Chapter 14
Berpindah pada malamnya pula, mereka sedang menghantar 10 pesanan terakhir untuk malam itu.
Mereka pergi berempat malam itu kerana Saloni dan Emery mahu merasa delivery pada waktu malam. Sebab semalam hanya Adika dan Adira sahaja yang pergi.
Saloni mengayuh basikal Adira, dan Adira memboncengnya.
Sementara Emery membonceng Adika, kerana dia tidak pandai menunggang basikal.
Mereka sedang menuju ke rumah terakhir.
"Jauh lagi ke rumah terakhir ni?" tanya Adira.
"Tak jauh sangat dah, tapi kita kena naik bukit lah" balas Adika.
"Tapi rumah terakhir ni pesan banyak jugak, sampai tiga bungkus semuanya" kata Saloni.
Ketiga tiga paket yang tinggal ada di basikal Adira.
"Kaki aku dah penat ni...." wajah Adika jelas kepenatan kerana dah lama sangat mengayuh basikal untuk hari itu.
"Alah, lembik lah kau ni Ika! Tak kan 40 minit je dah penat? Kau kena tambah stamina kau lepas ni!"
Saloni masih lagi kelihatan bersemangat, walaupun dia ada pergi hantar delivery siang tadi.
"Diam lah kau" Adika jelas terasa dengan kata kata Saloni itu.
"Eleh, macam tu je pun terasa" Saloni menjelir kecil ke arah Adika.
Emery dan Adira yang melihat mereka berdua bergaduh hanya mampu tersweatdrop sahaja.
Walaupun zaman mereka dah sedikit modern dari zaman mak ayah mereka, tapi jalan yang mereka gunakan masih tiada lampu jalan sama sekali.
Mereka berani lalu sana pun sebab Adira dan Adika costum basikal diorang letak lampu macam motor, jadi sepanjang perjalanan mereka malam itu hanya menggunakan lampu basikal itu sahaja.
Dan berani juga sebab ini bukan kali pertama Adira, Adika dan Saloni melakukan penghantaran waktu malam.
Saloni pernah 3 kali semasa bergadang di Kokotiam sebab ulang kaji peperiksaan dengan kembar berdua tu 2 tahun lepas.
Alang alang dia ada sekali waktu tu, jadi dia teman mereka sekali hantar pesanan.
Cuma Emery jelah yang pertama kali pergi pada malam tu, jadi menang dia mereka seram sejuk akibat kegelapan di sekeliling mereka.
"K-korang tak sejuk ke?" tanya Emery dengan badannya yang dah menggeletar.
"Tak" balas mereka bertiga serentak.
Adika dan Adira tak sejuk sebab memang diorang pakai baju sejuk, sementara Saloni sebab badan dia memang dah panas sebab dah lama sangat mengayuh.
Mendengar itu, Emery hanya mampu mengusap badannya sendiri.
"Brrr...." ketar Emery.
Saloni yang mendengar suara kesejukkan Emery hanya mampu menahan ketawa sendiri.
"Oh ya, dah berapa ringgit korang berdua berjaya kumpul?" Saloni tiba tiba bertanya kepada kembar berdua itu.
"Hm? Oh, semalam dapat RM140 ringgit, dan tambah lagi lebihan duit kitorang sebelum ni, dan dapat RM400 lebih dah" balas Adika.
"Kalau kelas kitorang berjaya kumpul sampai RM600 ringit, berjaya lah kitorang beli semua barang yang diperlukan!" Adira!
"Wohoho! Baguslah macam tu!" Saloni mengangkat kepalanya, mencuba melihat Adira yang berada di belakangnya.
"Pegang kuat kuat! Kita nak turun bukit ni!"
Apabila Adika berkata begitu, Saloni memandang ke hadapan semula.
Sedar tak sedar, mereka dah sampai di atas bukit.
"Ohoho! Tigaaaa... Duaaaa... Satuuuu!!!"
Dengan arahan Saloni, kedua dua basikal mereka pun mula meluncur laju menuruni bukit itu.
"WEEEEEEEEEE!!!" Keempat empat mereka kelihatan berseronok.
Topi Adika tertebangkan oleh angin, tapi berjaya ditangkap oleh Emery.
Sampai ke bawah, mereka mula mengayuh seperti biasa.
"Terima kasih, Emery" kata Adika.
"Sama sama" Emery.
Mereka pun sambung perjalanan mereka, sampailah mereka tiba di rumah pelanggan terakhir mereka.
Mereka berempat turun daripada basikal, dan menongkatkannya supaya tidak jatuh.
Emery memberi kembali topi itu kepada Adika, sementara Adira membetulkan tudungnya yang sengek akibat ditiup angin semasa turun bukit tadi.
Mereka melihat ke arah rumah itu.
Rumahnya besar, seperti rumah banglo. Jadi, mesti pelanggannya orang kaya.
Mereka pun mengeluarkan ketiga tiga bungkusan pesanan rumah itu, dan berjalan ke arah pintu.
Emery menekan loceng pintu rumah tersebut.
Ding dong!!!
"Penghantaran Koko Tok Aba!!!" kata mereka berempat serentak.
Sebaik sahaja mereka berkata begitu, ada suara balasan seorang lelaki dewasa dari dalam rumah.
"Kejap!"
Lelaki itu pun bergegas ke pintu rumahnya, dan membukanya.
Wajahnya kelihatan lega yang pesanannya sudah tiba.
Tapi turut terkejut tahu yang penghantarnya hanyalah 4 orang remaja.
"Terima kasih dik sebab dah hantarkan makanan uncle malam malam ni!"
Uncle itu pun mengambil ketiga tiga bungkusan pesanannya itu daripada mereka.
"Tak ada hal lah, Uncle. Dah memang tugas kami" balas Emery.
"Ada apa apa sambutan ke, Uncle? Banyak Uncle pesan tu" tanya Adira pula.
"Oh-oh, ehehe...mak dan ayah mertua Uncle datang hari ni...mereka bukan dari sini, jadi mereka suruh Uncle tunjuk makanan terkenal dekat sini. Sebab tu Uncle belikan makanan dan minuman dari Kokotiam Tok Aba ni"
Uncle itu berbisik pada mereka, seperti tidak mahu penghuni rumah yang lain mendengarnya.
"Oh~patutlah" balas Adika ringkas.
"Hah, berapa bayaran semuanya?" Uncle itu mengeluarkan dompetnya, mahu membayar.
"Semuanya RM90 ringgit, Uncle!" kata Saloni sambil menghulur tangannya untuk mengambil bayaran mereka.
"Hah, nah. Ini pula tips untuk kamu berempat"
Di tangan kanan dan kiri Uncle itu, memegang duit.
Satunya adalah bayarannya, dan satu lagi adalah tips berjumlah RM80 ringgit.
Keempat empat budak itu terkejut, sampaikan mereka memandang wajah Uncle itu dengan wajah tidak percaya.
"U-Uncle betul betul ke ni?! Banyak ni Uncle!" Emery.
Uncle itu ketawa kecil melihat riaksi budak budak itu yang tidak percaya dengannya.
"Betul lah ni. Kamu berempat dah penat penat kayuh sampai sini malam malam ni. Anggap lah ni ganjaran kamu semua ya? Pecahkan adil adil tau"
Mereka berempat mengambil duit itu, termasuk bayaran Uncle itu, dan masih memandang duit itu tidak percaya.
Mereka kemudian menunduk beberapa kali ke arah Uncle itu tanda terima kasih.
"Terima kasih Uncle! Terima kasih!" kata mereka berempat serentak.
"Ahahaha! Tak ada apa apa lah. Hah, balik elok elok tau. Gelap ni"
Mereka pun mengangguk sambil Uncle itu masuk kembali ke dalam rumahnya, dan menutup pintu.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka berempat sudah menaiki basikal kembali.
Kali ini Adira yang mengayuh basikal, bukan Saloni.
Adika masih kena mengayuh kerana Emery tidak boleh bawa basikal.
"Haih...lepas ni aku kena ajar kau naik basikal lah lepas ni. Nak naik lenguh dah kaki aku ni" ngomel Adika kepada Emery.
"Hm, yelah cik bang" balas Emery main main.
"Kau lagi tua dari aku lah ngek" Adika.
Adira sekali tersweatdrop melihat mereka berdua bergaduh.
"Tapi kan, baik oh Uncle tadi bagi kita tips banyak sampai macam tu sekali. Hampir sama banyak dengan harga pesanan dia lagi tu" kata Adira.
"Yelah, orang kaya kan. Tapi bagus lah tu dia bagi tips banyak macam tu, sorang RM20 ringgit! Bukan selalu kita dapat banyak macam ni!" kata Saloni, teruja.
"Ya kan?! Selalunya kita dapat dalam RM2 hingga RM10 ringgit je!" kalau bukan sebab dia yang mengayuh basikalnya itu sekarang, mesti dia dah mengangkat kedua dua tangannya ke udara akibat gembira.
Masing masing memang mata duitan, jadi mereka tak complain, ahak-
"Korang memang biasa kerja waktu waktu macam ni ke?" Emery tiba tiba bertanya.
"Bukan selalu lah. Kalau terpaksa je kitorang ambil" balas Adika.
"Lagi pun, sebagai pelajar ni, ni jelah cara kitorang untuk dapat duit lebih. Basikal ni pun kitorang beli guna hasil kutipan sendiri" kata Adira pula.
"Bagus lah tu, sekurang kurangnya korang tahu cara hasilkan duit. Bila susah, korang dah tahu nak cari dekat mana" Saloni memuji mereka berdua.
"Kenapa kau tanya?" tiba tiba, Adika bertanya kembali kepada Emery pula.
Tapi Emery hanya menggeleng.
"Tak ada apa apa. Aku cuma mahu tahu sahaja"
Adika pun tidak boleh berbuat apa apa, dan hanya terima jawapan singkat itu.
Mereka sudah melepasi bukit yang mereka lalu tadi.
Mereka sudah melalui jalan yang rata.
Tanpa mereka sedar, mereka mampu melihat permandangan laut pantai yang mereka pergi sebelum ini dari jalan itu.
"Tengok tengok! Laut!" kata Adira sambil menunjuk ke arah laut itu.
Yang lagi tiga pun turut memandang ke tepi.
Pada malam itu, adalah bulan penuh. Cahaya bulan terpantulkan oleh air laut, menampaknnya seperti kristal yang bersinar.
Di langit pula, bersinar banyak gugusan bintang, membuatkan langit seperti dihiasi oleh mutiara.
"Wuaahhh...." kata mereka berempat serentak, kagum dengan keindahan alam.
Baru sahaja pada hari pertama mereka dapat kuasa, berlaku hujan tahi bintang. Dan kini, ini pula.
Adira tersenyum kecil sebelum membuka suara kembali.
"Sebab inilah kenapa kitorang suka buat delivery waktu malam. Sebab pada waktu ini sahaja, kita boleh melihat suasana ini" Adira.
Selain daripada permandangan indah itu, termasuk juga suasana yang sunyi tanpa kenderaan dan manusia di mana mana.
Berbeza dengan waktu siang, sibuk dan sesak.
Tambah lagi dengan angin sepoi sepoi malam yang tenang dan sejuk.
Hanya waktu malam sahaja mereka mampu berehat dari kesibukkan dunia.
Sedang mereka teralik menikmati permandangan indah itu, tiba tiba.....
"Hm? Eh apa-EH EH EH?!?! ELAK ELAK ELAK!!!"
Seekor haiwan berupa seperti rakun naik daripada sebalik pembatas, dan melintas di hadapan mereka.
Adira yang perasan akan itu, mencuba mengelaknya.
Tetapi, basikalnya mula hilang kawalan akibat kepanikkanya.
SRIKKKK!!!
Kedengaran jelas bunyi seretan jelas antara tayar basikalnya dan jalan tar itu.
"APA JADI-"
Adika tidak tahu apa yang terjadi, tapi sebelum sempat dia memproses apa apa, basikalnya mula dilanggar oleh basikal kembarnya, menyebabkan kedua dua basikal mereka bergerak ke tepi, dan terbabas ke arah pembatas jalan.
Kedua dua basikal mereka pun mula terjatuh ke dalam jurang yang tinggi.
"ARGHHHHHH!!!!" mereka berempat menjerit ketakutan.
Di bawah mereka adalah hutan.
Semakin lama, mereka hanya semakin hampir bertembung dengan pokok pokok itu.
Dalam keadaan panik itu, Adika mencuba berfikir.
Fikirannya bercelaru, akibat keadaan tegang itu.
Dan tanpa fikir lama, dia mula mengaktifkan kuasanya, dan mengurung mereka berempat termasuk basikal mereka di dalam sebuah gelembung plasma yang besar.
Walaupun sudah berada di dalam gelembung, mereka bertiga masih menjerit kerana tidak menyedarinya.
SREEKK!!!
SREEKKK!!!
SREEEKK!!!
Akibat gelembungnya yang kuat, semua pokok dan rating pokok mula patah apabila menyentuhnya.
BUKKK!!!
Sebaik sahaja mereka tiba di daratan, gelembung itu mula hilang, dan menyebabkan mereka tergolek ke mana mana.
.
.
.
"Huh...huh...huh..." Adika mencuba mengambil nafas, masih tidak percaya dia berjaya menyelamatkan mereka semua dari terjunan maut itu.
Sementara yang lain, mencuba untuk bangun.
"Huh...kita...kita selamat..." Saloni memegang dadanya. Dia terasa seperti hampir diserang sakit jantung.
Adira yang melihat kembarnya yang sedang terungap cungap itu, terus bangun, berlari ke arahnya, dan memeluknya.
"TERIMA KASIH IKA!!! KALAU BUKAN SEBAB KAU, MESTI KITA DAH MATI TADI!!! HUAAAAAA!!!"
Adira menangis akibat ketakutan.
Emery masih terbaring di atas tanah, turut tercungap cungap terkejut.
"A-apa yang kau cuba elak tadi?" tanya Emery, masih berbaring.
Adira mengelap air matanya, sebelum menjawap.
"Aku...aku tak tahu...tapi rupa dia samar samar macam rakun"
Saloni mula berdiri, dan menyapu dedaunan yang melekat pada seluarnya.
"Huh...tapi, yang penting, kita semua selamat"
Saloni berjalan ke arah Emery, dan membantunya bangun.
"Ergh...macam mana dengan basikal? Elok lagi ke?"
Emery bertanya begitu kerana basikal itu sahaja transportasi yang mereka ada untuk pulang ke rumah.
Sekiranya rosak, mereka terpaksa balik rumah dengan jalan kaki.
Salori dan Adira pergi ke arah basikal mereka, dan mengangkatnya.
Mereka memeriksa semua gari, untuk memastikan tiada yang terputus ataupun tayar pancit.
"Semuanya ok. Selamatlah Adika kurung kita sekali dengan basikal ni. Kalau tak, mesti dah rosak dah" kata Saloni.
Emery dan Adika menghembuskan nafas lega.
"Kalau macam tu, lebih baik kita-"
Baru sahaja Adika mahu bangun berdiri, mereka dikejutkan dengan semua suara yang lantang dan kuat.
"ERGHHHHH!!! MANA METEORNYA NI?!?!"
Hampir sahaja Adika terjatuh kembali akibat mendengar suara itu.
Suara itu membuatkan mereka mendengar beberapa burung yang berada di situ terbang pergi akibat terkejut mendengar suara itu.
"Su-suara apa tu?!" Adira menyorok di belakang Saloni akibat ketakutan.
Saloni yang turut takut, secara reflex mengambil tangan Adira dan memegangnya.
"A-aku tak tahu" balas Emery pula. Emery turut mengundur sedikit ke arah mereka berdua.
Suara itu kedengaran seperti suara wanita. Suara wanita dewasa, secara spesifik.
"K-kita kena pergi cepat dari sini!" arah Adika, yang kelihatan seperti sudah mahu menangis akibat ketakutan.
Dah lah baru jatuh gaung, ni dengar suara wanita tengah tengah hutan pulak, mana tak takut.
Mereka menjerit sambil membisik kerana tidak mahu suara itu mendengar mereka.
Saloni dan Adir mengangguk, mengikut arahan Adika dan mengambil kedua dua basikal itu untuk mengayuh pergi dari situ.
Tetapi, Emery tidak bergerak.
Ada satu perkataan daripada suara itu yang membuatnya curiga.
"Weh, korang dengar kan apa yang suara tu kata?"
Soalan tiba tiba Emery itu membuatkan Saloni memandangnya.
"Yelah, kalau ya pun kenapa?! Cepat lah, jom pergi dari sini! Aku tak nak kena makan dengan hantu! Aku muda lagi!" Saloni memaksa, tidak mahu berlama lagi di sana.
"Ish kau ni! Kau tak dengar ke suara tu cakap pasal meteor?" Emery sekali lagi bertanya.
"Kalau ya pun kenapa?!" Saloni mengulangi ayatnya, sudah mulai kehilangan kesabarannya dengan mamat satu itu.
"Aku rasa...suara tu tengah cari meteor yang jatuh dekat sini hari tu"
Kata kata Emery itu, membuatkan Saloni dan kembar itu berpandangan antara satu sama lain.
Betul jugak. Suara itu memang ada sebut pasal meteor, dan seperti dia ingin mencarinya.
"Kalau benar sekalipun, kenapa dia nak kena cari meteor tu?" Adira akhirnya bersuara, membalas Emery.
"Ya. Dan bukan kita dan keluarga kita je ke yang tahu pasal meteor tu?" sambung Adika pula.
"Huh...itulah yang misterinya"
Berkata sahaja begitu, Emery mula memandang mereka bertiga.
Tetapi, pandangannya lain, seperti mahu memberitahu mereka sesuatu.
Walaupun mengambil masa seketika untuk faham, Adika mula menunjukkan riaksi, dan ianya bukan riaksi terima.
"Kau gila ke?! Kau nak suruh kita ikut benda tu?! Kau nak mati ke?!" Adika hampir terjerit kuat akibat tidak terima dengan arahan Emery.
"Kau tahu kan meteor datang dari mana? Kalau orang atau sesuatu ni tak tahu pasal kewujudan meteor itu, jadi kenapa dia nak cari meteor tu?"
Adika sedikit tersentak, kerana Emery betul.
Tapi dia masih tidak mahu cari nahas dengan pergi cari tuan badan punya suara itu.
"Kalau ya sekali pun, kenapa kita nak kisah? Ianya cuma meteor biasa dari luar angkasa. Dan kau tahu sendiri yang tu bukan meteor biasa, dan cuma gumpalan sampah angkasa je kan?" Adika tetap mempertahankan kemahuan dirinya.
"Atau...." Adika terhenti seketika apabila balasan dari mulut Emery bukan apa yang dia jangkakan.
"Dia datang ke sini disebabkan oleh power sphera?"
Ketiga tiga kawan Emery itu tersentak mendengar dakwaan kawan mereka itu.
Nada suara Emery kedengaran serius, bermaksud dia tidak main main dalam mengatakan perkara itu.
Adika sedikit terasa kalah, tidak tahu mahu membalas apa.
"Tapi, kan Ayah Ira dan Ika dan bawak semua power sphera tu pergi untuk diperiksa? Mereka dah tak ada di sini, jadi kenapa orang tu nak cari meteor tu lagi?" Saloni tiba tiba bertanya.
Emery hanya mengangguk sahaja.
"Itulah apa yang aku mahu tahu. Jadi, jom" tanpa menunggu balasan dari rakan rakannya, Emery terus menuju ke dalam hutan yang gelap itu.
"T-tunggu aku!" Saloni turut mengikuti Emery dari belakang.
Adika tercegat seketika. Dia tidak mahu pergi, tapi dia juga tidak boleh biarkan kawan kawannya meluru ke arah bahaya begitu sahaja. Sekurang kurangnya, dia kena lindungi mereka jika benda buruk berlaku.
Adika mendengus kasar, tertekan, sebelum berlari mengikuti mereka.
"Ergh!!! Tunggu!"
Adira yang tertinggal terakhir, berlari ke arah basikalnya semula, dan mengambil satu botol air yang dia simpan di beg hantaran itu.
"K-kejap!" Adira pun berlari mengikuti yang lain juga.
2457 perkataan
Weeeeeee~ 🕺✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top