Sakit akan Dosa?
Sakit. Cukuplah, aku rasa sudah terlampau banyak kali aku tulis perkataan 'sakit'. Hakikatnya, aku bukannya faham pun apa itu sakit. Benarkah? Hah, bodoh kalau kau percaya. Mustahil bagi aku kalau ada yang datang kepadaku dan mengatakan dia tak tahu bagaimanakah rasanya sakit. Sedangkan bayi pun tahu melalak bila ada yang pukul dia kuat. Jelaslah yang dia sudah faham yang dia sedang sakit. Tapi yang dia tak faham kenapa dan bagaimana. Apa aku merepek ni? Aku pun tak tahu. Abaikan saja lah. Pelik. Aku terfikir, kenapa sesorang lelaki itu mahukan perempuan dalam kehidupan dia walhal dia sedia maklum yang bila perempuan itu berada dibawah tanggungjawab dia maka dia akan menanggung dosa perempuan itu sekali? Kalau dia tahu yang perempuan ini kelak hanya akan menambahkan dosa dia saja, kenapa dia masih mahukan perempuan dalam hidup dia? Sebab itukah anak perempuan di zaman jahiliah akan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan, sebab anak itu hanya akan menambahkan dosa kepada bapanya? Hahaha. Wahai lelaki, untuk apa kau perlukan 'penambah dosa' ni dalam hidup kau? Dan bila kau sepertinya tak senang dengan keberadaan dia di dalam rumah kau. “Duduk sini buat tambah dosa kepada aku, dah lah dalam rumah ni dah banyak dosa. Buat tambah dosa aku saja,” Apa kau fikir sebenarnya? Memang lah salah aku tu ada, tapi oleh kerana dosa aku tu, kau fikir aku berhak terima kata-kata macam ni daripada kau? Benarlah, sungguh sadis jadi seorang aku.
-8/6/20, 2:42 am.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top