Chapter 1~|The Wind of Disaster|

3 tahun kemudian

Jam 0245

Seorang lelaki kelihatan keluar dari sebuah bar dalam keadaan mabuk. Dia berjalan terhuyung-hayang tanpa bantuan sesiapa.

"Hahahaha." Lelaki itu tertawa sendiri seperti orang tidak waras.

Beberapa orang pejalan kaki yang melintasinya akan segera mengelak daripada bertembung dengan si lelaki mabuk itu.

Ada juga antara mereka yang memandang si lelaki dengan pandangan jijik.

Si lelaki terus berjalan tanpa mengendahkan pandangan orang terhadapnya. Dia kemudiannya masuk ke dalam sebuah lorong yang gelap. Di situ, dia memuntahkan segala isi perutnya.

Setelah penat memuntahkan semuanya, lelaki itu kemudiannya terduduk dan bersandar pada dinding bangunan di situ.

Kepalanya terasa sangat sakit dan matanya tidak mampu untuk dibuka luas.

Sedang si lelaki dalam keadaan mamai, dia tiba-tiba terdengar derap kaki menghampirinya.

Mata yang hampir tertutup, dibuka semula untuk melihat gerangan manusia yang menghampirinya.

Seorang wanita berdiri di depan si lelaki dan memandang tepat ke arahnya.

"Hehe. Hai, si cantik." Lelaki itu berusaha untuk berdiri di depan si wanita.

Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk menyentuh si wanita tidak dikenalinya itu.

"Tsk! Manusia menjijikkan." Usai berkata seperti itu, tiba-tiba si lelaki memuntahkan sejumlah darah yang sangat banyak. Seluruh rongga badannya mengeluarkan darah

"Argh!" Lelaki itu memeluk tubuhnya. Tubuhnya berasa sangat sakit seperti disiat hidup-hidup. Dalamannya terasa seperti dihancur-hancurkan.

Lelaki itu kembali terduduk di tempatnya tadi dalam keadaan berlumuran darah. 

"Pengorbanan kau ini adalah satu penghormatan demi kesejahteraan 'tuanku'. Hidup Raja Shadow."

Darah terpercik keluar dari badan lelaki itu dan akhirnya si lelaki mati dalam keadaan yang sangat ngeri.

Wanita tadi terus berlalu meninggalkan tempat kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mayat lelaki tadi dibiarkan saja ditempat kejadian.

*****

Derap kaki seorang lelaki laju menuju ke sebuah pejabat. Lelaki itu kelihatan sangat tergesa-gesa hinggakan dia langsung tidak menghiraukan sapaan semua orang yang bertembung dengannya.

Dia berhenti di hadapan sebuah bilik. Pintu bilik itu diketuk dengan kuat.

"Masuk!"

Pintu dibuka.

"Tuanku!"

Arean yang sedang menulis laporan, terus mengangkat kepala dan memandang tepat ke arah Marcus yang memanggilnya dengan nada yang kuat.

"Ada apa, Marcus? Kenapa nampak tergesa-gesa?" Arean bertanya dengan kerutan di dahi.

Penasihatnya itu kelihatan sangat cemas dan sepertinya ada sesuatu yang berlaku dan perlu dilaporkan dengan segera.

Marcus menghampiri Arean. 

"Maaf atas sikap biadap saya, tuanku."

Arean menggeleng. Dia langsung tidak kisah jika Marcus bersikap begitu. Lagipula, lelaki itu sudah dianggap seperti keluarga sendiri. 

"Ini adalah laporan kejadian yang berlaku di bandar malam tadi."

Marcus meletakkan sebuah laporan berserta dengan beberapa keping gambar yang sangat mengerikan bagi sesiapa saja yang melihatnya.

"Jam 10 pagi tadi, pihak polis mendapat laporan berkenaan kematian seorang lelaki di sebuah lorong. Mangsa ditemui setelah pemilik bangunan mengatakan terdapat satu bau busuk di kawasan tersebut."

Arean meneliti laporan yang baru diberikan oleh Marcus itu. Dia turut melihat gambar-gambar yang ada.

"Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti pada awalnya kerana keadaannya menyukarkan pihak polis untuk mengenal pasti identitinya."

Arean melihat gambar keadaan mangsa.

Mayat lelaki itu tersandar pada dinding bangunan. Keadaan tubuhnya kering dan kecut seperti langsung tidak berdarah. Bukan itu saja, terdapat juga lingkaran merah seperti akar menjalar pada dinding bangunans serta lantai tempat lelaki itu berada.

"Selepas siasatan, identiti mangsa berjaya dikenal pasti. Nama mangsa Tristan Mellow. Berusia 35 tahun dan merupakan seorang pekerja di sebuah restoran berhampiran."

"Ada saksi?"

Marcus menggeleng.

"Mangsa dikatakan pulang kerja pada jam 12 malam dan pergi ke sebuah bar dan keluar dari situ pada jam 2 pagi."

Arean mendengar dengan tekun. Dari pemerhatiannya, dia dapat meneka bahawa pembunuhan itu dilakukan dengan sengaja dan melihat dari keadaan mangsa, Arean juga tahu bahawa ini adalah kerja seseorang yang berkuasa.

"Mangsa dekat mana sekarang?"

Marcus tiba-tiba mengeluh.

Arean memandang Marcus kehairanan.

"Pihak medik cuba membawa jasad mangsa ke hospital untuk bedah siasat. Tapi, ada sesuatu yang menghalang kerja mereka untuk bawa mangsa dari situ."

Arean menjongket kening mendengar kata-kata itu.

"Tubuh mangsa tak dapat dipisahkan dari bangunan tersebut."

"Tak dapat dipisahkan?"

"Ya, tuanku. Akar menjalar pada tubuh dan kawasan tersebut membuatkan lelaki itu tak boleh dibawa pergi. Bukan itu saja, kami mendapati yang akar itu adalah darah milik mangsa sendiri."

Arean terdiam seribu bahasa.

Kes yang dilaporkan kepadanya itu bukanlah satu kes yang mudah. Arean yakin kejadian ini ada campur tangan orang luar.

"Macam mana dengan rakaman litar tertutup di kawasan tu?"

Marcus menggeleng.

"Dari rakaman yang kami perolah, kami mendapati yang mangsa berseorang dari awal sampai dirinya ditemui mati. Tetapi, dari rakaman juga, dia nampak seperti sedang berbual dengan seseorang sebelum tubuhnya tiba-tiba mengeluarkan darah."

Arean memandang Marcus.

"Boleh kita ke sana?" Arean bertanya untuk melihat sendiri tempat kejadian.

Marcus mengangguk.

"Jam 2 nanti kita akan ke sana."

"Baiklah, tuanku."

Marcus berlalu keluar dari pejabat Arean.

Arean memandang laporan tadi sambil menongkat kepala.

Lelaki itu berfikir, sejak dia memerintah kerajaan itu, beberapa siri kejadian yang tidak dapat diselesaikan berlaku di kawasan kerajaan.

Bermula dari kehilangan misteri para sejarahwan yang merupakan pelajar tajaan pak ciknya, Iezrin, kematian semua penduduk kampung yang tidak jauh dari pusat bandar utama, dan kejadian yang baru diketahuinya ini.

Arean tahu, ada sesuatu yang tidak kena dan firasatnya kuat mengatakan bahawa semua kejadian yang berlaku itu berkait antara satu sama lain. Kemungkinan juga, ia dilakukan oleh kelompok orang yang sama. 

Semua kejadian yang dilaporkan kepadanya menemui jalan buntu kerana langsung tiada sebarang bukti ditemui di tempat kejadian, mahupun saksi yang hidup.

"Haih." Arean mengeluh. Dia kebuntuan dan tiba-tiba berasa rindu kepada si ibu yang sudah lama tiada.

Arean tiba-tiba berdiri dan berlalu keluar dari pejabatnya.

Langkah laju diatur ke satu kawasan.

Arean menuju ke kawasan taman kecil yang menjadi tempat semadinya Iezzi, Iezrin dan Raziel.

Lelaki itu menghmapiri kubur Iezzi dan duduk di depannya.

"Mama, Arean buntu." Arean mengadu.

Sejak kematian Iezzi dan ditinggalkan Alexa, Arean berasa hidupnya sangat sunyi. Dia merindui masa lalunya, semasa mereka bertiga selalu bersama.

Arean duduk di situ untuk beberapa ketika.

*****

Kerajaan Autumn

Tok!Tok!

Aydan yang sibuk menyemak kertas laporan menyahut ketukan itu dengan menyuruh orang di luar untuk masuk.

"Hai, Aydan."

Aydan terus mengangkat kepala, memandang redup ke arah wanita dicintainya.

"Hai, Alexa."

Alexa masuk ke dalam pejabat Aydan sambil menolak troli makanan yang disediakan oleh tukang masak.

Kebetulan semasa Alexa hendak mengetuk pintu, seorang pembantu istana datang sambil menolak troli makanan. Setalah mengenal pasti bahawa makanan itu adalah untuk suaminya, Alexa mengambil keputusan untuk membawa makanan itu masuk ke dalam bersamanya.

"Sibuk sangat ke?" Alexa duduk di sofa.

"Boleh tahan sibuk jugak la," jawab Aydan tanpa memandang Alexa.

Alexa berdiri. Dia menghampiri Aydan dan berdiri di belakang suaminya.

Bahu Aydan diurut lembut.

Aydan menyandarkan tubuhnya dengan tenang dan hanya menikmati urutan lembut dari isterinya itu.

"Awak tak ada dekat meja makan tadi. Sebab tu saya datang ke sini untuk pastikan awak dah makan atau belum." Alexa berkata lembut. Dia berasa risau melihat kesibukkan Aydan kerana lelaki itu pasti akan lupa tentang waktu makan dan tidurnya sendiri jika tidak dipantau.

"Saya belum makan lagi. Tak rasa lapar pun."

"Kalau sibuk dengan kerja tu, jangan cakapkan lapar, mengantuk pun tak awak tu."

Alexa mengambil pinggan makanan yang disediakan untuk Aydan.

Makanan di atas pinggan itu disudukan dan disuakan pada Aydan.

Aydan tersenyum melihat tingkah isterinya.

Alexa menyuap Aydan makan. Jika dibiarkan makan sendiri, lelaki itu pasti akan makan sedikit saja dan langsung tidak menentuh makanan-makananya yang lain.

Setelah Aydan selesai makan, seorang pemabantu istana mengemas troli makanan dan membawanya keluar.

Alexa masih berada di dalam pejabat Aydan.

"Ada apa-apa yang awak nak cakapkan ke, Alexa?" Aydan bertanya apabila melihat isterinya masih berada di sisinya.

"Saya nak minta kebenaran awak."

"Kebenaran dari saya? Awak nak ke mana?" Aydan memandang Alexa.

"Saya nak balik ke Kerajaan Shadow. Saya nak melawat Arean sekajap."

Aydan diam sejenak.

Lelaki itu akui, sejak dari perkahwinan mereka, beberapa kali saja Alexa balik ke kerajaan asalnya untuk melawat abang kembarnya. Masa Alexa lebih banyak dihabiskan untuk berkhidmat sebagai permaisuri Kerajaan Autumn yang diperintah oleh Aydan sendiri.

"Berapa lama tu?"

Alexa diam seperti sedang membuat kira-kira.

"Dua minggu?" Alexa memandang Aydan dengan riak penuh mengharap.

Melihat riak wajah Alexa, Aydan akhirnya akur. 

"Baiklah. Dua minggu."

"Terima kasih!" Alexa memeluk erat suaminya dengan rasa sangat gembira. Dia gembira dan teruja untuk pulang berjumpa dengan abang kembarnya.

Dalam pada itu, Alexa langsung tidak mengetahui ada sesuatu yang buruk bakal terjadi di Kerajaan Shadow.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top