♬ Plan ♪

~Plan~
____________________________________

"Hali.. nangis..?" Thorn yang sedang merebut air kotak dengan Fang, terus menghentikan perebutan itu. Dia memandang Gempa dan Solar yang menundukkan kepala mereka.

"Ala.. Jangan risau la. Mungkin dia ngantuk sangat. Tak tido malam la tu." Fang berkata. Dia menghabiskan air kotak berperisa carrot susu. Pemuda berambut ungu itu lantas bangun dari duduknya, menuju ke tong sampah terdekat lalu membuang air kotak yang sudah kosong itu.

"Mana kau ta-" Ucapan Ice terpotong oleh bunyi loceng, menandakan bahawa waktu rehat kedua sudah tamat.

"Ok la geng, aku ke kelas ah." Fang terus berjalan menuju ke kelasnya, meninggalkan keenam-enam sahabatnya.

"Woy! Tunggulah!" Ice lantas menyamai langkahnya dengan Fang. Kedua-dua murid itu berjalan hingga lenyap dari pandangan kawan mereka yang lain.

Solar juga menghabiskan minumannya, kemudian dia membuang air kotak beserta plastik roti ke dalam tong sampah, diikuti Gempa. Bunyi sesuatu menghentikan pergerakan Gempa, dia dan Solar berpaling ke arah Taufan, Blaze dan Thorn dengan sebelah kening terangkat.

"Bunyi apa tu?" Soal Solar. Tanda tanya memenuhi kepalanya.

Yang dipandang hanya mempamerkan senyuman mereka, "Sorry. Tu bunyi perut aku." Thorn menjawab seraya menggaru kepalanya.

"Perut kitorang pun." Balas Taufan dan Blaze serentak, menyebabkan Solar menghela nafas panjang sambil menggelengkan kepalanya. Ketiga sahabatnya ini memang serupa, seperti ada ikatan yang kuat antara satu sama lain.

"Korang lapar? Loceng dah bunyi kot." Kata Gempa, "Dah takde masa untuk korang makan, so, balik ke kelas."

Mereka menghela nafas pasrah setelah ucapan tersebut meluncur keluar daripada mulut Gempa.

Gempa sangat terkenal di kalangan murid-murid dan para guru. Dia merupakan salah satu daripada pengawas yang berkaliber. Sifat tegas dan bertanggungjawabnya menjadikan dia sebagai ketua pengawas dan pelajar contoh yang berdedikasi. Disebalik sifatnya yang tegas, Gempa sangat prihatin terhadap rakan-rakannya.

"Duh.. Ok. Jomlah geng. Kelas kita lepas ni Math kan? Kalau lambat masuk kelas, mesti kena buat ikrar macam dulu." Blaze bangun daripada duduknya dengan pergerakan malas, diikuti Taufan dan Thorn.

Gempa dan Solar hanya memerhatikan sahabat mereka yang happy-go-lucky itu dengan pandangan hairan, kemudian kedua-dua mereka menjongketkan bahu, tidak peduli.

"Jom ah. Kita lepas ni Bahasa Inggeris." Solar berjalan mendahului Gempa. Gempa hanya mengikuti jejak kawan berkacamatanya, menuju ke Kelas 5 Sains Tulen.

__

"Hali! Hali! Bangun sayang!!"

"Ada orang lagi tak kat dalam!?"

"TOLONG!!"

"Puan! Puan tidak apa-apa!?"

"Cepat! Selamatkan anak saya!"

"Tapi puan-"

"Selamatkan anak saya dulu!"

"Baiklah!"

"Hng..? Ibu..? Eh? Ibu!"

__

"Hali!"

Halilintar membuka kedua matanya. Air mata mengaburi penglihatannya.

'Ck, mimpi ngeri tu lagi.'

"Hali."

Halilintar lantas berpaling, menatap Solar yang melihatnya dengan wajah yang sukar ditafsir. Air mata yang mengalir lupa dikesatnya.

"Hali, kau.. Nangis ke?"

Sebaik sahaja pertanyaan itu keluar daripada mulut Gempa, terasa seperti kenyataan menamparnya. Tangannya dengan cepat menyeka air mata yang membekas di pipinya.

Gempa dan Solar saling bertukar pandang. Mereka tahu, ada sesuatu yang disembunyikan Halilintar. Tetapi Halilintar tidak mahu menceritakan pada mereka.

Gempa mengambil tempatnya, iaitu di sebelah kanan Halilintar. Sebelah kanannya pula Solar. Solar mengambil sehelai kertas, kemudian menulis sesuatu di atasnya, lantas dia memberikan kertas tersebut kepada Gempa.

"Jumpa aku kat rooftop lepas balik sekolah. Dan jangan lupa ajak diorang sekali. Aku nak cakap sesuatu."

Tanpa bertanya siapa 'diorang', Gempa sudah tahu. Siapa yang tidak kenal Taufan, Blaze, Ice, Thorn dan Fang? Mereka sangat terkenal di sekolah. Kumpulan mereka digelar Seven Elemental oleh para murid perempuan kerana nama mereka yang berunsurkan elemen. Entah satu kebetulan atau bukan. Fang pula sangat terkenal dengan sifatnya yang cool.

Gempa membalas surat itu, lalu diberikan pada Solar.

"Ok. Aku pun nak bincang sesuatu dengan kau dan yang lain. Pasal Hali."

Kedua-dua sahabat itu kemudian mengalihkan pandangan mereka pada Halilintar. Halilintar hanya menongkat dagu dan merenung ke luar jendela. Pandangan mata merah yang dulunya terpancar dengan kilatan gembira, sekarang hanya terlihat kosong, penuh dengan kehampaan dan kesedihan.

Memang inilah selalu yang dilakukan Halilintar apabila berada di dalam kelas. Tetapi apa yang menghairankan, tiada seorang guru pun yang memarahinya atau sekadar menegurnya. Malah semakin menghairankan, guru-guru yang mengajar mereka itu sendiri melihat Halilintar yang berada dalam keadaan seperti itu.

Kelas itu mulai terdengar bising dengan suara penghuni-penghuninya, semakin ramai murid yang mengisi tempat duduk mereka. Maklumlah, sekarang masa rehat sudah tamat. Ada yang berbual dengan kumpulan mereka, ada juga yang sedang membuat ulangkaji.

Kemudian bunyi suara-suara itu terus lenyap selepas sang guru perempuan yang jelita menapakkan kakinya ke dalam kelas.
Mereka belajar seperti biasa, mendengar satu per satu perkataan yang keluar daripada mulut Guru Bahasa Inggeris bernama Norizah itu. Tetapi tidak untuk seorang murid yang duduk di penjuru kelas sebelah jendela. Telinganya bagai sudah tuli, tidak mendengar apa pun. Matanya melirik beberapa ekor burung yang terbang di langit terbentang luas.

'Aku pun.. ingin jadi macam burung. Bebas ke mana saja yang dimahunya...'

Masa berlalu begitu sahaja, Halilintar tidak berpaling daripada jendela, untuk sekadar melihat guru pun tidak. Matanya seperti melekat pada pandangan di luar jendela itu, menyebabkan Gempa dan Solar semakin khuatir dengan keadaannya, tetapi Halilintar sendiri tidak sedar yang dia sedang diperhatikan oleh kawan-kawannya.

__

Loceng berbunyi, menandakan bahawa waktu pulang sudah tiba. Para murid berpusu-pusu keluar dari kelas menuju ke pintu pagar sekolah.

"Hali, sekarang ni dah balik. Kau tak nak balik ke?" Gempa bertanya pada Halilintar.

Kini Halilintar sedang merehatkan kepalanya dia atas meja, di dalam tangannya. Akhirnya dia membuka suara, "Takpe. Korang baliklah dulu. Aku pening."

Solar menghela nafas berat, dia tahu. Ini hanyalah salah satu daripada tektik Halilintar untuk tidak ikut dia pulang ke rumah. Ya. Sudah beberapa tahun mereka berkawan, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang tahu di mana rumah Halilintar, bahkan saudara Halilintar juga mereka tidak pernah tahu akan kewujudan mereka. Halilintar seorang pemuda yang misteri.

Setiap kali waktu pulang sekolah, Halilintar akan membohongi mereka. Alasannya sama ada pening/sakit kepala, sakit perut, harus bantu Guru, dan banyak lagi dengan sebuah senyuman. Tetapi Solar tidak akan terpedaya dengan senyum itu. Senyum yang selama ini ditujukan kepada mereka, bukan senyum orang yang gembira dan tulus dari hati. Semua senyum Halilintar hanyalah palsu, senyum kesedihan. Matanya pula menyembunyikan suatu rahsia yang boleh menyebabkan sesiapa yang melihatnya tenggelam dalam beribu persoalan.

Solar membuka mulutnya, ingin berkata sesuatu, tetapi Gempa secara tiba-tiba menepuk bahunya, menyebabkan empunya bahu mengalihkan kepala ke belakang. Gempa menggelengkan kepalanya ke Solar. Disebalik sifat swag dan cool Solar, si kacamata itu pun sebenarnya sangat peduli pada kawan-kawannya, lebih-lebih lagi kawan terdekat. Gempa tahu, Solar ingin bertanya tentang rahsia yang disembunyikan Halilintar. Tetapi sekarang bukanlah masa yang sesuai, sebab itulah dia menghentikan Solar.

"Takpelah Hali. Kitorang nak gi ke kelas diorang semua dulu. Jangan kau tertidur kat sini pulak ea? Oklah, jom Solar."

Dengan itu, Gempa menarik lengan Solar, menjauh daripada kelas 5 Sains Tulen.

Solar melepaskan tangan Gempa yang menggenggam lengannya, "Ish.. Asal kau hentikan aku tadi!? Aku nak tanya kenapa di-"

"Bukan masa yang tepat Solar."

Mulut Solar terus ditutup selepas mendengar nada tegas dalam suara Gempa. Raut wajah Gempa sangat serius, membuatnya kaku.

"Kau tak boleh tanya dia dengan soalan direct macam tu. Aku tahu apa yang kau fikir, dan aku tahu apa yang kau rasa Solar. Sebab aku pun rasa apa yang dirasakan kau. Bukan aku je, mungkin kawan kita yang lain jugak. Tapi kita tak boleh terjah dia dengan soalan macam tu. Beri dia masa dulu."

Bahu Solar kembali ditepuk, kali ini dengan usapan beserta senyum lembut dari Gempa. Tanpa sedar, senyuman tipis turut merekah di bibirnya, "Ok.. Jom ke kelas diorang." Solar melangkahkan kakinya, diikuti Gempa di belakangnya.

"And thanks dah kasi advise kat aku. Kalau tak disebabkan kau, mungkin aku dah terjah dia dengan beribu soalan." Kata Solar lagi, membuatkan Gempa tersenyum, "Alah.. Takpe. Kita kawan. Sekarang, jom. Aku ada plan untuk kita."

Ucapan Gempa menghentikan langkah Solar, dia mengalihkan badannya supaya menghadap Gempa, "Plan?"

Gempa mengangguk, "Kalau nak tau, jom kumpul geng kita dulu, baru aku bagitahu."

Mereka mula mencari geng mereka yang lain, kemudian berkumpul di atas rooftop seperti yang Solar cadangkan. Mereka berbincang, membuat plan, dan sebagainya..

__

Beberapa minit selepas Gempa dan Solar meninggalkannya, Halilintar terus mengangkat kepalanya dari meja.

'Diorang dah pergi ke?' Desis hati kecilnya.

'Ah, sudahlah.'

Tangannya mencapai tali begnya, kemudian menggalas beg itu di sebelah bahunya. Dia mulai bangkit dari kerusi, lantas meninggalkan kelas tersebut, menuju ke tempat parking motosikal. Setiap hari ke sekolah, dia akan memarkirkan motornya di sana.

Motosikal yang dinaiikinya sehingga sekarang adalah hadiah yang diberikan oleh ayah tirinya. Sewaktu ayah tirinya masih baik. Ya. Halilintar perlu mengingatkan dirinya tentang itu.

Dengan nafas panjang, Halilintar memakai topi keledar hitam-merahnya, kemudian menunggang motosikalnya yang berwarna senada dengan topi keledarnya.

Halilintar menunggang dengan kecepatan sedang, sehinggalah pada lampu isyarat yang menunjukkan lampu merah, dia berhenti. Secara mengejut, sebuah motosikal lalu di sebelahnya dengan laju, membuatnya terkejut dengan kecepatan itu. Sebelah keningnya terangkat.

"Hah! Itulah orangnya!"

Halilintar tersentak, lantas dia mengalihkan kepalanya ke belakang. Terlihat seorang wanita setengah abad menunjuk dirinya.

"Dialah orang yang mencuri beg tangan saya!"

'Hah? Apa yang..?'

Fikiran Halilintar terus dipotong oleh dua orang lelaki 30-an yang mendekatinya.

"Sila ikut kami ke balai dengan segera."

Salah seorang daripada lelaki itu berkata. Seorang lagi menggari tangan kirinya, membuat mata ruby-nya membesar dek terkejut dengan perkara yang berlaku dengan mendadak ini.

____________________________________

.

..

...

TO BE CONTINUED

...

..

.

____________________________________

A/N: Nooo!! Hali dah ditangkap! Apa yang terjad!? Hali kena masuk penjara ke!?

Ahahaha! Tunggu jawapan di next part~











Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top