Chapter 15

KRAKKK!!!

KRAKKK!!!

KRAKKK!!!

Emery menolak semua dedahan pokok yang menghalang jalan mereka.

Berbekalkan hanya cahaya bulan yang samar samar kelihatan akibat dilindungi oleh dedaunan pokok, dia mencuba mencari jalan keluar dari sana.

Saloni, Adika dan Adira berada di belakangnya, hanya mengikuti Emery, selaku ketua dalam situasi mereka itu.

Emery berhenti sementara, dan meletakkan kedua dua tangannya pada telinganya sambil memejam matanya.

Menggunakan kuasanya, dia mencuba mencari kedudukan suara yang mereka dengar tadi.

Di telinga manusia biasa, mungkin tidak akan dengar apa apa disebabkan orang atau benda itu sudah jauh dari mereka.

Tetapi, dengan menguatkan semua frequensi bunyi di sekitarnya kepada telinganya sahaja, dia mampu mendengar suara itu semakin lama semakin kuat.

Suara itu masih kedengaran marah.

Emery pun membuka matanya setelah mengetahui kedudukan mahluk itu.

"Sana!" Emery menunjuk ke arah kanannya, dan terus melulu kedepan, mematahkan apa sahaja yang ada di depannya.

Emery memastikan untuk menutup kembali kuasanya, kerana bunyi dedahan itu patah sahaja sudah boleh membuat telinganya sakit.

KRAKKK!!!

KRAKKK!!!

KRAKKK!!!

Saloni dan Adira kelihatan hanya mengikuti sahaja kemana Emery pergi, sementara Adika memerhatikan sekeliling mereka, takut sekiranya ada haiwan liar yang tertarik dengan bunyi bising yang mereka hasilkan.

Adika kelihatan berpeluh dingin, bukan kerana penat, tetapi kerana risau.

Dia merasakan yang mereka seperti membawa diri mereka ke dalam sangkar musuh dengan relanya.

Dia sudah tahu dari awal yang mahluk yang mereka akan jumpa ini bukanlah mahluk yang baik, tetapi, akibat kedegilan Emery, dia terpaksa ikut juga.

Kalau dia biarkan sahaja kawan kawan dan kembarnya itu pergi sendiri, dia takut mereka akan dicederakan oleh mahluk yang mereka cari itu.

"Kau pasti ke ni jalannya?" Saloni tiba tiba bertanya, sambil menyentuh bahu Emery.

"Ya, aku pasti. Aku dengar suara dia datang dari arah sini" Emery menjawap dengan tenang.

Tetapi, respon Emery itu membuat Saloni memasang wajah tidak senang hati.

"Ergh...boleh tahan bahaya kuasa kau ni. Jangan sampai kau curi dengar perbualan orang secara haram pulak sudah"

Saloni memeluk tubuhnya sendiri sambil menggigil, seolah olah berlakon ketakutan.

Emery hampir tersungkur mendengar balasan Saloni itu.

Dia kemudian memasang wajah kecewa dan tertekan. Itu pulak apa yang kawannya itu risaukan.

"Eh kau ni, kesitu pulak perginya" marah Emery.

Saloni hanya menjelir sinis, gembira dapat menyakat kawannya itu.

Emery menggulingkan matanya dan menggeleng, sebelum sambung membuka jalan untuk mereka berempat.

.
.
.
.
.

Tidak lama kemudian, tanpa bantuan kuasa Emery sama sekali, mereka sudah mampu mendengar suara yang mereka cari cari dengan jelas.

Bukan setakat itu. Mereka turut mendengar bunyi 'beep' berulang kali seperti datang daripada sebuah alatan atau mesin.

Adika yang memegang salah satu pokok di situ, mengangkat tangannya kembali setelah merasa seperti sesuatu melekat pada tangannya.

Ianya adalah debu daripada pokok yang terbakar rentung itu.

"Ergh...." Adika memasang wajah loya, geli tangannya sudah kotor akibat debu itu.

Mereka tahu mereka sudah dekat dengan kawasan meteor itu dengan hanya melihat pokok terbakar di sekitar mereka itu.

"Kita dah dekat" kata Adira, sambil menyapu debu pada tangannya itu jatuh menggunakan seluarnya.

Secara senyap senyap, mereka menyelinap, mencuba untuk tidak dikesan oleh mahluk itu.

Emery turut menggunakan kuasanya dengan memperlahankan bunyi dahan dan daun kering yang mereka terpijak.

Mereka duduk di sebalik dua pokok yang berasingan, dan mengintip di antara pokok itu.

Terlihat kawasan besar tanpa pokok, iaitu kawasan hentaman meteor tempoh hari itu.

Kelihatan cahaya berwarna hijau yang terang menyerlah di dalam kegelapan malam itu.

Ianya dipegang oleh sebuah sosok tinggi dan ramping yang tidak beberapa jelas.

Bunyi 'Beep-Beep-Beep-Beep' alat yang dipegangnya itu berubah menjadi 'Beeeeeepppppp' yang panjang setelah ia di letakkan berhadapan dengan batu besar, iaitu meteor itu.

"AHAHAHAHA!!! Akhirnya! Setelah seminggu aku terperangkap dalam planet ni, akhirnya aku jumpa jugak kau!!!"

Sosok itu tergelak jahat, membuatkan budak budak itu meremang.

"Jadi betullah dia cari meteor tu...." bisik Adira.

Hanya itu sahaja tidak menjelaskan situasi itu. Mereka perlu tahu sebab apa sosok itu mencari meteor gumpalan sampah angkasa itu.

"Mari tengok...." sosok itu mengeluarkan satu lagi alatan, dan menampal alatan itu pada meteor itu.

Nombor mula berputar putar, seperti mengira sesuatu.

Belum sempat alatan itu berhenti mengira, sosok itu sudah mula mengelilingi meteor.

"HAHAHA!!! Mari sini bola bola-"

Ayat sosok itu terhenti apabila mendapati yang meteor itu tiada apa apa benda yang melekat padanya.

Masih boleh terlihat kesan beberapa benda bulat dicabut daei meteor itu, jadi dia tahu yang benda yang dia cari sudah diambil oleh seseorang.

"HUH?! MANA?! MANA?!"

Sosok itu mula berlari mengelilingi meteor itu sambil berteriak.

"MANA POWER SPHERA TU SEMUA?!?!"

Mata budak budak itu mula membulat ketakutan.

Nampaknya betullah mahluk itu sedang mencari power sphera mereka.

"ARGHHHH!!! SIAPA YANG AMBIL POWER SPHERA TU?!?!"

Sosok itu mula bertindak ganas akibat marah, seperti membaling alatan pengesannya itu ke tanah dan memijaknya sampai hancur dalam kemarahan.

KRAKKKK!!!

Adika yang mula rasa tidak selamat akibat itu, mencuba untuk berdiri.

"Kita kena pergi dari sini-"

KRAKKKK!!!

Baru sahaja dia ingin bangun, dirinya telah terletakkan tangannya di atas sebuah ranting, dan telah membuatnya patah.

Bunyi ranting itu cukup kuat sehingga menarik perhatian mahluk itu.

Mahluk itu menoleh kebelakang, tepat ke arah mereka.

Pada ketika itu juga, cahaya bulan akhirnya kelihatan setelah awan yang menutupnya berlalu pergi, dan menerangi kawasan itu.

Akhirnya, sosok itu kelihatan jelas.

Dia memakai baju berhoodie berwarna coklat tanpa lengan dan kain yang dililit pada lengannya.

Bahunya terdedah, menunjukkan warna kulitnya, iaitu ungu pucat.

Hoodienya itu menutup kepalanya, membuatkan yang kelihatan hanyalah hidung dan mulutnya.

Dan disebabkan oleh cahaya bulan itu, budak budak itu kelihatan juga.

Mereka berempat dah cuak, dan menggigil ketakutan.

Sosok itu mengetap giginya geram melihat tetamu tidak diundang itu.

"APA YANG KORANG BUAT DEKAT SINI HAH?!?!"

Sosok itu menghentak kakinya ke tanah dengan kuat, dan seperti menjadi sebuah tekanan yang kuat ke atas tanah, yang menyebabkan sebuah gelombang tekanan muncul, dan menolak segala benda yang berada di sekitarnya.

SHREEKKKK!!!

Gelombang itu menuju ke arah mereka.

Tanpa sosok itu sedar, Emery telah menggunakan kuasanya untuk mengurangkan tekanan frekuensi yang dihasilkan oleh gelombang itu.

Apabila gelombang itu mengenai mereka, ianya tidak kuat dan terasa seperti angin sepoi sepoi bahasa sahaja.

Nampaknya kasut milik sosok itu juga bukanlah kasut biasa.

"Grrrrr....." sosok itu sekali lagi mengetap giginya geram.

Emery menelan ludah kelat. Itu betul betul hampir melukai mereka.

Saloni yang masih terketar ketar, mencuba memberanikan dirinya, dan bertanya.

"A-A-Apa yang kau bu-buat dekat sini hah?!" suaranya tergagap gagap.

Mahluk itu tidak menjawap, dan malah berdecih kesal kerana melihat yang mereka berempat hanyalah budak budak sahaja.

"Menyusahkan. Apa budak budak macam korang ni buat dekat sini?"

Kali ini, sosok itu sudah tidak menjerit lagi, walaupun masih kedengaran nada marah pada suaranya.

Mereka berempat mula berdiri, dan menghadap ke arah sosok itu.

Adira menelan ludah kelat, sebelum membalas.

"Untuk-untuk hentikan kau lah!"

Sosok itu memeluk tubuhnya sendiri sebelum tertawa.

"Pffff-Hahahaha!!! Heh, mengarut. Apa yang budak mentah macam korang boleh buat untuk hentikan aku? Dan hentikan aku daripada apa?"

Mereka terkedu seketika.

Mereka tidak tahu mahu membalas apa, kerana sosok itu betul.

Mereka mahu hentikan dia daripada apa? Tujuan sosok itu adalah power sphera, tetapi power sphera mereka sudah tiada di sana, jadi sudah tidak ada apa apa yang perlu mereka lakukan.

"K-kau pasti ke sini untuk sesuatu. Jadi kitorang akan tetap hentikan kau!" balas Saloni pula.

Sosok itu mula kedengaran sombong.

"Heh. Korang, hentikan aku? Jangan mimpilah. Aku boleh kalahkan korang semua di sini berseorangan sahaja" dirinya berkata besar.

Kata kata sosok itu membuatkan Adira mula sakit hati. Diantidak suka dengan perangai sosok itu.

Tanpa memberi amaran kepada kawan kawannya, Adira terus membuka penutup botol air yang dibawanya tadi.

Dia terus melepaskannya, dan membiarkannya jatuh ke tanah.

Jam kuasanya mula menyala.

"Ergh!!!"

Adira mula mengawal air daripada botol itu sebelum ianya sempat tiba di tanah.

Dengan pantas, air itu terabang di udara, dan mula mengelilingi badan sosok itu.

Sebelum dia sempat memproses apa apa, dirinya sudah pun diikat oleh air itu.

"Crystalize!!!"

Di atas arahan Adira, air itu mula mengeras, dan betul betul menggar badan sosok itu.

"H-huh?" Sosok itu turut terkejut melihat dirinya diikat oleh benda berupa kaca yang diperbuat daripada air itu.

Saloni, Emery dan Adika tidak menyangka yang Adira akan bertindak sebegitu sekali.

"Ira?" Adika melihat ke arah kembarnya itu dengan wajah tidak percaya.

"Kuasa...." itu sahaja apa yang keluar daripada mulutnya.

"Cepat korang!!!" Adira memberi arahan kepada kawan kawannya.

Walaupun masih keliru dengan situasi itu, mereka tetap mengikuti arahan, dan mula berlari ke arah mahluk itu.

Sosok itu hanya memandang ke arah mereka.

Saloni yang sempat mengambil satu dahan pokok yang tebal sebelum tadi, menukarkannya kepada sebuah penukul besball besi.

"ERGHHHH!!!"

Ketika Saloni menghayunkan benda itu, keluar api yang menyelubunginya.

Walaupun dengan serangan sebegitu rupa, sosok itu berjaya mengelaknya.

Langsung tiada api yang berjaya mengenai badannya.

Sosok itu membuat beberapa kali backflip kebelakang untuk mengelak serangan Saloni itu.

Akibat tindakkanya itu, hoodie yang menutup kepalanya itu akhirnya jatuh, dan menunjukkan wajah aslinya.

Itu hanya membuatkan budak budak itu semakin terkejut.

Rupanya langsung tidak sama dengan makluk bumi yang mereka selalu lihat. Sosok itu menatap mereka tajam.

Mata itu... telinga itu...

Sah. Sosok itu adalah alien.

.
.
.
.
.
.

○●○●○●○●

Nama : Qaspanova
Panggilan : Nova
Umur : ???
Planet asal : ???

●○●○●○●○

.
.
.
.
.
.

Sosok itu meniup beberapa helaian rambut yang ada pada wajahnya.

Emery, yang curi curi meng-scan identiti sosok itu ketika Adira mengikat sosok itu, menbuka jam kuasanya semula.

Tiada maklumat yang keluar berkenaan dengan sosok itu, kecuali sebuah nama, bertulis 'QASPANOVA'.

Adika, yang melihat peluang kerana sosok itu tidak berganjak, dan mencuba mengurungnya di dalam gelembung plasmanya.

Tetapi, sebelum sempat kuasanya terbentuk, sosok itu, atau lebih dikenali sebagai Nova, sudah pun melompat ke atas, dan mengelak dikurung oleh kuasa budak itu.

Tidak membazirkan peluang, Nova yang masih di udara, mula meluru turun ke arahnya dengan kakinya dihalakan ke arah Adika.

Adika sipi sipi dapat mengelak ketika Nova sudah tiba dekat padanya.

Nova terus menendang lagi dan lagi si Adika, yang hanya mampu mencuba mengelak serangannya.

Walaupun hanya berbekalkan kakinya sahaja, kerana tangannya sudah diikat, dia masih lagi kuat.

Adika menerima beberapa daripada tendangan itu, dan dia mendapat rasa seberapa kuatnya fizikal alien itu.

Dia hampir tumbang akibatnya.

"ERGH?!?!" boleh kedengaran suara Adika yang cuba menahan sakit.

Akibat serangan itu juga, Adika terjatuh ke tanah.

Nova ingin sekali lagi menendang Adika untuk menghabisinya.

Semasa baru ingin melakukannya, pandangan Nova teralih seketika kepada meteor itu tadi, dan melihat kiraan pada mesinnya itu sudah pun berhenti.

'500'.

Mata Nova membulat melihat nombor yang tertera itu.

Tetapi, melihat kembarnya diserang, Adira menjerit.

"IKA?!?!"

Adira mengaktifkan kuasanya, dan menghalakan tangannya ke arah Nova.

Walaupun air yang mengikat alien itu sudah mengeras, ianya menarik badan Nova pergi dan menghempaskannya pada sebatang pokok hangus yang berasa di sana.

Pokok itu meretak dan hampir tumbang.

Emery berlari ke hadapan Nova, dan menepuk kedua dua belah tangannya.

SRINGGGGG!!!!

Tembakkan frequensi mula terhasil, dan sekali lagi membuat Nova tercampak sehingga beberapa kaki kebelakang, dan berhenti apabila badannya terhempas pada sebatang pokok yang masih elok.

Mereka sudah keluar dari kawasan hentaman meteor itu.

Walaupun sudah diserang banyak kali, Nova langsung tidak nampak terkesan dengan semua itu.

"Jadi korang lah yang dah ambil power sphera tu?"

Soalan Nova membuat budak budak itu sedikit terkedu, tetapi masih memasang kekuda bersedia, kalau kalau alien itu menyerang mereka sekali lagi.

Tetapi, Nova hanya berdiri, dan hanya diam di situ. Dia tidak mampu bergerak akibat Adira yang menahannya.

Adira dalat merasakan tenaganya sudah berkurang akibat mencuba menahan Nova ke tanah.

Ini memang pertama kali dia menggunakan kuasanya dalam perlawanan sebenar seperti ini. Selalunya dia hanya main main sahaja dan tidak serius.

Keadaan tegang ini membuatkan dua tertekan.

Tekanan yang diletakkan di atas Nova pun akhirnya berkurang, dan Nova dapat merasakan itu.

Dengan sekali rentap, Nova berjaya mematahkan gegelung air kristal yang mengikatnya dari tadi itu.

KRAKKKKK!!!!

Adira terkejut, yang membuatkan dia ter-nyah-aktifkan kuasanya sendiri tanpa dia sedar.

Keempat empat budak itu terkasima melihat musuhnya itu berjaya melepaskan diri.

Tiba tiba, Nova mengangkat tangannya ke udara, dan mula muncul angin yang sangat kuat dari atas yang menyebabkan dedaun pokok di sana seperti ditiup oleh ribut.

BRRRRRR!!!!

Perlahan lahan, di atas mereka, mula muncul sebuah kapal angkasa yang seperti meng-nyah-aktifkan mode halimunan.

Keempat empat budak itu terkejut besar.

Jadi, selama ini kapal terbang itu sudah ada di atas mereka?!

Nova melompat, dan dengan bantuan booster pada kasutnya, dia melompat tinggi sehingga ke atas kapal angkasanya itu.

Dia mendarat, dan melihat ke arah budak budak itu dengan tatapan hampa.

"Aku dah tak ada sebab untuk berada di sini"

Kata kata selamba Nova itu membuatkan Adika mula naik angin.

"Setelah serang kitorang tadi, kau kata kau dah tak ada sebab?!?!"

Adika marah, kerana bukan mereka yang mulakan serangan, dan tiba tiba sahaja musuh mereka itu mahu larikan diri begitu sahaja.

Tapi Nova hanya menggulingkan matanya sahaja.

"Korang yang dah ambil kuasa daripada power sphera itu semua, kan? Power Sphera yang sudah tiada kuasa, tidak lebih dari sekadar tempurung kelapa yang kosong. Tidak berguna. Mereka dah tidak ada nilai"

Balasan itu hanya membuatkan budak budak itu semakin sakit hati kerana itu bukan jawapan yang mereka mahukan.

Dia mengatakan teknologi yang telah memberi mereka kuasa luar biasa itu tidak berguna?

Muncul cahaya hijau dari bawah kaki Nova, dan dia pun masuk ke dalam kapal angkasanya itu.

Sekali lagi kapal angkasa itu memasang mode halimunan, dan angin dari enjin kapal angkasa itu pun sudah tidak terasa lagi.

Mereka berempat dibiarkan sahaja di dalam hutan yang gelap itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tidak lama kemudian, mereka akhirnya tiba di rumah.

Ambil masa sedikit kerana mereka perlu cari cara untuk keluar dari hutan itu dan naik ke jalan semula.

Mereka berjaya melakukannya, walaupun mengambil sedikit masa.

Boleh kelihatan sedikit riaksi hampa di wajah mereka.

Kelihatan Tok Mi dan Amato yang berada di kedai kokotiam yang sudah tutup itu, seperti menunggu kepulangan mereka.

Jam memang sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

"Huh? Sayang, tu diorang!" Amato, sebaik sahaja melihat keberadaan mereka, terus memberitahu isterinya.

Mereka berdua pun berlari keluar dari kedai itu, dan menuju ke arah mereka berempat.

Terus sahaja mereka berdua memeluk mereka berempat sekali gus.

"Kemana kamu semua pergi?! Dah pukul 1 pagi ni! Risau kami semua kamu berempat tak balik balik!"

Tok Mi mengusap pipi cucu perempuannya itu dengan wajah risau.

Saloni, Emery dan Adika berpandangan ke arah sesama sendiri, takut mahu memberitahu kedua dua warga emas itu tentang perkara sebenar, yang mereka berlawan dengan seekor alien.

Tetapi, Adira tiba tiba bersuara.

"Ehehehe...sorry Tok Mi, Tok Yah. Kitorang tersesat tadi masa hantar pesanan terakhir. Lepas tu tayar kitorang bocor, dan ada satu pakcik ni tolong baikikan tayar kitorang, sebab tu sampai lambat ni, ehehe...."

Adira mengatakan benda itu dengan bersahaja, sehingga tidak kedengaran seperti dia menipu.

Dan kedua dua Tok Mi dan Amato termakan dengan tipuan itu.

"Syukurlah kamu berdua tak apa apa. Kenapa tak telefon kami pasal keadaan kamu semua? Kan kamu semua bawa telefon kamu?"

Mereka seketika tersentak, dan memandang sesama sendiri dengan panik setelah mendengar soalan Amato itu.

Mereka lupa pasal telefon bimbit mereka.

"Er...semua telefon kitorang habis bateri tadi, tu sebab tak boleh nak telefon Tok Yah dan Tok Mi"

Giliran Saloni pula yang mencuba menipu.

Mereka menyimpan telefon mereka di dalam beg belakang basikal kerana takut terjatuh dari poket seluar mereka ketika menunggang.

Mereka dah check keadaan telefon mereka selepas habis berlawan dengan Nova tadi. Semuanya selamat, dan cuma telefon Emery sahaja yang kehabisan bateri betul betul.

"Haih....tak apa lah. Yang penting kamu semua dah pulang dengan selamat. Saloni, Emery. Kamu berdua tidur drkat rumah kami jelah malam ni. Dah lewat ni nak bawa kamu pulang ke rumah. Mak ayah kamu berdua memang berniat nak cari kamu berdua tadi, tapi Tok Mi kata tak perlu, dan biar kami berdua yang uruskannya"

Selamat mereka berdua tiba tepat pada masanya. Kalau mereka lewat 5 atau 10 minit tadi, memang Amato dan Tok Mi mahu keluar mencari mereka, tapi sebab dah nampak mereka sudah tiba di sana, mereka membatalkan niat mereka.

Saloni dan Emery mengangguk. Mereka berdua pun memang takut nak balik bersendirian malam malam itu kerana rumah mereka jauh dari rumah kembar berdua itu.

Mereka pun dibawa masuk ke dalam rumah.

.
.
.
.
.

Tidak lama kemudian, mereka sudah pun berada di dalam baju tidur mereka, dan berada di bilik Adira dan Adika.

Kembar berdua itu meminjamkan baju tidur mereka kepada dua senior mereka itu. Selamat muat.

Saloni duduk di atas katil Adira, sementara Emery di atas katil Adika.

Mereka berempat duduk menghadap ke arah satu sama lain, masih kelihatan tidak puas hati dengan kejadian yang mereka hadapi pada hari itu.

"Perlawanannya tak berlangsung sampai 10 minit pun....dan kita ada kuasa....tapi kenapa ianya rasa seperti perbezaan kekuatan kita dengan dia terlalu ketara? Padahal dia hanya bertarung tangan kosong"

Mereka bertiga terpaksa menyetujui kata kata Adika itu.

Mereka terlalu percaya diri yang mereka mampu kalahkan alien bernama Nova itu kerana mereka berempat dan mempunyai kuasa.

Tapi setelah apa yang berlaku, memang nampak jelas yang mereka lemah.

"Kita....kita masih kurang latihan" sambung Saloni pula.

Sekarang mereka sudah merasa realiti berlawan dengan musuh yang sebenar. Ianya memang tidak semua dengan apa yang mereka lihat di dalam cerita dan video ibu bapa mereka.

"Siapa sebenarnya alien tu? Dan kenapa dia nak sangat cari power sphera kita tu?" tanya Adira.

"Aku...aku tak tahu..." Adika meremas wajahnya geram.

Melihat kawan kawannya yang sedang muram itu, Emery mengeluh kecil.

"Jangan risau. Aku ada sempat scan alien tu tadi"

Mendengar pemberitahuan mendadak Emery itu, membuatkan mereka bertiga terkejut, dan memandang kawan mereka itu.

"Betul ke ni?!" wajah Adira sudah kelihatan gembira kembali.

Emery hanya mengangguk, dan menekan butang papan kekunci hologram yang dikeluarkan oleh jam kuasanya.

Kemudian, muncul hologram besar memaparkan kad pengenalan alien yang mereka lawan itu, iaitu Qaspanova.

"Nama penuh dia adalah Qaspanova. Planet asal, umur, pekerjaan, tidak diketahui. Tapi melihat cara dia berlawan tadi, boleh dikatakan dia bukan alien biasa biasa" kata Emery.

"Ini je ke maklumat yang kita boleh dapat pasal dia? Bukan apa, aku cuma risau dia datang kacau kita lagi" Saloni kelihatan gelisah.

Bukan tanpa sebab, hanya mereka sahaja yang tahu pasal kewujudan alien bernama Nova itu di dalam planet mereka itu.

Kalau dia datang kembali, mereka takut mereka tidak akan ada bantuan, kerana ibu bapa mereka bukan selalu berada di bumi kerana kerja mereka sebagai superhero.

"Aku boleh cuba pinjam komputer mak aku. Komputer tu ada data setiap mahluk yang ada di seluruh galaxy ni, kerana dicipta khas oleh boss mak ayah kita sendiri"

Adika, Adira dan Saloni memandang sesama sendiri, tidak menyangka Makcik Ying mereka memiliki teknologi seperti itu.

Atau cuma mereka yang tidak tahu jika mak ayah mereka mempuanyainya juga.

Mereka bertiga mengangguk, menyetujui rancangan Emery itu.

"Kalau kau jumpa, catatkan apa apa yang kau mampu. Kita kena tahu sebanyak yang boleh pasal si 'Nova' ni" kata Saloni lagi.

Emery mengangguk.

"Nampaknya...kehidupan kita sebagai superhero...bermula sekarang" Emery menutup hologram itu.

Wajah mereka berempat kelihatan sedikit tertekan, sedar yang ianya tidak akan lagi mudah dari sekarang.

Tiba tiba, kedengaran suara Amato dari luar bilik mereka.

"Anak anak! Tidur cepat! Dah malam ni! Esok sekolah!"

Mereka berempat kelam kabut masuk dalam selimut, tidak mahu dimarahi oleh bekas pahlawan itu.

Amato yang diluar bilik, hanya mampu menggeleng sambil tersenyum, sebelum beredar dari bilik itu.

Lama lama, mereka berempat pun akhirnya terlelap.



3176 perkataan

Ohohohohok- 🕺✨

Continue in next episode~ 🧚‍♀️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top