♬ Prolog ♪

~Prolog~
____________________________________

"IBU!!"

"Pergi! Tinggalkan ibu! Selamatkan dirimu!"

"Tapi ibu-"

"Kita harus segera keluar dari sini! Api semakin marak!"

"Tak nak! Ibu!"

"P-Pergilah, nak. Ibu akan sentiasa memerhatikanmu.."

BRAKK!

"IBUUU!!!"

___________________________________

Halilintar terbangun dari tidurnya. Mata beriris ruby-nya memandang kosong ke hadapan. Nafasnya pula memburu. Seluruh badannya bergetar dan peluh mengalir pada wajah serta tangannya. Tangan yang kini dingin perlahan-lahan di bawakan ke wajahnya, menyeka air mata yang membekas di pipinya.

'Mimpi tu lagi...'

Kedua tangannya mencengkam kuat selimutnya. Tangannya kemudian dilingkarkan pada lututnya, memeluk diri sendiri. Kepalanya ditundukkan ke dalam lututnya.

'Ibu.. Hali rindu ibu..'

Tik.. Tik.. Tik..

Sunyi melanda bilik bersuasana merah itu, hanya bunyi jam loceng yang terletak di meja kecil bersebelahan dengan katilnya dan esakan kecil sahaja yang dapat didengar.

"Hiks.. Ni semua salah aku.."

Tik.. Tik..

DONG! DONG!!

"WOY BANGUN PEMALAS! BUATKAN SARAPAN UNTUK AKU DAN AYAH!!"

DONG! DONG! DONG!!

Halilintar tersentak mendengar pukulan pada pintu dan suara yang kuat dari luar biliknya. Tangannya cepat-cepat menyeka air mata yang -sekali lagi- mengalir di pipinya.

Dia segera membuka pintu, tidak mahu melengahkan masa. Kerana dia tahu, kesabaran ayah mahupun abang tirinya itu sangat nipis.

Creeakkk...

Kini, Halilintar sedang berhadapan dengan abang tirinya, Rayyan.

"A-Abang.. Apa yang kau nak..?" Suaranya tergagap. Dia berasa amat canggung apabila berhadapan dengan abang dan ayah tirinya.

Abang tirinya -Rayyan- melipat tangannya di depan dada dengan muka sombong. Dia memandang tajam ke arah Halilintar yang lebih pendek beberapa sentimeter darinya.  Senyum sinis terpapar pada wajahnya.

"Heh, lemah. Kau nangis eh? Kau ni lelaki ke perempuan hah?!"

Halilintar hanya menundukkan kepalanya, tidak berani membalas tatapan sang abang. Tangannya dikepalkan menjadi penumbuk, bibirnya pula diketapkan.

"Woy, aku cakap dengan kau, bukannya dengan dinding atau tiang. Kau ni takde telinga ke apa hah?"

Mendengar bidasan tersebut, Halilintar terus mendongakkan kepalanya. Dia membalas tatapan Rayyan dengan sengit tanpa berkata apa-apa.

"Apa? Nak fight ngan aku? Heh, lupakan je la niat kau tu. Buang masa aku je layan orang macam kau. Lagipun kau sendiri pun tahu orang lemah macam kau ni takkan boleh menang."

Halilintar sekali lagi menundukkan kepalanya. Ya, dia tahu. Orang sepertinya memang lemah. Walaupun dia menangis air mata darah sekalipun, dia tetap tidak akan menjadi kuat. Beban yang diterimanya setelah peninggalan arwah ibunya sangat berat. Dia sudah tidak sanggup menerima layanan buruk daripada keluarga tirinya. Dia sudah muak!

Hatinya hancur, bagai kaca terhempas ke batu selepas mengetahui bahawa ibunya akan bernikah dengan lelaki lain. Ayah kandungnya meninggal dunia akibat penyakit yang sangat kronik. Ibunya ingin menikah lain kerana menurutnya, Halilintar perlu dibesarkan dengan kasih sayang daripada ibu bapa. Tetapi hatinya berkata lain, dia tidak ingin ayah baru, dia tidak pernah terfikir untuk meminta pengganti ayah kandungnya. Hatinya masih terguris setelah ayah kandung satu-satunya meninggalkannya bersama ibunya untuk selama-lamanya.

"Sekarang..."

Mata Halilintar sedikit melebar selepas mendengar suara orang di hadapannya. Sebuah tangan memegang dagunya, kemudian kepalanya didongakkan secara paksa. Iris merahnya bertemu iris berwarna hazel yang tajam.

"Aku nak kau buatkan sarapan. Pastikan makanan tu sedap dan tak beracun. Hari ni hari yang penting bagiku. Kalau aku sakit perut sebab makan makanan yang kau buat, nahas kau aku kerjakan."

"...." Halilintar tidak membalas.

"Hoi kau dengar tak?!"

Halilintar melihat Rayyan dengan tajam, kemudian menepis tangan yang masih memegang dagunya dengan kasar. Dia lantas berjalan menuju ke tingkat bawah, menuju dapur, meninggalkan abang tirinya yang menatapnya dengan senyum sinis.

Semasa berada di dapur, Halilintar tidak henti-henti menghela nafas panjang. Dia sudah tidak larat melayan karenah ayah serta abang tirinya.

Dia dijadikan pembantu rumah oleh mereka, hanya kerana dia pandai mengurus hal-hal yang lelaki tidak tahu, misalnya memasak dan mengemas rumah. Setiap hari, dia yang akan membuatkan sarapan untuk keluarganya tirinya, mengemas rumah, mencuci baju serta hal-hal lainnya. Halilintar tidak pernah mengingkari semua perintah yang diberikan kepadanya, kerana dia tahu, dia akan berada dalam masalah yang besar dan mendapat hukuman yang berat.

"Haih.. Tuhan, kuatkanlah semangatku.."

____________________________________

.

..

...

♬ End of Prolog ♪

...

..

.

____________________________________

A/N:

Hi korang~~ Hehe, cerita baru. Lagi. Haih, banyak betul idea yang masuk dalam otak ni -,-

Cerita ni terinspirasi dari lagu yang bertajuk Impossible yang dinyanyikan oleh Manafest ^^ Agak sadis jugak la cerita ni..

Bagi korang yang tak suka tu, blah dari cerita ni la eh? Mungkin cerita ni bukan 'taste' korang -_-||

Bagi yang suka tu pulak, jangan lupa vote, comment and kasi support tau xD Tapi kalau tak nak tu, takpe saya pasrah je :(  *lari masuk bilik*









Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top