Bab 9 ( Bahagian 2)- FINAL FREE READ
SEBAIK keluar dari pintu besar perpustakaan, langkah Ally jadi mati. Dia menunduk tengok kaki sendiri, nafas lelah dia hembus.
Udara dia sedut sebanyak mungkin. Entahlah Ally nak kena rasa apa sekarang. Nak marah ada. Nak gelak pun ada. Nak menangis pun ada juga.
Dia lihat ke langit yang selalunya biru tapi tidak hari ini. Mendung, dengan rintik halus air jatuh ke bumi. Gelak kecil terlepas. Ahah! Just great.
Alam pun tak nak pujuk hati Ally. Nak keluar macam mana kalau hujan?
"Someone needs an umbrella?"
Ally toleh ke sebelah. Bibir dia jadi terkunci.
"Nak ke tak nak?"
"Apa you buat dekat sini?"
Soalan berbalas dengan soalan. Mata Ally tajam merenung wajah itu. Wajah yang dah dihiasi dengan senyum nakal sebaik dia mengajukan soalan klise.
"I rasa you dah boleh kot berhenti tanya soalan macam tu dekat I." TZ buka payung bagi kembang kemudian dia hulurkan semula kepada Ally. "We are a big family of this university and faculty, after all."
Mata Ally berselang-seli memaandang TZ dengan payung kuning itu. "You dah habis kerja, kan?"
TZ tunjuk jam di tangan dia. "Dah, pukul 5.30. Kenapa?"
"Wanna cup of coffee?"
* * *
"NAH." Ally meletak secawan kopi panas di atas meja betul-betul depan TZ. Tidak sedar sepasang mata itu asyik melirik melihat dia sejak tadi.
"Where is yours?"
Ally tidak segera duduk. Dia tanggalkan beg dan letak di tepi kerusi, baru dia duduk. "Apa?" Keningnya naik sebelah seiring dengan soalan.
"Coffee."
"Ni, I dah ada air ni." Ally tunjuk segelas air berwarna merah yang dia beli tadi.
"Tu bukan kopi." Entah kenapa, TZ nampak seperti tidak berpuas hati.
"Lepas tu? Apa salahnya kalau bukan kopi?"
"You cakap you nak ajak I minum kopi, tapi right now you minum benda lain."
"Just enjoy your drink, sir," kata dia sambil dia menyedut minumannya. Sekeliling kedai kopi mewah ini dia pandang. Tak ramai sangat orang. Mungkin sebab di luar hujan.
"Why?" Cuma sepatah itu perkataan keluar daripada mulut TZ berjaya membuatkan tumpuan Ally kembali kepada pensyarah muda itu. Sebelah tangannya santai menongkat dagu.
"Apa yang why?"
"You ajak I keluar. Tak takut pula orang nampak kita berdua macam ni?"
"Tak boleh ke? Takut girlfriend you marah? Ke you dah kahwin, sir?" Ally bijak menyusun kata.
"Kalau I cakap ya?"
Ally terhenti menyedut. "Betullah you dah ada girlfriend? Ke dah kahwin?"
"Helo, muka I cukup handsome okey untuk ada girlfriend atau isteri." TZ selamba puji diri sendiri hingga Ally spontan mencebikkan bibirnya.
"Selalu kalau jenis puji diri sendiri ni yang single." Ally tayang senyum sebelum airnya disedut.
TZ buat muka jengkel lima saat. "Menyesal I bagi markah dekat you tinggi-tinggi. Kalau tahu tadi, I potong siap-siap."
Satu senyum sinis menghiasi bibir itu di sebalik gelas. "Potonglah, TZ. I don't even bother."
Lelaki itu terkejut mendengar jawapan Ally. Suara Ally perlahan sahaja kedengaran menerobos corong telinganya. TZ ingatkan Ally mahu marah. Paling tidak pun rasa terancam. Tapi reaksi dia yang ini, langsung TZ tak jangka.
Ally macam... berserah. Putus asa?
TZ dapat rasa, ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis tinggi lampai ini. Lihatlah wajah itu, seperti ada sesuatu yang tidak terluah. "Are you okay?"
Bibirnya Ally kemam dan ditarik hingga melebar membentuk senyum yang nampak payah untuk diukirkan. "No, I'm not. Not okay at all." Dia sudah menyandar di sofa.
"Nak share? Orang kata I ni a good listener." TZ sengaja buat ayat membangga diri untuk buatkan suasana mereka tidak begitu serius dan... dia berjaya apabila Ally sudah tergelak kecil.
"So?" Tidak putus asa TZ untuk tahu apa yang sedang bermain di fikiran gadis itu.
Diam. Ally cuma pandang TZ. Cuba meneliti wajah itu dan membuat perkiraan. Perlu atau tidak dia bercerita tentang perasaannya ketika ini. "Bagi tahu I satu sebab kenapa I patut percaya dekat you?"
"Really? You perlukan sebab lagi, kenapa?"
"Kita tak boleh percaya orang sembarangan."
"I saved you that night, and you are here with me again, safe and sound. Cukup?"
Ally mengangguk. Cukup.
"Kenapa you macam ni? I mean, apa jadi? You dah dapat kan markah kuiz dengan test. Markah you tinggi kot. No, the highest. What with that face?"
"I patut happylah, kan?" Ally bertanya sinis.
TZ rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan nada Ally tetapi dia angguk juga lambat-lambat.
Ally diam lagi tanpa sebarang suara, memerhati wajah kacak itu dari jarak yang dekat. Dia cuba mentafsirkan apa yang lelaki itu sedang fikirkan tentangnya. Mesti TZ ingat Ally gila kerana tidak suka markah tinggi.
"TZ."
"Ya."
"Kenapa you handsome sangat?"
TZ mula tersengih. "Tuhan dah bagi, I terima je."
"See, you and your wittiness..." Ally pula yang menongkat dagu tengok TZ.
"Hei, you kenapa?" TZ mula tidak senang duduk. Ally dah kenapa bagi ayat-ayat seribu maksud macam itu. TZ ada buat salah ke?
"Ada orang cakap, I score sebab I flirt dengan you. Teacher's pet bla bla." Ally perhatikan riak muka lelaki kacak itu yang sudah berkerut kecil.
"Siapa?"
"Someone." Ally menjongketkan bahu.
"Did you?" TZ jongket kening.
"Apa? Flirt dengan you?"
"Yalah."
Ally gelak kuat-kuat. "Memang taklah. Bila pula I pergi mengurat you. Banyak lagi kerja lain boleh buat."
"See?"
"Apa?"
"You sendiri tak tahu bila you jadi pet I, so, why bother? Lantaklah dia orang nak kata apa. You belajar, you dapat." TZ menasihati dengan tenang sebagai orang yang lebih berpengalaman dalam bidang akademik ini. Benda macam ini bukan sesuatu yang baharu. Dulu, masa dia belajar pun, senario seumpana ini sudah wujud.
"Right...," kata Ally sambil mengeluh.
TZ tahu kata-katanya sikit pun tidak singgah di fikiran Ally. "Boleh I nak kongsi sesuatu?"
"Go on."
"You pernah dengar konsep tawakal?"
"Let God?"
TZ angguk sambil senyum. "Biarkan Tuhan buat kerja Dia. Cliché. Usaha, doa, tawakal."
"Sekolah I dulu guna tiga benda tu jadi moto," kata Ally sambil ketawa.
"Kan I dah kata, cliché."
Ally setuju. Yalah itu. Tapi dia tertarik dengan topik perbualan mereka ketika itu. "Sambunglah pasal tawakal tu, TZ."
"Kalau Muslim, dari kecil dah guna konsep ni. Belajar sungguh-sungguh, only then baru boleh cakap tawakal. Maksudnya berserah dekat Tuhan. Macam you did your best, you dah buat semua yang you mampu, lepas tu dah tak payah risau dah tentang yang lain. You serah dekat Tuhan apa yang jadi lepas tu. Kalau buruk, ada hikmah. Kalau baik, bersyukur."
"Okey... faham, tapi apa connection dengan I?" Ally masih samar-samar lagi hendak cerna.
TZ pula yang terdiam sebelum dia gelak. "Yalah, kan? Apa kaitan dengan you?"
Ally tidak dapat sorok rasa lucu yang bertamu di hati. Lah... baru Ally hendak rasa kagum tengok TZ yang nampak sangat berkarisma dalam memberi nasihat. "Sengallah, TZ."
"Kejap, ceritanya yang I nak sampaikan dekat sini, be confident je dengan diri sendiri. Tak payah nak fikir apa orang nak cakap. You dah usaha, dah belajar lepas tu you excelled, cukuplah tu. Tuhan tahu, dah cukup."
Ally tunduk mendengar.
Tuhan tahu, cukup.
Makes sense. Dia membenarkan apa yang TZ kata dalam diam. Sedikit terpujuk hatinya. Diam-diam dia lempar senyum sambil memandang lantai.
TZ lega apabila nampak wajah itu sedikit kendur, tidak setegang tadi.
"Dah? Dah okey dah?" TZ tilik muka Ally.
Ally angguk.
TZ puas hati. "Mission accomplished! Kan I dah kata I ni trusted and a good listener." Kata-kata TZ membuatkan Ally tergelak lagi.
"Kenapa, eh? Kenapa you layan I lain dengan student you yang lain? I tak rasa sebab jumpa I sekali masa I mabuk tu dah bagi you 'tiket' untuk treat me differently." Lama sudah Ally nak tanya tetapi baru kali ini dia mampu luahkan kepada TZ.
"Tak suka ke?"
"TZ, cuba jawab soalan." Ally meleretkan suaranya. Bosan dengan TZ yang akan balikkan setiap soalan dengan soalan.
"Okey, okey. My bad. Cerita dia macam ni. I pun tak tahu kenapa I'm being myself bila I dengan you. Entah rasa macam I kenal you dah lama. I pun sejujurnya bukan jenis peramah sangat dengan stranger, tapi itulah... itulah." TZ kilaskan pandangannya sekali-sekala kepada Ally sambil bercakap.
"Ya ke?"
"Ya... betul. I ni pemalu orangnya."
Tersedak Ally yang tengah sedut air. Pemalu celah mana! "Sudahlah, TZ." Ally bidas TZ keras, langsung tak percaya.
"Tak percaya, sudah."
Memang Ally tidak percaya pun. Pemalu apa kalau setiap ayat ada sahaja unsur membangga diri. Kalau itulah versi TZ yang pemalu, habis kalau tak malu macam mana pula? Ally diam sahaja. Malas hendak layan lelaki itu. TZ pun dah diam. Tenang dia minum kopi panas sebelum Ally bersuara, memecahkan suasana sunyi.
Tetapi kali ini, ada sesuatu yang berlegar dalam kepala Ally membuatkan mulutnya ringan bertanya.
"Sir."
"Ya?"
"Boleh I tanya sesuatu?"
Ally tak pandang TZ tapi dia tahu TZ sedang buat muka pelik. "Apa?"
"Apa rasanya percaya kepada Tuhan?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top