Chapter 8
Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi.
Sementara rumah lain penghuninya masih tertidur pulas dibuai mimpi, tidak bagi penghuni rumah antik ini.
Boboiboy dan Yaya sudah pun bangun untuk pergi beli stock bahan baru untuk kedai kokotiam keluarga mereka.
Mereka tidak mahu menyusahkan Amato dan Tok Mi yang sudah tua.
"Ochobot, bangun. Jom pergi beli stock ais dan tepung jom" Boboiboy mengejut robot kawan baik kesayangannya dengan lembut.
Ochobot yang baru bangun daripada tidurnya, melayang keluar daripada tempat pengecasnya dan terbang separang kepala Boboiboy.
"Ok, jom!"
Sebaik sahaja Boboiboy, Yaya dan Ochobot mahu turun ke tingkat bawah, mereka mendengar ketukkan yang kuat dari pintu rumah mereka.
"ASSALAMUALAIKUM!!! MAMA!!! AYAH!!! TOLONG BUKAK PINTU!!!"
Mereka mendengar suara Adika yang menjerit kuat di sebalik pintu itu.
Kerana risau akan nada suara anak mereka yang kedengaran seperti perlukan bantuan, Boboiboy terus melompat lima anak tangga dan berlari ke arah pintu rumahnya.
Dia terus membuka pintu itu.
Di luar, Adika, Adira, Saloni dan Emery sedang berdiri kepenatan akibat berlari dari pantai terus ke situ sambil masih memegang kempat empat power sphera itu.
Boboiboy terkejut melihat wajah kepenatan budak budak itu.
"Apa dah jad-"
Belum sempat Boboiboy menghabiskan ayatnya, Adika sudah memotongnya.
"Ayah dan Mama kena bantu kami!!!"
Adika menolak power sphera yang berada di tangannya ke badan Boboiboy, seperti menyuruh ayahnya itu mengambil power sphera itu daripadanya.
"Hey hey! Apa dah jadi ni?!" Yaya baru sahaja turun dari tangga dan berjalan ke arah suaminya bersama Ochobot di sisinya.
Tapi, selepas melihat power sphera yang dipegang oleh budak budak itu, Yaya terus memahami situasi itu.
"Apa bising bising ni?!"
Mechabot, Amato dan Tok Mi turut terjaga selepas mendengar jeritan Adika.
Tetapi, mereka turut terdiam selepas melihat budak budak itu juga.
.
.
.
.
Budak budak itu sudah pun menceritakan semua yang berlaku kepada semua orang dewasa dan robot di situ.
Ochobot sedang meng-scan badan budak budak itu dan juga power sphera yang tidak hidup itu.
"Macam mana, Ochobot?" Amato juga sedang risaukan keadaan cucu cucunya itu.
Tok Mi turut hampir pingsan sebentar tadi selepas mendnegar cerita budak budak itu.
"Ok, aku dah siap scan"
Ochobot terbang ke arah yang sedikit lapang dan memunculkan hologram yang penuh dengan data yang dia dapatkan.
"Keempat emlat power sphera itu bernama Wavebot, Stagebot, Liquidbot, dan Plasmabot. Mereka berempat adalah power sphera generasi ke 3"
Ochobot berkata sambil menunjukkan setiap satu gambar power sphera yang dikatakannya.
Keempat empat budak budam itu berpandangan ke arah satu sama lain.
Jadi betullah empat robot itu adalah power sphera.
"Melihat dari keadaan mereka, mereka dah lama terbiar di dalam meteor sampah itu, kemungkinan sudah 500 tahun lamanya. Tenaga mereka dah hampir habis selepas kesemua tahun itu"
Kesemua mereka melihat ke arah keempat power sphera itu.
Mereka memang kelihatan sudah berkarat, warna mereka sudah memudar, dan beberapa kaca permukaan power sphera itu yang pecah.
"Dan nampaknya korang telah terkejutkan mereka semasa korang jumpa mereka, dan mereka tergunakan tenaga terakhir mereka untuk lindungi diri mereka, tetapi malah terberi korang kuasa mereka"
Ochobot kemudian melayang ke arah Saloni.
"Saloni, kuasa kau datang dari Stagebot, iaitu kuasa manipulasi Imaginasi"
Ochobot memancarkan hologram badan Saloni dan kuasanya.
"Dengan kuasa ni, kau mampu buat dan tukar benda sesuai dengan imaginasi kau. Sama ada ianya secara fizikal ataupun tidak. Tetapi hanya ada satu syarat sahaja. Kau tak mampu tukarkannya kepada benda hidup, dan juga tak mampu tukarkan mahluk hidup juga"
Mendengar penjelasan Ochobot, Saloni mula dicahayai oleh keterujaan.
"Fuyooo!!! Aku boleh tukar benda sesuai imajinasi aku?! Cun betul!!! Ada apa apa yang aku boleh tukar tak?!"
Saloni melihat sebuah pensel yang berada di atas meja ruang tamu itu, dan mengambilnya.
Dia pun mencuba untuk menukarnya menjadi sesuatu.
Pensel itu berlahan lahan berubah menjadi pisau mini.
"Wuahahaha!!! Hebatnya!!!" Saloni kelihatan suka dengan kuasanya itu.
"Bukan itu sahaja. Kau boleh beri apa apa sahaja kekuatan kepada benda itu, sesuai kemahuan kau" tambah Ochobot lagi.
"Ya ke?!" Saloni mencuba lagi.
Pisau kecil itu tiba tiba mampu mengeluarkan api daripada bilahnya.
"Perghhh!!! Cun betul!!!" Mata Saloni bersinar dengan keterujaan.
"Kuasa kau bergantung kepada imajinasi kau. Tapi, kau tak boleh tukar benda tu berbeza dari bentuk asalnya" balas Ochobot lagi.
"Hm? Apa maksudnya?" Saloni tidak memahami maksud Ochobot.
"Contohnya lah kau nak tukar batang penyapu. Tapi kau nak tukarnya kepada benda yang melengkung seperti cakera ataupun sabit. Kau juga tak perlu gunakan apa apa medium untuk munculkan sesuatu. Tetapi ianya akan menjadi sedikit sukar dan memakan lebih banyak tenaga. Dan semakin banyak dan diluar akal sihat kuasa kau nak letak pada benda yang kau tukarkan, ianya akan turut menjadi semakin sukar" jelas Ochobot.
Saloni langsung tidak kelihatan kecewa dengan penjelasan Ochobot.
"Ooooo~ tapi baguslah tu kan? Aku cuma tinggal perlu tukarkan benda kepada benda lain je kan? Macam Appa aku!"
Saloni rasa gembira kerana kuasanya hampir mirip dengan ayahnya. Itu sudah cukup untuk buat dirinya gembira.
Ochobot mengangguk.
Saloni masih lagi mengkagumi dan bermain main dengan pisau mini berapi yang dia tukarkan itu.
Tetapi, tiba tiba, Tok Mi muncul di belakangnya, dan berdehem.
"Ehem!"
"Erk?!"
Saloni perlahan lahan melihat ke belakangnya. Tok Mi mengjeling tajam ke arahnya, seperti menyuruhnya untuk menukar semula pensel itu kepada asal.
"Ehehehe....sorry..."
Pisau mini itu pun kembali menjadi pensel normal semula.
Dia kemudian melayang ke arah Emery pula.
"Emery, kuasa kau adalah kuasa manipulasi bunyi" perkara yang sama dimunculkan oleh Ochobot, iaitu hologram badan Emery dan kuasanya.
"Huh? Manipulasi bunyi?" Emery menelengkan kepalanya ke kiri.
"Ya. Kuasa kau berasal dari Wavebot. Tiada data jelas mengenai kuasa ini, tapi yang pastinya, kau mampu memanipulasi bunyi disekitar kau. Sama ada semakin kuat, ataupun semakin perlahan"
Emery mencuba memproses apa yang Ochobot cuba katakan.
"Oh, macam ni ke?"
Emery mengikis kaki meja kayu yang berada di ruang tamu itu.
Tanpa dia sedar, jam kuasanya menyala, bermaksud dia teraktifkan kuasanya tanpa dia sedar.
Bunyi hakisan yang sepatutnya perlahan sahaja itu, tiba tiba menjadi berdesing dengan sangat kuat, menyebabkan telinga seisi penghuni rumah itu sakit, termasuk Emery sendiri juga.
SINGGGHHHHHHGGG!!!
"Erghhh!!!" Adira.
"Bunyi apa ni woi?!" Saloni.
"Tutup kuasa kau woi!!!" Adika.
"Macam mana?! Aku tak tahu!!!" Emery.
Bunyi berdesing itu bertahan cukup lama, sebelum ianya hilang sendiri.
Walaupun bunyi berdesing itu sudah berhenti, telinga mereka semua masih lagi kesakitan.
Selamat Mechabot dan Ochobot robot, jadi mereka tidak terkesan dengan bunyi itu.
"Wahahaha!!! Hebat lah kuasa kau ni Emery!"
Mechabot sebagai troublemaker sejak dini, semestinya kagum melihat kerosakkan fizikal yang kuasa Emery mampu lakukan.
"Macam ni...kau kata hebat?" Selamat telinga Amato sakit, kalau tak, dah lama kena terajang si Mechabot tu.
Ochobot seketika meng-scan jam kuasa Emery.
"Nampaknya kuasa ni memang akan sedikit senang hilang kawalan, jadi kau kena pastikan kau mampu kawal kuasa ni baik baik. Kalau tak, jadi macam tadi"
Emery hanya mampu menangis dalam hati mendengar penjelasan Ochobot.
"Kenapa tak cakap dari awal?" Emery akhirnya melepaskan telinganya, walaupun masih ada sisa berdesing.
"Manalah aku tahu kau nak buat benda macam tu" Ochobot memasang muka menyampah ke arah Emery.
"Yelah, sorry" Emery meminta maaf, walaupun kedengaran tidak ikhlas.
"Selain daripada menguatkan bunyi, kau guna boleh gunakan gelombang bunyi sebagai senjata kau"
Ochobot menunjukkan simulasi demo gerakkan gelombang bunyi itu.
Simulasi itu menunjukkan tembakkan gegelung gelombang bunyi yang keluar daripada tangannya seperti laser.
Emery kelihatan tertarik dengan gerakkan itu.
"Ohhhh. Tu boleh jadi berguna jugak" Emery tidak mencuba untuk melakukan gerakkan itu kerana dia tahu mereka msish lagi di dalam rumah.
Karang tak pasal pasal kena ganti rugi dinding romah orang pecah nanti.
Ochobot kemudian terbang ke arah Adira pula, dan mengeluarkan hologram yang sama.
"Adira, kuasa kau adalah kuasa manipulasi cecair, berasal dari Liquidbot" Ochobot.
"Wuuuu! Manipulasi cecair?! Macam kuasa Air ayah ke?!" Adira menunjukkan jari telunjuknya ke arah Boboiboy.
"Lebih kurang begitu, kerana medium kepada kuasa kau adalah benda bersifat cecair, bukan sekadar air biasa sahaja"
Boboiboy turut tertarik dengan apa yang Ochobot katakan itu.
"Ianya boleh jadi macam macam benda, tak kisah lah air ke, lumpur ke, asid ke, mercury ke, sekiranya ianya dalam bentuk cecair, kau mampu mengawalnya"
Mata Adira terus sahaja bersinar dengan keterujaan bila dia mendengar itu.
"Wuahahaha!!! Biar betul?! Asid pun aku boleh kawal?!"
Selagi benda itu memiliki ciri ciri cecair, yang korang tahu lah macam mana kan, kuasa Adira mampu lakukannya.
"Selain dari tu, kau mampu mengeraskan cecair itu menjadi seolah olah kristal" Ochobot menunjukkan demo cara gerakkan itu.
Cecair yang dikawal penggunanya mampu berubah bentuk sesuai keinginan pengguna, dan menjadi keras seolah oleh plastik dan kristal.
Gerakkan ini digelar 'crystalized'.
"Suhu cecair itu akan kekal, jadi kalau kau kawal sesuatu yang panas, aku sarankan untuk tak sentuh cecair tu walaupun ianya dah keras"
Adira menjadi semakin gembira bila mendengar itu.
"Eeee!!! Hebatnya!" Wajah Adira seperti hampir meletop akibat kegembiraannya.
"Tetapi, kuasa ini memiliki satu kelemahan"
Terus keterujaan Adira seketika hilang bila mendengar Ochobot berkata begitu.
"Kuasa kau.... memerlukan sumber"
Anak beranak sama sama terteleng ke tepi tidak memahami maksud Ochobot.
"Sumber?" Kata Boboiboy dan Adira serentak.
"Ya. Tak seperti kuasa Air Boboiboy, dimana dia boleh munculka air sesuka hatinya, kuasa kau tidak boleh munculkan apa apa. Kau perlukan sumber cecair itu sebelum dapat mengaktifkan kuasa kau"
Adira menggaru kepalanya yang ditutupi oleh tudungnya itu, sedikit merasa terbeban dengan kelemahan itu.
"Jadi....kalau tak ada sumber cecair....aku tak boleh guna kuasa aku lah?"
Ochobot terpaksa mengangguk kerana itu kebenarannya.
Adira mengeluh kecil.
"Huh...baru je ingat kuasa aku kuat tadi. Rupanya hampa" Adira seketika monyok, tidak terima dengan kelemahan kuasanya itu.
Ochobot kembali terbang ke arah adik kembar Adira pula, Adika.
Ochobot mengeluarkan hologram lagi.
"Adika, kuasa kau berasal dari Plasmabot, iaitu kuasa manipulasi plasma"
Adika fokus melihat hologram itu.
"Kuasa kau membolehkan kau untuk menghasilkan plasma berbagai bentuk mengikut kesesuaian kau"
Hologram itu menunjukkan beberapa bentuk plasma yang boleh Adika lakukan.
"Kau boleh cipta sphera, bentuk geometri seperti segitiga, segiempat, poligon dan sebagainya. Plasma itu cukup kuat untuk takis serangan. Sesuai dijadikan sebagai pertahanan"
Bila Adika melihat itu, dia seketika terpana, sebelum melihat kedua dua telapak tangannya.
"Wuohohoho! Kau boleh cipta pelindung?! Cer bagi tengok sikit!"
Mechabot menusuk nusuk pipi Adika menggunakan jarinya, memaksanya untuk menunjukkan kuasanya.
Adika tidak mampu memantah perintah Atok robotnya, jadi dia hanya mampu mengangguk.
Dia pun mengarahkannya ke hadapan, dan cuba untuk mengeluarkan kuasanya.
Dahi Adika sedikit berkerut, menunjukkan dia mencuba memaksa kuasanya untuk keluar.
Seketika, kelihatan sipi sipi berkedip gelembung kecil sebesar Ochobot berwarna ungu di hadapan Adika.
Adira dan Saloni sudah pun kelihatan teruja mahu melihat kuasa Adika itu.
Tetapi, gelembung itu hanya berkedip sahaja, dan tidak terbentuk dengan sempurna.
Akhirnya, Adika kehilangan fokusnya, dan terbatalkan kuasanya akibat tidak mampu.
"Ergh..." jelas kelihatan riak wajah kecewa di wajah Adika.
Memang dia rasa kecewa, kerana dia tidak mampu keluarkan kuasanya secara sempurna seperti Saloni dan Emery.
Dan ayahnya sedar akan itu.
Terus sahaja Boboiboy mengusap kepala anaknya.
"Hey hey, jangan lah sedih. Kan ianya normal tak mampu kawal kuasa untuk kali pertama? Ayah dulu pun sama juga. Yang kamu perlukan hanyalah latihan, ok?"
Wajah Adika masih tidak berubah. Tapi dia tetap mengangguk, kerana dia faham apa yang ayahnya cuba katakan.
Tok Mi kelihatan terketawa sambil menutup wajahnya dengan tangan kanannya.
"Hahahaha. Anak jadi superhero, cucu pun jadi jugak ke? Haih...sekarang saya dah faham perasaan Abah"
Tok Mi maksudkan arwah bapa mertuanya, Tok Aba.
Sekarang dia faham perasaan Tok Aba semasa anak mereka juga dapatkan power sphera sendiri iaitu Ochobot secara tidak sengaja.
Sekarang, cucu mereka juga melalui perkara yang sama.
Nampaknya superhero memang mengalir dalam darah keluarga mereka.
Sesi temu ramah kuasa mereka pun berakhir.
"Haih...nampaknya Ayah kena hantar semua power sphera ni ke TAPOPS untuk dibaiki. Jadi Ayah tak akan ada untuk hari ni" maklum Boboiboy kepada anak anaknya.
Anak anaknya mengangguk faham.
"Saloni, Emery, jom ikut Makcik. Makcik hantar kamu pulang ke rumah ya? Nanti Makcik terangkan semua ni dekat Mak Ayah kamu"
Yaya mempelawa dirinya untuk menghantar budak budak itu pulang ke rumah.
"Ochobot, ikut aku sekali. Aku perlukan kau untuk tunjuk semua data tu ke Ying dan Gopal"
Ochobot mengikut perintah dan terbang ke arah Yaya.
Emery dan Saloni turut mengangguk, dan mereka berempat pun keluar daripada rumah.
Semasa keadaan sedikit menjadi tenang, tiba tiba Amato teringat sesuatu.
"Eh?! Kita tak beli stock ais dan tepung lagi! Alamak alamak!"
Mendengar kata kata suaminya, Tok Mi turut menjadi cemas.
"Alamak! Haah lah! Cepat sayang, nanti lambat bukak kedai nanti!"
Kedua dua pasangan suami isteri itu pun berlari keluar daripada rumah itu.
Dah tua tua pun larat lari lagi eh?
"Woi woi! Tunggu aku woi!" Mechabot turut terbang mengejar Tuan dan isterinya itu.
Boboiboy seketika tersweatdrop melihat Mak, Ayah dan Pakcik robotnya itu hilang dari muka pintu rumah mereka itu.
Kedua dua kembar itu pun turut melihat satu persatu orang mulai meninggalkan rumah itu.
Adika kembali melihat ke arah Ayahnya semula.
"Ayah. Sekarang, apa?"
"Huh?" Boboiboy tidak memahami soalan tiba tiba anaknya itu.
Bukan dia sahaja. Adira juga sama.
"Apa yang kami nak buat dengan kuasa ni?" Adika mengangkat tangannya yang memiliki jam kuasa itu ke arah ayahnya.
Adira turut melihat ke arah jam tangannya sendiri.
"Erm....kalau diikutkan apa yang orang lain akan fikir, kamu berdua nak ke berlatih untuk jadi superhero macam Ayah jugak?"
Soalan itu kedengaran normal, dan semestinya disetujui oleh Adira.
"Nak nak! Ayah ajarlah Ira macam mana nak kawal air!"
Tapi, seperti yang sudah dijelaskan banyak kali oleh budak itu, wajah Adika langsung tidak kelihatan gembira sama sekali.
"Tak nak! Ika tak nak jadi superhero!"
Adika tiba tiba meninggikan suaranya, membuatkan Boboiboy dan Adira tersentak.
"Hey hey, kenapa ni?" Boboiboy memang tidak tahu kenapa anaknya bersikap begitu.
Tetapi, tidak bagi Adira. Selepas melihat perubahan sikap kembarnya itu, dia terus teringat kejadian tadi semasa di pantai.
"Ika tak nak jadi superhero! Ika tak nak lawan orang jahat! Ayah ambil balik jam kuasa ni! Ika tak nak kan nya!"
Adika menghalakan tangannya ke arah ayahnya, memaksa ayahnya mengambil jam kuasa itu daripadanya.
"Hey hey! Ika! Bertenang!" Adira mencuba untuk menenangkan kembarnya.
"Kau pun sama! Aku tak nak kau jadi superhero! Aku tak nak kau cedera disebabkan orang jahat!"
Tumpuan Adika berubah kepada kembarnya, memaksa Adira untuk tidak menjadi superhero juga.
Melihat anaknya hilang kawalan, Boboiboy terus melutut di atas lantai dan memeluk anaknya.
"Akh....." Adika turut terkejut ayahnya memeluk dirinya.
"Hey, shhhh, shhhh....." Boboiboy mengusap lembut belakang badan anaknya, mencuba menenangkannya.
Dan ianya berkesan. Adika tidak memberontak lagi.
"Tak ada sesiapa pun paksa kamu untuk jadi superhero, sayang. Ayah tak paksa kamu pun. Ayah cuma tanya sekiranya kamu mahu berlatih guna kuasa kamu"
Wajah Adika yang tadinya paranoid, mula perlahan lahan terlihat tenang selepas mendengar apa yang ayahnya katakan.
Boboiboy melepaskan pelukkannya, dan memegang kedua dua bahu anaknya.
"Kamu tak perlu pun jadi superhero kalau kamu tak mahu, sayang. Ayah tahu kamu takut. Tapi, ayah nak kamu tetap simpan jam kuasa ni, untuk....perlindungan, ok?"
Boboiboy mengangkat tangan Adika yang memeliki jam kuasa itu dan menyentuh jam kuasanya sambil berkata.
"Sebagai...perlindungan?" Adika sedikit tidak memahami maksud ayahnya.
"Ya. Ayah mahu kamu berdua mampu lindungi diri kamu berdua dengan kuasanya. Sekurang kurangnya, jika kamu dalam bahaya, kamu tahu cara lindungi diri kamu sendiri"
Boboiboy turut memegang bahu Adira.
"Lindungi diri kami jika dalam bahaya? Apa maksud ayah?" Adira turut kebingungan.
"Macam, korang terjebak dalam kebakaran ke, jatuh basikal ke, ken kejar dengan anjing ganas ke. Bahaya yang korang boleh terlibat di kehidupan seharian. Kamu berdua tak akan tahu bila kamu berdua akan terjebak dalam bahaya. Jadi...ayah mahu kamu berdua mampu lindungi diri kamu sendiri. Sekurang kurangnya dengan kuasa yang telah diberikan kepada kamu ini..."
Boboiboy sedikit kedengaran terdesak di hujung ayatnya.
Itu membuatkan kedua dua kembar itu terasa risau dengan ayah mereka.
Boboiboy, yang memang dikenali lebih mementingkan keselamatan orang lain daripada dirinya, semestinya turut risau dengan keselamatan anak anaknya.
Terutama disebabkan statusnya sebagai superhero galaxy, selajn daripada teman, dia turut mendapat banyak musuh.
Memang bunyi dah aman selama 30 tahun lamanya tanpa serangan alien kerana dia dan kawan kawannya, tapi, sampai bila?
Dia tidak mahu ada alien yang menyerang bumi ketika dia tiada untuk melindungi keluarganya.
Adika yang mendengar kedesakkan Boboiboy mahu dia lindungi diri sendiri dengan kuasa itu, membuatkan dia melihat kembali ke arah jam kuasanya.
Seketika, dia hanya termenung sahaja ke arah jam kuasanya itu.
Adira juga sampai pelik melihat kelakuan kembarnya itu.
Akhirnya, Adika mengangkat kepalanya kembali, dan melihat ke arah ayahnya.
"Kalau itu yang ayah mahu, saya akan cuba berlatih kawal kuasa ni"
Sekali lagi, Boboiboy dan Adira tersentak mendengar balasan Adika.
Tetapi, kali ni, tersentak yang gembira.
Boboiboy tersenyum, dan mengusap lembut pipi anaknya.
"Terima kasih, Adika"
Adira yang gembira fikiran kembarnya pasal kuasa akhirnya berubah, melompat ke arah Adika, dan memeluknya erat sambil ketawa.
"Ahahaha!!! Baguslah kau terima!"
Adika yang terkejut dirinya dipeluk oleh kembarnya sekali lagi, hanya mampu tersenyum kecil, sambil mengangguk kecil.
Boboiboy, tak mampu menahan dirinya dari terharu.
Anak anaknya sudah mula membesar.
Kini, mereka sudah ada kuasa seperti dirinya.
Dia harap anak anaknya mampu menggunakan kuasa mereka itu di jalan yang benar.
2801 perkataan
Oh yeah oh yeah, budak budak tu dah ada kuasa, oh yeah- 🕺
Continue on next episode~ 🧚♀️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top