Bab 6
"OKAY, that's all for today and class dismissed." TZ tutup PowerPoint di skrin komputer dan mula mengemas. Semua fail kehadiran dia kumpulkan setempat.
"Thank you, sir," ucap para pelajar sebelum keluar dari dewan melintasi dia.
"You're welcome", balas TZ dengan senyuman. Orang berbudi, kita kena berbahasa. Dia perhatikan sekeliling, dewan sudah sedikit suram apabila lampu bahagian belakang sudah pun ditutup. Tinggal yang depan sahaja belum padam.
Semua orang sudah beredar, kecuali sekumpulan pelajar di barisan paling belakang berjaya mencuri tumpuan TZ.
Automatik senyum dia kulum. TZ galas terlebih dahulu beg di bahu sebelum dia panjat tangga menaiki ke tingkat atas. Dari jauh TZ dah nampak sahabat yang berdua itu sedang kalut mengemas barang-barang mereka.
Bukan dia tak nampak aktiviti mereka bertiga di atas sampai tak sedar kelas dah habis. Dua daripada mereka dari awal kelas sampai habis kerjanya tunduk, lepas tu kejap-kejap senyum, sekali-sekala tergelak. Tak lain tak bukan main telefon.
Yang lagi sorang pula, sepuluh minit pertama dah pejam mata. Cuma TZ je tak tegur.
TZ sedaya upaya sembunyikan senyum apabila dua sahabat itu tak habis-habis pandang ke arahnya dan semakin kuat menggoncang bahu Ally.
"Ally, bangun."
Gilalah, dia boleh tidur dalam kuliah selamba macam tidur dalam bilik? TZ akhirnya sampai di anak tangga terakhir, berdiri betul-betul di tepi kerusi Ally. Mengah dibuatnya. Tinggi bukan main dia orang duduk.
"Boleh I nak kejut dia tak?" TZ senyum pada mereka berdua.
"Ha?" Terus melongo muka Jaja dan Irah.
"Boleh tak I nak kejut kawan you guys ni?" TZ dah mula buat 'signature post' dia. Berdiri sambil bercekak pinggang. Bibir dia muncungkan ke arah Ally yang masih lena dihanyut mimpi.
"Tapi, sir."
"I tak buat apa-apa dekat dia, cuma nak kejutkan dia je. Cemburu tengok dia tidur sepanjang lecture. You all pun sama, seronok nampak gelak-gelak. Tengok apa? Youtube? Ke Netflix?"
Strike!
Jaja tersengih, sementara Irah tayang gigi. Nak telan air liur pun tak boleh. Selamba kena sound depan muka.
"Boleh, boleh, sir. Kejutlah dia. Saya pergi dulu." Jaja tundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat sebelum dia laju turun tangga menuju ke pintu.
"Saya pun pergi dulu, ya. Terima kasih, sir." Giliran Irah mengundur diri. Tinggallah TZ dan Ally sahaja di dalam dewan kuliah yang besar itu.
Mengeluh TZ jadinya tengok Ally.
"Kita jumpa lagi," bisik dia perlahan. Kecilnya dunia. Tak sangka, selepas hampir sebulan daripada peristiwa itu, dia akan berjumpa Ally di sini, di dewan kuliah ini, sebagai anak muridnya pula.
Dia nampak di telinga gadis itu ada tersangkut earphone putih.
"Dahlah tidur, pakai earphone pula, wah..."
Typical back bencher macam inilah.
TZ ambil tempat di kerusi di hadapan Ally. Matanya tidak lepas daripada memandang muka gadis itu yang ditutupi oleh rambutnya sedikit. Memandang Ally membuatkan bibirnya dihiasi senyum tanpa sedar sehingga matanya menjadi sepet.
TZ tak mimpi. Ini benar-benar Ally, gadis yang sama yang dia jumpa terbaring di atas jalan sebulan yang lalu. Masa pertama kali dia perasan Ally duduk di belakang tadi pun TZ sudah terkejut. Tak percaya jodoh mereka sekuat itu.
Kali pertama berjumpa dahulu, mungkin itu kebetulan. Kali kedua seperti ini?
Takdir mungkin?
Lama dia lihat muka lena Ally dari jarak yang dekat. Entah kenapa dia rasa ada sesuatu sedang bersarang di hati. Rasa aneh, tapi tak tahu hendak digambarkan bagaimana. Dia cepat-cepat menggeleng.
TZ kemudian tersedar mengapa apa tujuan asalnya. Tak lain tak bukan untuk mengejutkan puteri beradu di kuliahnya.
"Ally." TZ cuba kejut Ally guna suara tapi nampaknya macam tak berjaya. "Ini spesies apa tau? Kalau Israel nak bom Malaysia, spesies manusia macam dia nilah yang mati dulu," omel TZ sambil tenung Ally.
TZ tilik beg yang berada di kerusi sebelah Ally. Tangannya dipanjangkan untuk capai beg itu. Zip dibuka menyerlahkan isi di dalamnya.
Kosong.
Tiada nota, tiada kertas. Yang ada cuma satu botol kecil gula-gula berangin dan sebotol kecil air mineral. Cuma itu. Lain? Tak ada. Adalah, pen biru sebatang dengan kertas putih yang dah berlipat-lipat.
Masya-Allah.
Gadis ini, luar biasa.
"Seriuslah budak ni masuk lecture benda ni je? Beg sebesar-besar ini ada dua benda ni je?" TZ menggumam kecil. Beg itu dia tutup semula. Tak ada apa pun yang boleh dikagumkan.
Ini pertama kali TZ jumpa pelajar perempuan yang serupa Ally. Kalaulah pelajar perempuan yang lain... kebiasaannya, nota sahaja dah macam pelangi. Sakit mata tengok. Nak highlightlah, glitter penlah, striking penlah.
Ini manusia yang seorang ni, pen ada sebatang sahaja? TZ ambil pen tadi lalu dia cucuk pada bahu Ally.
"Alice, bangun, bangun, bangun!" Dia kuatkan sedikit suaranya untuk mengejut si puteri beradu.
Ally bergerak-gerak sedikit apabila terasa ada sesuatu yang mencucuk badannya. Perlahan, dia bangun. Terpisat-pisat dia jadinya cuba mencerna apa yang berlaku. Dia tengok TZ.
Sesaat.
Dua saat.
Tiga saat.
"Alice?"
Ally pandang ke tepi, kosong. Pandang pula kanan, juga kosong. Dewan sudah tak ada orang lain kecuali mereka berdua. Jaja dan Irah langsung tak nampak bayang.
"Alice?" Ally tanya dalam mamai.
"Ya. You, Alice, kan?"
Lama Ally nak proses. "Alice?" Ally tunjuk dada dia sambil sebut nama yang diucapkan TZ itu.
"Ha."
Geleng.
"Bukan Alice ke?"
Lagi sekali Ally geleng.
"Habis tu apa?"
"Ally."
TZ petik jarinya beberapa kali. Oh ya, baru dia ingat, Ally bukan Alice.
"Yes, yes, Ally, sorry."
Ally dah sedar. Mukanya dia raup. "Apa you buat dekat sini?"
"I pensyarah you."
Ally dah tunjuk muka stern. "Ya, I tahu you pensyarah I, tapi kenapa you dekat sini? Dah habis kelas, kan? Kenapa tak balik lagi?"
"Nak kejut youlah." TZ beri laluan untuk Ally keluar dari lorong kerusi kuliah menuju ke tangga untuk turun. Ally menggeliat kecil menghilangkan lenguh di badan.
"Wow, sweetnya pensyarah baharu ni! Uni bayar you lebih untuk kejut student, eh?" Sarkastik Ally bertanya sambil tunduk untuk membetulkan tali kasutnya yang sudah longgar.
TZ tergelak. "Dan uni bagi you pointer lebih ke kalau tidur masa lecture?"
Ally jadi terhenti mengikat tali kasut mendengar TZ balas soalannya macam tu sekali. Dia mendongak tinggi memandang ke arah TZ.
"Sir, why so savage?"
TZ tak jawab soalan Ally. Dia keluarkan fail kedatangan dari dalam beg. "You kelas apa?"
"Kenapa nak tahu?" Ally jawab soalan dengan soalan. Kini dia sudah berdiri.
"Nama penuh?" TZ tak endahkan Ally.
"Untuk?"
"Cepatlah, nama apa?"
"Alice." Ally tipu nama dia. Mimpi ngeri kalau pensyarah hafal nama pelajar.
"Ally kan? Ally, Ally, Ally... oh, Allyana Daniella Anderson, ni you ke?"
Menyumpah kecil Ally dalam hati. Hish!
TZ tutup fail kedatangan dan tayang senyum tak bersalah. Diam itu dia terima sebagai jawapan. Terhibur dia tengok muka bengang Ally sejurus dia sebut nama penuh gadis comel itu.
"Wow, kenapa dengan muka tu? Ni ke cara you sapa I? I happy tau jumpa you dekat sini."
Ally kuak rambutnya ke belakang dan menyapu mukanya dengan hujung lengan baju. "Sejujurnya, I taklah happy mana jumpa you dekat sini."
"Hei, jujurnya!" TZ sedikit terjerit.
"Yalah, you pensyarah I kot. Kalau jumpa dekat luar tu bolehlah juga I excited. You jangan panggil nama I eh dalam kelas." Ally beri amaran.
TZ mencebik. Mereka turun tangga beriringan. TZ di sebelah kanan, Ally di sebelah kiri. "Tengoklah nanti macam mana...."
"TZ!"
"Correction, Sir TZ."
Ally berhenti berjalan. Dia pusingkan badannya menghadap lelaki itu. Niat asal dia nak membahan TZ, tapi akal dia seperti berhenti bekerja sebentar apabila melihat wajah kacak itu dari dekat.
"Cantiknya." Spontan, perkataan itu terlepas daripada bibir Ally.
"Apa?" Si pensyarah menyoal berani.
"Adab you." Pantas Ally meloloskan dirinya daripada situasi bahaya.
"Oh, Kingsman said; 'Mannersmaketh man'."
Matanya dijulingkan. Ya Tuhan... si jejaka ini memang perasan sungguh. "How old are you, sir?"
"28."
Ally mencongak dalam kepala beza umur dia dan TZ. Enam tahun jurang umur mereka.
"Okey, I panggil you, sir." Mereka dah sampai di pintu dewan. Tangan Ally dah pun di tombol pintu bersedia untuk keluar.
"Sir."
TZ menyahut dengan mengangkat keningnya tinggi. Apa?
"Boleh tak you buat-buat tak kenal I?"
"Sebab?"
"Malas nak cari perhatian. I berani kerat kuku, you nanti ada peminat."
TZ dah kembang kempis hidungnya tahan gelak. "Oh, tu you tak payah risau. I tahu lama dah. Dah biasa dah dikejar-kejar ni."
Ally? Rasa nak muntah. Perasan!
Ally cepat-cepat buka pintu, tapi dia terhenti lagi. Pintu kembali ditutup.
"Sir."
"Apa lagi? Mengaku jelah you happy jumpa I."
Entah kenapa, Ally rasa nak gelak pula dengar TZ lontarkan ayat-ayat berbaur riak dan perasan ni. Tak menyampah, tapi terhibur.
"Tak... bukan. I nak cakap, memandangkan sekarang ni, you dah jadi pensyarah I..."
"Apa?" TZ terlebih dahulu memotong percakapan Ally.
"Be nice to me. Jangan panggil nama I dalam lecture. Jangan kenyit-kenyit mata macam tadi tapi kalau nak test, bagi soalan bocor dekat I. Deal?" Nakal dia tersenyum membuat perjanjian.
TZ juga tersengih nakal sama seperti Ally.
"Tell me a very good reason why should I be nice to you?" Dia ke belakang sedikit agar ada jarak antara dia dan Ally.
"Come on, sir. Humanity is part of the world."
TZ menyeringai.
Humanity?
"Yakinnya. Kelas mana you belajar yang membiarkan pelajar tidur di dalam kelas adalah salah satu cabang kemanusiaan? Humanity my foot. Dulu terbaring dekat atas jalan bolehlah I consider. Ini terbaring dalam kelas I, lena pula tu. Humanity apa?"
Ally buat muka.
Tak sporting langsung! TZ terlebih dahulu menolak daun pintu dan keluar.
"Sir, sir."
TZ berhenti melangkah. "Apa?"
"Just want to let you know, nice to meet you again, TZ." Ally berdiri sambil buat tabik hormat. Sebelah lagi tangan dia seluk ke dalam poket.
Senyum akhirnya terbit juga di bibir TZ. Dia angkat tangan kiri, membalas dengan gaya yang sama.
"Me too."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top