cahaya obor yang tiba-tiba menyala dengan sendirinya.
Mereka mencari kelibat Lace, namun kelibat wanita itu langsung tidak kelihatan.
"Ergh, tempat apa ni?"
Di bahagian kiri dan kanan laluan terdapat beberapa patung pahlawan yang diperbuat daripada batu, berdiri dengan megah. Saiz mereka juga sangatlah besar dan tinggi. Setiap patung juga memegang beberapa jenis senjata yang berlainan.
Mereka meneruskan perjalanan.
"Blair, kau kata dekat sini ada perangkap, bukan?" Wade bertanya untuk kepastian.
"Ya, dekat sini memang ada perangkap, tapi aku dapat rasakan yang semua perangkap dah dinyahaktifkan," kata Blair yang turut berasa hairan apabila tiada satu perangkap pun yang aktif.
Mereka meneruskan perjalan sehinggalah mereka menemui Lace yang sedang duduk melutut di hadapan sebuah gerbang.
"Lace!" Inaz menjerit nama wanita itu, namun dia langsung tidak bergerak dari tempatnya.
Mereka semua menghampiri Lace.
"Lace, kau tak apa-apa ke?" Hugo menyentuh bahu Lace.
Lace tiba-tiba rebah.
"Argh!"
Semua terkejut melihat keadaan Lace yang berada di depan mata mereka itu.
Wanita itu sudah tidak bernyawa. Keadaan tubuhnya pula kering dan yang tinggal hanyalah kulit yang menyeliputi tulangnya.
Tanpa berfikir panjang, mereka terus terburu-buru mahu meninggalkan tempat itu.
"Dah nak pergi? Kita tak sempat berkenalan lagi, bukan?" Suara seorang perempuan kedengaran bergema di dalam ruang itu.
Lima susuk berjubah hitam muncul.
Salah seorang dari mereka menghampiri mayat Lace. Dia membuka grimore dan jasad Lace terus disedut masuk ke dalam buku itu.
"Selamat datang." Pemilik grimore itu berkata dengan suara yang perlahan, menyambut kedatangan kumpulan penceroboh itu.
"Apa maksud semua ni?" Hugo memberanikan diri untuk bertanya.
"Kami hanya jalankan tugas sebagi penjaga tempat ni. Kau dan rakan-rakan kau yang menerobohi istana raja kami." Si ketua kumpulan berkata.
Si ketua melangkah beberapa tapak.
"Kami hanya melindungi tempat kami dari manusia seperti kalian semua." Lelaki itu membuka penutup kepalanya.
Lelaki itu menggerakkan tangannya dan secara tiba-tiba, 9 orang muda itu terus melutut dengan sendirinya dan mereka sendiri terkejut dengan tindakan mereka itu
Tubuh mereka kini di bawah kawalan si lelaki yang tidak dikenali itu.
"Apa semua ni? Lepaskan kami!" Hugo terus bersuara, berani cuba melawan musuh yang tidak dikenali itu.
"Ferran." Seorang lelaki selaku pengikut lelaki bernama Ferran itu memanggil.
Ferran memandang orang bawahannya.
"Kita tak perlu buang masa dengan mereka semua ni. Ada perkara yang leih penting daripada mereka." Lelaki itu berkata.
Ferran memandang semula ke arah 9 orang penceroboh itu.
"Jangan risau, kita akan selesaikan perkara ni hari ni juga."
9 orang pemuda itu mula menggigil ketakutan apabila memikirkan kebarangkalian yang mereka tidak mungkin akan dibiarkan hidup.
Ferran menghampiri Belle. Dia mencangkung di hadapan wanita itu.
Wajah Belle dicengkam dan dia menolehkan wajah wanita itu, untuk meniliknya.
"Apa yang cuba lakukan? Jangan sentuh adik aku!" Blair bersuara.
"Vesper, aku mahukan perempuan ni dan juga abang dia." Ferran berkata dengan pandangan matanya tepat pada Belle.
Lelaki yang bercakap dengan Ferran sebentar tadi mengangguk akur.
Dia menghampiri Blair terlebih dahulu.
Vesper mengcangkung di depan Blair. Dia kemudianya meletakkan tangan kanananya di atas kepala Blair meskipun lelaki itu cuba mengelak daripada sentuhan Vesper.
Vesper dan Blair saling berbalas pandangan dan secara tiba-tiba Blair rebah tidak sedarkan diri.
Ferran berdiri dan menghampiri salah seorang orang bawahannya.
"Sage, mereka kelihatan sangat tertarik dengan makhluk di dalam Pandora. Apa kata kau tunjukkan ia kepada mereka?" Cadang Ferran.
"Betul ke ni?" Sage bertanya dengan nada teruja.
Ferran mengangguk.
"Hahahaha!" Sage bertepuk tangan dengan gembiranya.
"Mari keluar dari sini," arah Ferran.
Semua akur dan keluar dari situ, meninggalkan Sage dan 7 orang pemuda yang lain di dalam ruang itu.
"Memadangkan korang semua sangat tertarik dan nak tahu tentang Pandora, aku akan tunjukkanya pada korang pada hari ni. Angap je ni sebagai satu penghormatan buat kali terakhir dalam hidup korang." Sage berkata, masih dengan nada terujanya.
Wanita bertubuh kecil itu mengeluarkan sebuah kotak kecil dari dalam poket jubahnya.
Kotak kecil berwarna hitam itu kemudiannya diletakkan di atas lantai.
Kotak yang tadinya kecil seperti kotak cincin, kini membesar sebesar almari.
"Mari aku perkenalkan, makhluk kesukaan aku!"
Setelah Sage berkata sebeitu, tiba-tiba muncul beberapa mata di setiap sisi kotak itu dan anak matanya berputar-putar dengan laju. Darah merah keluar dari mata itu dengan banyak.
Penutup kotak terbuka secara perlahan.
Satu demi satu tangan keluar dari dalam kotak dan ia memegang erat pada tepi kotak itu.
Dari tengah kotak, keluar satu pokok gergasi yang dalam keadaan kuncup. Ia berdiri dengan tegak.
Beberapa ketika kemudian, dia mula menunjukan rupanya yang sebenar dengan membuka lima kelopaknya.
Pada setiap kelopak terdapat gigi-gigi kecil yang kelihatan sangat tajam. Tidak cukup dengan itu, ia juga menghasilkan sejenis cecair dari kelopaknya dan apabila cecair itu jatuh ke lantai, bunyi 'hiss' kedengaran.
Mereka yang melihat keadaan itu sudah diselebungi dengan rasa takut yang sukar digambarkan.
Makhluk yang berada di dalam mata mereka kelihatan lebih menggerunkan dan mengerikan dari apa yang dilihat mereka di dalam buku tadi.
"Selamat menjamu selera, kesayangan ku!"
Tangan-tangan yang banyak tadi terus mensasarkan Hugo sebagai mangsanya yang pertama. Ia mencangkam tubuh Hugo dengan kemas.
"Argh! Lepaskan aku!"
Tidak sempat Hugo menjerit lagi, tubuhnya telah dicarik-carik oleh tangan-tangan itu.
Cebisan tubuh dan daging Hugo yang telah dicarik, kemudiannya dimakan oleh bahagian kelopak tadi.
Darah lelaki itu habis membasahi kawasan itu.
Semua yang menyaksikan kejadian itu sudah menangis dan menjerit seperti orang hilang akal.
Tidak cukup dengan itu, makhluk aneh itu menangkap mangsanya yang kedua pula, iaitu Merry.
"Tak! Jangan! Jangan! ARGH!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top