Chapter 7
Untuk seketika, tiada satupun daripada mereka membuka suara.
Tangan Adira masih lagi memeluk kembarnya.
Entah bagainya, segala kemarahan dan kekesalan yang dirasai oleh Adika sebentar tadi, perlahan lahan menghilang.
Yang tinggal, hanyalah tatapan kosong yang memandang ke hadapan.
Adira tahu dia tidak mampu mengubah fikiran Adika dengan kata kata, jadi ini sahaja yang dia mampu lakukan.
Adika sudah seperti ini sejak kecil. Mudah terbawa emosi, dan tidak mampu mengawal kata katanya.
Dia selalu kesal dengan perkara yang tidak adil pada matanya, membuat dirinya bertindak di luar apa yang dia patut.
Dan Adira sudah selalu melihat perkara itu berlaku. Dirinya menjadi satu satunya orang yang berada di sana yang tahu sebab utama kenapa kembarnya bertindak seperti itu.
Dia tidak salahkan kembarnya, kerana tiada yang salah dengan apa yang dirasai olehnya.
Jadi, dia selalu memeluk Adika untuk menenangkannya.
Untuk pertama kali dia melakukannya, agak sukar kerana Adika banyak memberontak, membuatkan dia perlukan bantuan orang dewasa untuk hentikan Adika daripada memberontak.
Tetapi, lama lama, Adika semakin terbiasa dengan pelukkan Adira itu, membuatkan dia semakin mudah bertenang di dalam dekapan kembarnya.
Ianya seperti pelukkan kembarnya itu adalah tempat yang aman baginya.
".....aku terlakukannya sekali lagi....kan?..."
Suara Adika menjadi terketar ketar.
Adira membuka matanya perlahan lahan.
"Ya....tapi ianya bukan salah kau...."
Walaupun Adira berkata begitu, kembarnya masih tidak terlihat gembira sama sekali.
"Ianya normal untuk rasa macam tu. Kalau aku sendiri berada di tempat kau, aku pun akan rasa macam tu jugak. Tapi semua benda tu dah berlalu, kan? Tak ada apa yang kita boleh lakukan untuk ubah benda yang dah berlalu, kan?"
Adika akhirnya mengangguk, walaupun wajahnya masih tidak berubah.
"Jadi, apa yang kita boleh lakukan, hanyalah jadi lebih baik untuk diri kita sendiri, ok?"
Mereka memang tidak mampu menukar takdir ibu bapa mereka, tapi, sekurang kurangnya mereka mampu tentukan apa yang mereka mahukan, dan pilih jalan yang terbaik untuk diri mereka.
Adika mengangguk lagi.
".....terima kasih....Ira...."
Adira tersenyum lega, akhirnya dia mendengar suara kembarnya.
Siuuuuu
Siuuuuu
Siuuuuu
Sebaik sahaja Adika berkata begitu, tiba tiba, langit malam itu mulai dihiasi oleh hujan tahi bintang.
Kejadian itu membuatkan diri mereka berdua terpukau.
Seketika, mereka melupakan situasi tadi.
"Ahahaha!!! Tahi bintang!? Depan mata kita?!"
Adira melepaskan pelukkannya dan mula menggerakan badannya ke hadapan sehingga tangannya menyentuh tanah dengan teruja.
"Cantiknya!!!" Adika turut terpesona dengan 'meteor shower' itu.
Seketika, tumpuan Adira beralih ke arah kembarnya.
Dia tersenyum, melihat akhirnya wajah kembarnya ceria semula.
'Baguslah kau dah tersenyum semula, Ika....'
Mereka berdua menikmati kejadian alam yang indah itu untuk seketika.
.
.
.
Sejam kemudian, hujan tahi bintang itu pun semakin lama semakin menghilang, menunjukkan ianya akan segera tamat.
Kedua dua kembar itu sudah pun bersandar pada satu sama lain sambil melagakan kepala mereka masing masing.
Adira mengangkat tangannya ke udara, seperti mahu menggenggam bulan yang ada di depan mereka.
"Ika, kau pernah tak rasa, macam kau nak tangkap sebuah memori di depan kau, dan berharap ianya kekal selamanya?"
Adira mengangkat tangannya sebelah lagi, dan membuat gaya camera.
Soalan tiba tiba Adira itu membuatkan kembarnya melihat ke arahnya.
"Maksud aku, bukan macam camera. Ianya macam....fizikal, kau faham?"
Wajah Adika hanya memaparkan wajah keliru sahaja, bertanda dia tidak memahaminya.
"Ianya macam, kau nak benda tu kekal dalam memori kau, dan nak ia berlaku lagi dan lagi, tapi kau mahu semua benda yang berlaku adalah sama dan tak berubah setiap kali"
Adira menurunkan tangannya, dan memandang ke arah Adika.
Adika seketika perlahan lahan memandang ke bawah, dan terlihat seperti berfikir.
"......Kalau aku...ya, aku mahu"
Adika mengangkat kepalanya ke langit malam itu yang hanya bersisa sedikit sahaja tahi bintang yang tinggal.
"Macam sekarang ni. Kalau boleh, aku nak ianya berlaku lagi. Kau dan aku, bersendirian di pantai ni lagi, dan melihat ke langit malam yang dihiasi bintang dan meteor lagi"
Adika menaikkan lutut nya ke atas dan memeluknya. Dia merehatkan dagunya di atas lututnya juga.
"Tapi aku tahu ianya mustahil, jadi....aku tak terlalu berharap...."
Jawapan terakhir Adika membuatkan Adira sedikit terasa.
Ianya sedikit hebat bila benda sekecil ini mampu menjadi memori paling berharga pada seseorang.
Ianya tak perlu jadi benda yang besar ataupun megah untuk buat orang itu ingat perkara itu selamanya.
Tetapi memori akan selamanya menjadi memori. Ianya tidak akan terulang lagi.
Tahi bintang terakhir mula terbang di langit, tanpa ada satu pun lagi tahi bintang di belakangnya.
Kedengaran keluhan lega daripada kedua dua kembar itu.
Pertunjukkan yang hebat pada malam itu oleh alam semula jadi itu sendiri.
Sedikit kecewa kerana ianya perlu berakhir.
Tapi mereka sudah cukup gembira kerana benda itu berlaku.
Tapi ada satu benda sahaja yang tidak kena.
Kenapa tahi bintang itu semakin membesar?
"Huh?!"
Kedua dua kembar itu berdiri akibat terkejut. Semakin lama, tahi bintang itu semakin membesar sehingga ianya menjadi semakin jelas bentuk tahi bintang itu yang seperti batu.
Atau patut kita panggil dalam kes ni, Meteor.
"Meteor jatuh?!" Adira menarik bahu kembarnya, mahu Adika untuk sedikit kebelakang.
Akibat geresan atmospera bumi, meteor itu mula diselaputi dengan api akibat tekanan udara yang tinggi ketika ianya jatuh.
Mereka berdua melihat meteor itu mula jatuh melepasi mereka, dan jatuh di sebuah kawasan.
"BOOMMMM!!!"
Bunyi letupan kedengaran, bererti meteor itu sudah berjaya jatuh ke atas permukaan bumi.
Kepulan kepulan asap mula bertebangan di langit, menunjukkan lokasi jatuhnya meteor itu.
Wajah Adira dan Adika sudah mula tak keruan, tidak tahu apa yang patut mereka lakukan.
Kawasan pantai itu jauh daripada kawasan perumahan, jadi sepatutnya kalau ada bunyi hentaman itu sampai ke sana sekalipun, ianya tidak akan mengejutkan penduduk kampung, kerana hanya bunyi seperti mercun sahaja.
"A-apa dah jadi?!"
Akibat bunyi hentaman itu, Saloni dan Emery turut terjaga daripada tidur mereka. Emery pun tengah kelam kabut memakai cermin matanya sebelum bergerak ke arah kembar berdua itu.
Tapi, tanpa mereka perlu menjelaskan apa apa sekalipun, mereka berdua sudah mampu melihat kepulan asap tebal itu.
"A-ada meteor jatuh ke?!" Emery memegang bahu Adika, mahukan jawapan.
Itu sahaja jawapan yang logik sebab tak akanlah ada benda meletop tengah tengah hutan kan?
Kedua dua kembar itu hanya mampu mengangguk kerana mereka berdua masih lagi dalam keadaan terkejut.
"K-kita kena pergi tengok ni!" Saloni berkata dengan nada memaksa dan teruja sekali gus.
"Kau gila ke?! Kenapa kita nak pergi tengok pulak?!" Emery membangkang.
Yelah, kalau fikir secara logik, ianya bahaya untuk pergi ke kawasan meteor jatuh kerana kemungkinan api masih ada daripada hentaman itu.
Tetapi, kerana naluri ingin tahu semula jadi manusia, mereka memang tak boleh nafikan mereka memang mahu melihat keadaan meteor itu, bahkan Emery juga.
"Ala, bukan selalu benda ni berlaku! Jomlah!" Saloni masih memaksa.
Emery seketika meremas wajahnya gelisah, sebelum berlari ke arah khemahnya semula.
"Ish! Kejap!"
Emery selongkah begnya, dan mengambil sebuah lampu suluh. Dia kemudian berlari kembali ke arah kawan kawannya.
"Jom pergi"
Ketiga tiga kawan kawannya mengangguk.
Mereka bertiga pun berlari ke arah meteor itu.
.
.
.
.
Tidak lama kemudian, selepas berjaya mengsuluri hutan yang tebal itu, mereka tiba di kawasan meteor itu.
Kerana meteor itu baru sahaja jatuh, dan kawasan itu adalah kawasan hutan, ada beberapa pokok yang masih disambar api, tetapi nasib baiklah ianya mula terpadam sendiri kerana pokok di sana semuanya basah kerana petang tadi sempat hujan seketika.
Yang tinggal hanyalah pokok yang sudah menjadi arang.
Setelah memastikan sudah tiada apa apa api yang tinggal, mereka berempat berjalan mendekati meteor itu.
Ianya sudah tidak sebesar apa yang kedua kembar itu lihat di langit tadi. Kemungkinan sudah terhakis akibat geseran tekanan udara tadi.
Emery menyuluh meteor itu, untuk melihat lebih jelas rupa meteor itu.
Bila mereka lihat lebih dekat ke arah meteor itu, ianya tidak terlihat seperti batu.
Tapi lebih seperti, gumpalan sampah?
Gumpalan sampah yang sudah hangus, lebih tepatnya.
"Kenapa....kenapa ianya nampak macam sampah?" Emery menyentuh meteor itu.
Emery mengambil sedikit cebisan meteor itu, dan ianya memang tidak terasa seperti batu.
Cebisan meteor itu hancur menjadi debu di dalam tangan Emery.
"Macam mana ada sampah yang boleh bergumpal sampai sebesar ni? Terutamanya ianya datang dari angkasa, kan?" Adika turut tidak mempercayai semua itu.
"Mana aku tahu! Dah memang ni apa yang ada depan kita!" Emery sedikit meninggikan suaranya.
Tapi, seketika mereka berempat terdiam.
Bila Adika kata pasal gumpalan sampah tu berasal dari angkasa, mereka teringat kisah mak ayah mereka.
"Korang rasa....ni sampah daripada planet alien ke?"
Mereka semua memandang ke arah Saloni.
"Ianya tak mustahil....memandangkan ianya memang datang dari luar angkasa" Adira tidak menolak kata kata Saloni itu.
"Ada alien yang campak sampah diorang dari kapal angkasa ke? Tak kan lah, sebab banyak ni" kata Adika.
Ok, just untuk ukuran, korang boleh bayangkan yang meteor itu sedikit lebih tinggi daripada Saloni, orang yang paling tinggi di dalam kumpulan berempat itu.
Kalau lebar, ianya selebar 6 remaja yang duduk bersebelahan satu sama lain.
Hah, boleh bayang kan?
Kalau warna, hitam lah sebab dah terbakar.
"Boleh jadi macam tu, tapi...." Emery, orang paling pandai dalam kumpulan mereka pun tidak tahu mahu jelaskan macam mana kerana ianya diluar apa yang mereka tahu.
"Arghhh!! Waktu ni lah Ochobot tak ada dengan kita!" Adika sudah mula sakit kepala dengan kejadian yang mereka hadapi itu.
Kalau ada Ochobot, senang sikit diorang nak dapat tahu darimana meteor tu berasal.
Mechabot.....
Jangan harapkan robot tua tu.
"Nak balik rumah dan panggil Ochobot ke?" Adira bertanya.
"Dah malam ni. Mesti rumah dah berkunci" Adika menggeleng.
Sementara dua kembar itu sedang bertekak sesama sendiri, Emery mula bangun, dan perlahan lahan berjalan mengelilingi meteor itu sambil menyentuhnya.
Tekstur meteor itu memang terasa seperti kertas dan tin yang terbakar. Tapi disebabkan ianya termampat antara satu sama lain, ianya tidak terlerai sama sekali.
Sambil Emery memeriksa permukaan meteor itu, dia terjumpa sesuatu di bahagian belakang meteor itu.
Terus sahaja wajah Emery berubah menjadi terkejut.
"Korang! Sini!" Emery memanggil kawan kawannya.
"Huh?" Disebabkan dipanggil secara tiba tiba, mereka pun berlari ke arah Emery.
"Ada apa?" tanya Saloni.
"Tengok ni"
Mereka bertiga memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Emery.
Terus sahaja mata mereka bertiga terbeliak.
Di hadapan mereka, terdapat empat besi bulat berbeza design yang melekat pada permukaan meteor itu.
Melihat daripada keadaan keempat empat besi itu yang sudah berkarat dan kotor, ia kelihatan sudah lama berada di sana.
Kalau orang yang tak pernah tahu pasal ini, mereka mesti akan fikir itu adalah robot biasa ataupun besi buruk biasa.
Tapi tidak bagi mereka.
"P-power sphera? Apa yang....apa yang mereka buat dekat sini?" suara Saloni kedengaran pecah.
"Aku rasa diorang tersangkut sekali dengan sampah ni sampai ke sini" balas Emery.
Sejujurnya.....
Mereka berempat tengah panik sekarang ni.
Mata mereka dah hampir berpinar, tidak tahu mahu lakukan apa.
Mereka tidak berpengalaman dalam hal ni, dan ibu bapa mereka tiada bersama mereka.
"Patut kita ambil diorang ni dan bawak balik ke Mak dan Ayah kita ke?" cadang Saloni, mencuba mengawal kegelabahannya.
"Itu cara yang paling selamat. Diorang mesti tahu apa nak buat" balas Emery.
Emery pun mengambil salah satu daripada power sphera itu. Dia mengambil yang berwarna merah jambu.
Tetapi, baru sahaja dia mengangkat power sphera itu daripada meteor itu, dia merasakan power sphera itu bergerak.
"Huh?" Emery juga terkejut akan hal itu.
Tanpa sempat satu pun daripada mereka beriaksi, power sphera itu, dan ketiga lainnya, menyala serentak.
Akibat terkejut, Emery terlepaskan power sphera itu.
"ERGHHH?!?!" mereka berempat terpaksa menutup mata mereka kerana silau.
Keempat empat cahaya itu bersatu, dan terpantul ke udara.
Langit malam Pulau Rintis menjadi cerah seketika.
.
.
.
.
Lama lama, mereka merasakan kempat empat cahaya itu mulai memalap.
Mereka pun memberanikan diri mereka untuk membuka mata mereka.
"A-apa dah jadi?" Adika melihat sekeliling mereka.
Emery melihat ke bawah. Power sphera yang dia terlepaskan tadi sudah pun terpadam semula.
"Dia terpa-.....dam....."
Apabila Emery menghulurkan tangan kirinya untuk mengambil power sphera itu kembali, sesuatu bercahaya mengelilingi pergelangan tangannya.
Bukan dia sahaja. Adira, Adika dan Saloni juga sama.
"B-benda apa ni?!" Saloni membelek belek tangan dia dengan cemas.
Perlahan lahan, cahaya itu hilang, dan menunjukkan wujud asli benda itu.
Jam tangan pelbagai design.
Mereka berempat memandang jam tangan itu itu pelik.
"Jam tangan? Kenapa ada jam pulak ni?" Adira mengusap ngusal jam tangan miliknya itu.
"Perghhh. Tapi cantik jugak jam ni!" Saloni kelihatan tidak terasa terancam dengan jam itu.
"Tapi, datang dari mana jam semua ni? Dari power sphera ni ke?" Emery kembali mengangkat power sphera itu sambil masih melihat ke arah jam tangannya.
Adika juga sama.
Tetapi, bila dia kembali melihat permukaan jam itu, matanya mula membesar.
Kenapa senario ni seperti tidak asing kepadanya.
"Korang jangan kata yang ni...." untuk sesaat, Adika merasakan jangtungnya seperti terbehenti.
"Jam...kuasa...." Adika menghabiskan ayatnya dengan wajah ketakutannya.
Apabila Adika berkata begitu, terus mereka bertiga mulai sedar.
"A-apa maksud kau jam kuasa? Maksud kau, kita sekarang ada kuasa ke?!" Adira mulai salah tingkah.
Dia mengangkat tangannya yang ada jam kuasa itu, dan mengetuk ngetuk permukaan jam itu dengan kasar.
"Apa lagi penerangan lain untuk semua ni?! Kita dapat ni dari diorang kan?!" Adika menunjuk ke arah keempat empat power sphera itu.
Mereka berempat mula rasa cemas dan gelisah.
Tak tak tak, benda ni tak sepatut berlaku pada mereka.
Mereka tak dilatih untuk situasi ni.
"K-kita kena bawak balik diorang ke Mama dan Ayah sekarang!!!" Adika menarik lengan baju kembarnya dengan keadaan terdesak.
"T-tapi macam mana dengan khemah semua?!" Adira risau dengan keadaan barang barang mereka.
"Biar je! Esok pun kita boleh ambil! Benda ni lagi penting!" Adika kelihatan seperti sudah mahu menangis.
Melihat keadaan kembarnya itu, Adira merasa tidak sampai hati untuk membangkang kembarnya. Dia pun mengangguk faham.
"Korang pun ikut sekali. Sepatutnya Mak dan Ayah kitorang dah bangun dah waktu ni untuk beli barang Kokotiam"
Adira mencuba untuk bertenang, dan menyuruh kedua dua kawan mereka itu untuk mengikuti mereka sama.
Saloni dan Emery memandang satu sama lain, sebelum mengangguk. Memang ini sahaja yang mereka boleh lakukan dalam keadaan ketika itu.
Mereka pun mula mengambil tiga lagi power sphera yang masih tersekat pada meteor itu, dan mula berlari menuju rumah kedua dua kembar itu, meninggalkan barang perkhemahan mereka di pantai itu.
2298 perkataan
Siapakah gerangan empat power sphera itu? 👁👁
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top