NICK rasa seperti tak mahu meneruskan hidup sekarang ni. Macam-macam perkara sedang bermain dalam kepala dia. Macam mana kalau adiknya yang seorang itu kena culik, lepas tu kena rogol? Paling teruk, kena culik dengan orang sindiket, lepas tu kena jadi pela... laju Nick menggelengkan kepalanya.
Dia cuba membuang segala kemungkinan buruk yang akan terjadi. Ngeri walau hanya sekadar membayangkannya.
Rambut yang dah sedia kusut dia kusutkan lagi. Tapi, persoalan sekarang, dekat mana Nick nak cari Ally?
Puas sudah Nick meronda-ronda kawasan sekitar rumah Ben. Lebuh raya pun Nick sudah pergi. Jejak Ally sedikit pun dia tak dapat kesan.
Matilah Nick kalau jadi apa-apa dekat Ally. Mati dia kena buang keluarga nanti.
"Nick!" Suara tempikan seseorang mematikan kerisauannya yang tak berkesudahan sejak tadi.
Tajam mata dia merenung Si Ben yang sedang berdiri di hadapannya dengan baju yang sudah selekeh sana sini. Juga rambut itu sama sahaja seperti Nick. Serabai tidak bersikat.
Inilah punca kepada masalah besar dia.
"Apa kau nak?" Mendatar nada suara Nick bertanya.
"Nick, nah." Ben hulur sebotol air mineral dengan sekotak piza. "Alas perut."
"Kau ingat aku ada selera ke nak alas-alas perut?" Nick tidak sambut pemberian Ben, juga tidak menolak. Dia biarkan sahaja tangan itu tetap menghulur.
Ben mengeluh. Sumpah, dia rasa bersalah sekarang ni. Kalau nak digambarkan dengan sesuatu, mungkin lebih tinggi daripada Everest.
Lepas sahaja dia dapat tahu Ally hilang, Ben terus hentikan parti dia dan ikut Nick cari Ally sepanjang malam. Ally itu Ben anggap macam adik dia sendiri. Bukan anggap, memang dah jadi adik Benlah.
Cuma pangkat Ben bawah sikit sahaja daripada Nick. Kalau lelaki itu pangkatnya abang sulung, Ben itu abang bongsu.
"Ya, aku tahu kita tak jumpa Ally lagi, tapi makanlah dulu. Lepas makan kita keluar balik sambung cari." Ben letak kotak piza di atas riba Nick dan letakkan botol air mineral ke tangan sahabatnya itu.
Nick mengalah. Rasa bersalah pula tengok Ben yang mukanya jarang tidak ceria itu kini nampak sangat suram. Tahu, Ben turut risau. Bukan salah dia Ally mabuk. Tak ada sesiapa pun yang tahu Ally langsung tak boleh minum. Nick lebih tahu sayang Ben kepada Ally itu setara apa.
Cuma itulah, Nick perlukan seseorang untuk melampiaskan marahnya.
"Kau doalah yang kita jumpa dia. Kalau tidak, Ben..."
Ben telan liur, gerun. "Percaya cakap aku, kita akan jumpa Ally." Ben cuba tenteramkan hati sendiri sebenarnya apabila dia tuturkan ayat itu.
"Kalau tak..."
Tak habis lagi Nick nak bagi amaran, dua pasang mata mereka tertumpu pada skrin telefon Nick yang dah menyala di atas meja. Tertera nombor telefon yang tak dikenali.
Nick campak kotak piza ke tepi dan macam ribut dia menjawab panggilan.
"Helo, siapa ni?"
* * *
"TZ, boleh pinjamkan I telefon you tak? I need to make a call." Cawan kopi diletak ke tepi. Sekarang bukan masanya untuk dia bersantai begini.
TZ hulurkan telefonnya tanpa banyak cakap.
"Terima kasih," ucap Ally penuh sopan lantas dia ambil telefon itu dan pergi sedikit jauh daripada TZ. Dia nak hubungi Nick.
Habislah... mesti Nick tengah tak tentu arah sekarang ini mencari Ally. Dia mendail satu-satunya nombor telefon yang dia hafal selain nombornya sendiri.
Ally menanti dengan penuh debar. Deringan berhenti tanda Nick menjawab panggilan dia.
"Helo, siapa ni?"
"Helo, Nick. Danny ni." Takut-takut Ally menyapa.
"Danny! You dekat mana sekarang ni? I'm freaking out tau tak bila Danny hilang macam tu je. You okey tak? Ada apa-apa jadi tak malam tadi? You dekat mana sekarang ni?"
Nick menyerangnya dengan soalan yang bertubi-tubi sampai Ally langsung tak boleh nak bersuara.
"Nick, Danny okey. Betul-betul okey. Jangan risau." Ally cuba tenangkan abangnya yang jelas sedang menggelabah ketika itu.
"Thank god, Danny okey. I cuma risau sebab you tiba-tiba hilang. Bila call, telefon Danny dekat dalam rumah. Macam-macam dah Nick fikir. Betul ni, tak ada apa-apa jadi dekat Danny?"
"Ya, ya, Danny okey. Sumpah."
Ally dengar abangnya itu lepaskan keluhan besar di seberang sana, lega mungkin.
"Habis tu Danny dekat mana ni?"
"Danny dekat rumah orang ni." Tenang Ally menjawab sambil memandang TZ di dapur, Mata mereka bertentangan.
"Siapa? Lelaki ke perempuan?"
"Lelaki tapi..." Tak habis lagi Ally nak terangkan, Nick dah terlebih dahulu menyampuk.
"Lelaki?!" Jelas pada pendengaran Ally suara garau itu melengking kuat.
"Nick, tak ada apa-apa jadi dekat I, okey? Dia terjumpa I terbaring atas jalan, lepas tu dia bawa I balik rumah dia. Itu je. I'm okay. I swear." Ally dapat bayangkan Nick yang sedang mundar-mandir ketika ini, kebiasaan untuk abangnya itu jika sedang serabut dan kalut.
"Habis tu sekarang you dekat mana? Bagi alamat, Nick datang jemput." Ally dah dengar bunyi enjin kereta dihidupkan di seberang sana tanda Nick dah pun berada di dalam kereta, tinggal nak memandu sahaja.
"Dekat mana?"
Telefon, Ally jauhkan daripada telinganya sedikit. "TZ, rumah you ni dekat mana?"
"Cyberjaya. Tell him I'll text the rest of the address."
Ally sampaikan pesanan TZ, barulah Nick tamatkan panggilan telefon. Hal itu buatkan Ally mengeluh berat. Dia rasa sangat bersalah kerana telah menyusahkan abangnya sampai begitu sekali.
Dia melangkah semula ke dapur dan menyerahkan telefon itu kepada TZ. "Terima kasih," ucap Ally ikhlas atas bantuan yang tak putus dihulurkan kepadanya.
"Okey?" tanya TZ atas dasar prihatin apabila dia lihat kening si gadis seperti hampir mahu bertaut.
"Entahlah." Ally angkat bahu. Dia pun tak tahu nak rasa apa sekarang. Bercampur aduk rasa.
Nak gembira sangat tak boleh. Bersalah sangat pun tak juga sebab bukan salah Ally jadi mabuk dan hilang kawalan. Dia pun tak tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi malam tadi.
"Chill je. Tak ada apa jadi dekat you. Dapat tahu yang itu pun, abang you mesti dah happy." TZ sorongkan sepinggan roti bakar berinti coklat kepada Ally. "Makan."
Ally tak segera menerima, sebaliknya dia lihat sahaja roti itu kosong sebelum mata terarah pula kepada TZ yang sedang duduk bertentangan dengan dia.
"Betul, tapi still I dah menyusahkan abang I. I tak tahu macam mana dia cari I malam tadi. Mesti dia freaking out gila-gila." Entah kenapa Ally rasa selesa sangat-sangat nak mengadu begini dengan TZ, seolah-olah dia dah kenal lama dengan lelaki itu sedangkan mereka berkenalan tak sampai satu jam pun lagi.
Roti bakar itu Ally ambil juga dan dia bawa ke mulutnya. Sedap.
"Mestilah, siapa tak risau adik hilang macam tu je. I pun freaking out bila jumpa you terbaring atas jalan macam tu. I ingat you hantu." TZ beritahu apa yang terdetik dalam hatinya malam tadi.
Ally rasa lucu dengan pengakuan TZ hingga dia tersengih. "Ya ke?"
Angguk.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top